Sahabat

Halaman

14 Oktober 2019

Check Up Abah @ IJN

By Dalia Hassan at Isnin, Oktober 14, 2019
Assalamualaikum wbt

Sian abah aku. Semenjak dua menjak ni dia asyik tak sihat jer... Kak Long aku yg dok Segamat jugak tu dah berapa kali ajak abah aku pergi cek kat hospital, tapi abah taknak.

Ada sekali tu abah pitam sorang2 kat kebun. Mak aku punyalah risau. Tapi abah tetap taknak pergi hospital. Dia kata dia semput je, takder apa-apa.

Abg aku balik dari Miri, cuti terus buat appointment dengan IJN Private.. so abah aku tak boleh nak elak dah sebab abg aku dah buat appointment.

No giliran abah

Sebenarnya aku keje time ni. Tapi aku lari jugak la sekejap pergi jengah mak abah aku jap. Lagipun lama dah aku tak balik kampung jumpa diorang.

Mak : " Dalia, ambik kan gambar mak kat sini..."

Aku : "Okay mak!"

Cinta hati dunia akhirat


Bil hospital... Nak buat camana kan, org2 kampung jarang ada insurans. Tanggung sendiri la... Nasib baik abg aku ada. Dia lah yang banyak berkorban dari abah buat bypass surgery kat Hospital Ampang Puteri 10 tahun lepas.

Bila dapat keputusan checkup tu, dapat tau fungsi jantung abah cuma berfungsi 30 - 35% jer sebab ada darah beku kat saluran ke jantung tu. Doktor pun tak kasi abah minum air lebih dari 1 liter sebab jantung abah tak mampu untuk mengepam lebih dari tu. Sian abah. Makin susah hati dia dibuatnya.

Doktor bagi ubat cairkan darah dan ubat2 lain untuk 6 minggu. Nanti 25/11 datang lagi untuk checkup semula. Harap-harap nanti semuanya ok la.

Mohon semua doakan kesihatan abah dan mak saya ya! 😄



0 comments:

PayPal

 

The Kakya Joyah Template by Ipietoon Blogger Template | Gadget Review