Sahabat

Halaman

06 Jun 2020

Chapter 6 : Jun 2020 ~ Page 158 Of 366

By Dalia Hassan at Sabtu, Jun 06, 2020 0 comments
Assalamualaikum wbt


Sabtu : 06/06/2020

PKP / MCO : Hari Ke-81

Hari ni seharian aku fokus kat mask extender jer. Tapi sempat juga la aku masak Ayam Salai Masak Lemak Cili Api. Ayam tu aku salai sendiri guna oven aku yang suhu dah rosak tu. Ada juga le kegunaan lain. Hehe

Bersepah2!

Ayam Salai Masak Lemak Cili Api. Tak sama la dengan air tangan mak aku. Isk... Rindunya...

Kalau tengahari tadi aku makan dengan nasi, sebelah malam pulak aku makan dengan mee kuning. Nampak kan merah2 kat mee kuning tu... Sebab bercampur dengan kuah yang menggunakan kunyit. Gitu le jadinya.

 Telan je laaaa...

….......................................................................................................................................




SITUASI SEMASA COVID-19 DI MALAYSIA



06/06/2020



05 Jun 2020

Chapter 6 : Jun 2020 ~ Page 157 Of 366

By Dalia Hassan at Jumaat, Jun 05, 2020 0 comments

Assalamualaikum wbt


Jumaat : 05/06/2020

PKP / MCO : Hari Ke-80


Aku lapar Nasi Lemak Warisan Opah tapi dah berapa hari ni aku pergi sebelah pagi, tak buka. Hampa betul. So melencong cari nasi lemak orang lain. Tak tau la kenapa tak kena dengan tekak aku ni. 

Dapat dah mochi yang aku order kat Yatz. Kali ni aku beli perisa kacang merah pulak

Brownies Kak Wani bawak...

Donut pun Kak Wani bawak... Donut dia ni lain skit sebab dia campur kentang untuk lembutkan.

Dalam pukul 11 lebih mengulor jap cari makanan. Tak puas hati dengan nasi lemak yang beli tadi. Tak kenyang so aku makan Nasi Ayam kat Restoren Nasi Ayam Klasik kat Usj1.

Tapai Pulut Daun Getah. Favourite aku ni...

Tengahari rehat lama aku dengan kak wani pergi Mydin jap. Asalnya aku nak pergi drop off barang Shopee je tapi Sjn Adam kirim macam2 la pulak... Dah macam Personal Shoper pulak aku ni. Layankan jer la. Haha


Lepas rehat sambung fitik.

Tengok kat Mydin tadi mahal benor mangganya. Balik kerja nampak ada brother tu jual buah guna lori. 2kg RM10. Oklah tu. Boleh buat Mango Milk Juice lagi.. ngeeeee!

Kepci

Mango Milk Juice. Tak boleh move on la deyyyyy!

Malam menyiapkan benda alah ni pulak...

….......................................................................................................................................



SITUASI SEMASA COVID-19 DI MALAYSIA



05/06/2020


04 Jun 2020

Chapter 6 : Jun 2020 ~ Page 156 Of 366

By Dalia Hassan at Khamis, Jun 04, 2020 0 comments

Assalamualaikum wbt


Khamis : 04/06/2020

PKP / MCO : Hari Ke-79

Hari ni aku off so bolehlah aku sambung mengemas bilik aku yang akan aku jadikan sebagai markas aku untuk Work From Home (WFH), tak kiranya untuk kerja hakiki aku atau kerja sambilan aku. 

Untuk meja dan kerusi tu aku guna jer la apa yang memang dah sedia ada kat kat rumah ni. Pada asalnya memang aku nak mencari satu meja ofis supaya suasana pejabat tu ada. Bila difikirkan semula.. tak payahlah nak membazir. Guna jer apa adanya...

Meja bulat kaca pun boleh jadi meja pejabat. Tak kisah lah kan asalkan ada.

Boleh gak la buat tempat lepak2 sambil main gitar. Langsir je aku tak sempat lagi nak cari langsir baru. Ingat nak beli je langsir yang belum berjahit tu.. boleh jahit sendiri. Tapi... Namtilah dulu... Lepas raya ni bajet banyak lari. Haha

Aduh. Aku tak boleh move on dengan Mango Milk Juice ni... Sedap sangat. Hari2 minum pun takper, selagi tak kencing manis. Haha

Keluar jap beli kepala paip. Kepala paip sinki dalam bilik air bilik aku tu dah loose. Kena tukar baru...

Balik singgah beli Nasi Ayam Penyet lagi...

….......................................................................................................................................




SITUASI SEMASA COVID-19 DI MALAYSIA



04/06/2020



03 Jun 2020

Chapter 6 : Jun 2020 ~ Page 155 Of 366

By Dalia Hassan at Rabu, Jun 03, 2020 0 comments
Assalamualaikum wbt


Rabu : 03/06/2020

PKP / MCO : Hari Ke-78

Malam semalam entah kenapa mata aku susah betul nak tidur. Last2 aku decide nak pasang wallpaper bilik aku pagi2 buta tu.. tak kisahlah walaupun nanti nak pergi kerja bermata panda sekalipun...




Seperti yang telah dijangkakan, sampai ofis mata aku mengantuk sangat. Dah ler mengantuk, pakej sekali dengan perut yang lapar... Dalam pukul 10 lebih aku pergi menapau jap kat Restoren Nasi Ayam Klasik kat USJ 1... Tapau nasi ayam penyet.


Cik Adam bawak... Tapi aku tak boleh nak telan sangat sebab terlalu manis... Akhirnya dia yang paling banyak makan walaupun dia sendiri yang bawak untuk kami makan. Haha

 Nasib baik balik kerja aku bawak kereta walaupun tadi dah niat nak bawak balik motor... Hujan lebat pulak. Selamat...

Ok. Ni je cerita aku hari ni... Tak mampu nak tulis panjang2. Mata lemau. Taknak bagi kerjasama.


….......................................................................................................................................



SITUASI SEMASA COVID-19 DI MALAYSIA



03/06/2020





02 Jun 2020

Chapter 6 : Jun 2020 ~ Page 154 Of 366

By Dalia Hassan at Selasa, Jun 02, 2020 0 comments


Assalamualaikum wbt


Selasa : 02/06/2020

PKP / MCO : Hari Ke-77


Semalam ke Mr. DIY, mujur jumpa butang2 yang cantik. So hari ni pulun lagi buat Mask Extender seberapa banyak yang termampu.



Dari seawal pagi sebelum subuh aku buat mask extender ni, dalam pukul 8 lebih aku tertidur jap... Tak tau la camana boleh terlena.. ngantuk sangat agaknya. Lebih kurang pukul 10 lebih aku bersiap2 nak pergi Romantika Home Store kat Summit jap.. cari barang sikit..


Keluar dari Romantika terus ke Restoren Nasi Kak Wok.. tapau makanan jap.

Aku singgah opis jap ambik barang. Alang2 aku makan nasi kak wok yang aku tapau tadi. Lapar giler. Nak balik aku paw duit raya dari Sarjan Adam. Dapat la RM20. Hahaha rezeki hari ni 😂

Balik aku singgah Kedai Buku BookWorm jap kat Subang Bestari. Jualan sempena penutupan kedai. Sian pemilik kedai ni. Takder bisnesTbisnes semenjak PKP ni. Doa yang baik2 jer.

Lama juga la beraturnya sebab ramai gak yang serbu. Terhibur aku dengan kucing dua ekor ni. Depa pun beratur sama. Teman kami.

Aku beli fail2 dan pen je. Banyak juga pen aku beli. Simpan buat stok. Pen aku kat ofis tu asyik hilang jer. Geram dibuatnya.

Menu makan makan. Chicken Chop order guna Foodpanda. Tak sedap.
Ok bye!

….......................................................................................................................................



SITUASI SEMASA COVID-19 DI MALAYSIA



02/06/2020




01 Jun 2020

Chapter 6 : Jun 2020 ~ Page 153 Of 366

By Dalia Hassan at Isnin, Jun 01, 2020 0 comments

Assalamualaikum wbt


Isnin : 01/06/2020

PKP / MCO : Hari Ke-76

Hari pertama kerja selepas cuti raya. Bermalas2an jer rasa. Tapi nak buat camana. Hidup perlu diteruskan.


Singgah Shell tadi beli roti dengan air kotak Milo. Sampai IPD siap2 makan dalam kereta, takut kawan2 aku kat opis berpuasa. Tak sedap pulak nak makan depan diorang.

Ramai beratur mohon surat rentas negeri. Ye lah.. aku faham gak. Mesti perkara penting tu kalau tak, tak mungkin diorang gigih beratur panjang untuk dapatkan permit.

Mochi Pandan beli kat Yatz SB.

Tengahari Kopral Othman Solomon belanja kami nasi bungkus. Beli kat gerai Makcik Cantik katanya...

Singgah Mydin jap..

Lepas pergi Mydin aku menyinggah Mr. DIY kat Summit. Cari butang...


Malam repeat otak2 frozen lagi. Selagi tak abis dalam peti ais tu, selagi tu la repeat.


….......................................................................................................................................



SITUASI SEMASA COVID-19 DI MALAYSIA



01/06/2020



PayPal

 

The Kakya Joyah Template by Ipietoon Blogger Template | Gadget Review