Sahabat

Halaman

05 Oktober 2019

Larian Rasa Sayang Sempena Karnival Rasa Sayang di Shah Alam

By Dalia Hassan at Sabtu, Oktober 05, 2019 0 comments
Assalamualaikum wbt

Hari ni aku berkesempatan untuk join Larian Rasa Sayang 2019 yang diadakan Sempena Karnival Rasa Sayang yang berlangsung di perkarangan Stadium Shah Alam selama 2 hari bermula hari ini. Karnival ini dianjurkan oleh KWAP.

Oleh sebab penyertaan ini hanya dibuka kepada 3000 orang terawal sahaja, Maka kawan2 aku yang lain ramai yang tak dapat join sebab daftar lambat. Penyertaan penuh. Nasib back la aku dengan Sue Senget sempat daftar.. 5KM hanya RM25 sahaja. Murah kan?



Ensem Kevin Zahri ni...

Sebelum larian..

Masa ni semua dah pewai dah... padahal baru 3km

Done 5KM... jadilah.. sesuai dengan diri makcik yang dah tua pakej sekali dengan muatan berat... tak mampu nak lari sampai 10km.

Selepas larian

Lepas je abiskan larian, kami pun masuk ke ruang khemah untuk tengok pameran. Memang best lah! Macam2 ada... goodies pun macam2 dapat... memang best lah!

Sebelum masuk, boleh lah daftar dulu kat kaunter ni



Abam2 Maxis...



Kat sini dia buatkan mini fisiologi.. free jer. Aku dengan Sue memang ni la tempat pertama kami pergi. Alang2 Masa tu masih tak ramai orang. Best sangat dia buat... aku memang selalu sakit2 belakang. Bila dia tekan, pehhhh! puas hati.... Pastu dapat gift voucher 20% kalau Kita pergi buat fisio kat cawangan Physiogo Physiotheraphy Centre

Agak lama jugak si Sue ni buat mini fisio. Aku yg buat kemudian dari dia pun aku yang siap dulu. Tapi memang best la. Selain buat mini fisio, dia ajar kita jugak cara senaman yang betul supaya kita dapat amalkan...

Aku pulak ambik pakej Maxis. Kebetulan memang aku tengah cari satu pelan internet yang murah dan berbaloi.. memang ngam la. Untuk kakitangan kerajaan, cuma bayar RM1 je dah boleh nikmati pakej ni. Dapat henpon OPPO lagi. Bulanan cuma RM60. Boleh sangat... Aku tulis entry ni pun guna henpon baru ni la...
Selain tu, aku sempat la buat eye screening kat KPJ punya booth. Lepas tu aku tak tahan dah, mengantuk sangat sebab malam tdi aku sempat tidur tak sampai sejam. Sakit kepala dibuatnya. tu yang aku terus wasap Sue yang masa tu entah kat booth mana, bagitau dia yang aku nak balik dulu. Tak sabar nak tido.


On the way nak pergi ke motor, kat luar tu macam2 jualan ada. Tapi aku Cuba Tak fokus, takut terliur.

Aku kan on diet.

Sangat.

Haha!

30 September 2019

Zahir Tak Terluah

By Dalia Hassan at Isnin, September 30, 2019 0 comments



29 September 2019

Sambutan Birthday @ Kristal Villa Kondominium, Kajang

By Dalia Hassan at Ahad, September 29, 2019 0 comments

Assalamulaikum...

Terima kasih pada kawan2 aku yang meraikan sambutan hari lahir aku semalam. Patutlah beria2 tak kasi aku ada program lain, nak ajak pergi rumah Maz katanya, lepak... tapi lama kelamaan aku tau la rupanya diorang nak buat birthday aku cuma aku tak tau apa intipati program. Yang aku tau, diorang suruh standby baju sebab nak mandi kolam.

Ok. Aku terharu kerana masih dikelilingi dengan insan2 yang baik hati. Asniza, Syikin, Rozima, Faizah... sebenarnya diorang ni dah lama tukar keje tempat lain tapi masih sudi datang untuk sama2 sambut birthday aku. Serius. Sis terharu.







Lepas makan2, kami sambung aktiviti kat kolam renang pulak. Lepas zohor kami turun kolam, kami naik semua dalam pukul 6 lebih. Memang lama lepak bawah dan berenang dengan harapan, kalori2 yang kami simpan tadi akan cair terbakar.

Haha!








23 September 2019

My Birthday ( 23/09/2019 )

By Dalia Hassan at Isnin, September 23, 2019 0 comments
Assalamualaikum wbt

Alhamdulillah.. syukur ke hadrat Allah, pada 23 September 2019 maka genaplah 39 tahun usia aku. Ya. Aku semakin berusia. Tahun depan aku akan melangkah ke alam 4 series. Tapi, apalah yang ada pada umur, kan? Hanya sekadar angka...

Terima kasih pada semua ahli keluarga dan juga kawan-kawan aku yang sentiasa mendoakan untuk aku. Aku sangat hargainya. Pagi tu aku bangun tidur, celik2 mata tengok wasap berderet-deret masuk ucapan hari lahir... terharu sangat. Rupanya ramai yang sayang aku... ceewah...

Malam tu aku keluar dengan Sue pergi makan kat Night Circle Seksyen 11, Shah Alam. Dia nak belanja katanya. Kebetulan malam tu kawan2 aku ada busking kat sana... okaylah tu sambil makan sambil layan busking. Sebenarnya siang tu aku tak keje sebab sehari sebelum tu aku kena gastrik, pastu bersambung dengan demam.. tapi bila petang macam rasa segar sikit... tu yang bila Sue ajak keluar, aku on jer sebab aku dah terfikir nak makan steamboat soup.

Paling terharu, lepas makan aku dok sibuk main handphone. Tetiba je geng2 busking nyanyikan lagu birthday.. aduh... malu aku dibuatnya... tapi terharu.. ahaks!


Oklah. Tu je nak cerita. Saja tepek sini sebagai diari.

Daaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa!

22 September 2019

Hiking @ Bukit Gasing, Petaling Jaya

By Dalia Hassan at Ahad, September 22, 2019 0 comments
Assalamualaikum wbt

Ini adalah kali kedua aku pergi ke Bukit Gasing. Kali pertama dulu aku pergi masa tempat kerja aku buat Program Gaya Hidup Sihat kat sana. Korang boleh baca pengalaman pertama aku ke Bukit Gasing tu kat sini.



Untuk kali ni, oleh sebab kami tak rancang awal, so aku pergi berdua je dengan Yatz. Itupun malam sebelum tu tetiba jer Yatz tanya ada nak pegi mana-mana tak minggu tu. So, terus rancang untuk pergi ke Bukit Gasing.





So esoknya pagi-pagi lagi yatz tunggu aku kat depan IPD. Dia kata dia nak naik motor ngan aku. Okaylah... senang nak parking nanti. Dalam 7.15am kitorang gerak dari IPD ke Bukit Gasing.







Sampai Bukit Gasing, aku dah pesan kat Yatz yang aku nak pergi ke temple, sebab kat situ ada view.




Ini kali kelima Yatz hiking kat BG ni, so aku menaruh sepenuh kepercayaan kat dia. Aku fikir mestilah dia dah expert selok belok BG ni...




Turun je dari temple, sampai satu tempat tu, tetiba Yatz kata,

"weyhhhh... aku rasa kita salah jalan lah!"

Ah sudah! Masa tu kami lalu kat tepi satu kawasan pembinaan. Dia kata sebelum ni dia pergi tak pernah lalu situ. Then kami jalan je la slow2 dengan harapan bertembung dengan orang lain. Tak lama lepastu ada sorang brother tu lalu situ. Brother tu kerja kat tapak pembinaan tu. So kami tahan la motor dia, tanya betul ker tu laluan nak ke main entry BG... sekali brother tu pun tak tau. Adoi...


Tak lama lepas tu kami nampak ada cebisan kertas penanda jalan masuk ke arah satu lorong tu. Kami pun masuklah ikut kertas yang dijatuhkan kat tanah tu.. beberapa minit jugalah ikut jalan tu... ada yang trek menurun, kemudian pacak... tak lama lepas tu keluar kat satu jalan tar. Aku dah gelak-gelak dengan Yatz sebab jalan tu sebenarnya jalan yang kitorang mula-mula masuk tadi. Lepas berbincang dengan Yatz, kami buat keputusan untuk patah balik ke temple dan ikut semula jalan yang mula-mula kami naik tadi.

Masa tu la kami jumpa satu grup ni, yang diketuai oleh sorang pakcik ni. Rupanya pakcik ni guider tolong bawak budak-budak grup tu kat Bukit Gasing. Pakcik ni memang tau selok belok hutan pendidikan ni. So aku ngan Yatz pun join sekali pakcik tu, sekurang-kurangnya kami tak sesat dah.




Sampai kat satu kawasan yang di yakini oleh Yatz dia tau tempat tu, kami mohon gerak dulu dari pakcik tu. Memang berterima kasih sangat kat dia...








Ok masa tu jumpa jambatan tu kami bergambar sakan la kat situ.. lepas tu kami meneruskan perjalanan sampai ke titi gantung. Yang kelakarnya, tengok2 pakcik tu ngan ahli grup dia semua ada kat sana.. eh! bila masa pulak diorang ni potong kami. Rupa-rupanya diorang ikut laluan lain... laluan shortcut.






Lepas jambatan gantung tu, ada satu anak tangga yang agak tinggi jugak. Pakcik tu kata, kalau taknak ikut tangga pun boleh, sebelah kiri tu ada jalan shortcut.. tapi kami fikir, alang-alang ada banyak masa ni, bolehlah ikut anak tangga tu... rupa-rupanya lepas anak tangga menaik ni, ada anak tangga menurun pulak. Lebih sadis lagi, lepas anak tangga menurun tu, ada lagi tangga menaik yang aku rasa lebih tinggi dari anak tangga sebelum ni.

Sebenarnya dari awal tadi aku tak sempat makan apa pun. Memang aku ada bawak bekal, tapi bila dah sampai BG aku rasa macam takder selera nak makan. Kat sini la silap aku. Aku rasa pening-pening nak muntah dan badan rasa tak sedap. Bila lalu kat tangga ni, memang aku slow sangat macam takder tenaga. Si Yatz dah bebel2 sebab aku tak makan apa pun dari pagi. 

Bila dah keluar dari Bukit Gasing tu, memang aku rasa teruk sangat tapi aku gagahkan jugak la. Sebab masa tu aku dah rasa gastrik menyerang...

Masa ni otw nak balik IPD hantar Yatz. Aku tak tahan sangat sakitnya. Tu aku berhenti tepi jalan n tersadai jap kat tepi tu. Nampak je yatz pegang henpon nak amik gambar aku, terus pura2 ok. Haha

Bila dikenang2 semula... kelakar pun ada. Aku panjat Gunung Ledang, Gunung Irau, Gunung Senyum, Gunung Yong Belar, esoknya pagi2 lagi selamba aku pergi kerja / kelas macam biasa. Aku panjat Gap - GUS, Gunung Berembun - Telapak Buruk, Gunung Bunga Buah, Gunung Chabang, esoknya aku ada final exam UTM. Pun selamba. Aku balik dari Jambi, panjat Gunung Kerinci, hari ni sampai rumah esok aku terus pergi kerja. Kena kerja luar lagi kat Sunway... pun aku gagah.

Tapi aku kecundang di Bukit Gasing. 😂

PayPal

 

The Kakya Joyah Template by Ipietoon Blogger Template | Gadget Review