Sahabat

Halaman

13 Mei 2020

Chapter 5 : Mei 2020 ~ Page 134 Of 366

By Dalia Hassan at Rabu, Mei 13, 2020
Assalamualaikum wbt


Rabu : 13/05/2020

PKP / MCO : Hari Ke-57

Ramadhan : Hari Ke-20


Hari ni aku nak bawak motor aku yang lama aku tinggalkan kat ofis. Sian dia sampai bersawang dah kat tayar tu. Kebetulan aku nak ke Pos Laju Glenmarie, bolehlah aku bawak dia.. tapi sebelum tu aku bawak dulu pergi bengkel motor kat sebelah IPD...
Kasi tukar minyak hitam dulu...

Merempit ke pos laju Glenmarie... Ada perhitungan yang perlu diselesaikan. Tapi tak selesai jugak.
 Haha

Balik dari Glenmarie, sampai ofis Seha kata Cik Sue Senget ada bagi Cheese Tart untuk kami kongsi dua. Alahai.
Comel2nya...
Sayang pulak nak makan... 

Tengahari aku naik ofis pentadbiran trafik jap. Terasa dah suasana hari raya tu...

Tq Hiway KESAS bagi kurma.. biasa setiap tahun dia bagi bubur lambuk.. tapi tahun ni bubur lambuk takder.. dia ganti dengan kurma. Syukur Alhamdulillah ada juga dia bagi.

Teringin nak makan mee ramen... Yang ni 2 kali pedas. Tak sedap pun, pedas je lebih.

Badak Berendam ni aku beli kat Makcik Kantin - Azue.

Balik kerja singgah jap Restoren Ayam Dara Subang 2 beli Nasi Ayam Penyet. Aku suka betul dengan sambal ayam penyet dia. Cukup rasa....

Dah malam sikit aku abiskan Manggo Cheesecake yang aku beli semalam.... Ada separuh lagi .. hailah. Bila nak kurus ni.

Penutup. Makan tembikai pulak.

Hari ni aku terbaca berita tentang gelandangan yang diberikan peluang untuk bekerja setelah ditemuduga oleh beberapa buah syarikat. Terharu sangat dengan pihak yang terlibat dalam usaha membantu golongan gelandangan ni.

 Alhamdulillah.

Sekurang2nya mereka ada pendapatan tetap yang dapat mengubah hidup mereka.

Hijrah.

….......................................................................................................................................

SITUASI SEMASA COVID-19 DI MALAYSIA

13/05/2020



0 comments:

PayPal

 

The Kakya Joyah Template by Ipietoon Blogger Template | Gadget Review