Sahabat

Halaman

06 Mac 2020

Chapter 3 : March 2020 ~ Page 66 Of 366

By Dalia Hassan at Jumaat, Mac 06, 2020 1 comments
Assalamualaikum wbt

Jumaat : 06/03/2020


Macam biasa, aktiviti setiap pagi Jumaat, larian dan senamrobik... Cuma pagi ni ada tambahan satu lagi aktiviti selepas senamrobik, iaitu fitik (gotong royong) di berek.


Pagi.. standby untuk larian. Biasa aku join grup B tapi kali ni aku join grup C... Tak confident nak lari sangat sebab baru abis demam. Darah aku pun masih kurang lagi ni.

Dah hujung2, diorang banyak jalan jer.. kalau aku pulak, awal2 pun jalan gak. Haha. Bolehlah janji keluar peluh


Sampai2 jer terus sambung senamrobik.
Semput hoi!


Abis senamrobik, fitik pulak. Tak sempat nak teguk air. Abis fitik, pergi kantin tapau nescafe o ais. Hutang. Hahaha

Tempat buang sampah kat kat b ni pun lawa

Dalam pukul 11 pergi kantin semula sebab nak bayar hutang air tadi dengan tapau spaghetti ni.
Sedap.
Kenyang sampai petang.

Petang balik kerja singgah pasar malam Subang Perdana jap.
Beli tauhu bergedil ni...



05 Mac 2020

Lawatan Kerja Naib Pengerusi PERKEP Selangor Ke Subang Jaya

By Dalia Hassan at Khamis, Mac 05, 2020 0 comments

Assalamualaikum wbt

Hari ni ada lawatan kerja timbalan pengerusi PERKEP Selangor ke Subang Jaya. Memandangkan untuk kali ni aku dah terpilih jadi AJK walau tanpa rela, so aku pun terlibat sekali la dalam majlis ni.

Oklah. Bercampur sikit aku dengan orang. Haha

Menuju ke Rumah Perkep



Ucapan dari YBHG Datin Baidzura

Demo make up dari MUA Qisnoe, isteri Ketua Bahagian BSPT SJ.


Jengah dapur jap, Kak Pah tengah prepare bahan2 untuk demo masakan.

Hebat Pn. Qisnoe . 

Jenguk lagi ke dapur... Almaklum perut dah mula lapar...

Banyaknya set makeup dia. 



Lepas makeup, tutorial pakai turban pulak..

Macam senang je . Cantik pulak tu

Cantik Cik Pah ni lepas makeup n pakai turban. Tapi kalau aku yang pakai mesti buruk.. muka besar. Haha

Demo masakan pulak oleh Kak Pah.. dia ajar masak Laksam.

Datin pun berminat.. banyak benda dia tanya Kak Pah sekaligus kami yang dengar ni pun dapat ilmu masak laksam walau entah bila tahun baru nak buat.


Siap!

Ok dah. Jom makan.
Sedap.
Kenyang.
Alhamdulillah

Ni video tutorial pakai turban dan juga demo masakan laksam yang sempat aku rakamkan.





Chapter 3 : March 2020 ~ Page 65 Of 366

By Dalia Hassan at Khamis, Mac 05, 2020 0 comments
Assalamualaikum wbt

Khamis : 05/03/2020

Hari ni aku sampai opis awal sikit... Bukan apa, hari ni aku ditugaskan sebagai penyambut tetamu sempena Lawatan Kerja Naib Pengerusi Perkep Selangor, YBHG Datin Baidzura Su ke Perkep Subang Jaya.

Untuk maklumat, Datin Baidzura adalah isteri kepada Dato Arjunaidi, Timbalan Ketua Polis Selangor.

Pagi2 lagi masa aku sampai, aku terserempak dengan Yana Md Piah. Kebetulan memang aku ada order kek marble kat dia.. hari2 tengok dia update whatsapp status, akhirnya sis terliur juga.. terpaksa order... Haha

Cantik kejadiannya... Berwarna warni

Sebelum sampai opis tadi, aku singgah kejap kat Shell sebelah Damen untuk beli roti dan susu ni untuk alas perut sementara tunggu majlis habis.

SJ Dancers standby untuk menari depan datin.

Sempat jenguk rumah Perkep jap sementara tunggu datin sampai.


Jengah dapur, sejuk mata tengok ada makanan. Haha

Lepas demo masakan, ni la acara yang ditunggu2... Perut tengah lapar... Inspektor Siti Zamarah tu lagi la tak sabar. Mangkuk dia yang paling besar walaupun badan dia yang paling kurus. I is jeles. Haha

Alhamdulillah kenyang. Sedap Kak Pah masak.

Abis majlis, balik opis terus potong kek yana pulak. Sedapnyaaaaa.. gebu dan lembut. Ramai kawan2 aku kata sedap...

Malam aku ingat tak nak makan nasi, kalau lapar nak makan kek je. Sekali bila tengok roaster, esok pagi nama aku naik untuk larian dan senamrobik. Last2 aku order la kat Foodpanda Nasi Goreng Maghi Raso ni sebab aku tau kalau malam ni aku tak makan, mesti pagi esok aku lembik.

Untuk cerita Lawatan Kerja Naib Pengerusi Perkep tu nanti aku buat entry lain.

04 Mac 2020

Chapter 3 : March 2020 ~ Page 64 Of 366

By Dalia Hassan at Rabu, Mac 04, 2020 0 comments
Assalamualaikum wbt

Rabu : 04 March 2020

Hari ni hari ulangtahun kelahiran anak aku, Arissa Qaisara yang ke tujuh tahun. Sekejap je masa berlalu... Darjah satu dah anak aku ni... Dan ini bermaksud, aku semakin tua... Alah alah terimalah kenyataan Dalia oiiiiii!

Pagi ni aku makan roti gardenia perisa pisang yang rm0.90 tu untuk alas perut sementara aku beli makanan... Dalam pukul 9 lebih baru aku sempat ke kantin untuk tapau makanan. So aku belilah spagethi, bolehlah separuh aku makan pagi ni, dan separuh lagi makan tengahari.

Tapi desebabkan aura roti rm0.90 tu masih terasa dan aku masih rasa kenyang, so aku lupa nak makan sampailah tengahari. Tapi rezeki aku tengahari ni, Sub Inspektor Rohimi nak belanja kami makan sempena kenaikan pangkat dia dari Sarjan Mejar ke Sub Inspektor. Mak aku kata, rezeki jangan ditolak. So rehat tadi kami beramai2 pergi makan kari kepala ikan kat restoren klasik usj 1.

Berselera masing2 bila dapat makan free orang payung.


Menu utama : Kari Kepala Ikan. Sebenarnya aku tak pandai makan kepala ikan... Mujur ada lauk2 lain...

 Masa dah nak gerak balik opis baru aku perasan Si Sue Senget ada kirim makanan. Alamak! Aku terlambat baca wasap dia. Dah le aku pergi klasik ni tak bawak satu sen pun... S.I pulak dah settle buat bayaran... Takkan aku nak mintak tambah pulak. Hahaha... So terpaksa aku berterus terang dengan dia yang kami dah gerak balik dan aku tak bawak duit walau satu sen pun.

Dia ok je. Tapi aku yang rasa serba salah sebab tak belikan dia makanan. Tetiba aku teringat yang spagheti aku tak makan lagi. So aku offer la ke dia. Laju dia datang..

Haha!
Petang balik kerja, aku singgah beli ayam goreng dan bubur ayam farra. Boleh tahan sedapnya...
Dan sekarang, aku rasa macam lapar je lagi. Baik aku tidur sekarang... Kalau tak nanti macam2 la permintaan perut aku ni...

Oklah. Signing out.
Gudnite!!!

03 Mac 2020

Chapter 3 : March 2020 ~ Page 63 Of 366

By Dalia Hassan at Selasa, Mac 03, 2020 0 comments
Assalamualaikum wbt

Selasa : 03 March 2020

Tak banyak yang nak diceritakan hari ni.. pagi aku masak nasi goreng anakku untuk sarapan diorang sebelum pergi sekolah. Lepas hantar Arissa pergi sekolah, aku kemaskan dapur dan siap2 kemas beg untuk balik ke Subang. Aku naik bas Transnasional jam 9.30am.. kalau ikutkan, aku lebih suka naik Mara Liner tapi untuk pagi ni takder trip ke KL.


Sayu hati tiap kali nak tinggalkan suami dan anak2... Tapi demi tugas aku terpaksa juga hadapinya...

Sampai KL hampir jam 3 petang.. mujur tak hujan, kalau tak susah juga aku nak meremit. Ye lah.. motor aku tinggalkan kat parking TBS...

Perut agak sedikit lapar. So aku singgah RNR Awan Besar jap beli Rotiboy seketul. Cukuplah sementara aku nak alas perut.

Dari Awan Besar aku terus gerak balik rumah. Plan asal nak singgah beli Nasi Ayam Penyet, tapi kepala aku tiba2 rasa pening. So aku terus balik rumah, takder singgah mana2 lagi dah...

Malam bila perut mula melagukan lagu keroncong, FoodPanda lah penyelesaiannya. Aku order nasi goreng ikan masin, tomyam seafood dan laicikang. Harga asal dalam RM20++, tapi dengan menggunakan promo code PANDAPAL, aku dapat diskaun 30%... So aku bayar dalam RM14++ untuk makanan ni... Delivery charges, takder. Free. Kiranya aku untung la jugak... Tak payah susah2 start motor nak pergi beli makan. Kini semuanya di hujung jari jer...


Eh. Cakap pum pang pum pang... Sebenarnya malam tu aku keluarga jugak beli spray nyamuk dengan tuang minyak motor. Terpaksa la sebab tinggalkan rumah beberapa hari, nyamuk bermaharajalela kat rumah tu. Pasang ubat nyamuk, ermmmm tak jalan.

Dan masa aku keluar ni la hujan turun selebat2 nya... Tak semat nak cari tempat berteduh.

Lencun aku dibuatnya....

02 Mac 2020

Chapter 3 : March 2020 ~ Page 62 Of 366

By Dalia Hassan at Isnin, Mac 02, 2020 0 comments
Assalamualaikum wbt

Isnin : 02/03/2020

Sarapan aku pagi-pagi ni special sikit. Buah pulasan! haha

Buah pulasan macam ni yang sedang elok kalau nak makan... tak berair sangat... paling penting, kita dapat makan dulu sebelum kera-kera yang berkeliaran kat belakang rumah tu kerjakan.

Antara lauk tengahari aku.. ikan pekasam.. memang best.

Sup ayam pun aku buat sup bodoh-bodoh jer...
Siap masak aku pergi jemput Si Arissa pulak... sebulan sekali jemput dia balik sekolah...

Sempat order brownies untuk besday Arissa.. sebenarnya besday dia 4/3/2020 tapi aku awalkan sikit sebab esok aku dah nak balik Subang.

Buah duku tepi rumah aku... harap-harap sempat la makan sebelum kera2 tu kerjakan.

Dua beradik... Shitam dengan Oyen...

Malam- sambut besday pakai baju tidur jer... bolehlaaa...

Payah betul nak senyum depan kamera....


01 Mac 2020

Chapter 3 : March 2020 ~ Page 61 Of 366

By Dalia Hassan at Ahad, Mac 01, 2020 0 comments
Assalamualaikum wbt

Ahad : 1 Mac 2020

Bermulalah chapter baru dalam tahun 2020 ni... Tapi kisah aku masih sama, tak banyak perubahan. Setiap bulan aku akan balik untuk bersama suami dan anak-anak aku kat kampung... hari-hari biasa aku akan bertugas seperti biasa cuma bezanya dengan dulu, sekarang aku dah tak perlu lagi pergi ke kelas di UTM Space sebab aku dah abis belajar sejak Mei 2019, cuma sepatutnya konvo aku bulan November 2019 terpaksa ditunda ke bulan Oktober tahun ni..

Setahun menunggu beb!

Hari ni aku pergi ambil Ainul kat sekolah dia... atas permintaan dia.. layankan jer la sementara mama ada kat sini...

Petang mak mentua aku datang rumah... Si Kacaq elok je terus panjat naik atas peha mak mentua aku... 

Tak lama lepas tu dia tido. eleh.. mengada-ngada taik kuda...

Malam aku masak mee goreng bodoh jer... sedap jugak...


PayPal

 

The Kakya Joyah Template by Ipietoon Blogger Template | Gadget Review