Sahabat

Halaman

09 Mei 2020

Chapter 5 : Mei 2020 ~ Page 130 Of 366

By Dalia Hassan at Sabtu, Mei 09, 2020

Assalamualaikum wbt


Sabtu : 09/05/2020

PKP / MCO : Hari Ke-53

Ramadhan : Hari Ke-16

Hari ni aku akan gerak ke Felda Pemanis, Segamat rumah mak abah aku. Alhamdulillah aku sihat, tak demam. Begitu juga dengan anak-anak aku. Aku sebenarnya risau juga ni... tapi doa yang baik2 jer.. Kalau ikutkan aku balik sorang je ni, tapi anak2 aku menangis nak ikut balik rumah nenek dia kat sana. Rindu nenek katanya. Eleh. Bukan aku tak tau, dia nak balik sebab sepupu dia ada kat sana sejak cuti sekolah bulan mac lagi... sebelum PKP.

Mula-mula memang asben aku tak bagi.. tapi setelah dipujuk oleh anak-anak, akhirnya dia lembut hati juga nak bagi. Kebetulan permit aku ke Segamat memang aku minta untuk tiga orang, so takder lah aku risau nak lalu roadblock nanti. Cuma tu la.. satu jer aku harap. Jangan la ada pakcik covid tu ikut aku. Kalau tak mesti menyesal tak sudah. Aku balik ni pun sebab ada hal penting yang aku kena settlekan... Tawakkal pada Allah jer ni.

Nasi Goreng Sotong dengan Popia Otak-Otak untuk bersahur Asben dengan Arissa hari ni. Aku dengan Ainul peot pulak... aku kena malam tadi, Ainul pagi tadi...

Ruang tamu aku... tu sofa murah yang aku beli hari tu.. jadilah sebagai hiasan. Harap Si Kacaque a.k.a Kembang tak jadikan tu tempat tidur dia la.. 

Singgah Kluang rumah adik aku, Adah. Aku tak turun pun dari kereta. Aku bagi barang dari dalam kereta jer... suruh dia yang keluar ambil.

Singgah Arena Warna kat Ayer Hitam jap. Turun beli bunga jer. Tak pergi pun beli benda lain.


Cari bunga kat kedai ni...

Roadblock ke empat aku jumpa sepanjang jalan... Ni dah masuk daerah Segamat dah..
Sampai rumah mak dalam pukul 2 lebih macam tu. Rehat jap lepas tu sambung bertukang kat dapur..

Daging Salai Masak Lemak Cili Api dengan Terung untuk menu berbuka puasa hari ni.

Along aku buat kek pisang cheese. Sedap weyhhhh.

Karipap dengan wade

Goreng Pisang Nangka... Ya Allah sedapnyaaaaaa...


Bihun Goreng

Tembikai Susu

Kek Pisang Cheese tadi setelah dipotong-potong.

Along aku pun masak Daging Salai tapi versi lain...

Jemput-jemput kurma...

Sayur...

Telur dadar...

Laksa pemberian mak mertua Nana... ada juga padprik, tapi aku lupa nak ambil gambar.

Solat maghrib...

Solat terawih.. aku dengan ainul peot.. so Arissa je yang dapat ikut sama... 


….......................................................................................................................................


SITUASI SEMASA COVID-19 DI MALAYSIA

09/05/2020



0 comments:

PayPal

 

The Kakya Joyah Template by Ipietoon Blogger Template | Gadget Review