Sahabat

Halaman

27 Mei 2020

Chapter 5 : Mei 2020 ~ Page 148 Of 366

By Dalia Hassan at Rabu, Mei 27, 2020

Assalamualaikum wbt


Rabu: 27/05/2020

PKP / MCO : Hari Ke-71


Hari terakhir aku kat kampung sebelum balik ke Subang seawal pagi esok... Teringin sangat nak makan sup tulang, tu yang petang semalam aku pergi cari tulang kat pasar Kipmall. Beli 2 kilo cukup dah untuk bagi sekali ke rumah mertua aku.

Oleh sebab rendang ayam semalam ada lagi, aku buat lempeng kosong untuk cicah dengan rendang tu. Berebut2 makan. Boleh tahan kesedapannya. Haha

Sambil2 mengemas rumah, aku rebus tulang ni dalam rice cooker. Jimat skit gas. Haha

Makan dengan bihun maka terjadilah Bihun Sup Tulang. Makan pulak dengan sambal kicap. Memang pehhhh la...

Masuk kedai eco jap..

Sebelah kedai eco ada brother tu jual apam balik. Boleh tahan sedap. Patutlah ramai jer orang beli.

Sebelah malam.. melayankan permintaan si Ainul.. ermmm. Mama ni kategori remaja ke apa ni? BBNU??? Hahaha BBNU sangat!😂


Setelah kepenatan shooting tiktok.. terbungkang menghadap tv pulak.

Kesayangan ni. Manja dia tak boleh nak cakap. Terlalu.. dan juga terlalu mengada2. Haha

….......................................................................................................................................



SITUASI SEMASA COVID-19 DI MALAYSIA



27/05/2020



0 comments:

PayPal

 

The Kakya Joyah Template by Ipietoon Blogger Template | Gadget Review