![]() |
Nasi Bamboo |
![]() |
Ipoh |
Apa2 Aje, Bila2 Aje, Mana2 Aje, Siapa2 Aje, Suka2 Aje
Cuti - Cuti Malaysia : Limastiga Homestay, Melaka
Cuti - Cuti Singapore : Universal Studios
Cuti - Cuti Singapore: Universal Studios 2.0
Cuti - Cuti Malaysia : Langkawi
Cuti - Cuti Thailand : Pulau Krabi
Cuti - Cuti Malaysia : Port Dickson
Cuti - Cuti Indonesia : Bandung
Cuti - Cuti Indonesia : Jakarta
Cuti - Cuti Singapore : Universal Studios 3.0
Cuti - Cuti Malaysia : Cameron Highland
Cuti - Cuti Malaysia : Kundasang Dan Ranau, Sabah
Cuti - Cuti Malaysia : Tuaran, Sabah
Cuti - Cuti Malaysia : Pulau Manukan, Sabah
Cuti - Cuti Malaysia : Kota Kinabalu, Sabah
Cuti - Cuti Malaysia : Zoo Dan Pengkalan Balak, Melaka
Cuti - Cuti Malaysia : Puteri Harbour Family Theme Park, Johor
Cuti - Cuti Malaysia : Kota A' Famosa Dan Taman Mini Malaysia, Melaka
Cuti - Cuti Malaysia : Kota Bharu, Kelantan
Cuti - Cuti Malaysia : Sunway Lagoon, Selangor
Cuti - Cuti Malaysia : Indoor Theme Park, Genting Highland
Cuti - Cuti Malaysia : SnowWorld Genting Highland
Cuti - Cuti Thailand : Pulau Krabi 2.0 (Day 1)
Cuti - Cuti Thailand : Pulau Krabi 2.0 (Day 2)
Cuti - Cuti Thailand : Pulau Krabi 2.0 (Day 3)
Cuti - Cuti Malaysia : Pulau Langkawi 2.0
Cuti - Cuti Malaysia : Wet World Theme Park, Shah Alam
![]() |
Nasi Bamboo |
![]() |
Ipoh |
Assalamualaikum wbt
Hari ni kami ada buat makan-makan keluarga sikit.. Permintaan dari mak aku sebelum abang aku berangkat ke Namibia hujung bulan ni.. Abang aku kena bertugas kat sana, lebih lama dari biasa. So mak aku kata, nak buat doa selamat sikit. Risau mak anak dia nak kerja jauh (walaupun sebelum ni banyak tempat dah abang aku kena kerja) Agaknya sebab kali ni paling lama kut abang aku kat sana...
![]() |
Sepupu aku |
![]() |
Kak Long aku sebagai Chef Of The Day |
![]() |
Mak dan abah yang tersayang |
![]() |
Pak usu aku... |
![]() |
Cik Pia.. anak adik aku, Adah. |
Sebenarnya banyak lagi gambar tapi ni je la yang aku masukkan. Au pun pening dah ni gambar tak ikut susunan. Haha
Assalamualaikum wbt...
Hari ni aku telibat dengan aktiviti PERKEP iaitu Perasmian Taman Kasih Baidzura. Taman Kasih Baizura ni diusahakan oleh orang-orang kuat Balai USJ 8, salah satu balai dibawah IPD Subang Jaya, khas sebagai tanda penghargaan buat Datin Baidzura (Pengerusi Perkep Selangor)
![]() |
Aku dan Tini ni pantang duduk dekat, mesti nak selfie sama.. |
![]() |
Gitar ada tersangkut kat Gazebo tu, apalagi.. acah-acah petik gitar la walau sebenarnya tak ada bunyi.. |
![]() |
Gambar beramai-ramai sebagai kenangan |
![]() |
Abg lori Nescafe pun datang... kenyang kami dengan minum nescafe je seharian... Nescafe dia memang padu teruk. |
![]() |
Ruang rehat atau lebih tepat, tempat untuk lepak-lepak kalau tengah stress dengan kerja. |
![]() |
Lagi... |
![]() |
Datin Baidzura dan arnab yang dipelihara didalam taman.. |
![]() |
Kandang arnab |
![]() |
Bekas isteri bos kami.. peramah dan baik hati.. sentiasa tak lupa kat kami walau dah lama bos lama kami bertukar ke tempat lain (naik pangkat) |
![]() |
makan-makan santai |
Assalamualaikum wbt...
"Salam Dal, minggu ni ko free tak? Nak ikut kami pergi makan Ikan Patin Tempoyak kat Pahang tak?" - tanya Tini...
"Nakkkkkk!" - jawab aku tanpa tanya pada dia lebih lanjut. Aku membayangkan yang dia ajak makan kat kedai ikan patin kat Temerloh.. so aku on jer lah.. lagipun tu memang lauk kegemaran aku tuh...
![]() |
Kesedapan yang tidak terbanding dengan kedai-kedai makan sedia ada.... |
![]() |
Keluar exit Bentong kejap sebab nak singgah Mr Bentong ni untuk beli halia.. Katanya halia ni terbaik dari ladang.. dan viral kat tiktok.. betul ker wahai tiktokers? |
![]() |
Banyak giler halia... orang pun ramai... memang sah la kedai ni viral.. |
![]() |
Ah kecohnya dapur... |
![]() |
Eleh.. Tini tu acah2 je sebab dia nampak aku pegang kamera.. (aku dengki sikit jer) |
![]() |
Yang si Yatz pulak sibuk main kucing, bukan nak tolong masak... tengok macam aku ni, rajin dok dapur, |
![]() |
Yummyyyy... Alhamdulillah.. sedapnya sama macam mak aku masak.. Tak lebih tak kurang.. Puan Ainon sampai pejam mata menikmati masakan ni.. Pedas tapi tersangatlah sedapnya.. yummmmmm! |
![]() |
Aduh. Bikin gue teringat2.. |
![]() |
Sebelum balik wajib ber ootd walau tak berapa nak ood pun.. |
![]() |
Assalamualaikum wbt...
Hari ni telah diadakan Majlis bacaan Surah Yaasin dan Mesyuarat Perkep merangkap sekali Majlis Sambutan Hari Lahir AJK PERKEP (Julai - Disember) Makanan kami buat secara potluck, memang meriah dan memusnahkan diet aku. Tapi tak apa. Esok masih boleh start diet lagi... ehem!
![]() |
Ni makanan yang aku bawa untuk potluck - Kek Tiny Baby Tapak Kuda yang aku buat sendiri.. gigih la nak buat saiz kecik-kecik macam tu.. |
![]() |
Creampuff ni favourite aku.. lupa pulak siapa yang bawak.. yang pasti aku je makan 2 biji.. sedap wooooo... |
![]() |
Terima kasih Puan pengerusi.. bagi kami hadiah ni... |
Assalamualaikum wbt.. .
Penat betul hari ni. Penat badan dan penat otak. Macam-macam masalah timbul hari ni...
Aku tak suka betul bila orang pertikai skop kerja kita seolah-olah kita ni takder kerja. Dia tak duduk seopis dengan kita, tak nampak apa yang kami buat, dan terus buat kesimpulan yang kami ni tak banyak kerja. Motifnya sebab, dia nak kami buat kerja anggota yang dah pencen yang sepatutnya diganti oleh orang lain. Kerja yang sepatutnya tugas jawatan lain, tapi kami kewangan yang nak kena buat. Alasan, kami tak banyak kerja.
Bila jadi macam ni, tiba2 je aku rindu pada orang2 lama. Pegawai pentadbiran pun hampir setiap hari jengah opis kami, dalam masa yang sama dia nampak apa masalah yang berlaku, dan selesaikan... tapi pegawai sekarang, tak ambik tau tentang kami yg berlainan pejabat.. yang dia tau, cari kesalahan kami. Bila kami utarakan masalah, tak ada penyelesaian.. Alasan: sebab dia tak ada kuasa, tak boleh buat keputusan. (Pegawai lama boleh je settlekan masalah kami.. xde masalah pun)
Kadang naik muak rasa.. kalau tak tahan sabar boleh jadi gaduh ni. Jujur, aku tak ada masalah dengan dia dari segi lain. Aku ok je borak2 gelak2 kalau bercerita dengan dia bukan hal kerja. Tapi bila masuk bab kerja, hati aku jadi panas. Kadang apa masalah yang aku mintak selesaikan, tak settle pun. Entahlah. Kadang aku pulak yang rasa dia ni tak ada kerja (macam yg pernah pegawai atasan dia bagitau aku yang dia ni tak ada kerja)
Bila jadi macam ni, secara tak sedar aku dah membandingkan pentadbiran dulu dan sekarang. Ye aku tau, setiap orang cara kerja tak sama.. cuma mungkin sebab awal2 lagi aku dah dapat pegawai yang bagus, bila dapat pegawai macam sekarang, kita boleh rasa perbezaan dan secara tak langsung, buat penilaian..
Aku sedar kadar motivasi aku nak datang kerja, makin hari makin kurang. Dah tak seronok macam dulu.. datang kerja pun atas dasar tanggungjawab, taknak makan gaji buta. Tapi tu lah.. hidup perlu diteruskan walau betapa sakitnya hati ni.. ha githewwww.
By the way, hari ni hari ketiga berturut2 aku basah lencun kena hujan. Minah rempit kan.. Haruslah terima seadanya walau cuaca apa sekalipun. Cuma hari ni walaupun hujan tak selebat hari sebelum, hakikatnya hari ni yg paling seksa aku redah hujan. Apa taknya, helmet aku biasa guna tu tali yg ada pencangkuk tu rosak. so aku terpaksa guna helmet yang takder visor. Bayangkan ye, muka aku yang selebar padang bola sepak ni bagaikan dicucuk-cucuk dengan benda tajam bila terkena hujan. Direct. Tak boleh nak cover dah. Takperlah. esok aku pakai je helmet yang rosak tu, tali nanti aku ikatlah dengan getah. Aci kan? Aku ni bukan taknak bawak kereta, masalahnya kedai Foodpanda aku pukul 6.30ptg dah bukak. Pukul 6 aku dah kena on kan device FP aku.. dengan jalan jemnya, kalau aku naik kereta confirm lambat sampai rumah. Hasil foodpanda tu la buat tambah sikit2 duit kos aku nak selalu balik kampung jumpa anak-anak aku. Diorang apa tau? Tau nak kecam je.. Eh. Tiber...
Oklah.. takder apa lagi nak cerita. Syukur jugalah aku ada blog ni, dapat juga lah aku meluah perasaan kat sini walau aku tau, tak ada orang pun yang baca. Tapi aku tak kisah, asalkan aku ada tempat untuk meluah. Nak luah kat kawan2, risau menyusahkan pulak. Heret diorang masuk dalam masalah aku. Lagipun aku mmg tak ramai kawan. Takperlah..
Dah. Ni je aku nak luah... esok kalau ada isu / cerita lagi, aku update lagi. Nak merajinkan semula menulis.. nak bersihkan semula sawang2 yang ada kat blog ni (lama tak update, tu yg sampai bersawang tu)
Daaaaaaaaaaaaaaaaa!
The Kakya Joyah Template by Ipietoon Blogger Template | Gadget Review