Sahabat

Halaman

25 November 2020

Chapter 11 : November 2020 ~ Page 330 Of 366

By Dalia Hassan at Rabu, November 25, 2020 0 comments

 Assalamualaikum wbt


Rabu : 25/11/2020

PKP / MCO : Hari Ke-253


Hari ni agak sedikit bersemangat sebab lepas kerja aku akan gerak balik ke Segamat, rumah mak abah aku kat Felda Pemanis. Dan seawal pagi esok aku akan bertolak balik ke Kg Sungai Telor, Kota Tinggi untuk berjumpa dengan suami dan anak-anak aku yang menetap kat sana.


Pagi ni lepas solat subuh aku sempat buat roti telur, lebihan roti yang aku bagi kat anjing yang halang kereta aku semalam. Lebihan anjing tu bukanlah bermaksud aku ambik yang aku dah bagi kat anjing, tapi baki daripada roti yang aku gunakan untuk bagi makan kat anjing yang berperangai pelik semalam.

Sayang betul, rakaman dari dashcam aku depan belakang dah ter overwrite. Silap aku juga tak terus ambil save untuk simpanan dan kenangan aku.

Sampai balai terus isi borang rentas negeri - sebelum orang awam beratur panjang jap lagi.

Sebelum gerak balik Segamat, aku singgah untuk drop-off barang customer shopee aku dulu. Mula-mula pergi Citylink dulu.. Pening juga sebab naik kereta, susah nak parking. Last2 aku berhenti je kejap halang kereta orang lain. Nasib baik setakat drop-off jer, tak lama.

Then pergi J&T pula... settle drop-off barang kat J&T, aku terus gerak menuju ke Selatan.

Lapar pulak perut... singgah R&R Seremban untuk beli makanan. Nampak pau ni terus beli.. Makan panas2 memang syok!

Sampai rumah mak aku dalam pukul 4 lebih juga...
 
Sebenarnya hari ni hari lahir mak aku yang ke-72. Itu yang aku singgah juga sebelum aku balik Kota Tinggi jumpa suami dan anak-anak aku.

Nasi Ambeng kakak aku tempah dengan orang dalam felda. RM6 jer sebungkus. Puas hati sangat. Untuk hari ni kami order dalam 40 bungkus jer... untuk kami sambut hari lahir mak kat rumah dan untuk mak bawa pergi masjid nanti untuk diberikan pada kawan-kawan masjid mak. Mak kata hari ni tak ramai orang kat masjid, tu yang order sikit jer tapi untuk esok, dah tempah 100 bungkus nasi ambeng ni untuk diberikan pada orang masjid. Esok malam Jumaat, so akan ramai orang kat masjid, kata abah.

Mak goreng tempe ni untuk dicicah dengan sambal kicap. Favourite aku ni...

Kek Swissroll coklat ni aku bawak...

Jamuan kecil untuk keluarga

Mak dan abah


Happy birthday Mak!!!

Kek ni sedap hoiiiii!



Tunjuk sekali lagi... 
Sedapnyaaaaaa....
Nasib baiklah makan sebungkus dah kenyang, kalau tak memang aku makan lagi dan lagi.
Gemuk pun gemuklah!


Malam tu aku tertidur dalam kekenyangan.

Teruk betul!

24 November 2020

Chapter 11 : November 2020 ~ Page 329 Of 366

By Dalia Hassan at Selasa, November 24, 2020 0 comments

Assalamualaikum wbt


Selasa : 24/11/2020

PKP / MCO : Hari Ke-252


Off day.. Banyak perkara yang nak disettlekan hari ni...


Stok terakhir overnight oat untuk sarapan pagi ni. Kena makan untuk bekalkan tenaga aku hari ni.

Eh. Tambah sikit lagi la tenaga. Makan donut. InshaaAllah kenyang sampai malam. ehek!

Pagi dalam pukul 9 aku ada appointment dengan Proton Servis untuk servis kereta aku. Esok nak gerak balik Johor, so kena la servis siap2 lagipun memang dah sampai masa untuk di servis.



Selesa gak duduk dalam ruang menunggu ni. Yang penting boleh buat air sendiri dan ada station untuk cas henpon. Kalau nak tengok tv pun ada disediakan.

Settle servis kereta, misi mencari coklat untuk dibuat kek petang nanti.

Mencuci kesayangan walaupun dalam musim hujan sekarang ni.

Anjing ni... tak tau kenapa dia asyik ikut aku dari depan dobi matahari, siap halang kereta aku.. aku dah bagi dia makan, tapi dia tetap kejar.

999 KM

Settle melarikan diri dari Encik Anjing yang halang kereta aku, aku terus ke JPJ Shah Alam untuk tukar nama kereta lama aku tu.

Babai kereta. Semoga berbahagia dengan owner baru.

Misi mencari Din Sardin @ JPJ

Panjangnya beratur, tunggu sesi lepas rehat..

Sebelum balik rumah, aku singgah makan dekat KuWa Kitchen jap. Makan nasi ayam penyet. Aku suka sambal dia, sedap. Kena dengan selera tekak aku ni.. Dah kenyang, kejap lagi bolehlah aku sambung kerja kat rumah... siapkan order customer Shopee.

Siap. Kejap lagi boleh packing...

Snek makan malam aku...






23 November 2020

Chapter 11 : November 2020 ~ Page 328 Of 366

By Dalia Hassan at Isnin, November 23, 2020 0 comments

Assalamualaikum wbt


Isnin : 23/11/2020

PKP / MCO : Hari Ke-251


Pagi ni otw pergi kerja, ternampak kereta Sarjan Adam... Pelik pulak aku dia lewat hari ni.. Biasanya dia sebelum pukul 7 dah sampai ofis. Rupanya dia ada hal pagi tadi, tu yang lewat tu...

Berapa hari makan oat, hari ni dah rasa loya tekak pulak nak makan.

Keluar jap pergi drop-off barang kat J&T...

Cik Adam bawa pulut dengan serunding daging. Alhamdulillah. Rezeki hari ni.

Masa pergi J&T tadi, aku singgah Gerai Endang jap beli Nasi Ambeng.. walaupun tak lengkap macam yang aku boleh dapat kat kampung aku, tapi tetap boleh diterima oleh tekak aku.

Sebelum balik, singgah kedai bakeri kat sebelah IPD... cari bahan buat kek yang dah nak abis stok. Syukur jugalah ada kedai ni dekat dengan ofis aku. Senang nak beli apa-apa...

Malam tekak ni terasa nak makan chicken chop plak. Order kat Restoren Buana guna foodpanda. Beli sekali meatball grilled. 
Bolehlah...

22 November 2020

Chapter 11 : November 2020 ~ Page 327 Of 366

By Dalia Hassan at Ahad, November 22, 2020 0 comments

 Assalamualaikum wbt


Ahad : 22/11/2020

PKP / MCO : Hari Ke-250


Malam tadi aku goreng donut frozen Kak Wani, tiga biji.. Tapi tak cukup... so pagi ni aku goreng 4 bijik. Alhamdulillah. Gemuk. Tertuang gula banyak pulak... tapi takpe.. aku dah ketuk-ketuk sebelum makan. Karbo tinggi kauuu!

Perabihkan stok buah yang ada dalam peti ais sebelum aku balik kampung nanti...

Panaskan nasi goreng daging semalam. Aku memang biasa macam ni ya kawan-kawan. Kalau masak, mesti untuk dua tiga hari punya sebab kalau aku masak, bukan untuk makan sorang. Tak reti masak macam kat kedai, goreng sorang makan.

Aiskrim potong kaki perisa kacang merah.
My all time favourite. 

Tengahari ni pergi mendobi kat dobi matahari.. Rasa dahaga sangat, tapau nescafe ais kat restoren sebelah...

Masa aku balik Segamat sebelum ni, mak aku ada cakap yang dia nak power bank sebab henfon dia cepat makan bateri. So aku belikan la kat Shopee... aku beli dua, tapi tak tau nak bagi yang mana satu kat mak aku. Rasanya aku bagi yang putih kut, sebab dah siap ada kabel. Kalau yang pink tu kena sambung kabel lain.

Lepas maghrib aku mem baking pulak... siapkan order untuk customer Shopee...

Masuk empat loyang sekali dalam oven...

Hari ni aku makan overnight oat at night. 
Bolehlah... tak semestinya makan time sarapan, kan.




21 November 2020

Chapter 11 : November 2020 ~ Page 326 Of 366

By Dalia Hassan at Sabtu, November 21, 2020 0 comments

Assalamualaikum wbt


Sabtu : 21/11/2020

PKP / MCO : Hari Ke-249


Aku ingat nak pergi jogging pagi ni.. tapi berat rasa hati. Yelah... baru lepas hujan, mesti jalan licin. So aku tariklah selimut semula.

Itu lebih baik.

Kannnn?

Menu sarapan aku pagi ni.
Diet konon..


Menu tengahari aku... Nasi Goreng Daging Qurban.
Peh! Mabeles!

Sekali tengok macam Nasi Beriyani pulak..

Malam aku goreng donut frozen yang beli kat kak wani. Makan panas2, memang hilang ingatan untuk diet.
 Nikmat tak terkata...

Oklah... Memang diari hidup aku ni, dipenuhi dengan makan jer. So siapa-siapa yang baru terbaca blog aku ni, jangan hairan sangat yer... Sis memang macam ni.. kaki makan... semua sis telan kecuali daging kambing, tak boleh lalu kat tekak sebab masa sis kecik2 dulu, abah sis bela beratus-ratus ekor kambing. So kambing-kambing tu dah macam kawan-kawan sis dah. Bila jadi lauk, tak tertelan rasanya.

Itulah sedikit kisah masa lalu sis.
Bosan tak?
haha!




PayPal

 

The Kakya Joyah Template by Ipietoon Blogger Template | Gadget Review