Sahabat

Halaman

16 November 2020

Chapter 11 : November 2020 ~ Page 321 Of 366

By Dalia Hassan at Isnin, November 16, 2020 0 comments

Assalamualaikum wbt


Isnin : 16/11/2020

PKP / MCO : Hari Ke-244


Lemah betul bila hari yang kena kerja ni... Bukan sebab malas nak bekerja, tapi mood pun tak ada sebab keje kejap sangat. Sampai pukul dua jer.. tu yang takder mood nak keje tu... Sebagai seorang pekerja yang berkaliber, kalau boleh aku nak kerja sampai malam. 


Muahahaha!


Ok aku tipu.

Nak pos barang customer.. harap tak adalah kelewatan dalam penghantaran.. memang setiap kali aku pos barang customer, aku mendoakan perkara yang sama... tak berlaku kelewatan sebab yang aku pos ni makanan yang boleh rosak. Walaupun aku lekatkan oxygen absorber, tapi rasa takut yang barang rosak tu tetap ada...

Mula-mula aku drop-off parcel kat Parcelhub Mydin USJ dulu...

Kemudian baru aku ke J&T USJ 9.. drop-off barang jnt pulak..

Lepas setel semua, aku pergi tapau makan kat kedai Cik Awang kat tingkat 2... walau tak banyak pilihan menu, tapi masakan semua sedap-sedap.


Tetiba big boss baru datang melawat kawasan...


Balik singgah stall aytam tepi jalan untuk beli bubur nasi dengan ayam goreng... hujan-hujan makan bubur memang nikmat.

Sebelum tidur, pasang lampu garam dulu...
Alhamdulillah dapat tidur yang berkualiti.

hihu!


15 November 2020

Chapter 11 : November 2020 ~ Page 320 Of 366

By Dalia Hassan at Ahad, November 15, 2020 0 comments

Assalamualaikum wbt


Ahad : 15/11/2020

PKP / MCO : Hari Ke-243


Semalam masa pergi ker Pasaraya Super Seven, aku ternampak pulak peria.. tetiba rasa nak makan peria crispy pulak.. Biasa beli kat Hairul dan Fasha, tapi kali ni aku nak try buat sendiri. Setanding tak dengan Spicy Crispy Peria (CSP) yang diorang jual. 

Lepas dah sagat peria tu, aku rendam jap dengan air garam dalam sejam.. pastu aku gaulkan dengan campuran tepung bistari dan tepung lain.

Rangup tapi keras. Jauh beza dengan CSP rasa dia. hahahah

Pastu order Ayam Gepuk Yeoppp. Ingat nak makan dengan peria tadi, tapi aku terlupa... khusyuk sangat menikmati kepedasan sambal ni sampai lupa nak makan dengan peria crispy keras aku.

Dah kekenyangan, terguling2 pulak atas lantai melayan perasaan.
Buruk perangai betul.. 
Bukan apa, saja amik mood sebelum start buat kek...

Dah puas rehat, baru mem baking order customer..
Aku memang tak open order lagi kat kawan-kawan sebab mixer aku tak dapat lagi. Guna hand mixer memang bertabah sikit kalau nak buat banyak... So aku ambil order shopee jer dulu.. kayuh perlahan-lahan... Walau tak banyak, tapi tetap ada. InshaaAllah pertengahan Disember baru aku akan cuba iklankan perlahan-lahan dan open order untuk kawan-kawan.

Untuk hari ni...


14 November 2020

Chapter 11 : November 2020 ~ Page 319 Of 366

By Dalia Hassan at Sabtu, November 14, 2020 0 comments

Assalamualaikum wbt


Sabtu : 14/11/2020

PKP / MCO : Hari Ke-242


Mula ingat pagi ni nak pergi jogging tapi kemalasan tu mengatasi segalanya. 

haha done bagi alasan. 

Sebenarnya pagi ni aku mintak kawan aku - En Midi maintenance kat tempat aku keje tu datang untuk repair tangki rumah aku yang dah bertahun rosak ni. Rasa penat pulak asyik turun bawah untuk bukak tutup meter paip. Lagipun dalam masa terdekat ni aku nak mohon rentas negeri untuk balik kampung jemput anak-anak aku balik Subang. Alang-alang diorang pun dah start tak sekolah ni, lebih baik aku bawak diorang ke sini. Jadi aku ada banyak waktu bersama diorang.


Bukan saja aku mintak dia repair tangki, aku mintak dia tukar kipas rumah aku sekali. Kipas ni pun dah bertahun-tahun rosak...



Betulkan plug kat dinding ni sekali. dah berbulan-bulan rosak...
nak tukar sendiri tak pandai.haha

Tang repair tangki ni yang paling lama... sejam lebih gak...

Badan kurus... rilek jer dok kat atas tu.. kalau aku la, mesti nak masuk kat celah tu pun tak muat... kurus sangat aku ni. ngeeeeee!

Nasib baik la diorang ni datang berdua... sorang tukang jaga meter paip kat bawah... Sementara tunggu nak test tangki tu sampai ok, berpanas la lagi sorang dok kat bawah tu...

Tak tau kenapa besi pelampung yang aku beli tu tak sama dengan yang lama. Akhirnya tak guna pun yang tu.. Encik Midi repair je besi yang lama tu tegakkan yang bengkok tu... sementara tu aku order jer makanan dan air untuk diorang dari restoren dekat dengan rumah aku tu. Mula2 order kat Foodpanda, tapi tak tau kenapa orang kedai tu batalkan pesanan aku tu... last2 aku order jer dari restoren yang tak jauh dari rumah aku ni walau aku tau masakan kedai tu tak berapa kena dengan selera aku.

Lepas setel semua dan diorang pun dah balik, aku keluar jap pergi Super Seven cari barang dapur sikit.


Sambung makan nasi yang order kat kedai tadi.

Sambung makan mee sup pulak. Diorang yang buat kerja, aku yang lapar teruk. Saka betul. hahaha

Alhamdulillah... kerosakan kat rumah aku dah betul dah... Senang sikit aku lepas ni...

13 November 2020

Chapter 11 : November 2020 ~ Page 318 Of 366

By Dalia Hassan at Jumaat, November 13, 2020 0 comments

Assalamualaikum wbt


Jumaat : 13/11/2020

PKP / MCO : Hari Ke-241


Salam jumaat semua...  hari ni segar jer rasa.. pagi-pagi rasa happy jer, mungkin sebab dapat tidur yang berkualiti malam tadi. Alhamdulillah. Bila badan segar, nak buat kerja pun rasa bersemangat. Siap nyanyi-nyanyi lagi...


Lepas punch card terus beli sarapan kat kantin. Tengok kueytiaw ni nampak menarik jer, terus beli... Lagipun rasa macam dah lama sangat tak makan kueytiaw...

Masuk2 ofis, tengok atas meja ada parcel ni... Seingat aku macam tak ada barang Shopee yang sepatutnya sampai dalam sehari dua ni... Tengok-tengok rupanya dari kawan baik aku dari zaman sekolah rendah dulu, Norfathliana Daud. Alhamdulillah... dapat sejadah dari kawan lama...


Siap ada nota tu.. hahaha

Petang lepas kerja aku hantar kunci motor kat kawan aku.. sebab mintak tolong dia bawak motor aku balik rumah... Esok dia yang akan datang bantu kawan aku yang akan repair tangki rumah aku tu... so alang-alang aku mintak tolong la sorang bawak balik motor aku.. balik nanti diorang boleh balik sama-sama. Lama dah motor aku ni tinggal kat opis.. kena gak bawak balik supaya aku boleh selalu guna at least pergi kedai runcit...


Otw balik rumah aku singgah beli goreng pisang jap. Entah apa yang merasuki selera aku hari ni... lapar sajer.

Sampai rumah melantak ni pulak.

Adeh!

Bila nak kurus ni????


12 November 2020

Chapter 11 : November 2020 ~ Page 317 Of 366

By Dalia Hassan at Khamis, November 12, 2020 0 comments

 Assalamualaikum wbt


Khamis : 12/11/2020

PKP / MCO : Hari Ke-240


Bosan dan bosan lagi.

Tak sabar nak ambil anak-anak aku bawak balik sini nanti. Takderlah aku kesunyian namatey kat sini. Mati kutu. Haha

Macam ini lah kehidupan aku yang terasing di negeri Selangor ni. Suami dan anak-anak pula menetap kat Johor... dulu sebulan sekali dapat balik jumpa diorang.. semenjak covid-19 ni, aku jadi risau nak balik jumpa diorang dan ibu bapa dan ibu bapa mertua aku. Aku risau yang aku bawa balik sekali pakcik covid tu. 

Menyesal tak sudah nanti....

Nanti bila aku confident rasa nak balik, aku akan balik InshaaAllah. Yang penting masa tu aku yakin dan aku dah ikut SOP yang ditetapkan supaya covid tak melekat kat aku.

Masak?

Semenjak aku duduk sendiri ni, memang jarang dapur aku berasap. Foodpanda menjadi pilihan aku. Tapi sekali sekala tu ada jugalah aku masak. Cuma, kalau aku masak mesti lauk berlebih-lebih. Bila yang lebih tu aku simpan dalam peti ais, entah bila aku akan makan semula lauk pauk tu. Silap2 ke plastik sampah akhirnya.

Contoh hari ni... 

Lauk pauk aku ni semua recycle lauk yang tersimpan dalam peti ais. Ini pun untung sebab aku rajin nak panaskan. Rasanya lama juga tersimpan dalam tu. Time-time terdesak jer aku rajin masak / panaskan lauk sedia ada. Contohnya bila dah hujung2 bulan camni. 

Jimat.



Ikan pekasam ni lama dah aku masak. Pastu simpan dalam tempat beku. Dengan limau-limau tu aku bekukan..  

helokkkkkkkk!

Ni lebihan sambal gesek yang aku beli nasi gepuk yeoppp aritu. Minta sambal lebih, yang lebih ni la aku simpan. Suka sangat sambal ni sebab pedas dia memang kena dengan selera aku.

Makan bertamabha-tambah hoiiii!

Ni sambal sotong kering lebihan yang aku masak nasi lemak sambal sotong aritu. Seminggu lebih ada kut tersimpan dalam tempat beku tu...

Panaskan semula. Makan dengan ikan pekasam dengan sambal gesek tadi, memang masuk lah!
Ngam!

Kombinasi ideal hasil dari lebihan makanan yang disimpan di ruangan sejuk beku.
Haha!

Tidak dilupakan si hitam manis ni.. Encik Kicap Jalen. 

Petang pergi Pasaraya Super Seven kejap cari barang..

DIY Star Avenue. 
Ni pun satu lagi kedai saka ni...

Lewat petang aku start membaking..
Macam biasalah...

buat order customer, sendiri punya pun ada. haha

Nyum!


11 November 2020

Chapter 11 : November 2020 ~ Page 316 Of 366

By Dalia Hassan at Rabu, November 11, 2020 0 comments

Assalamualaikum wbt


Rabu : 11/11/2020

PKP / MCO : Hari Ke-239


Hari ni work from office. Tak tau kenapa pagi-pagi lagi dah lapar... sangat..

Lepas punch card aku terus ke kantin, cari apa-apa yang menarik walau biasanya hari2 menu yang hampir sama jer... Nak naik kedai Cik Awang, malas nak menapak ke tingkat dua tu.


Nampak gaya hari ni ada mee sup... Alhamdulillah... berselera sikit pagi2 dapat makan sup2 ni..

Bolehlah... Alhamdulillah.. kenyang... nak buat kerja pun jadi bersemangat bila perut kenyang...

Tetiba Kak Sariha datang bawak lontong.. mak aih.. ambik dulu semangkuk, pastu simpan dalam microwave. Tengahari bedal... Alhamdulillah... kenyang lagi. Selamat duit belanja untuk makan tengahari hari ni.

Balik kerja singgah lagi kedai saka jap... Aduhai... apahal la asyik terpanggil jer nak datang kedai eco ni.. Ni semua lepas aku join group FB Beli Apa Di Eco Hari Ni... parah! haha

Cari pasu bunga jer 'sebenarnya'... hahaha

Yang lain tu biarlah rahsia apa yang aku rembat. Yang pasti, banyak jugalah abisnya...

hihu!!!


10 November 2020

Chapter 11 : November 2020 ~ Page 315 Of 366

By Dalia Hassan at Selasa, November 10, 2020 2 comments

  Assalamualaikum wbt


Selasa : 10/11/2020

PKP / MCO : Hari Ke-238


Hari ni abah aku ada appointment dengan Hospital Serdang.. nak cek bateri yang di pasang kat jantung bulan lepas tu berfungsi dengan baik atau tidak. Sesuai dengan abah atau tidak. Alhamdulillah.. Setakat ni penerimaan badan abah sangat baik... tak ada masalah.

Lauk tengahari hari ni.. Nasi Ayam Gepuk Yeoppp.. Order guna Foodpanda. Nak masak memang tak sempat sebab nak berkejar ke IPD pulak.. Ada perjumpaan Trafik dengan Tuan OCPD yang baru.



Aku pilih untuk duduk kat belakang sekali. Senang nak pergi kat meja makan. hahaha



Balik dari dewan, aku singgah kedai saka lagi.. ni gara2 aku join group facebook Beli Apa Di Eco Hari Ni.. penyudahnya hampir hari2 aku ke eco.. 
jenuh.
haha

Dap hoi! 
haha


PayPal

 

The Kakya Joyah Template by Ipietoon Blogger Template | Gadget Review