Sahabat

Halaman

20 Mei 2020

Chapter 5 : Mei 2020 ~ Page 141 Of 366

By Dalia Hassan at Rabu, Mei 20, 2020
Assalamualaikum wbt


Rabu : 20/05/2020

PKP / MCO : Hari Ke-64

Ramadhan : Hari Ke-27

Hari ni hari terakhir aku kerja sebelum mula cuti raya. Alhamdulillah aku dah dapat pun permit kebenaran untuk merentas negeri walau bukan agak mudah nak mohon tu. Macam2 soalan di tanya.. Mungkin sebab suami dan anak2 aku menetap di Johor dan kerajaan pun dah bagi kelonggaran untuk pasangan yang tinggal berjauhan untuk berjumpa seminggu sekali... Maka takder masalah bagi aku untuk merentas negeri. Cumanya aku kena pastikan yang kesihatan aku adalah sangat baik... Aku pun taknak la menyesal di kemudian hari...

Tenang je keadaan jalan pagi ni.. 

Aku ingat ni dah cukup ramai... Tapi bila aku tengok IPD Kuantan yang beratur cuba nasib untuk merentas negeri hari raya ni, aku bersyukur sebab kat sini tak macam tu. Mungkin ada kesedaran dalam masyarakat. Kalau alasan merentas negeri tu kuat macam aku, ok lagilah. Tapi ada alasan yang tak masuk akal..  (sebenarnya kita pun tak tau apa masalah, mungkin pada kita benda tu nampak sebagai alasan yang tak kukuh.. tapi pada pemohon mungkin sangat perlu...) So.. tak nak la komen banyak.. Semoga semuanya baik2 belaka. 

Balik kerja singgah Restoren Tomyam Udang Galah.. ermmm. Macam2 ada... Rambang mata..

Lauk pauk dia pun nampak menyelerakan


Tauhu bergedil beli kat anak Kak Sariha

Nasi Dagang beli kat Restoren Tomyam Udang Galah. Memang sedap. Puas hati...

Alhamdulillah untuk rezeki hari ni...


….......................................................................................................................................




SITUASI SEMASA COVID-19 DI MALAYSIA

20/05/2020



0 comments:

PayPal

 

The Kakya Joyah Template by Ipietoon Blogger Template | Gadget Review