Sahabat

Halaman

07 Julai 2011

Kosong...

By Dalia Hassan at Khamis, Julai 07, 2011 0 comments
Kosong? Ramai yang tertanya2 tentang status aku di facebook pagi tadi... ramai yang cuba meneka apakah kosong yang aku maksudkan... ada yang kata kosong sebab perut aku kosong, sebab belum bekpes... ada yang kata kosong sebab Ainul tak dapat adik lagi...dan macam2 lagilah... tapi sebenarnya jawapan tu semua salah...

Kosong.... entahlah... aku pun tak tau kenapa kosong.. mungkin sebab aku rindu kat my good friend... yer la... semenjak dua menjak ni dia busy sangat... tadi pun masa dia sms aku, dia kata busy sangat sampai demam... erm.. ciannya kat kawan aku tu... tapi aku tak tau kenapa aku sayang sangat kat kawan aku yang sorang tu... sayang sebagai seorang kawan kepada kawannya yang lain.... ermmm... tadi dia datang opis aku sekejap, tapi tak dapat nak borak lama.. tegur2 macam tu ajer.. terasa kosong bila tak selalu dapat borak dengan dia macam dulu... :'(

Petang ni aku plan nak balik keje awal skit... ingat nak pergi Selayang kejap, pergi kedai kereta.. ingat nak beli kereta satu lagi... kereta second hand jer... bajet dalam RM35k... tak boleh nak beli kereta yang mahal sebab aku tak nak buat loan bank... so banyak tu jer la bajet yang aku mampu sebab nak bayar cash.... huhu! agak2 dengan RM35k tu kereta second hand apa yang aku boleh beli?

Lirik Lagu : Aishiteru ~ Zivilia Band

By Dalia Hassan at Khamis, Julai 07, 2011 0 comments

Tak tau kenapa aku suka sangat dengar lagu ni, Aishiteru, ost sinetron Cinta Melody... dan bila aku dengar lagu ni, ianya mengingatkan aku pada seseorang...


Aishiteru

Menunggu sesuatu yang sangat menyebalkan bagiku
Saat ku harus bersabar dan trus bersabar
Menantikan kehadiran dirimu
Entah sampai kapan aku harus menunggu

Sesuatu yang sangat sulit tuk ku jalani
Hidup dalam kesendirian sepi tanpamu
Kadang ku berpikir cari penggantimu
Saat kau jauh di sana

              Walau raga kita terpisah jauh
              Namun hati kita selalu dekat
              Bila kau rindu pejamkan matamu
              Dan rasakan a a a aku

Kekuatan cinta kita takkan pernah rapuh
Terhapus ruang dan waktu
Percayakan kesetiaan ini
Pada ketulusan a a ai aishiteru

Gelisah sesaat saja tiada kabarmu ku curiga
Entah penantianku takkan sia-sia
Dan berikan satu jawaban pasti
Entah sampai kapan aku harus bertahan

Saat kau jauh di sana rasa cemburu
Merasuk ke dalam pikiranku melayang
Tak tentu arah tentang dirimu
Apakah sama yang kau rasakan

             Satu sendiri pikiran melayang terbang
             Perasaan resah gelisah
             Jalani kenyataan hidup tanpa gairah
             Oo.. uoo.. lupakan segala obsesi dan ambisimu
             Akhiri semuanya cukup sampai di sini
             Dan buktikan pengorbanan cintamu untukku
             Ku mohon kau kembali

Kimita tuokukitemo
Kiminoi shuaguaratala
Shiniteruyo shiniteruyo


Wo wo wo.. a a ai aishiteru

05 Julai 2011

Hari ini : 5 Julai 2011

By Dalia Hassan at Selasa, Julai 05, 2011 0 comments
Assalamualaikum...

Erm... Hari ni agak sedikit bosan sebenarnya.. Tak tau la kenapa.. Walaupun zahirnya aku nampak ceria, tapi hati aku hanya Tuhan je yang tahu.. Biarlah aku simpan dalam hati jer.. Mungkin tak semua perkara aku boleh kongsikan kat sini..

Seawal jam 10pagi kami dipanggil untuk roll call di tingkat 9.. Biasalah, masalah dalaman yang melibatkan cawangan trafik.. Ponteng, mc, datang lambat, datang cepat (eh! tu aku..) dan macam2 lagi lah.. Diorang siap perli aku yang selalu datang awal.. Aishh.. Ada aku kisah? Yang penting aku tak perlu mengadap trafik jem kalau keluar lambat.. Lagipun udara pagi betul2 dapat menyegarkan mata aku ni.. Betulllll! Kalau tak caya cuba korang buat.. 6.20am dah kuar dari rumah untuk pergi kerja.. Aku dah terbiasa. Dah jadi rutin datang awal. Kalau keluar rumah kul 6.30am tu pun aku dah rasa lewat.. Padahal kalau ikutkan 25minit sampai opis dah.. Tapi aku suka..


Aipppp.. Melalut pulak dah.. Ok2 sambung cerita pasal roll call tadi.. Sebenarnya aku bukannya fokus sangat, sebab asyik kena kacau dengan anggota2 trafik yang dok kat belakang aku.. Bengong betul diorang ni... Takder kerja lain agaknya.. Kopral Adam yang dok sebelah aku pun bengong.. Ada jer idea dia nak buat lawak... Tu yang aku ngan Linie asyik gelak jer, padahal ASP Ramzi (SIO) betul2 dok berdepan ngan kitorang.. Nasib baik tak kena sound dengan dia.. Abis roll call dalam kul 12.30pm..

Tengahari aku tak kuar makan pun, cuma makan meggi rendam jer kat opis.. Dalam kul 3pm ain ajak pegi makan, lapar katanya.. Akupun lapar sebenarnya.. So aku, ain ngan kak wani pergi melepak kat gerai bawah berek tu.. Makan cucur udang sambil melepak2. Ain order sup meggi.. Akupun tumpang sekaki la.. Hehe.. Pas makan, otw balik opis, singgah enquiry trafik jap, malangnya terserempak ngan Sarjan Musa plak. Adussss.. Dia macam biasalah, kalau jumpa aku mesti nak menyakat, menyakat dan menyakat! Aku geram, sempat jugak aku sound dia.. "Encik pernah dengar tak Sarjan kena makan selipar jepun?" Hahaha! Spontan je ayat tu keluar dari mulut aku. Gelak besar dia.. Padan muka...

Sampai jer opis, biasa ar.. Borak2 jap sambil tangan buat kerja. Linie bagitau yang tadi ASP Ramzi dengan Tuan Rahman (Baim Wong) datang opis.. Fuhhhh! Nasib baik masa diorang datang aku takder.. Tak lama jer pastu aku dapat satu sms dari Baim Wong..

"Ada mana" dia tanya..

"Opis" aku balas, malas..

"buntut..tadi aku pegi opis hg takde.g mkn kan" hamboi3... Sedap dia jer membuntutkan aku.. Ermm.. memang betul pun aku pegi makan, tapi masa dia sms aku mmg aku dah ada dalam opis.. Betul tuan... tak tipuuuuu... Burrrrpppp! hehehe...

"Hahaha! Lapar lah... Tengahari td makan megi jer... Tu yg pegi makan tu.. ;) naper? Rindu kat sy ke" haha! Sajer jer aku menyakat dia..

"tadi kata kat opis.."

"Yer ar masa sms td mmg ada kat opis.. La ni ada kt tkt 8.. Mengacau.." saja bagitau dia aku ada kat tingkat 8 walaupun aku tau yang dia tau aku ada kat sini, sebab masa otw pergi tingkat 8 tadi aku terserempak dengan dia tengah tengok tahanan satu kes pecah rumah...

"Uwekkk" hahaha! Sempat jugak dia balas tu..

"Nape? Nak muntah ker? Haha! Sila ke tandas yg berdekatan ye klu nak muntah... Jgn muntah sepah2"

Sebenarnya, serius aku rasa selesa dengan bos aku yang sorang ni. Boleh diajak bergurau, tak macam bos2 yang lain.. Tapi bak kata Faizah pulak, aku jer yang berani bergurau senda dengan bos macam tu.. Diorang semua tak berani... Cuma kalau mood dia tak ok, memang aku malas nak tegur la.. Lain dengan my good friend, T~Ni yang sentiasa senyum memanjang... Oh. Tadi aku terserempak dengan T~Ni, tapi tak tegur pun. Malas. Tengah kecik hati dengan dia ni.. Huh! ~Sambil memalingkan muka~


Petang, aku ngan kak wani pergi joging kat kompleks sukan MPSJ.. Saja mengeluarkan peluh, lagipun lama dah tak bersukan... Kul 6.30pm aku gerak balik rumah....

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

04 Julai 2011

Badminton Dan Bowling

By Dalia Hassan at Isnin, Julai 04, 2011 0 comments
Assalamualaikum..

Pagi2 tadi macam biasa aku pukul 6.50am dah sampai opis.... sampai jer aku tengok 'Baim Wong' dah tercangok kat depan opis aku sambil perhatikan roll call anggota trafik yang kena jaga point duty yg memang diadakan setiap pagi.. Mula2 aku buat tak pandang jer, konon2 tak nampak lah kewujudan dia kat situ.. Tp bila dia gelak2 perli aku sebab sampai opis awal, aku pun apalagi, menjawablah.. Yer la, sampai opis lambat salah, sampai cepat pun nak bising.

Alahai.. Malas aku nak layan.

Dekat pukul 8am, bila kak wani sampai, dia bagitau aku yang petang ni dah start main badminton kat dewan IPD.. Aku yang tak bawak baju sukan, dekat RM80 abis untuk beli baju dan seluar sukan semata2 nak main badminton petang ni.. Siap pergi Mydin Usj1 lagi waktu rehat untuk beli baju dan seluar tu.. Sampai masa, dewan pulak diorang gunakan untuk BERSIH tu.. Katanya dewan akan digunakan sehingga 11hb ni.. Adoi la.. Frustrated betulla.. Pastu konon2 nak join budak2 lelaki main bola tampar, tapi segan la pulak.. sebab ada beberapa orang yang aku tak kenal...

Akhirnya, aku dan kak wani menuju ke Summit usj, main bowling.. Yeayhhh! Memang best.. Aku memang tak pandai nak main bowling ni... tapi hasil dari tunjuk ajar kak wani yang memang pakar dalam bowling ni, ada peningkatan lah jugak... sekurang2nya takder la asyik masuk longkang jer... Pas main, kitorang melepak kat Garden Cafe sambil bercerita. Sedar tak sedar dekat kul 9malam jugaklah baru kitorang balik... Masing2 macam orang bujang plak... terlupa sekejap... heheh!



Balingan dari kak wani

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

01 Julai 2011

Dusun Durian

By Dalia Hassan at Jumaat, Julai 01, 2011 0 comments
Assalamualaikum dan selamat pagi Jumaat...

Pagi tadi aku sempat ikut parent aku pergi dusun durian... Memang best dok pungut durian yang gugur.. Dua tempat aku pergi tadi.. Dusun yang pertama kat Selumpur, dusun yang kedua di kampung Sepinang..

Ermmm.. Puas juga lah makan durian walaupun tahun ni buah tak selebat dan semeriah tahun lepas.. Setakat nak makan anak beranak dan sedekah kat jiran2 sekampung tu masih boleh lagi la. Berlebih2 lagi... Teringat masa kecik2 dulu aku selalu ikut abah dan mak bermalam di pondok durian, tunggu buah durian gugur... Seronok sangat...



Petang ni aku dah nak balik Subang semula.. Ermm.. mak dah ketepikan durian untuk aku bawak balik.. Tempoyak jugak.. Hehe.. Suka3..

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

30 Jun 2011

Warna Warni Di Bulan Jun

By Dalia Hassan at Khamis, Jun 30, 2011 0 comments
Esok Julai akan menjelma.. Selamat tinggal bulan June.. Jumpa lagi tahun depan.. Banyak suka duka aku di bulan June tahun ni.. Tengoklah kalau ada masa nanti, aku akan senaraikan serba sedikit aktiviti yang telah aku ikuti..

Daaaaaaaa...

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Balik Kampungku..

By Dalia Hassan at Khamis, Jun 30, 2011 0 comments

Assalamualaikum semua...

Pagi semalam aku gerak balik segamat dengan anak aku, naik kereta sekali dengan abang ijat.. Asben aku tak dapat balik sama, wife abg ijat, kak mas pun tak dapat balik sama sebab terlibat dengan audit. So aku together2 naik kereta abg aku la, jimat skit.. Hehehe

Aku pada mulanya bercadang nak balik naik bas jer, sebab aku ingat abg ijat masih di Mauritania lagi.. Sbb tu aku ambil cuti sampai jumaat. Klu aku tau abg ijat dah ada kat M'sia, aku amik cuti sehari je balik sekali dengan dia. So aku bolehlah simpan cuti aku untuk raya sakan nanti.. Abang aku tu selalu tak ada kat sini... Biasanya dia bekerja sebulan di M'sia, sebulan di Mauritania.. Bergilir2. Tak taulah sampai bila macam tu. Tapi syok gak selalu dapat pergi negara orang. Yang bestnya, setiap kali dia akan transit ke France.. Tiap2 bulan dapat pegi france.. Aku? Dalam mimpi jer la pergi sana..

Aku balik hari rabu ni pun sebab majlis merisik adik bongsu aku.. Ermmm.. Adik aku tu still belaja lagi kat Uitm Shah Alam ambil course Interrior Architecture.. Pihak lelaki dah sibuk2 nak tanggam cepat, so parent aku pun tak kisah.. Hasil perbincangan kedua belah pihak, majlis bertunang akan diadakan sabtu minggu pertama raya nanti.. Yang syoknya, adik aku tu dapat dua bentuk cincin.. Aikkk? Ni baru merisik, belum lagi bertunang dan kahwin.. Ni yang aku jeles ni.. Haisshhhh!

Pagi tadi, pas mak dan abah balik dari dusun durian, kitorang gerak pegi ke Hospital Pantai Ayer Keroh sebab mak ada appointment dengan doktor. Selepas semuanya selesai, kitorang singgah makan kari kepala ikan kat satu warung tu. Memang sedap. Abah memang setiap kali datang Melaka mesti nak singgah ke warung tu. Then, sebelum balik, kami terserempak dengan penyanyi Awie dan kawan2 dia yang sama makan tengahari kat warung tu..

Oklah.. Gambar masa majlis memang tak ada.. Nanti aku upload kemudian.. Aku masukkan gambar kari kepala ikan jer la yer..

Daaaaaaaaaa....


Alia : Rindunya aku kat dia.... ;p


Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

28 Jun 2011

Mesyuarat PACSU

By Dalia Hassan at Selasa, Jun 28, 2011 0 comments
Assalamualaikun semua...

Hari ni, pagi2 lagi aku dah kena pergi ke IPK Selangor coz menghadiri mesyuarat PACSU yang dirasmikan oleh Ketua Polis Selangor, Dato' Tun Hisan Tun Hamzah...





Erm.. malas aku nak cerita kat sini, sebab banyak sangat perkara berbangkit.. Hangat, memang hangat. Banyak perkara yang dibincangkan. Mesyuarat berlangsung dari jam 10am dan berakhir lebih kurang 3pm, tanpa henti.. Tapi oleh sebab perut yang lapar dan untuk solat, kami keluar juga lah bergilir2.. Mana tahan dok dalam tu dengan perut yang kosong.. Hehehe..

Tengahari dalam kul 1pm, my good friend, T~Ni sms tanya aku kat mana. Erm.. Rupanya dia pun ada kat IPK coz kena bagi statement pada tatatertib.. Tapi aku tak jumpa dia pun.. Petang baru aku terserempak dengan dia kat opis.. Tapi tak sempat pun nak bercerita kat dia, sebab dia jer yang nak bercakap.. Sibuk cakap nak pindah tempat lain.. Dah boring katanya asyik dok situ jer.. Erm.. Sibuk sangat nak pindah, pergi jer la pindah..pindahlah cepat2 skit... Ada aku kesah? (Bercakap dengan nada kecik ati sebab dia nak tinggalkan kawan baik dia ni kat cni)..

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

PayPal

 

The Kakya Joyah Template by Ipietoon Blogger Template | Gadget Review