Sahabat

Halaman

24 Januari 2020

Chapter 1 : January 2020 ~ Page 24 Of 366

By Dalia Hassan at Jumaat, Januari 24, 2020 0 comments
Assalamualaikum wbt

Hari ke 24 di tahun baru, 2020... kalau ikutkan hati aku, memang malas aku nak update harian aku kat sini.. Macam syok sendiri je kan... tapi bila fikir-fikir balik, eh! biarlah... sekurang-kurangnya aku melatih diri aku untuk berdisiplin dalam melakukan sesuatu hal, tidak buat sesuatu perkara hanya separuh jalan walaupun biasanya aku akan buat ketika aku ada masa terluang sahaja. Tak kisahlah walau lambat sikit, asalkan aku berusaha dan melatih diri aku yang sebelum ni membuat sesuatu dengan sambil lewa.

So... bagi korang yang rasa macam cerita aku ni bosan, korang bolehlah skip dari membaca. Bukan apa, aku pun sebenarnya boring dengan kehidupan aku yang tak berapa banyak warna-warna yang menarik.

Hambar.

Tapi... Ah! Lantaklah... kannnnn...

Hari ni pagi-pagi lagi Sarjan Adam bawak Soto Jalan Duta... memang favourite aku ni.. sampai terlupa nak ambik gambar sebelum makan.. hahaha. Dah kenyang baru teringat... 

Pastu baru teringat yang aku ada order sandwich kat Nieza... so.. makan lagi...

Hari ni aku bawak kereta balik sebab malam ni aku nak gerak balik Kota Tinggi.. gambar ni kat tempat biasa aku tinggalkan kereta aku kat IPD ( biasa aku ulang alik pergi kerja naik motor je.. kereta memang aku tak letak kat rumah... aku tinggalkan kat ofis )

Singgah pulak beli nasi lemak tersedap mengikut kata tekak aku.. Nasi Lemak abang kat tepi Petronas USJ berapa entah tak tau... Alaaa.. Petronas yang tepi tu banyak gerai buah durian... Nasi Lemak brpo ni memang terbaikkkk.. lauk daging dia memang sentiasa menjadi pilihan aku. 

on the way balik, teringat ada pasar malam kat Subang Perdana... kat sini pulak, tauhu bergedil yang jadi pilihan aku. Ada beberapa orang yang jual tauhu bergedil, tapi ada satu tempat yang aku rasa paling sedap ( sebab aku dah try semua dari penjual tauhu bergedil kat sana )

Tauhu bergedil ni yang aku maksudkan...

Eh Eh! Tersinggah Tealive la pulak... errrr... saja nak abiskan duit dalam TNG eWallet

Tu la cerita aku untuk hari ni...

Definisi Sahabat Dari Kacamata Aku Yang Tidak Berkacamata

By Dalia Hassan at Jumaat, Januari 24, 2020 0 comments

Definisi sahabat pada aku :

Apa yang aku buat depan dia semua tak betul. Semua dia bebelkan. Apa yang aku buat semua salah. Dan apa dia buat, semua tak kena kat mata aku. Asal bercakap, masing2 nak menang jer. Tak mau kalah. Sehari tak gaduh, rasa tak lengkap jer hidup. Bila dapat gaduh, dunia ini analah yang empunya... sebab apa? Sebab ego tu melebihi gunung2 yang didaki..



Tapi belakang aku, semua aku betul! Dia akan defend aku, apa pun orang cakap pasal aku dia tetap percayakan aku. Begitu juga sebaliknya. Sebaik2nya dia akan pertahankan aku walaupun kadang2 benda tu memang salah aku semata2 nak jaga aib aku. Rasa macam pelik kan? Tapi itulah hakikatnya...

Dan aku, selesa punya kawan sebegini daripada kawan yang depan kita bermulut manis tapi dibelakang kita dia umpama batu api yang memporak perandakan keadaan.

Pendek kata, aku sayang korang walau kadang2 ada masa mulut aku ni macam longkang!

*status update ini dibawakan khas apabila ko tersedar dari tido seawal dinihari dan mata ko tak boleh nak lelap semula... dan ko mula kemaruk nak tulis karangan pendek.

23 Januari 2020

Chapter 1 : January 2020 ~ Page 23 Of 366

By Dalia Hassan at Khamis, Januari 23, 2020 0 comments
Assalamualaikum wbt

Makin lama makin takder idea pulak. Konon wawasan 2020 ni hari2 nak tulis diari supaya jadi kenang2an di masa hadapan. Tapi nampak gayanya belum lagi habis Chapter One, aku dah mula malas. Adeh!  Takperlah.. setakat yang termampu je...

Pagi2 sarapan sushi yang beli kat Aeon Mall semalam. Pekena pulak dengan Nescafe Panas, pehhhh! Aura dia tu, macam tengah sarapan pagi kat Jepun je... Nikmat hoi.

Masih lagi dalam mode: Ayam Penyet.  So hari ni pekena Nasi Ayam Penyet Klasik USJ1 pulak. Sedap.

Balik singgah Romantika kat The Summit pulak sebab nak cari barang2 untuk bilik anak2 aku.

Nyummmmm...

20 Januari 2020

Chapter 1 : January 2020 ~ Page 22 Of 366

By Dalia Hassan at Isnin, Januari 20, 2020 1 comments
Assalamualaikum wbt

Malas nak cerita apa. Biarlah gambar yang berbicara.











Daaaaaaaaaaaaa

Chapter 1 : January 2020 ~ Page 21 Of 366

By Dalia Hassan at Isnin, Januari 20, 2020 0 comments
Assalamualaikum wbt

Sebelum pergi rumah abg ijat malam tadi, aku memang dah siap2 bawak baju kerja dan keperluan lain sebab aku memang malas nak balik rumah... Terfikir juga kalau gerak dari rumah abg, confirm la jem teruk kalau keluar lambat. So aku ambil keputusan untuk mandi dan juga gosok baju di ofis je.

Masa nak gosok tudung kat ofis baru aku perasan yang aku lupa nak bawak tudung. Aduhai. Yang ada tudung hitam sarung tu je.. tak glamer la macam ni. Telek2 satu ofis, tetiba aku ternampak dua helai shawl kat atas meja Cik Adam. Alhamdulillah... Selesai masalah aku.

Aku lupa bawak tudung.. so terpaksalah guna Cik Adam ni. Aku pun tak tau apa motif dia bawak tudung letak kat ofis. Bila aku tanya, dia jawab "tudung tu aku guna dari pukul 12tengah malam sampai la pagi".. aikkkk! Lain macam bunyi tu. Hahaha 😅😂

Pagi ni saja je aku melawat kantin.. yer la.. aku dah sampai dan siap awal... Bila semua settle, perut menyanyikan lagu keroncong pulak. Pedih. 🤭

Nampak pulak ada Garlic Bread ni... Tapau terus makan kat ofis.
Hari ni agak busy juga kat ofis... Tengahari pun aku takder keluar pergi mana2 untuk beli makanan... So petang on the way balik rumah aku singgah tapau Perisa Ayam Penyet ni kat Restoren Penang Heritage. Area rumah aku jer..


Boleg tahan sedap Nasi Ayam Penyet dia.. pastu aku makan pulak dengan Cendawan Enoki Salted Egg yang Nisa jual. Lagilah berselera.. Yang kelakarnya, dah suapan terakhir baru aku perasan aku makan nasi Ayam Penyet tu tanpa sup. Akhirnya sup tu aku hirup jer..
Ok. Tu je la untuk hari ni.. Aku titipkan kat sini sebagai kenangan aku dikemudian hari.

Chapter 1 : January 2020 ~ Page 20 Of 366

By Dalia Hassan at Isnin, Januari 20, 2020 0 comments
Assalamualaikum wbt



Pagi-pagi sebelum masuk ofis, aku singgah kantin jap beli sarapan. Spageti Bolognese jadi pilihan aku.. alah. aku kan minah salih celup-celup.. mestilah tekak pun tekak omputih. #konon

Pagi-pagi lagi Sue Senget datang bawak bubblewrap yang aku order tu. Korang pun mana yang nak beli bubblewrap boleh tengok kat ig dia... bubblewrap_shahalam

Abis kerje, aku stay ofis dulu sebab malam ni aku  nak pergi rumah abg aku. So memang sengaja la aku keluar lambat sikit sebab memang confirm lah KL tu jem. Tu yang aku gerak lambat sikit.

Saja pusing-pusing depan KLCC.. menikmati keindahan KLCC katanya...

Anak buah aku, Luqman tunjukkan kat aku hasil tanaman dia dalam pasu.

Tu lah kegunaan bubblewrap yang aku beli kat Sue Senget tu, untuk balut TV yang aku nak bawak balik Kota Tinggi nanti. Terima kasih abg ijat sebab sudi bagi aku TV ni... TV ni asalnya dia letak kat studio apartment dia kat Embassy Garden... dia serah kat OYO untuk uruskan, so dia tukar dengan TV yang baru. TV lama ni jadinya rezeki untuk rumah aku kat Kota Tinggi tu. Alhamdulillah

19 Januari 2020

Chapter 1 : January 2020 ~ Page 19 Of 366

By Dalia Hassan at Ahad, Januari 19, 2020 0 comments
Assalamualaikum wbt

Bangun pagi hari ni tiba-tiba jer aku teringin nak makan sotong yang ada telor sotong kat dalam tu. Tak taulah kenapa air liur aku ni meleleh-leleh je bila teringat nasi goreng cili padi sotong telor seketul yang aku pernah buat aritu.

So aku plan dalam pukul 10 lebih nak pergi NSK Kota Damansara jap cari sotong yang bertelur. Sementara pagi tu aku sarapan Timmy Burger yang ada berbaki lagi dua ketul dalam freezer tu...


So dalam pukul 10 lebih, aku pun keluar pergi NSK dengan niat nak cari sotong yang bertelur.. Tapi malangnya, sotong jer yang ada.. telurnya takder.. mungkin bukan musimnya kut...

Mula2 aku ingat nak beli mangga ni... tapi bila mengenangkan beratur panjang kat cashier dan aku cuma beli mangga jer, terus aku kansel..

Nak gerak balik, tiba-tiba hujan lebat pulak kat luar tu.. nak tak nak terpaksa aku lepak dulu layan Tealive sementara tunggu hujan reda...

Tealive Bang Bang Fresh Milk.

Hujan berhenti jer, aku pun terus gerak dan menyinggah Uptown Kota Damansara untuk beli Nasi Tiga Budak Gemuk.

Tak taulah aku kenapa sambal dia tu sentiasa menjadi pujaan hati aku.

18 Januari 2020

Chapter 1 : January 2020 ~ Page 18 Of 366

By Dalia Hassan at Sabtu, Januari 18, 2020 0 comments
Assalamualaikum wbt

Sabtu.
Pagi ni sambung rehat memandangkan belakang aku masih lagi terasa sakitnya. Sakit tapi masih boleh dibawa bincang... oklah...

Pagi aku order Nasi Ayam Penyet guna Food Panda. Ni kira sarapan dengan lunch sekali la ni... pakej sekali dengan air sirap bandung. 

Dalam pukul 4, aku gerak dari rumah untuk pergi berurut lagi kat Lynas Spa kat Taipan. Terasa segar lepas berurut.


Balik aku singgah IPD jap bagi anak2 kucing ni makan..

Singgah jap Family Mart..


Menu malam ni... 

PayPal

 

The Kakya Joyah Template by Ipietoon Blogger Template | Gadget Review