Sahabat

Halaman

01 Disember 2019

Status Blog #123

By Dalia Hassan at Ahad, Disember 01, 2019 0 comments
Assalamualaikum wbt

Ahad 1/12/2019 aku pergi kenduri kawin anak Kopral Din kat Dewan Kompleks Sukan DBKL Desa Tasik, Taman Desa Tasik, KL... kebetulan kat sana aku terjumpa Kak Wani... alahai rindu pulak kat dia... lama tak jumpa... sebulan lebih juga dia MC sebab sakit. Nampak dah susut badan dia... ketara sangat..

Walaupun datang bertongkat, tapi rasa happy bila tengok dia dah semakin sihat... Sebelum ni dia langsung tak boleh jalan.. nak ke mana-mana kena berkerusi roda. Alhamdulillah la ni dah ada perkembangan positif...



Anak dara aku... melaram je kerjanya... dari kasut sampai ke tudung semua aku punya... beg pun sama...  nasiblah baju tu aku dah tak boleh pakai... dah makin kecik. hahaha!


Si Arissa...




Balik dari kenduri Cik Din terus gerak ke Melaka pergi rumah Kak Ani... Tapi sebelum tu singgah jap Pantai Klebang...














On the way balik, hujan selebat-lebatnya... aku tengok hiway sepanjang tu jem.. so aku ikut le jalan lama. Percaturan aku silap. Rupanya jalan lama pun jem.
Pasrah je la..
Redah!


24 November 2019

Jus Avacado Melaka

By Dalia Hassan at Ahad, November 24, 2019 0 comments
Assalamualaikum wbt

Lepas aku isi perut kat Roti Canai Kayu Arang, Melaka, aku rilek2 jap rumah kakak aku.. bagi hadam dulu makanan yang aku dah makan tadi. Bukan apa, lepas ni aku nak menyinggah pulak kat Jus Avacado Melaka yang selalu diperkatakan oleh warganet tu.. teringin juga nak merasa.. Jus Avacado Kg. Baru dah banyak kali aku beli. Kali ni nak try Melaka punya pulak.

Lebih kurang 40 minit dok lepak rumah kak Ani kat Taman Seri Pandan, aku pun gerak ke Jus Avacado Melaka ni. Jarak dari rumah kakak aku cuma 2.8km je. Cun la tak jauh sangat. Aku pun boleh terus balik Subang lepas beli alpokat ni.

Ni lah kedainya..


Seperti yang di perkatakan.. beratur panjang ya. Hehe


Menu dan senarai harga 

Aku beli yang biasa je... tambah aiskrim.. RM6.99.. tu pun dah cukup sedap dah aku rasa. Puas hati. Next time datang Melaka bolehla singgah lagi beli.







Roti Doll @ Roti Canai Kayu Arang, Melaka

By Dalia Hassan at Ahad, November 24, 2019 0 comments
Assalamualaikum wbt

Pagi ni aku hantar kakak aku dari Segamat ke Melaka, sebab dia keje kul 2 nanti. So alang-alang aku nak balik Subang, bolehlah sekali jalan...

Sampai Melaka, ada masa lagi so kitorang pergi Roti Canai Kayu Arang untuk bersarapan. Perut pun dah lapar.

Macam biasa la kat sini, orang sentiasa ramai. Nasib baik sampai2 je kebetulan ada orang dah abis makan, so dapatlah meja.. tak perlu tunggu lama.










14 November 2019

Buat Parasailing Di Pulau Manukan, Sabah

By Dalia Hassan at Khamis, November 14, 2019 0 comments

Assalamualaikum wbt...

PARASAILING! Ni memang aktiviti yang aku sangat nanti-nantikan kat Sabah ni. Kali pertama aku buat parasailing ni kat Langkawi. Sejak tu memang aku tunggu je kalau ada peluang pergi ke tempat yang ada menyediakan aktiviti ni.

Paling kami tak sangka adalah abah. Pada asalnya puas kami cari idea camana nak pujuk abah untuk datang ke pulau ni. Sebabnya dia rasa macam nak duduk je kat Marina, mungkin sebab tak larat / kepenatan. Tapi bila sampai waktunya, abah yang terlebih excited dan dia pun nak buat parasailing ni. Siap offer diri untuk jadi yang pertama antara kami buat parasailing ni.




Happy sangat bila tengok abah happy. 
Mak taknak naik ni.. so mak duduk tepi pantai je tengok cucu2 yang lain mandi laut.


















Ada masa nanti aku ceritakan lagi. Sakit pulak tangan aku ni menaip kat henpon. Ngeeee!


Lepak - Lepak di Tanjung Aru

By Dalia Hassan at Khamis, November 14, 2019 0 comments

Assalamualaikum wbt

Balik dari Pulau Manukan, rilek-rilek jap lepastu ingatkan nak layan sunset kat Bukit Kokol. Abang aku kata view kat sana cantik sangat... bila tanya Pakcik Google, pakcik tunjuk gambar Bukit Kokol yang cantik-cantik.. Makin berkobar-kobar la kami nak pergi sana. hari ni malam terakhir kami kat Sabah, so kalau boleh memang kami nak cuba selitkan mana-mana tempat yang agak2 sempat kami kunjungi.

Tapi dah tertulis bukan rezeki kami, on the way kami nak ke Bukit Kokol jem teruk sebab ada kemalangan... Waktu memang takkan sempat kalau kami nak kejar sunset ke Bukit Kokol tu. 

So abang aku bawak terus ke Tanjung Aru.. 
Oklah asalkan ada.


Jualan kat Tanjung Aru

Panjang beratur orang nak beli corndog...








Sambil tengok sunset sambil layan busker nyanyi... 

Ni video2 nyanyian diorang yang sempat aku rakamkan...











PayPal

 

The Kakya Joyah Template by Ipietoon Blogger Template | Gadget Review