Sahabat

Halaman

12 Oktober 2019

Bulan Sukan Malaysia : Fit Malaysia @ Kompleks Sukan Negara Bukit Jalil

By Dalia Hassan at Sabtu, Oktober 12, 2019
Assalamualaikum wbt...

Sebenarnya pagi tadi aku berbelah bahagi sama ada aku nak pergi program Fit Malaysia ni atau tak. Sebabnya aku rasa badan aku macam dah takder tenaga... lemau selemau lemaunya... Apa taknya, pagi semalam (Jumaat) ada Program Gaya Hidup Sihat kat IPD ( memang setiap jumaat ada ) ... Larian dalam 2km lepas tu terus sambung senamrobik sejam. Memang barai la... instructor pulak memang bawak lagu yang laju2... pergerakan memang menangis la. Tapi seronok sebab berpeluh sangat. Sebelah petang pulak aku ada training badminton kat U One Sport Centre kat Klang. Balik dengan selebat2 hujan, sampai rumah memang lencun dibuatnya.

Mungkin sebab hujan tu la, kepala aku jadi tingtong. Malam tu memang aku tak dapat tidur... kepala pening. Hidung tersumbat. Tu yang aku 50-50 sama ada nak teruskan pergi program Bulan Sukan Negara ( BSN ) atau tak. Tapi sayang pulak kalau tak pergi..

So bangun pagi tu ( dapat tidur 2 jam je ), aku ambik keputusan untuk pergi je. Takpe. Abis je program nanti aku terus balik n sambung rehat sepuasnya.

Sampai kat Bukit Jalil, memang peserta dah ramai penuhi perkarangan stadium. Run kali ni memang aku tak banyak bergambar. Mata sibuk menahan ngantuk...






Ni lah antara punca kesesakan kat starting point tu... sempat jugakla aku sound diorang.. tak tau la dengar ke tak.. atau ovari dah pecah... emcee pun berapa kali pesan suruh teruskan larian jangan berhenti, tapi tak gerak gak.
(gambar ni kawan aku yang amik.. dia pun sangkut kat sini...)












Gambar masuk tak ikut turutan pulak. Takpeelah. Esok baru aku edit dan sambung cerita. La ni nak tido... 😂

0 comments:

PayPal

 

The Kakya Joyah Template by Ipietoon Blogger Template | Gadget Review