Sahabat

Halaman

18 Disember 2020

Chapter 12 : Disember 2020 ~ Page 353 Of 366

By Dalia Hassan at Jumaat, Disember 18, 2020 0 comments

 Assalamualaikum wbt


Jumaat : 18/12/2020

PKP / MCO : Hari Ke-276


Sarapan untuk pagi ni... semua makanan frozen, tinggal goreng jer. Senang...

Lauk pun buat ayam goreng jer...

Aku tapau bihun goreng kat kantin.. Sambal tempoyak tu aku beli sesudu untuk makan dengan bekal nasi yang aku bawa.


Alhamdulillah... hari ni dapat multivitamin Proviton percuma.
Terima kasih pada yang sudi sponsor..
Sesungguhnya aku memang sangat memerlukan vitamin sekarang ni...

Sebelum balik rumah singgah beli Steamboat Singgit Viral kat depan 99Speedmart Jalan Matahari... Sedap... kuahnya pekat...

Yummyyyy!
Delicious...
Nikmattt.....


17 Disember 2020

Chapter 12 : Disember 2020 ~ Page 352 Of 366

By Dalia Hassan at Khamis, Disember 17, 2020 0 comments


Assalamualaikum wbt


Khamis : 17/12/2020

PKP / MCO : Hari Ke-275





Hari ni untuk sarapan, goreng jer apa frozen food yang ada dalam peti ais... Kebetulan gula halus kat rumah dah abis, baru jer abis buat kek aritu, so aku gantikan dengan gula perang jer..
.
Bolehlah janji manis...
Manis macam aku.

Diorang minta aku gorengkan sosej untuk makan tengahari nanti... nak makan sosej dengan nasi katanya..

Aku gorengkan telur la juga...

Untuk aku pulak, aku tapau mee kari kat kantin.
Sebenarnya baru semalam aku cakap kat anak2 aku yang aku nak masak mee kari sebab teringin nak makan.

Diorang jawab..

"Alaaaa mama.. Tak payahlah masak mee kari.. Ainul tak makan.. Kalau kari biasa dengan nasi tu Ainul makan laaaa"

Budak ni, macam la mama dia ni tak tau kenapa dia taknak makan mee kari... sebab banyak aksesori sayur-sayuran tu.. tu yang dia takut aku paksa dia makan mee kari yang aku buat tu... Paling senang, dia cakap jer la yang dia tak suka makan mee kari supaya mama dia tak buat dan tak paksa dia makan sayur..

Alahai anak... anak....

Penyudahnya hari ni, aku beli jer la mee kari dan kebetulan kantin ada jual. Bukan selalu kantin ada buat masakan special macam ni.

Memang rezeki aku la... Ni kalau aku buat sendiri, confirm banyak terbuang.
Membazir sebab aku sorang yang makan.

Pagi-pagi dah minum Milo Ais.
Dalia.. Dalia...

Mee Kari terkurang ambil kuah.
Haha

Sarjan Adam ada bawak jeruk mangga yang dia beli kat budak-budak yang meniaga kat trafik light tu.
Sedap gak... mangga yang jenis rangup ni...

Ngam sampai rumah, hujan turun dengan lebat...  Nasib baik aku dah selamat naik atas... Takderlah basah baju aku...

Malam Ainul goreng popia karbonara frozen dengan keropok lekor.
Sabar jer la aku tengoknya. Popia dia macam tak berapa masak sangat. Bila tanya dia kenapa tak tunggu garing, dia kata takut meletup..

Haishhh... Makan jer laaa...

Ingat kenyang ker makan keropok lekor dengan popia carbonara yang Ainul goreng tu?
 
Haha.

 Hujan pulak tu, memang perut lapar jer la memanjang..

Aku taknak makan nasi.. so aku order la Satay guna Foodpanda..
Sekurang2nya aku menyumbang kepada pendapatan rider foodpanda tu dan juga warung satay walau duit dalam akaun aku yang makin menyusut...

 

16 Disember 2020

Chapter 12 : Disember 2020 ~ Page 351 Of 366

By Dalia Hassan at Rabu, Disember 16, 2020 0 comments

 Assalamualaikum wbt


Rabu : 16/12/2020

PKP / MCO : Hari Ke-274


Hari ni aku sampai opis agak awal sikit dari biasa... Biasa lepas punch card, aku akan ke kantin cari makanan untuk sarapan... tapi untuk hari ni, aku ada bawa bekal simple untuk dimakan nanti... Jimatlah duit sikit... tak adalah asyik nak membazir jer hari-hari beli makan kat luar.


Pagi ni buat sandwich telur untuk anak-anak aku.. Simple jer.. tak ada tomato, tak ada timun dadu. Yang ada cuma telur, serbuk lada hitam dan mayonis. Sedikit gula dan perahan lemon.

Aku bawak pergi opis, dah makan separuh baru teringat nak ambil gambar....

Lauk pun aku buat ayam goreng jer... tak sempat nak tumbuk sambal.. takper kut..
Si Ainul pun sakit perut aritu makan sambal nasi yang order guna Foodpanda pun. Bukan salah restoren tu pun... diorang tu yang tak ingat dunia kalau makan sambal pedas...

Balik kerja, malam tu diorang tak nak makan nasi..
Kenyang katanya...
So aku goreng keropok lekor jer la...

Sedap dan kenyang...


15 Disember 2020

Chapter 12 : Disember 2020 ~ Page 350 Of 366

By Dalia Hassan at Selasa, Disember 15, 2020 0 comments

 Assalamualaikum wbt


Selasa : 15/12/2020

PKP / MCO : Hari Ke-273


Arahan big boss trafik daerah, mula minggu ni kami KTA dah keje macam biasa, tak ada lagi alternate day. 

Pishanggggg!

Ohoi!

Nasi goreng kampung tapi nasi lembik... Malam tadi minta Ainul masak nasi supaya pagi sebelum pergi kerja senang mama nak masak nasi goreng... Tengok-tengok sama kejadiannya macam semalam, nasi lembik padahal aku dah pesan kat dia supaya kurangkan air.

Telan jer laaa...

Lauk petang merangkap makan tengahari. Makan lambat sebab pagi dah makan nasi... Entahlah.. aku pun tak tau kenapa gambar aku jadi macam ni...

Singgah pasaraya Super Seven jap cari lauk...


14 Disember 2020

Chapter 12 : Disember 2020 ~ Page 349 Of 366

By Dalia Hassan at Isnin, Disember 14, 2020 0 comments

 Assalamualaikum wbt


Isnin : 14/12/2020

PKP / MCO : Hari Ke-272


Monday blues lagi... 

Tak sabar nak pencen. hahahah!

Pagi ni aku masak Nasi Goreng Simple Anakku.
Kenapa nama menu ni macamni? 
Sebabnya nasi goreng simple macamni la yang anak2 aku akan makan banyak tak hengat dunia. Tak perlu masak yang susah-susah... bukan diorang makan pun lebih-lebih lagi kalau ada sayur...

Tapi kalau makanan yang tak berapa sihat macam ni, memang jadi kegemaran diorang. 
Ha ni menu makan malam aku.. abam foodpanda hantar

Sebelah malam pula aku siapkan order customer Shopee...
Alhamdulillah






13 Disember 2020

Chapter 12 : Disember 2020 ~ Page 348 Of 366

By Dalia Hassan at Ahad, Disember 13, 2020 0 comments

 Assalamualaikum wbt


Ahad : 13/12/2020

PKP / MCO : Hari Ke-271


Cuti hari ni tak ada sebarang aktiviti sihat yang aku buat. Teruk betul aku ni, entah bila la nak sedar tentang gaya hidup yang sihat... 

Pagi ni buat mee goreng daging.. ikhlas cakap, tak sedap... 
Anak-anak aku puan makan sikit jer...
tak habis

Dalam tengahari sikit aku pergi Kota Damansara jap, beli barang untuk buat kek kat Bake With Yen. Lepas tu aku bawak anak-anak aku pergi makan jap.. lapar punya pasal sampai lupa nak ambil gambar...

Dah petang sikit, aku cuba buat kek pisang sebab dah berapa kali aku cuba buat kek pisang, tapi tak pernah jadi.
Dan kali ni pun masih tak jadi... Kejadiannya macam bingka pisang, tak macam kek pisang.

Stress aku. 
Entah badi pisang apa la yang melekat kat aku ni. Mungkin aku kena masuk kelas online berbayar kut... Baru dapat sukatan yang tepat.

Lepas buat BINGKA PISANG tu baru aku buat kek swissroll yuang customer tempah kat Shopee...
Alhamdulillah.. walaupun sikit, tapi tetap ada...


12 Disember 2020

Chapter 12 : Disember 2020 ~ Page 347 Of 366

By Dalia Hassan at Sabtu, Disember 12, 2020 0 comments

Assalamualaikum wbt


Sabtu : 12/12/2020

PKP / MCO : Hari Ke-270


Pagi ni aku ingat nak pergi jogging sorang-sorang, malas nak bawa anak2 aku sebab si Arissa ni sejenis yang malas sikit nak bergerak, ada jer alasan dia. Tak makan lagi la, perut sakit la, haus la.. macam-macam la... So bila dia tak nak berlari, makanya aku pun tak dapat lah nak memecahkan lemak-lemak nakal yang melekat kat badan ni...

Tapi dari malam tadi bila dia dapt tau yang pagi ni aku nak pergi jogging, dia dengan si kakak dah standby baju sukan supaya dapat ikut sama nanti. Kesian punya pasal, aku bawak la juga dia pagi ni... Tapi sebelum tu aku singgah dulu gerai tepi jalan untuk beli kuih muih sikit dan air supaya dia dapat makan dulu sebelum berlari...

Alasan tetap alasan. Pagi ni dia buat hal lagi... taknak berlari... so kami berjalan jer la keliling tasik tu.. Kadang-kadang bila angin dia datang, dia taknak bergerak langsung. Awal-awal dah ajak balik... memang aku serik la nak bawak dia ni.. Si kakak pun sama, dok bebel jer kat si adik sebab si kakak pun nak berlari gak... lama tak jogging katanya... tapi si adik buat muka selamba dia, macam orang tak bersalah.

Buat muka dunno jer.. haha



Makin bulat muka mama ko ni nak... camana mama nak kurus kalau lari sikit kena berhenti sebab ada budak tu buat perangai.

Si kakak... hilang kisah jogging.. hari ni mama jadi cameraman dia lagi...

main-main...


tetiba jalan laju ke depan sebab kena marah dengan mama...


Henpon mama penuh dengan muka dia jer nampak gayanya....


Dia lagi...

 Bila mood mama pun dah spoil sebab tak dapat jogging, masa balik tu mama tak terus balik rumah, mama terus masuk Guthrie Highway.. Menuju ke Kuala Selangor... dari Kuala Selangor, ke Pantai Remis pulak cari lauk sikit...

Ingat nak beli kerang ni... tapi macam tak reti sangat nak makan dan bersihkan sebab kulit dia berbulu-bulu..

Favourite



Pucuk ubi... lamanya tak makan hoi.

Sesi berposing tepi laut..


Payah betul nak suruh bergambar...

Balik rumah terus masak... aku beli kerang saiz biasa dan kupang jer untuk aku dan Arissa makan... Ainul tu dia pelik sikit... langsung tak nak makan seafood kecuali ikan dan udang. Tak sedap katanya...

Malam beli Nasi Ayam Gepuk Yeop pulak... tak jemu makan Ayam Gepuk Yeop ni...
cukup rasa pedasnya....


PayPal

 

The Kakya Joyah Template by Ipietoon Blogger Template | Gadget Review