Sahabat

Halaman

26 Ogos 2011

Bermula Cuti Raya

By Dalia Hassan at Jumaat, Ogos 26, 2011
Yahoooo.... hari ni dah Jumaat... Hari terakhir aku bekerja di bulan Ramadhan.. Minggu depan dah raya.... cepatnya masa berlalu kan? Pejam celik pejam celik dekat sebulan dah....

Dari pagi mood nak bekerja memang dah tak ada dah... mood bercuti jer yang ada.. biasalah... esok dah start cuti, mana lagi nak ada mood bekerja.. yer tak? Waktu rehat yang panjang tengahari tadi pon aku tak keluar mana2.. dok jer kat opis dengan linie.. berfacebok... 

Dalam kul 3 lebih, my good friend, T~Ni sms aku tanya aku ada kat mana... ingatkan kenapa dia tanya aku, rupanya dia nak bagi duit raya... yeayyyyyyy! aku ingatkan dia nak bagi aku dalam RM10. Yerlah.. aku bukannya mengharap sangat sebenarnya... dah jadik mak budak pun... tapi bila dapat angpau raya, rasa sangat2 seronok...  terasa kembali ke zaman kanak2... hehehe... Owh! lupa nak bagitau.. dia bagi aku RM50! Best2... lepas duit tol nak balik johor nanti.. thanks T~Ni... tahun depan bagi lagi ekkkkk....


Lepas pergi logistik hantar report, aku turun tingkat lapan, pengurusan trafik... Kebetulan terserempak dengan sorang inspektor ni (aku lupa la nama dia, tapi aku biasa jugaklah nampak dia).. spontan aku ucapkan selamat hari raya kat dia.. dan.. dia bagi aku duit raya RM20... yeayyyyyyy! dapat duit raya lagi... heheheh! pasni kena buat baik la kat tuan inspektor yang aku tak tau nama dia... hehehe... sampai kat pentadbiran trafik, aku pau Tuan Rahman (Baim Wong) dengan Musa pulak... hehehe... mula2 BW buat dek jer bila aku mintak kat dia duit raya... tapi bila aku tunjukkan sampul angpau yang ada RM50 kat dalam dan duit RM20 yang aku dapat, terus dia tergugat.. hahaha! akhirnya kami yang ada kat opis tu dapat la duit raya sorang RM10 dari tuan BW.... dan aku dapat lagi RM10 dari Musa (syyhhhh... yg ni korang jgn bagitau sesapa tau sebab Musa bagi aku sorang jer) hahahah! Dah collect duit raya kat pentadbiran trafik, aku pergi bilik Ketua Bahagian Ketenteraman Awam pulak.. malangnya dia takder kat bilik, so aku tak bleh nak pau dia... tapiiiiiiii.... kak sariha, PA KBKA ada kat meja dia... yessssss! aku dapat RM15 dari dia... heheheh....

Lepas bersalam2an dengan kawan2 yang lain, aku pun beransur balik semula ke opis... sementara nak tunggu my BFF, Ina ngan asben dia dari Kota Kinabalu sampai, aku berFB kat opis.. dalam kul 6 lebih aku kuar opis, singgah beli kuih jap untuk berbuka puasa sebab aku tau confirm aku kena berbuka puasa dalam kereta... Dan sepanjang Ramadhan, inilah kali pertama aku berbuka dalam kereta, sorang2 pulak tu... tapi takperlah, kawan punya pasal aku tak kisah...

0 comments:

PayPal

 

The Kakya Joyah Template by Ipietoon Blogger Template | Gadget Review