Sahabat

Halaman

10 Mei 2011

Hari Ini : 10May2011

By Dalia Hassan at Selasa, Mei 10, 2011 0 comments
Assalamualaikum....


Pagi ni, macam biasa aku sampai opis lebih kurang kul 7am dan aku melepak2an diri dan juga menyejukkan diri kat trafik cops sambil membuka penyaman udara sehingga 16darjah celcius.... cuaca pagi tak mampu nak menyejukkan diri aku yang semestinya lapisan lemak memenuhi ruang badan... hehehe... panas beb...

Dalam kul 7.42am, my good friend T~Ni sms aku... biasa la, dia akan say hi setiap pagi kat aku... dan aku, dah jadi satu rutin untuk terima sms dari dia.... dia kata aku lah kawan terbaiknya, dan aku... memang mengakuinya....

Dalam kul 8.10pagi telefon kat cops tu berbunyi dan aku terus la jawab coz aku berdiri kat sebelah telefon tu jer... then ada sorang lelaki ni tanya aku pasal toner yang kami ambil dari pentadbiran trafik semalam. Aku tanya siapa yang bercakap tu, pastu dia tanya aku balik, takkan tak kenal suara dia? serius! aku memang tak dapat nak cam suara antara encik Musa dan Tuan Rahman... selalu ter confuse... pastu terus dia cakap, 'ni Baim Wong laaaaa' pastu dia gelak... hahaha! Tuan Rahman rupanya, perasan lagi jadi Baim Wong.. tau la dia suka tengok cerita Kejora Dan Bintang tu... tapi tak agak2 tu... Baim Wong.. hehehe... i like...

Pastu dalam kul 9 kami berempat keluar pergi sarapan di Restoran Khalifah... macam biasa, tosey menjadi pilihan di pagi hari... tak terlalu berat, tapi sangat mengenyangkan... tengah2 berselera makan tosey, mamak khalifah tu datang kat kami untuk kira semua apa yang kami makan... dia kata ada sorang brother kat meja hujung nak bayarkan makanan kami... yang kelakarnya mamak tu sempat cakap, "kalau u orang datang makan sini, mesti selalu ada orang mau belanja... tapi kalau lelaki yang datang makan, takda orang mau belanja"... hahaha!

Pas makan kitorang dok kat trafik cops kejap, lepak2 dan discuss sikit tentang kerja then naik ke tingkat 9 cawangan MPV untuk bantu diorang siapkan HRMIS yang tak siap-siap tu.... dapatlah juga siapkan beberapa A Sheet sebelum kitorang kuar makan dalam kul 2pm... kitorang pergi Mydin Usj, sebab kak wani nak pergi pejabat pos renew road tax dia... pas renew, kitorang dok mengulor jap la kat dalam Mydin tu... haihhh! hari2 aku pergi Mydin, muka pun dah macam mamak Maiden...

Petang pas kerja kami main badminton kat dewan bawah tu.... puas ati coz lama dah tak main, terubat rindu kat raket dan shuttlecock... haha! T~Ni pun join main sekali dengan kitorang.... sibuk jer dia! menyesal aku bagitau dia tadi yang petang ni nak main badminton.... uisshhhh!

Perginya Seorang Seniman....

By Dalia Hassan at Selasa, Mei 10, 2011 0 comments
Dunia seni tanah air kehilangan lagi seorang seniman, pelakon veteran dan aktivis seni, Aimi Jarr atau nama sebenarnya Omar @ Abd Majid bin Puteh yang meninggal dunia akibat serangan jantung lebih kurang jam 7.30pagi tadi di kediamannya di Taman Melawati, Ulu klang.
Jenazah akan dikebumikan di tanah perkuburan Klang Gate selepas Zohor hari ini.

Marilah kita sama sama sedekahkan Al Fatihah kepadanya..


AL FATIHAH

BELASUNGKAWA AIMI JARR


Nama Penuh : Omar@Abd Majid Bin Puteh
Tempat Lahir : Kampung Petani, Kuala Terengganu, Terengganu
Bangsa : Melayu
Bahasa : Bahasa Inggeris, Bahasa Melayu
Kerjaya : Pelakon, Penulis
Kemahiran : Berlakon

Pengalaman

Berlakon & menulis skrip semenjak tahun 1962. Pernah memenangi anugerah 'Penulis Lakon Layar Terbaik (Festival Film Malaysia)

Lakonan

2004 : Pontianak Harum Sundal Malam - (Artis Jemputan)
2004 : Gila-Gila Pengantin Remaja - (Pelakon Pembantu)
2003 : MX3 - (Pelakon Tambahan)
2003 : Gila-gila Pengantin - (Pelakon Pembantu)

Krew Filem


1982 : Kabus Tengahari - (Cerita Asal)
1981 : Dia Ibuku - (Cerita Asal)
1981 : Jejak Bertapak - (Cerita Asal)
1979 : Esok Masih Ada - (Cerita Asal)
1979 : Tiada Esok Bagimu - (Cerita Asal)
1979 : Detik 12 Malam - (Cerita Asal)

Anugerah

1981 : Festival Filem Malaysia ke 2 - Lakonlayar Terbaik

09 Mei 2011

Mesyuarat Bulanan

By Dalia Hassan at Isnin, Mei 09, 2011 0 comments
Assalamualaikum wbt.....

Pagi ni ada mesyuarat bulanan kat dewan IPD... dan yang istimewanya meeting kali ni adalah giliran cawangan trafik yang kena sediakan makanan.... tapi, oleh kerana kami mempunyai seorang kakak cc yang begitu prihatin dan bertanggungjawab, semua benda dia yang nak sediakan... kami pun bila dah ada yang offer, senang hati la tak payah susah-susah nak sediakan makanan lagi...

Memandangkan kakak cc tu kata nak sediakan makanan dan kuih, so semalam aku terasa macam nak buat pencuci mulut pulak untuk meeting ni... so aku pun dengan kerajinan di tahap maxima, aku buat dadih 3 perasa... jagung, strawberry dan cokelat...

Dadih yang disimpan dalam peti sebelum diangkut ke opis...

Then pagi tadi dalam pukul 7.30am kakak cc tu call aku bagitau bajet yang bos bagi tak cukup untuk dia beli kuih, so dia cuma beli nasi lemak untuk 80 orang makan dan ayam untuk pegawai.... dan dia buat lengkung sikit (cuma sepeket agar2 je) untuk pegawai makan... dia tanya aku takper ker sebab kuih takder, cuma nasi lemak dengan air teh ais je untuk kakitangan awam... aku cakap dengan dia, 'kak jangan risau, kita ada bawak dadih 100 bekas'... terus dia tarik nafas lega.... hehehe.... (dalam hati, 'tu la kak... lain kali jangan nak dapat nama sorang jer... kitorang kan ramai boleh tolong... ni kelam kabut dibuatnya...')


Mesyuarat habis dalam kul 10am... nasib baik makanan cukup untuk semua... Alhamdulillah, tugas kami cawangan trafik dah selesai dan untuk next meeting, sesiapa yang berkenaan tu buatlah makanan lagi sedap dari ni yer... boring dah rasanya asyik makan nasi lemak jer tiap kali meeting.. hehe! (tak tau nak bersyukur pula yer!)


Alia : tadi pas balik keje, aku ngan kak wani merayap kat Mydin Usj jap... saja jer jalan-jalan teman kak wani nak beli barang2 untuk anak2 dia.. sambil2 tu sempat jugak beli kasut sepasang, harga dalam RM49.90.. tu jer la yang mampu aku beli, nak beli lagi mahal bajet tak cukup... pastu aku melantak mee sup kat food court Rasa Village tu... dah kenyang baru balik rumah.. hehehe!

08 Mei 2011

Hari Ibu adalah haram? Biar betul....

By Dalia Hassan at Ahad, Mei 08, 2011 0 comments
 Assalam semua....

Aku baru jer terjumpa artikel tentang asal usul dan sejarah Hari Ibu. Terkejut juga sebab sebelum ni aku tak pernah tau pasal benda ni... yang aku tau kalau sambut Valentine memang la haram, tapi tak pernah dengar pasal sambutan hari ibu atau bapa juga adalah haram...



Sejarah hari ibu telah dikenalpasti sebagai perayaan musim bunga orang-orang Greece, sebagai penghormatan terhadap Rhea, ibu kepada tuhan mereka. Pada tahun 1600 orang-orang England merayakan hari yang mereka namakan sebagai "Mothering Sunday". Ia dirayakan pada hari Ahad keempat setiap Lent. Lent adalah tempoh masa selama 40 hari samada dalam bulan Februari atau Mac. Dalam tempoh ini, sebahagian orang-orang Kristian akan berhenti melakukan atau memakan makanan tertentu atas alasan agama. Amalan tersebut adalah sebagai penghormatan mereka terhadap Mother Mary. Mother Mary adalah Maryam, ibu kepada Nabi Isa Alaihissalam atau Jesus yang mereka anggap sebagai tuhan.

Dalam tempoh tersebut juga, kebanyakan rakyat England yang faqir dan miskin, akan bekerja sebagai pembantu rumah. Mereka sanggup keluar jauh meninggalkan keluarga kerana percaya bahawa Jesus akan memberikan kekayaan dan kesenangan dalam tempoh tersebut. Menjelang hari Ahad keempat, mereka digalakkan untuk bercuti oleh majikan, dan pulang ke kampung untuk bertemu dengan ibu. Setiap ibu akan dihadiahkan dengan Mothering Cake atau kek hari ibu sempena perayaan tersebut.

Amalan dan tradisi ini menular ke seluruh dunia dan ia kini disambut sebagai penghormatan kepada Mother Church. Mother Church dianggap sebagai kuasa spiritual yang agung yang memberi manusia kehidupan dan memullihara mereka dari sebarang kecederaan. Sejak dari itu, perayaan Mothering Sunday telah diadun dengan upacara kegerejaan. Penghormatan mereka terhadap ibu sama taraf dengan penghormatan mereka terhadap gereja.

Di Amerika Syarikat, Hari Ibu disambut seawal 1872 hasil ilham Julia Ward Howe. Beliau adalah seorang aktivis sosial dan telah menulis puisi " The Battle Hymn of The Republic" (TBHoTR). TBHoTR telah dijadikan lagu patriotik yang popular di kalangan warga Amerika. Ungkapan "Hallelujah" dalam bait-bait lagu tersebut menyerlahkan lagi sentuhan Yahudi dan Zionis dalam mencaturkan politik dunia.

Pada tahun 1907 Anna Jarvis dari Philadelphia telah memulakan kempen untuk melancarkan Hari Ibu. Beliau telah berjaya mempengaruhi Mother's Church di Grafton, West Virginia agar meraya dan meraikan Hari Ibu pada hari ulang tahun kedua kematian ibunya, iaitu pada hari Ahad kedua dalam bulan Mei. Semenjak dari itu, Hari Ibu dirayakan saban tahun di Philadelphia.

Anna Jarvis, dan pendokong-pendokongnya telah menulis surat kepada menteri, golongan peniaga dan ahli-ahli politik agar Hari Ibu disambut secara meluas di seluruh wilayah. Matlamat mereka telah berjaya sepenuhnya pada tahun 1911 apabila hari tersebut disambut oleh hampir keseluruhan wilayah Amerika. Pada tahun 1914, Presiden Woodrow Wilson, secara rasminya telah mengisytiharkan Hari Ibu sebagai Hari cuti umum dan mesti raikan pada setiap hari Ahad kedua dalam bulan Mei. Biarpun sebahagian besar negara-negara di dunia menyambutnya pada hari yang berlainan, tetapi negara seperti Denmark, Finland, Itali, Turki, Australia, dan Belgium masih merayakannya pada setiap hari Ahad kedua dalam bulan Mei.

Sumber : http://www.mothersdaycentral.com/about-mothersday/history/

Alia : pada pendapat aku, hari ibu tak bleh dikatakan haram sebab ia tidak melibatkan unsur-unsur maksiat seperti hari valentine. Ia adalah sekadar untuk memperingati jasa dan pengorbanan ibu kita... tapi kalau kita merasa was-was sebab ia melibatkan sejarah orang kristian, baiklah kita sambut Hari Ibu kita pada ulangtahun kelahiran beliau... tapi kan lebih afdal kalau setiap hari kita menghargai dan menyayangi ibu kita... erm.... sayang mak!! xoxo

Selamat Hari Ibu, Mak.....

By Dalia Hassan at Ahad, Mei 08, 2011 0 comments
Ibu... Ibu... engkaulah ratu hatiku....

Sempena menyambut hari ibu hari ni, aku nak ambik kesempatan untuk mengucapkan Selamat Hari Ibu buat mak, Jamilah Binti Rajikin, buat ibu mertuaku juga Me Binti Ithnin, serta semua warga yang telah bergelar ibu... Selamat Hari Ibu...

Buat mak, walaupun akak tak selalu menunjukkan yang akak sayangkan mak, tapi akak nak mak tau yang akak sangat-sangat sayangkan mak lebih dari segalanya... kasih sayang yang mak curahkan pada akak ngan adik beradik yang lain, sangat berharga dan tak mampu untuk dinilai dengan wang ringgit... saayaaaaaaangggggg mak! mmmuaaahhhhxx!



07 Mei 2011

Kenduri Kawin Saiful dan Eva

By Dalia Hassan at Sabtu, Mei 07, 2011 0 comments
Assalamualaikum...

Ermmmm...memang awal2 lagi hari ni dah plan nak pergi Alor gajah, Melaka rumah kawan aku yang akan berkahwin hari ni... plan asal nak bertolak jam 10.30am dari Seri Kembangan, tapi seawal jam 3.30am aku dapat sms dari Ema bagitau yang kitorg perlu gerak awal skit coz katanya Saiful akan bersanding jam 11pagi... So pagi tadi, Sue jemput aku kat rumah then kitorang terus pergi ke Seri Kembangan sebab dah janji ngan Ema dan Ekin untuk naik sekali dengan diorang.. (sharing is caring and saving~hehe)

Dalam kul 9.03am, my good friend, T~Ni sms aku, macam biasa la dia akan say hi setiap pagi... then dia bagitau aku yang saiful tak jemput dia pun pegi kenduri, so aku cakap yang maybe kad jemputan dah abis, sebab tu saiful tak jemput dia... haha! ala, lagipun kalau saiful jemput dia pun, confirm dia tak dapat datang coz mak dan adik dia dari utara datang rumah dia... takkan nak tinggalkan tetamu, betul x?

Kami gerak dari Balai Trafik Seri Kembangan lebih kurang kul 9.30am dan sampai ke lokasi sasaran lebih kurang jam 10.40am... Kami di sambut oleh the three stooges (Hafiz, Akmal dan Mat) yang merangkap photographer kepada pengantin... ~errrr... diorang ni pun budak2 trafik jugak, kecuali Mat~

Yang peliknya masa kami sampai tu, pengantin lelaki tengah sibuk menolong orang di balai.. (takder tanda2 nak bersanding dalam masa terdekat)... rupa-rupanya kami tersalah terima informasi~ sebenarnya pengantin bersanding pukul 2pm, bukan pukul 11am!~ arggghhhh! lama lagi nak menunggu...

adoi la tak keruan dah rasanya dengan cuaca yang panas gila! akhirnya setelah makan nasi kenduri, kitorang pun dok melepak kat dalam kereta sementara tunggu pengantin bersanding... selesa, memang selesa! dengan aircond kereta yang sejuk, mata pun jadi mengantuk lebih2 lagi perut baru jer terisi dengan nasi kenduri... untuk menghilangkan rasa mengantuk yang menguasai mata, kitorang pun mulalah bercerita yang entah apa2 dan juga bergosip mengenai isu semasa... hahaha! dan formula itu betul2 menjadi sebab tanpa sedar jam hampir menunjukkan ke angka 2pm... dan setelah men'touch-up' muka (touchup), kitorang pun dengan selamba pergi semula ke rumah pengantin perempuan dengan muka fresh dan lapar (konon2nya kitorang baru sampai la) hehehe...



 Pengantin lelaki (saiful) yang kepanasan

 Photographer (Akmal) yang mencari lokasi strategik untuk shoot..

Tetamu yang konon2nya baru sampai... haha!

Setelah selesai acara kompang dan mercun, kitorang pun bersalam-salaman dengan keluarga pengantin (dan semestinya dapat goodies dari pengantin) kitorang berempat pun dengan ketiak yang basah, make up yang dah cair dek kepanasan terus menghala ke Bandar Melaka untuk berjalan2 dan berpoya2.... tapi oleh kerana cuaca yang sangat panas, telah membantutkan hasrat kami dan akhirnya... kami hanya berjalan2 di dataran Pahlawan dan sambung makan donut di Big Apple... pastu kitorang pun gerak balik ke KL semula...

Dalam perjalanan balik, adik aku yang study kat uitm shah alam mintak ambik dia kat kolej... boring katanya... so pas amik kereta kat Seri Kembangan, aku ngan sue terus ke uitm untuk jemput adik aku tu... pastu kitorang dok melepak kat restoren nasi ayam penyet untuk melantak untuk kali yang entah keberapa kali... (masa makan kat cni la aku macam terperasan mamat yang baru duduk kat sebelah aku tu macam ku kenal jer... rupanya Ajai~ alaaaa... bekas suami Nurul tu~)

Pas makan, kitorang pun gerak balik rumah dengan perut yang kekenyangan dan mata yang mengantuk....(syyyhhhh! jgn bagitau orang lain tau, sampai rumah aku goreng keropok lekor plak.. haha)



Alia : masa on the way balik, kitorang dapat berita yang kamera canggih si Hafiz telah dicuri.. OMG! dua2 kamera dia hilang ketika shoot untuk outdoor di tepi pantai... adoiyaiiiiii! sayangnya.... mahal tuuuuuu.... aku pulak yang terasa ralat yang amat... yer la.. bukan murah kamera tu... mesti menangis si Hafiz... isssshhhh... sabar ye hafiz... ada rezeki beli lagi... tp sian gak kt pengantin... gambar2 si saiful ngn eva pun melambak dalam tu... pencuri tu memang kurang hajaq la... geram aku! nasib baik ada backup kamera Akmal... kalau tak, tak der gambar kenangan la pengantin tu... huhu!

06 Mei 2011

Puisi Li Bai

By Dalia Hassan at Jumaat, Mei 06, 2011 0 comments

Tadi aku terbaca puisi Li Bai dari seorang laoshi aku ketika masih belajar di Uitm Segamat, iaitu Ainol Hasanal Laoshi... dia pernah mengajar aku selama dua semester subject Mandarin dan Alhamdulilah, kedua-dua semester aku score A dalam matapelajaran tersebut. Dan ketika aku blogwalking, tak tersangka jumpa blog dia dan aku sangat kagum sebab beliau memperjuangkan bahasa Melayu walaupun mendapat pendidikan cina sejak kecil lagi. 

Jom tengok apa yang aku 'curi' dari blog beliau...   (sekadar untuk menambah pengetahuan kita semua...)


Chuan qian ming yue guang 床前明月光 
 Sinar rembulan benderang di depan katil
Yi shi di shang shuang 疑是地上霜      
 Ingatkan lapisan fros membeku di lantai
Ju tou wang ming yue 举头望明月       
 Mendongak sambil memandang rembulan
Di tou si gu xiang 低头思故乡            
 Tunduk terkenangkan kampung halaman. 

 
Puisi di atas dikarang oleh Li Bai. Beliau dilahirkan pada tahun 705 A.D dan meninggal dunia pada tahun 762 A.D.. Pemuisi yang menempa nama dalam zaman kegemilangan Dinasti Tang dari tahun 618-906 A.D. Terdapat empat orang pemuisi yang tersohor yang mewakili zaman kegemilangan tersebut iaitu Wang Wei, Tu Pu, Li Bai dan Bai Juyi. Puisi di atas terkandung dalam Antologi 300 buah puisi Dinasti Tang.

Puisi yang berlaraskan dikotomi tinggi dan rendah, langit dan bumi, terang dan suram, pijar dan dingin, dan mendongak dan menunduk.

Tinggi- hari berganti, usia meningkat, masa berlalu pasti, aras kerinduan yang meninggi, memekat, bergelora dan tak terbendungkan.

Rendah- masa seakan sangkak berlalu, rindu yang membeku, rindu semakin mencengkam jiwa dan batin, seksa yang ditanggung kala berjauhan.

Langit- purnama melambangkan orang dan kampung halaman yang dirindui, manakala jarak telah memisahkan dua insan.

Bumi- lapisan fros melambangkan rindu yang membeku, dinginnya menusuk kalbu, meski pun dingin membeku ia tetap sebuah hakikat yang perlu dihadapi dan ditanggung.

Mendongak- kenangan bahagia yang indah meski pun sementara sifatnya.

Menunduk- kenangan indah saat berada di desa lebih bersifat kekal selama-lamanya.

Pemuisi terperangkap dalam jaringan masa dan jarak yang mencengkam. Perlukisan gelora batin yang teramat dibebani lagi dengan cuaca yang dingin. Kemuncak kerinduan diperiti rasa kesendirian dan jarak yang memisahkan.

20 Perkara Yang Membuatkan Wanita Benci Lelaki

By Dalia Hassan at Jumaat, Mei 06, 2011 0 comments
1. MENINGGIKAN SUARA
Tahulah mereka dikurniakan suara yang 'macho' tapi kalau nak meninggikan suara sekadar menunjukkan ego, tak eloklah. Ini antara kelemahan lelaki kerana mereka mudah meninggikan suara walaupun pasangannya tidak bersalah.


2. MAIN KAYU TIGA
Bab main kayu tiga ni masalah paling besar. Walaupun dah ada kekasih, mereka sukar untuk setia. Apatah lagi kalau digoda, terus disambar tanpa mempedulikan perasaan kekasihnya.


3. SUKA 'CUCI MATA'
Kebanyakan lelaki sukar mengawal mata (mata keranjang). Pantang jumpa perempuan cantik dan seksi mulalah mata tu macam nak terkeluar. Walaupun sedang bersama kekasih, si dia tidak akan peduli. Bagi mereka tidak salah kalau sekadar mencuci mata tetapi hati kekasih kenalah jaga juga cik abang!


4. MENGONGKONG
Itu tak boleh, ini tak boleh, sikit-sikit nak kontrol. Segala gerak-geri kekasih dikawal, sampaikan nak berpakaian pun harus ditentukan. Kalau nak keluar ke kedai pun kena repot dulu, kalau tidak mulalah tercetusnya pertengkaran kerana hal sekecil itu. Tetapi, mereka akan melenting pula sekiranya aktiviti-aktiviti mereka disoal siasat oleh kekasih mereka... Macammana tu?


5. EGO
Ini merupakan masalah paling ketara dan merimaskan kaum wanita. Keegoan dan lelaki memang tak dapat dipisahkan. Tetapi ada kalanya lelaki menjadikan keegoan sebagai alasan untuk mereka bertindak tanpa mempedulikan perasaan si gadis. Keegoan membuatkan lelaki mempunyai kuasa veto dalam kehidupan mereka termasuklah memimpin kaum wanita. Tidak salah mempamerkan ego tetapi biarlah kena pada tempatnya.


6. MENIPU
Masalah yang ketara apabila lelaki suka menipu ataupun memberikan alasan yang tak munasabah. Sanggup memungkiri janji dan memberikan alasan yang mereka mempunyai masalah yang tak dapat dielakkan padahal sebenarnya mereka enggan melaksanakan janji mereka sendiri. Ada juga yang sudah berpunya tetapi mengaku solo. Berterus-teranglah wahai kaum lelaki kerana kaum wanita lebih menghormati mereka yang memiliki sifat berterus-terang ini. Sifat menipu dan suka berdolak-dalih ini lama kelamaan akan membuatkan semua gadis akan menjauhi anda.


7. PERASAN
Aduhaiii... lelaki ini cepat perasan terutamanya jika mereka ini berkerjaya baik, berpenampilan menarik dan mempunyai wajah yang hensem. Boleh tu mengaku merekalah yang menjadi lelaki idaman para wanita. Tapi, mungkin pada pandangan seorang wanita mereka ini sederhana sahaja tapi mereka ini yang suka perasan lebih. Bukan semua wanita memandang pada paras rupa, kalau dah terlebih-lebih perasan tuu... Ada wanita yang lebih suka mengutuk dari memuji...


8. MEMENTINGKAN DIRI SENDIRI
Susah juga kalau dapat yang mementingkan diri sendiri ni. Lelaki selalunya tidak mahu mengalah dan ingin menegakkan pendapat sendiri tanpa mempedulikan luahan pasangannya. Mereka juga suka mendahulukan kemahuan mereka dan jarang hendak mementingkan perasaan kekasih... Egolah katakan! Tidak semestinya pendapat kaum wanita ni tak boleh diguna pakai.


9. KURANG MEMBERIKAN PERHATIAN
Lelaki kadangkala suka bertindak sambil lewa dan kurang memberikan perhatian tidak kira dalam apa jua urusan. Tetapi kalau urusan yang berkaitan dengan dirinya sendiri, pantas pula melaksanakannya. Jika berkaitan teman wanita, alamatnya... mereka kurang mengambil perhatian. Mengapa ya? Kaum wanita sebenarnya bukan minta diberikan perhatian 24 jam tetapi cukuplah sekadar pasangannya mengambil tahu akan dirinya kerana sifat semulajadi seseorang wanita itu yang ingin bermanja dan dimanjakan.


10. CEMBURU BUTA
Orang kata cemburu tandanya sayang, tapi kalau cemburu tak tentu pasal dan memanjang saja cemburu, tentu rasa tak selesa juga. Agaknya lelaki yang kuat cemburu ni takut kekasihnya terlepas ke tangan kumbang lain kot. Harus diingat, bukan semua perempuan suka kekasihnya kuat cemburu. Tapi, ada juga sesetengahnya suka apabila teman lelakinya cemburu kerana seolah-olah teman lelakinya amat menghargai dirinya. Jangan cemburu buta sudahlah, malas jugak nak layan kadang-kadang!


11. MATA DUITAN
Jangan tak tahu ada juga lelaki mata duitan atau pun gelarannya 'lelaki spedo'. Mereka tak kisah nak kikis duit kekasih dengan 1001 macam alasan yang adakalanya tidak logik diterima dek akal fikiran. Kalau kisah perempuan mata duitan kita sudah biasa dengar, tapi kalau lelaki pula yang mata duitan... apa cerita ni?? Takkan masa-masa macam ni keegoan lelaki hilang pulak?!!


12. KOMITED TERHADAP KERJAYA
Susah kalau dapat teman lelaki yang terlalu komited dengan kerjaya. Mereka ni selalu sangat memberi banyak alasan kerja apabila diajak keluar. Kalau keluar bersama, selalu pula bercerita tentang kerja dan merungut sering dibebani kerja yang menimbun. Bukanlah tidak boleh lelaki mementingkan kerjaya tetapi pandai-pandailah membahagikan masa bersama teman wanita. Paling tidak pun, seminggu sekali luangkan masa menemaninya dan lupakan segala hal berkaitan kerja. Bukannya kaum wanita ni tidak memahami kalau teman lelakinya pandai membahagikan masa...


13. PANAS BARAN
Aduiii... masalah yang boleh menimbulkan fobia terhadap seseorang gadis apabila mendapat kekasih yang panas baran. Pantang silap sikit, mahu dihambur segala kemarahannya. Ada juga kesilapan bermula dari diri sendiri tetapi tetap menyalahkan orang lain. Setakat kena tengking boleh lagi diterima walaupun sebal satu badan tapi, bagaimana kalau siap sepak terajang? Kalau nak sepak terajang carilah mereka yang sepadan dan janganlah berlawan dengan kaum yang lemah bang! Di mana sifat bertanggungjawab dan kepimpinan yang ada? Cuba-cubalah kawal kerana setiap dari kita ada barannya, cuma kena pandai-pandai mengawallah. Kalau dah tak terkawal sangat, tak payah bercintalah cik abang oiii!!!


14. KAKI MEROKOK
Ini satu lagi sifat kaum lelaki yang melemaskan wanita. Asyik berasap sana sini, naik lemas dengan bau dan asap rokoknya. Dalam sehari adakalanya habis sekotak rokok. Kalau habiskan duit dengan makan benda berfaedah tak apa juga, ini tidak... asyik menyedut asap yang tidak menyehatkan. Kalau asap tu membawa kesan pada diri sendiri saja tak apa juga, ini tidak... membawa kesan juga pada orang sebelah menyebelah. Kadang-kadang teman wanita menegur bukannya apa, dia sayangkan kita juga dan tak mahu kita jatuh sakit. Lagipun mereka juga tak nak teman lelaki mereka membazirkan duit dengan merokok.


15. PENGOTOR
Ada segelintir lelaki sukar nak menyedari diri mereka ni ada yang pengotor. Terutama bab meludah atau membuang kahak merata-rata. Yarkkk!!! Ada juga yang jarang basuh seluar, pakai baju yang sama berulang kali, tidak memakai deodarant dan macam-macam lagi sampaikan badan sudah berbau semacam pun dia tak sedar. Tidakkah mereka ini terasa segan apabila menyedari badan sudah berbau?? Entahlah... hanya kaum lelaki yang bersifat pengotor ini saja yang dapat menjawabnya.


16. GELOJOH
Kalau bab makan, lelaki ni agak gelojoh. Macam 'food machine'. Mereka lemas melihat teman wanita mereka makan terlalu sopan tetapi mereka tidak sedar cara mereka makan yang gelojoh juga melemaskan kaum wanita. Sepatutnya, samada lelaki mahupun wanita patutlah makan dengan bersopan. Buat apa terkejar-kejar?


17. PENTINGKAN KAWAN-KAWAN
Sanggup membatalkan temujanji semata-mata hendak bermain bola sepak ataupun menonton WWF bersama kawan-kawan. Lelaki juga selalu mementingkan kawan-kawan dalam banyak hal. Sekali-sekala bolahlah, jangan pula selalu saja memberi alasan hinggakan masa bersama teman wanita tiada langsung semata-mata untuk menghabiskan masa bersama kawan-kawan. Apa guna bercinta kalau macam tu gayanya? Kalau ada masalah pula, kawan-kawan sebagai tempat mengadu dengan alasan tidak sesuai bercerita dengan si dia. Kalau dah memilih si dia sebagai kekasih, mungkin satu hari si dia juga akan menjadi isteri anda, jadi takkanlah anda selalu hendak merahsiakan sesuatu dari dia. Tak eloklah berbuat demikian, nanti si dia terasa seolah-olah dirinya tidak penting buat anda pula.


18. TIDAK TAHU MEGHARGAI
Sukar untuk bertemu lelaki yang tahu menghargai perasaan atau pun perbuatan kekasihnya. Ada pula yang berpura-pura tidak mengambil tahu walaupun menyedarinya. Mereka seboleh-bolehnya mahu si dia terang-terangan menunjukkan sikap meghargai mereka ini. Kalau setakat sikit-sikit atau sekadar kiasan tu, alamatnya mereka akan berpura-pura tidak menyedarinya. Apa salahnya sekali-sekala, tunjukkan sikap anda yang menghargainya di atas apa yang cuba dilakukannya terhadap anda seperti memberi hadiah kecil. Setidak-tidaknya ucapkanlah terima kasih setiap kali dia cuba berbuat sesuatu untuk anda.


19. PUTAR BELIT
Lelaki ni ramai yang pakar memutar-belitkan kenyataan walaupun ternyata sememangnya merekalah yang bersalah. Bagi mereka, putar belit ini tak mengapa asalkan si dia mempercayai alasan tersebut dan mereka akan terlepas dari kesalahan sendiri. Sekiranya anda benar-benar menyintai pasangan anda, perkara begini seharusnya tidak berlaku kerana apa akibatnya sekiranya si dia mengetahui juga tipu helah anda suatu hari nanti. Kalau anda tak pandai menyelamatkan keadaan, melepaslah anda! Jujurlah pada pasangan anda.


20. SUKA KONTROL MACHO
Peh! Nak dikatakan macho, ada juga yang tak. hancur je yang lebih kot! Terutama bab sikap, mahu lebih gentleman, berketrampilan dan hensem. Seboleh-bolehnya mereka mahu menampakkan yang diri mereka lelaki sejati dan ada elemen HERO. Tak perlulah nak merasakan diri anda macho kerana wanita sahaja yang layak membuat penilaian terhadap anda. Sekiranya anda rasa diri anda macho, tetapi pada mata wanita tersebut anda tidaklah semacho yang disangkakan, tak guna juga!

PayPal

 

The Kakya Joyah Template by Ipietoon Blogger Template | Gadget Review