Sahabat

Halaman

06 Julai 2020

Chapter 7 : Julai 2020 ~ Page 188 Of 366

By Dalia Hassan at Isnin, Julai 06, 2020
Assalamualaikum wbt


Isnin : 06/07/2020

PKP / MCO : Hari Ke-111


Diet Atkins : Hari Ke- 7

Monday Blues!!!
Alahai. Malas betul nak pergi kerja ni. Rindu zaman awal2 PKP dulu. Sekali sekala jer pergi kerja, hari tak keje boleh guling guling macam tenggiling kat rumah. Pastu makan... Tidur... Makan... Tidur lgi... Alahai rindunya...


Menu diet paling senang nak masak tapi paling aku tak suka.. sepatutnya part ayam yang ni aku buatlah chicken ball ke cekodok ayam ke.. tapi sebab tak sempat nak buat, aku goreng je la. But too dry la... Tak boleh nak lalu kat tekak.

Hari ni Geng Huhahuha dah mintak berat masing2 untuk direkodkan. Dua minggu sekali kami kena hantar report kat tok ketua. So aku hantar gambar ni kat dia. Nak hantar gambar sebenar, segan. Tapi oleh sebab ramai je yang berat2, so takderlah nak malu sangat. Haha

Oleh sebab ayam tadi aku tak boleh telan, so aku masak lagi telur rebus kat opis. Makan dengan ikan bilis goreng.

Petang time nak balik keje, ngam2 hujan. Takperlah. Tunggu hujan reda baru aku gerak. Lagipun aku ingat nak pergi Mydin jap.

Hujan reda sikit, aku merempit pergi Mydin.



Balik rumah, aku goreng semula kepingan ayam tadi.. Makan panas2 sambil cicah sos nandos. Baru la boleh lalu kat tekak sebab ada sos.

Malam2 rebus tulang untuk bekalan esok. Esok akan aku pastikan yang perut aku tak sempat lapar macam tadi. Dalam Diet Atkins ni kalau kita lapar or tak cukup tidur, confirm berat tak turun. Huhu!

….......................................................................................................................................




SITUASI SEMASA COVID-19 DI MALAYSIA



06/07/2020

0 comments:

PayPal

 

The Kakya Joyah Template by Ipietoon Blogger Template | Gadget Review