Sahabat

Halaman

07 Jun 2011

Kelas

By Dalia Hassan at Selasa, Jun 07, 2011
Assalamualaikum...

Hari ni hari kedua aku berkursus kat Briged Utara PGA Ulu Kinta.. Dan semasa aku menulis entry ni, aku masih berada didalam kelas yang di sampaikan oleh Tuan Shukor. Best jugak la kelas ni, tak boring... Cuma kadang2 tersenggut juga la menahan mata yang sangat2 mengantuk. Apa taknya, aircond yang sejuk betul2 mencabar kewibawaan mata yang sememangnya tak cukup rehat sejak petang semalam.





Meh aku kongsikan serba sedikit tentang apa yang aku dapat dalam kelas pagi ni..


Tugas Utama Polis DiRaja Malaysia ~Akta Polis Seksyen 3(3)~
(walaupun kita semua dah tau tugas polis, tapi mungkin ada juga yang kita tak tahu)

1~Mengekalkan undang2 dan ketenteraman.
2~Mengekalkan keamanan dan keselamatan Malaysia.
3~Mencegah dan mengesan jenayah.
4~Menangkap dan membawa orang2 yang melakukan kesalahan.
5~Mengumpulkan risikan keselamatan.

Sebenarnya banyak sangat info yang aku dapat dari kelas hari ni, tapi aku kongsikan sikit tu jer la.. Paling asas dalam organisasi PDRM.

Lepas habis kelas Tuan Shukor, Tuan Yusoff, pegawai dari Cawangan Tatatertib ambil alih kelas. Ermmm.. No komen lah.. Harap2 mata aku dapat bertahan sampai malam. Mengantuk giler!

Oklah.. Kalau ada cerita terbaru aku update kemudian...

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

0 comments:

PayPal

 

The Kakya Joyah Template by Ipietoon Blogger Template | Gadget Review