Sahabat

Halaman

04 Jun 2011

Dua Hari Lagi..

By Dalia Hassan at Sabtu, Jun 04, 2011

Hadoi!

Dua hari je lagi aku dah nak kena pergi kursus pengenalan penempatan semula pegawai awam kat JKR 4446 Kentomen Briged Utara Kem PGA Ulu Kinta Perak... Dan hari ni pula keluarga mertua hantar anak aku balik sini... Sian Ainul, sempat jumpa aku dua hari jer sebelum aku kena pergi kursus. Walaupun aku kursus cuma empat hari jer, tapi kira lama la tu....PDRM Kontinjen Selangor cuma tujuh orang jer yang pergi... masing2 dari IPD Kuala Langat, Klang, Subang Jaya, Petaling Jaya, Shah Alam, Gombak dan Ampang Jaya... Ermmm... okaylah tu... dan aku akan pergi bersama wakil dari IPD Shah Alam....

Meh aku senaraikan apa yang membuatkan aku sangat berat hati nak pergi kursus tu...

1) Encik Suhaimi dan Ainul Mardhiah


Suami dan anak aku... buah hati pengarang jantung aku... siapa la nak uruskan diorang ni nanti... makan minum diorang... alahai... nasib baik la encik asben aku tu pandai masak... cuma tak tau la, sebab semenjak dua menjak ni dia busy skit dengan business dia tu... takper lah, kalau tak sempat masak, beli jer lauk siap2... senang skit... kan my asben? I love you.... hehehe! terjiwang la plak....


2) Nora Elena

Wawawawa... aku memang tengah layan drama ni... ruginya empat hari tak dapat tengok... agak2 nak angkut tv sekali pergi kursus tu boleh tak tuan?Boleh laaaaaaa..... Nak cari novel Kasih Yang Suci tu pun tak dapat-dapat lagi.... kalau tak boleh gak bawak pergi kursus... sekurang2nya kalau dalam kelas nanti bosan, boleh la bukak novel, baca... hahaha! Owh ya, semalam aku masuk kedai buku Popular kat Summit Usj, ingat nak cari novel ni, tapi takder la pulak... Sold out katanya.. akhirnya aku beli novel Cinta Tiga Suku, memandangkan aku ni pun tiga suku jugak (wah! ngaku sudah) so, memang sesuai lah!





3) Facebook 



Macamanalah agaknya empat hari tanpa facebook? ermmmm... mujurlah ada blackberry ku yang sentiasa menemani, sekurang-kurangnya boleh jugaklah nak update status fb ku itu walaupun tanpa facebook chat... ngeh3....

4) My Blog

D'Alia Gallery akan sunyi yer buat sementara waktu... kalau ada pun new post, akan dihantar melalui blackberry... tapi.. blogwalking takder la... rugi... rugi... haishhhhh!

5) Cinta Melody

Ni yang aku nak marah ni.... asalnya aku memang tak mahu layan cerita ni. Bukan apa, aku taknak jadi macam Kejora Dan Bintang dulu tu... melekat depan tv... jadi Cinta Melody ni memang berazam aku tak nak tengok... tapi disebabkan my boss, Baim Wong celup (Tuan Rahman) telah beriya2 menceritakan kat aku pasal lagu Aishiteru (OST Cinta Melody) tu best, aku try la tengok cerita tu satu episod... dan... aku dah kata, memang tak boleh start tengok, mesti nak melekat punya depan tv... dan sekarang... hadoi... mesti tak bleh lepas tengok cerita ni.... Tapi takper la.... sekurang2nya cerita ni ada ulangan setiap Sabtu.... kira okeylah...

6) Kawan2

Mesti aku rindu nak dengar keletah kawan2ku yang sememangnya meriah dengan gelak ketawa... kak wani, linie, en adam, faizah dan yang paling penting sekali, mesti aku rindu sangat kat my good friend, T~Ni... Dah seminggu ni aku tak jumpa dan sms dia..... mana taknya, cuti tak hengat, sampai lapan hari.... dia naik cuti nanti, aku pulak pergi kursus.. tapi sebelum dia cuti, dia ada MMS aku gambar anak-anak dia... comel sangat... geram tengok... dia tahu aku suka tengok baby... maklumlah aku ni belum ada rezeki untuk dapat anak kedua... Ainul pun dah nak masuk lima tahun dah September ni... teringin nak ada baby, tapi....... belum ada rezeki.... tumpang tengok baby kawan2 jer la....

0 comments:

PayPal

 

The Kakya Joyah Template by Ipietoon Blogger Template | Gadget Review