Sahabat

Halaman

21 Julai 2016

Status Blog #98

By Dalia Hassan at Khamis, Julai 21, 2016 0 comments

Selamat Hari Raya

By Dalia Hassan at Khamis, Julai 21, 2016 0 comments


Assalamualaikum wbt...






Hari ni dah raya keenam belas rupanya.. fhewwww... lamanya aku tak update blog ni. rasa macam takder mood pun ya juga. Tak tau la kenapa... mungkin sebab sibuk. Mungkin.






Dikesempatan ini aku nak ucapkan Selamat Hari Raya Maaf Zahir Batin kepada semua kawan kawan aku, teman teman blogger dan juga kepada sesiapa yang mengenali aku secara langsung mahupun secara tidak langsung. Ampun maaf diminta andai kata ada terkasar bahasa atau terguris hati. Yerla.. memang aku sedar yang kadang kadang mulut aku ni memang agak sedikit lancang... ngeeeeee!!!




Oklah. Lagi sekali, Selamat Hari Raya Maaf Zahir Dan Batin buat semua.


















Daaaaaaaaaaaaaa!









Selamat Hari Raya

By Dalia Hassan at Khamis, Julai 21, 2016 0 comments


Assalamualaikum wbt...






Hari ni dah raya keenam belas rupanya.. fhewwww... lamanya aku tak update blog ni. rasa macam takder mood pun ya juga. Tak tau la kenapa... mungkin sebab sibuk. Mungkin.






Dikesempatan ini aku nak ucapkan Selamat Hari Raya Maaf Zahir Batin kepada semua kawan kawan aku, teman teman blogger dan juga kepada sesiapa yang mengenali aku secara langsung mahupun secara tidak langsung. Ampun maaf diminta andai kata ada terkasar bahasa atau terguris hati. Yerla.. memang aku sedar yang kadang kadang mulut aku ni memang agak sedikit lancang... ngeeeeee!!!




Oklah. Lagi sekali, Selamat Hari Raya Maaf Zahir Dan Batin buat semua.


















Daaaaaaaaaaaaaa!









30 Jun 2016

Status Blog #97

By Dalia Hassan at Khamis, Jun 30, 2016 0 comments

Assalamualaikum wbt...

Diam tak diam tinggal berapa hari je lagi nak raya. Kejap je rasa. Tapi sepanjang hidup aku, Ramadhan tahun ni la yang banyak sangat peristiwa terjadi kat aku, keluarga aku dan juga orang sekeliling aku.. Banyak cabaran yang aku tempuhi... dengan kejar masa untuk siapkan projek paper KIK, dalam masa  yang sama aku kena curi masa untuk study, dan juga menghadap final exam... tapi yang ni, aku masih ok lagi...

Banyak juga dugaan yang sangat memerlukan kesabaran yang tinggi.. antaranya adalah gosip yang melanda aku (macam artis kan???) dan juga salah faham yang berlaku dalam hidup aku... kiri kanan kawan, dan aku hampir mati tersepit di tengah2. Mujurlah semuanya dah selesai, walaupun aku tau aku juga dipersalahkan. Tak apalah... asalkan semuanya dah selesai dan tak menyerabutkan kepala hotak aku lagi serta membuatkan aku kembali tidur lena.

Apabila aku tak dapat menangis bersama anak aku, Ainul yang kehilangan sahabat baik dia dalam satu kemalangan di simpang Tai Hong, Kota Tinggi. Aku rasa down sangat sebab tak dapat nak peluk dia saat dia bersedih. Apa punya mak la aku ni, kan??? 

Tapi Alhamdulillah... dalam banyak2 perkara yang terjadi, terselit satu berita yang mampu memadamkan segala rasa kesedihan aku... berita yang aku tunggu2. Syukur Alhamdulillah... rezeki Ramadhan buat aku dan kawan aku merangkap teammate KIK aku, Tuan Zulaikha.. *wink wink*... syukur.... dan juga result exam aku yang takderlah awesome sangat, tapi berbaloi la dengan apa yang dah aku lakukan.

Bukan senang nak senang, kan??

Daaaaaaaaaaaaaaa....




21 Jun 2016

Status Blog #96

By Dalia Hassan at Selasa, Jun 21, 2016 0 comments

Semenjak dua menjak ni, dah jadi kelaziman aku setiap hari, setiap detik, setiap masa pandangan mata aku akan aku lontarkan ke luar, kerana mengharapkan seseorang muncul, walau sekejap... Terus terang, hari ni aku menyesal... kerana sebab kelaziman itu la, aku nampak sesuatu yang buatkan emosi aku tak menentu. Tak stabil. Sesuatu yang aku tak ingin lihat.. sesuatu yang buatkan aku semakin sedih..

Lirik Lagu : Suatu Pernah ~ Fynn Jamal

By Dalia Hassan at Selasa, Jun 21, 2016 0 comments

Suatu Pernah

habis sudah madah;
tak ada satu pun yang tertinggal,
setiapnya telah—
kau ambil dan terus kau jual.

seolah tak pernah memakna apa,
seolah tak pernah kau inginkannya,
seolah—
tak pernah...

dikutipku bila sudi,
di bila tidak, dibiar mati,
dan lebih menyakitkan—
ku tetap tunggu di tepi jalan.

seperti tak pernah ku ada harga,
seperti tak pernah kita bersama,
seperti tak pernah kau mahu aku,
--tak pernah rindu
--tak pernah rayu
--dulu.

terleburhancur kebal rusukku;
berkecaisepai, terpecahbelah,
terima kasih atas ajarmu—
--cinta tak wujud
--ah, tak pernah.

dan dengarkan jeritku;
jujur tak terfitnah,
kau hanya bagiku—
suatu yang pernah.

takkan ada apa—
yang mampu untuk buat kau pulang,
bila sudah tiada rasa—
bikinlah apa, tetap kau terbang.

takkanku pujuk kau jangan pergi,
takkan ku minta kau fikir lagi,
takkan ku paksa renung semula,
takkan ku suruh apa2.

takkan ku izin tubuh dibuka,
takkan ku pamer reput di dada,
takkan ku rebah,
takkan ku goyah,
takkan ku biar tubuh didarah.

pernah—
suatu yang pernah
suatu yang pernah

suatu—
pernah.




Lirik Lagu : Suatu Pernah ~ Fynn Jamal

By Dalia Hassan at Selasa, Jun 21, 2016 0 comments

Suatu Pernah

habis sudah madah;
tak ada satu pun yang tertinggal,
setiapnya telah—
kau ambil dan terus kau jual.

seolah tak pernah memakna apa,
seolah tak pernah kau inginkannya,
seolah—
tak pernah...

dikutipku bila sudi,
di bila tidak, dibiar mati,
dan lebih menyakitkan—
ku tetap tunggu di tepi jalan.

seperti tak pernah ku ada harga,
seperti tak pernah kita bersama,
seperti tak pernah kau mahu aku,
--tak pernah rindu
--tak pernah rayu
--dulu.

terleburhancur kebal rusukku;
berkecaisepai, terpecahbelah,
terima kasih atas ajarmu—
--cinta tak wujud
--ah, tak pernah.

dan dengarkan jeritku;
jujur tak terfitnah,
kau hanya bagiku—
suatu yang pernah.

takkan ada apa—
yang mampu untuk buat kau pulang,
bila sudah tiada rasa—
bikinlah apa, tetap kau terbang.

takkanku pujuk kau jangan pergi,
takkan ku minta kau fikir lagi,
takkan ku paksa renung semula,
takkan ku suruh apa2.

takkan ku izin tubuh dibuka,
takkan ku pamer reput di dada,
takkan ku rebah,
takkan ku goyah,
takkan ku biar tubuh didarah.

pernah—
suatu yang pernah
suatu yang pernah

suatu—
pernah.




16 Jun 2016

Status Blog #95

By Dalia Hassan at Khamis, Jun 16, 2016 0 comments
Alhamdulillah.... berakhir sudah paper terakhir aku untuk semester ni tengahari tadi. Jujur aku cakap, semester ni aku teruk skit, tak berapa fokus. Apa2 pun, aku dah cuba buat yang terbaik dan yang selebihnya tu aku berserah jer.

Jadual aku agak padat, dalam masa yang sama kami team KIK perlu siapkan kertas kerja dan perlu dihantar paling lewat pada 17/6 (esok). Memandangkan dapat kelepasan tugas hampir 20 hari untuk siapkan projek paper tu, sekurang2nya aku boleh curi sikit masa KIK tu untuk aku study (walau tak sempat mana pun). hehehe..

Dan sekarang, aku rasa lega sebab dua2 tugas tu dah berakhir. Petang esok bolehlah aku balik Segamat.

Ngeeeeeeeee!

Gambar : Suka duka siapkan KIK...

Bergambar itu dah jadi satu kemestian...

Proses masukkan suara dalam video klip pendek yang kami buat

Macam2 aksi...

Reherseal sehari sebelum pembentangan depan OCPD, Tuan Azlin.

Hari presentation depan OCPD.. masa ni aku terlewat sampai 10 minit sebab pagi tu aku ada exam kat UTM Space. Punyalah cepat aku jawab... sejam awal kut aku keluar. Pukul 10.30 aku dah drift balik ke IPD.. haha!

Antara team aku.. dihari presentation depan OCPD...

Lepas present.. kitorang sambung settlekan apa yang perlu...

Langkah2 penjimatan... haha!



PayPal

 

The Kakya Joyah Template by Ipietoon Blogger Template | Gadget Review