Sahabat

Halaman

05 Oktober 2019

Larian Rasa Sayang Sempena Karnival Rasa Sayang di Shah Alam

By Dalia Hassan at Sabtu, Oktober 05, 2019
Assalamualaikum wbt

Hari ni aku berkesempatan untuk join Larian Rasa Sayang 2019 yang diadakan Sempena Karnival Rasa Sayang yang berlangsung di perkarangan Stadium Shah Alam selama 2 hari bermula hari ini. Karnival ini dianjurkan oleh KWAP.

Oleh sebab penyertaan ini hanya dibuka kepada 3000 orang terawal sahaja, Maka kawan2 aku yang lain ramai yang tak dapat join sebab daftar lambat. Penyertaan penuh. Nasib back la aku dengan Sue Senget sempat daftar.. 5KM hanya RM25 sahaja. Murah kan?



Ensem Kevin Zahri ni...

Sebelum larian..

Masa ni semua dah pewai dah... padahal baru 3km

Done 5KM... jadilah.. sesuai dengan diri makcik yang dah tua pakej sekali dengan muatan berat... tak mampu nak lari sampai 10km.

Selepas larian

Lepas je abiskan larian, kami pun masuk ke ruang khemah untuk tengok pameran. Memang best lah! Macam2 ada... goodies pun macam2 dapat... memang best lah!

Sebelum masuk, boleh lah daftar dulu kat kaunter ni



Abam2 Maxis...



Kat sini dia buatkan mini fisiologi.. free jer. Aku dengan Sue memang ni la tempat pertama kami pergi. Alang2 Masa tu masih tak ramai orang. Best sangat dia buat... aku memang selalu sakit2 belakang. Bila dia tekan, pehhhh! puas hati.... Pastu dapat gift voucher 20% kalau Kita pergi buat fisio kat cawangan Physiogo Physiotheraphy Centre

Agak lama jugak si Sue ni buat mini fisio. Aku yg buat kemudian dari dia pun aku yang siap dulu. Tapi memang best la. Selain buat mini fisio, dia ajar kita jugak cara senaman yang betul supaya kita dapat amalkan...

Aku pulak ambik pakej Maxis. Kebetulan memang aku tengah cari satu pelan internet yang murah dan berbaloi.. memang ngam la. Untuk kakitangan kerajaan, cuma bayar RM1 je dah boleh nikmati pakej ni. Dapat henpon OPPO lagi. Bulanan cuma RM60. Boleh sangat... Aku tulis entry ni pun guna henpon baru ni la...
Selain tu, aku sempat la buat eye screening kat KPJ punya booth. Lepas tu aku tak tahan dah, mengantuk sangat sebab malam tdi aku sempat tidur tak sampai sejam. Sakit kepala dibuatnya. tu yang aku terus wasap Sue yang masa tu entah kat booth mana, bagitau dia yang aku nak balik dulu. Tak sabar nak tido.


On the way nak pergi ke motor, kat luar tu macam2 jualan ada. Tapi aku Cuba Tak fokus, takut terliur.

Aku kan on diet.

Sangat.

Haha!

0 comments:

PayPal

 

The Kakya Joyah Template by Ipietoon Blogger Template | Gadget Review