Sahabat

Halaman

24 Mac 2020

Chapter 3 : March 2020 ~ Page 84 Of 366

By Dalia Hassan at Selasa, Mac 24, 2020 0 comments

Assalamualaikum wbt

Rabu : 24 Mac 2020

PKP / RMO : Hari Ke-7

Duduk rumah, walaupun bosan tahap giler tapi sekurang2nya kita selamat dan mengurangkan risiko jangkitan virus Covid-19 tu.

So, aku pun taknak komen banyak.
Janji sihat!!!


Pagi untuk sarapan, aku buat roti telur Cik Nia Rare. Berat rasa hati nak abiskan dia sebab susah nak dapat kat pasaran sekarang, tapi apakan daya.. perut aku lapar.

Ada rezeki kita jumpa lagi, Cik Nia
@

Gardenia

Cik Nia Rare dah jadi roti telur.

Ni menu tengahari aku. Mamee Slurpp Pedas Giler

Menu malam..
Haaa.. ni la masakan orang pemalas. Bukan sebab apa, sebab makan sorang kan.. malas nak fikir susah2.. Apa yang ada je, janji perut kenyang... (Kata2 dari orang yang sangat rajin memasak)

Malam tengok mask. Alamak. Tinggal ni jer. Mana nak cari mask ni? Yang harga tak cekik darah..

Huhu!


……................................................................................................................................................................


SITUASI SEMASA COVID-19 DI MALAYSIA



24/03/2020


23 Mac 2020

Covid-19 : Kenali Italy

By Dalia Hassan at Isnin, Mac 23, 2020 0 comments
Assalamualaikum wbt

#copypaste
#sharingiscaring
#covid-19


5,476 jumlah kematian di Italy setakat 8 jam yang lepas.

Tak ada tanda surut, kes baru covid 19 semakin meningkat tak bagi belas kasihan - Italy sedang dalam peperangan getir. Mereka sedang keletihan.

In case kita lupa siapa Italy, mari aku ingatkan;

Italy merupakan Juara World Cup sebanyak 4 kali.

Italy adalah pusat rujukan fesysn dari seluruh dunia.

Italy - pengeluar jentera jalan raya paling hebat di dunia seperti Ducati, Ferrari, Lamborghini dan Maserati.

Italy lah yang memulakan era Renaissance seterusnya mengubah haluan sejarah eropah dan dunia amnya.

Italy secara literal adalah The Great Roman Empire yang pernah menerajui ketamadunan manusia hampir 1,000 tahun lamanya.

Pada era modern, sebagai salah sebuah negara maju di eropah kita terkejut dengan situasi Covid yang tidak terkawal di Italy.

Apa yang kita dengar dan baca, kerajaan Italy lambat bertindak dan rakyat Italy degil tak ikut arahan maka sebab itu wabak merebak dengan cepat sampai tak terkawal.

Tapi takkan sebab itu saja?

Aku berborak dengan kawan aku Redza Yusoff yang pernah tinggal di Italy, fasih berbahasa Italy, faham attitude dan budaya masyarakat di sana.

Covid ibarat time bomb, final blow yang hanya melengkapkan huru hara sistem di sana.

Terdapat 6 key point tentang masyarakat Italy yang kita perlu faham.

Pertama,
Masalah birokrasi yang teruk.

Italy merupakan negara maju yang paling teruk tahap birokrasinya. Kalau kita katakan Malaysia ada masalah birokrasi, maka Italy berkali ganda lebih dasyat. Untuk laksanakan sesuatu perkara, mereka tidak boleh adhoc walaupun hal tu maha penting. Contohnya, bila outbreaks start di Wuhan kerajaan Italy ambil masa yang sangat lama untuk sekat penerbangan keluar masuk. Sekatan hal ehwal kelulusan itu dan ini, sebelum semuanya in place - then stop penerbangan. Tambahan pula kes semacam ini adalah unprecedented lagi lah tak boleh order sesuka hati.

Sebab itu even since last few days, partly public transport masih terus beroperasi di sekitar Italy - keadaan semakin huru hara tapi birokrasi mesti kena ikut dulu, so tak boleh stop itu ini sampai lah everything in place - walaupun tengah dalam disaster mode.

Kedua,
Inefficient.

Yang ini melibatkan lifestyle. Rakyat Italy ni nothing more important pada mereka bila datang masa lunch dan masa untuk family. Personal space adalah hal paling priority. Tak payah la kau nak cakap hal lain lagi penting sebab culture mereka dah dididik untuk utamakan personal space. Tengok filem Godfather, macam mana mafia mafia ni walau jahat macam mana pun, masa untuk family mesti diutamakan. Layan anak anak, makan sama sama. Meeting penting macam mana pun letak belakang dulu.

Oleh yang demikian, responsive mereka kepada emergency adalah sangat perlahan, kerana tiada emergency melainkan setelah selesai hal hal personal mereka.

Ketiga
Centralization.

Kita kena tahu pusat ketuanan ekonomi Italy ni berpusat cuma di 2 bandar, Rome dan Milan.

Selain daripada 2 bandar ni, tak ada apa sangat melainkan pusat pelancongan dan pertanian di kampung kampung. Insignificant dalam menyumbang peningkatan ekonomi keseluruhan.

Rome dan Milan ni macam engine yang jana ekonomi seluruh Italy. Segala galanya di sana. Tempat lain selain tu tak dapat nak fully self sustained.

Kepada mereka yang tinggal di tempat lain ie Florence, Venice itu merupakan kemewahan tinggalan masa Magical Era of Italian Economic sekitar tahun 1960-1980 dahulu.

Ya Italy pernah melalui zaman ekonomi emas mereka selepas tamat perang dunia ke-2. Perusahaan, automotive, heavy industries, trains, shippings. Mereka menjadi pusat tumpuan bekalan eropah.

Oleh sebab kekayaan disebar ke kebanyakan rakyat, atok nenek di kampung pun banyak duit beli tanah buat rumah besar hasil prosperity Magical Era puluhan tahun yang lalu, maka menjurus anak beranak dan cucu duduk tinggal sekali sebumbung.

Bila mereka tinggal di suburban, udara segar, makan makanan fresh sayuran dan ternakan dan healthy lifestyle, kesannya mereka ni sihat, bila sihat panjanglah umur.

Statistic dari Italy Research Department bgtau warga tua di Italy (umur lebih 65) setakat tahun 2019 adalah sebanyak 22% over all population.

Jadi perkara ini menjurus kepada point ke 4.

Keempat,
Aging Society

Kita tahu Covid lebih rancak dalam badan warga tua. Mangsa paling banyak kena attack merupakan warga tua. Italy dalam hal ini kurang bernasib baik kerana kadar sakit dan kematian paling ramai dikalangan warga tua.

Bila Lombardy dan Lazio lockdown, rakyat balik kampung rumah mak ayah atok nenek. Maka selesailah Covid dapat jumpa semua orang tua tua di kampung, jadi makanan dia.

Kelima,
Isolation.

Ini suatu hal yang unik. Seperti yang aku beritahu di perenggan awal, Italy merupakan negara yang penuh sejarah gilang gemilang. Mereka ada Empayar Roman, mereka melahirkan ramai filsuf pemimpin dunia, mereka melahirkan para artisan yang mencorak mata seni manusia, mereka memulakan era Renaissance, ketua agama (pope) Kristian di dunia dan segala sejarah keagamaan Kristian bermula dari kelahiran Nabi Isa juga semuanya ada di Vatican.

Berapa punya ramai para genius dan polymath yang telah Italy lahirkan sepajang dunia ini berputar?

Marco Polo, Cristopher Colombus, Dante, Michelangelo, Leonardo Da Vinci, Galileo, Machiavelli, Verdi dan Puccini. Ahhh sekadar memetik beberapa nama.

Ini belum kita kira Valentino Rossi, Paulo Rossi, Dino Zoff, Baresi, Roberto Baggio, Fabbio Cannavaro, Nesta, Buffon, Del Piero, Maldini, Pagliuca dan super legend Giuseppe Meazza.

Ok so apa kaitan sejarah hebat Italy dengan isu isolation?

Mudah.

Mereka masih ada mentaliti yang mereka merupakan bangsa yang hebat.

From the descendants of the great empire of Rome!

Oleh sebab itu mereka tak berapa peduli apa jadi di dunia luar, they couldnt care less. Tak berapa penting.

Their concern is between trieste and puglia (north and south) negara Italy sahaja.

Masalah di luar, bukan masalah kami. Lebih kurang begitu.

Dan yang terakhir,
They dont work like they used to.

Italy punya welfare kepada rakyat sangat power. Insurance and healthcare benefits, labor protections, dan segala macam social protection somehow membuatkan rakyat mereka terlalu chill dan rilex. Hidup just cool. Apa jadi pun tak perlu panik, tak perlu kalut, tak perlu tergocoh, tak perlu risau sangat sebab masih ada kopi espresso yang perlu dihirup.

Memang manja.

****
Atas semua yang semacam itu lah berlakunya apa yang dunia saksikan di Italy sekarang.

Sikap pemerintah dan rakyat mereka lah yang menjadi kayu ukur dalam menilai keberkesanan ketika menghadapi krisis.

Bukan menyalahkan tetapi mengambil pengajaran.

Setakat tulisan ini tamat, angka kematian di Malaysia akibat Covid pula sudah mencecah 14 orang dengan 212 kes baru hari ni.

Anggaran dari pihak berkuasa, terdapat 3 juta rakyat yang masih tak peduli RMO.

Ya 3 juta yang dok merayau tak semena mena berkumpul, bersembang, melepak

Tuan puan,

Di Malaysia,
nature masyarakat kita mungkin berbeza dengan Italy.

Tapi satu benda yang pasti sama,

kalau kita terus degil buat kepala tak mendengar kata,

Maka tunggu lah lagi besar bencana tiba.

🙏 tolong dengar kata.

Aku ambil kata kata seorang netizen Italy;

"We lost control of the epidemic. We died physically and mentally, we dont know what to do anymore. All solutions on earth have ended. The only solution is to the sky"


Chapter 3 : March 2020 ~ Page 83 Of 366

By Dalia Hassan at Isnin, Mac 23, 2020 0 comments
Assalamualaikum wbt

Isnin : 23/03/2020


PKP / RMO : Hari Ke-6

Hari ni aku ponteng kerja. Ni semua salah nescafe semalam (alasan)..

Sebenarnya aku dah kawtim dengan Sjn Adam dengan Kak Sariha untuk penggiliran kerja sebab esiar Jumaat dah keluarkan semboyan untuk penggiliran tugas Pegawai Awam PDRM. Cuma aku masih dalam mode standby kalau tiba2 kena panggil kerja.

Sengaja aku beli stok coco crunch dan susu supaya senang aku nak sarapan yang paling mudah dan kenyang (kut).. lecehlah nak masak2 ni...

Dalam tengahari, dapat berita gembira. Pegawai Awam diberikan Cuti Khas serta merta kecuali yang terlibat dengan tugas penting.

Yahooo... Baru ada mood nak masak..

Teringin makan bubur nasi. Oklah masak je la lauk apa yang ada janji ada bubur...

Bawang putih + olive oil. Katanya elok untuk kurangkan batuk..


Siap! Simple tapi meriah. Aku makan sorang ni tapi dua kali makan. Haha

Buat mili pulak. Better dari nescafe semalam walau milo aku tak fluffy sebab takder mixer.

Yummy.. kurang manis lagi sedap.

……................................................................................................................................................................


SITUASI SEMASA COVID-19 DI MALAYSIA




23/03/2020


22 Mac 2020

Chapter 3 : March 2020 ~ Page 82 Of 366

By Dalia Hassan at Ahad, Mac 22, 2020 0 comments

  • Assalamualaikum wbt


Ahad :  22/03/2020

PKP / RMO : Hari Ke-5

Masih bercuti dan masih dalam perjuangan yang aku ceritakan dalam entry semalam. Kekadang aku tak faham dengan manusia ni, apa tujuan dia kenakan orang yang duduk jauh berpuluh kilometer, perempuan pulak tu dalam meletakkan tugas yang memerlukan kehadiran pada waktu tengah malam sedangkan ada je lelaki yang duduk di berek polis tu. Perlu diingatkan, kami hanya pegawai awam, bukan anggota polis yang punya mental yang kuat untuk hadapi saat2 macam ni.

Ah! Terluah la pulak sikit.. ni sebab sakit hati la ni lebih2 bila dapat tau ada komplot nak kenakan orang.

Ok. Sambung cerita asal...


Menu hari ni.. sup tulang.. errr.. sebenarnya sup tulang ni aku beli semalam, order sekali dengan nasi ayam penyet yang guna foodpanda tu. Semalam aku terus simpan dalam peti ais. Memang niat nak makan hari ni, sebab malas nak masak.

Pastu saje try Dalgona Coffee yang akhirnya jadi Nescafe Shake. Taubat la taknak buat lagi. Tak tidur malam aku dibuatnya ..



Akhirnya jadi Nescafe Shake.. Shake Shake Shake! Pastu sakit kepala...

Ni namanya nugget social distancing.. kena ambil jarak ye.. arahan KKM.. nugget ni terjadi bila tak boleh tidur dan perut dengan gembiranya menyanyikan irama keroncong.

Bila mata tak boleh tidur, langkah akhir adalah dengan pasang aromatherapy Lavender dengan tujuan untuk mendapatkan suasana yang terapeutik dan tidur menjadi lena sambil henfon memainkan muzik yang menenangkan.

Alhamdulillah
Sampai pagi pun aku masih tak boleh tidur!

#penanganNescafe

……................................................................................................................................................................



SITUASI SEMASA COVID-19 DI MALAYSIA




22/03/2020



21 Mac 2020

Chapter 3 : March 2020 ~ Page 81 Of 366

By Dalia Hassan at Sabtu, Mac 21, 2020 0 comments
Assalamualaikum wbt

Sabtu : 21/03/2020

PKP / RMO : Hari Ke-4

Hari ni tak kerja, tapi aku sibuk hal lain yang tak perlu / tak boleh aku ceritakan kat sini. Cuma yang boleh aku cakap, ianya adalah usaha / perjuangan kami untuk meminimakan kehadiran ke tempat kerja dalam situasi sekarang ni.

Pagi aku tak sempat sarapan. Otak aku serabut. Nak masak pun tak der mood. Akhirnya aku order je kat foodpanda nasi ayam penyet ni...

Keluar jap cari barang keperluan asas. Bila tengok.. ermmmm.. aku yang tak buat pembelian panik ni pun boleh jadi panik bila tengok rak kosong camni..

Ni menu makan malam aku yer. Karipap 3 ketul..

Lupa nak cerita. Gula n tepung gandum aku dapat beli kat kedai acheh sebaris speedmart yang aku masuk rak kosong tu. Banyak je stok kat kedai tu...

Cari susu kotak 1 liter takder. Beli la yang besar ni terus .. stok makan coco crunch.. menu sarapan paling mudah..

😘😘😘
……................................................................................................................................................................


SITUASI SEMASA COVID-19 DI MALAYSIA




21/03/2020


20 Mac 2020

Chapter 3 : March 2020 ~ Page 80 Of 366

By Dalia Hassan at Jumaat, Mac 20, 2020 0 comments
Assalamualaikum wbt

Jumaat : 20/03/2020

PKP / RMO : Hari Ke-3

Hari ni kantin tutup. Kedai Cik Awang aku tak pasti buka atau tak... Tapi sebagai langkah selamat, aku masak je siap-siap dari rumah. Bukan apa, ini untuk mengelakkan perut aku dari merengek yang bukan-bukan. Simple pun simple la asalkan ada makanan...


Sarapan : Karipap + Nugget
Makan Tengahari : Ikan pekasam potong bawang, telur dadar dan sambal cili hijau yang aku beli kat Halal Mart semalam.

Sjn Adam bawak nasi lemak daun pisang pulak. Dia bawak lebih untuk kami. Tak baik tolak rezeki kan?
Alhamdulillah

Ermmmm.. bertugas di kala orang lain diberikan Cuti Khas. Harap2 minggu depan ada berita gembira untuk pegawai awam macam aku ni.


Sebelum aku balik, si Oyeng ni manja betul. Nak je aku bawak dia balik, tapi banyak perkara yang aku fikirkan.

Eemmm.. tapi kesian dia nanti.. balai lengang.. harap2 ada la yang tolong bagi makan kat dia nanti. Sian dia. Dah sampai rumah, teringat2 aku kat dia. Rasa bersalah pulak tak bawak dia balik tadi.

Ermmmmmm...
……................................................................................................................................................................


SITUASI SEMASA COVID-19 DI MALAYSIA



20/03/2020



19 Mac 2020

Covid-19 : Tatacara Keluar Membeli Makanan

By Dalia Hassan at Khamis, Mac 19, 2020 0 comments
Assalamualaikum wbt

#sharingiscaring
#covid-19
#copypaste

Bagi yang keluar beli makanan di pasaraya tatacara yg betul adalah:

1. Pakai sarung tangan plastik bila ambil brg di rak2 pasaraya. Virus ni boleh hidup di permukaan hingga 9 jam.

2. Pakai mask. Elak both direction. Pembawa xsebar virus, virus pun xbleh masuk ke rongga hidung, mulut dr luar.

Langkah slps balik dr membeli makanan.

1. Jgn disambut oleh ahli keluarga terutama anak2. Elakan dr terus bertemu ahli keluarga lain.

2. Terus masuk kedlm toilet, buka semua pakaian dan masukan dlm beg plastik utk dicuci terus.

3. Baru buka mask dan sarung tangan.. terus buangkan dlm plastik khas. Jgn buang dlm tong sampah biasa. Virus boleh hidup jika ada host iaitu sisa2 makanan dlm tong sampah.

4. Mandi dan cuci dgn sabun, detol.

5. Baru keluar bertemu ahli keluarga.

6. Barang2 yg dibeli, jgn terus guna. Sebaiknya biarkan di satu sudut simpanan khas selama 8 jam supaya jika ada virus pada barangan yg dibeli, boleh mati slps 8 jam.

Jika beli makanan siap masak.

1. Pastikan kedai yg bersih
2. Pastikan tiada crowd yg ramai menunggu
3. Beli dan terus balik.
4. Balik ulangi tatacara mengurus diri seperti diatas td.

Makanan  siap masak yg dibeli boleh terus dihidangkan.

Sebaiknya elakan beli di luar. Masak sendiri di rumah.

Cara ini telah dibuat di China oleh mereka yg kena kawalan pergerakan/lockdown. Baru lah efektif.

Susah tak.... ya amat menyusahkan.
Stay at home...kita disiplin ikut arahan kawalan pergerakan..maka cepatlah ianya berakhir.

Doa, solat, mengaji al Quran dan jaga diri...✌

#copypaste

Chapter 3 : March 2020 ~ Page 79 Of 366

By Dalia Hassan at Khamis, Mac 19, 2020 0 comments
Assalamualaikum wbt

Khamis : 19/03/2020

PKP / RMO : Hari Ke-2

Hari ni walaupun Perintah Kawalan Pergerakan telah masuk hari kedua, aku tetap meneruskan kerja seperti hari-hari biasa memandangkan aku bekerja dalam kategori Perkhidmatan Perlu. So buat masa ni aku masih lagi bertabah untuk ke tempat kerja walau sebenarnya kerja yang aku buat tu bukanlah kerja yang mendesak. Tapi arahan dah dikeluarkan, aku ikut jer.


Jalan yang lengang seperti semalam


Bekalan aku hari ni memandangkan kantin ipd pun dah start tutup.

Pergi pejabat pentadbiran jenayah D1 untuk refill sanitizer. Bekas kosong takder aku pakai bekas air mineral je yang dah kosong.

Fitik hari ni konon2 kami nak alihkan meja, nak tukar kedudukan. Sekali hah.. ambik kau.. gemuk anai2 kat sini. Geram tengok.

Sjn Gabriel ajar bancuh klorok dengan kunyit untuk bunuh anai2 tu. 

Mana rak yang dah teruk kena makan anai2 tu kami bakar aje.. takut nanti sisa anai2 yang tertinggal akan membiak lagi

Buli si Muszairy..

Balik kerja aku nak pergi AMR Halal Mart jap kat area belakang rumah aku. Punya lama tak ikut jalan tu, tetiba ada bangunan McD yang masih belum siap sepenuhnya. Alamak. Abislah tak lama lagi sikit2 lepak McD sebab nak guna wifi free. Haha

Ikan pekasam.. sedapnya.. beli jugalah sebungkus

Ni la kedainya... semua barang yang dijual adalah produk keluaran muslim.

Karipap frozen ni ni. Karipap pusing. Sedap.

Sardin viral. Ni anak syarikat company lama aku ni zaman keje swasta dulu-dulu. Mestilah aku support.

Sambal cili api. Makan dengan nasi panas memang sedap.


……................................................................................................................................................................


SITUASI SEMASA COVID-19 DI MALAYSIA




19/03/2020


PayPal

 

The Kakya Joyah Template by Ipietoon Blogger Template | Gadget Review