Sahabat

Halaman

12 Mei 2012

Badminton Punya Hal....

By Dalia Hassan at Sabtu, Mei 12, 2012 0 comments

Hai..

Dah dekat kul 1.15am tapi aku masih tak boleh tido bila memikirkan pasal badminton.. Kenapa dengan badminton? Erm. Badminton adalah antara sukan yang aku minat selain bola tampar dan futsal.. Tak adalah pandai sangat, tapi boleh la sikit2 setakat nak main ketuk ketuk shuttlecock tu.. Pernah wakil uitm segamat dalam karnival sukan mahasiswa uitm zaman kegemilangan aku dulu.. Aku main badminton ngn bola tampar (wah~poyo jek nak bagitahu) Tapi sekarang skill tu memang dah tak ada dah.. Bentuk fizikal pun dah berubah, makin membesar.. Tapi minat kat badminton tu tetap ada..

Ok sambung cerita asal.. aritu masa aku bersiap2 nak balik rumah, cik zul datang jumpa aku.. Aku kenal dia ni pun sebab dulu aku rajin jugak petang2 turun dewan untuk main badminton.. Dari situ la aku kenal dia.. So dia datang jumpa aku, pinang aku untuk main badminton Piala Dato' KP bagi kategori wanita, wakil ipd kitorang.. Sangat excited, so dia ambil nama penuh aku ngan kak wani untuk bagi pada sm supian, untuk keluarkan semboyan.. Mula2 cik zul bagitau aku tournament tu start 16hb-18hb kat shah alam.. So, fikir sempat la aku ngan kak wani balik dari bandung... Rupanya tournament tu start 14hb.. Adoi.. Frust rasa. Memang kempunan la nak masuk..

Then tadi, pas aerodance kat dewan, aku lepaskan gian jap main badminton (sebelum sambung g main futsal) kebetulan sm supian pun ada, berborak ngan dia jap.. Dia pun rasa cam ralat coz kitorang tak dapat join.. Pastu dia cakap, tahun ni mewah skit, jersey dapat sorang 6 helai.. Tahun lepas cuma 3 helai je sorang.. Peh! Rugi rugi.. Takpe la.. Tahun depan masih ada lagi.. Huhuhu!
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

11 Mei 2012

Check List

By Dalia Hassan at Jumaat, Mei 11, 2012 0 comments
Assalamualaikum wbt...

Esok aku akan terbang ke Bandung, flight 6.25pm.. Tp setakat ni, satu apa pun aku tak siapkan lagi... Langsung x packing apa pun.. Ok2.. Aku nak senaraikan apa yang perlu aku bawa utk esok..

1~ Passport
2~ Jutaan Rupiah (wah! Aku jutawan)
3~ Pakaian secukup rasa (luar dalam)
4~ Kamera dan charger
5~ Blackberry, galaxy tab dan charger
6~ Ubat gigi, berus gigi.. Yg lain beli kat sana la..
7~ Owh! Jangan lupa bawak senarai barang2 yang dipesan oleh kawan2.. Sampai sana nanti takut aku lupa..

Ok. Tu je rasanya... Dah, aku nak pegi kumpulkan semua barang2 ni, nak masuk dalam beg.. Packing.. Geng2 lain semua dah packing dari minggu lepas.. Aku ni je yang malas skit.. Buat saat akhir.. Harap2 xda yang tercicir...
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

05 Mei 2012

Nyanyi Suka Suka

By Dalia Hassan at Sabtu, Mei 05, 2012 2 comments
Ha! Ni la aktiviti aku petang tadi... tetiba je kena nyanyi lagu yang aku tak pernah nyanyi... Lagu Bila Cinta, OST Lagenda Budak Setan. Nasib baiklah aku pernah dengar lagu ni sebelum ni, boleh jugalah aku nyanyi dengan bantuan lirik (walaupun suara aku tak sedap pun..) lantaklah... yang penting, aku dah mula suka dengan lagu ni... thanks pada my pren Aiman sebab sudi jadi gitaris... :)

01 Mei 2012

Lawatan ke Kompleks 3C Subang Jaya

By Dalia Hassan at Selasa, Mei 01, 2012 0 comments
Pada Sabtu 28April yang lepas, kami telah dijemput oleh jawatankuasa kompleks 3C untuk melawat dan membuat tinjauan ke kompleks tersebut bagi membuka peluang kepada kami untuk mengadakan aktiviti persatuan di sini... apa yang aku lihat, banyak kemudahan yang kami boleh manfaatkan di sini.... sangat teruja.. memandangkan laptop aku tak boleh digunakan buat sementara ni, so aku hanya akan update ini sahaja.. setakat yang mampu kerana duniaku terasa sangat kecil bila update blog guna galaxy tab ni... tak puas rasanya.... huhuhu... apa2 pun... layannnnnnn!

Menyampaikan cenderahati...

sempat lagi tu...


kat zoo dalam kompleks 3C..

Permata..

kelas menjahit...

kelas masakan...

perpustakaan...




Ini hanyalah sebahagian sahaja aktivityi yang terdapat di kompleks 3c... sebenarnya ada banyak lagi seperti kelas tarian oleh Noraniza Idris, pusat membuat cenderamata oleh Orang Kuirang Upaya dan banayak lagi..

Majlis Harijadi AJK PERKEP

By Dalia Hassan at Selasa, Mei 01, 2012 0 comments
Majlis harijadiahli jawatankuasa perkep ni diadakan dua kali setahun dengan tujuan untuk mengeratkan tali silaturrahim antara ahli dan ajk perkep sendiri. Bertempat di Newbox City Mall USJ19, kami meraikan 13 orang ajk yang hari lahir jatuh pada januari hingga jun... semoga kalian semua panjang umur dan dimurahkan rezeki hendaknya... Amin.
InsyaAllah untuk next majlis, kita akan adakan bacaan doa selamat di surau ipd.... harap segalanya berjalan seperti yang dirancang....



Minggu Setiausaha PERKEP Selangor

By Dalia Hassan at Selasa, Mei 01, 2012 0 comments
Majlis : Minggu Setiausaha PERKEP Selangor
Tempat : Premiere Hotel, Klang
Tarikh : 25 April 2012

Majlis minggu setiausaha ni diadakan bagi menghargai setiap setiausaha PERKEP yang sentiasa setia berusaha untuk memantapkan aktiviti yang dianjurkan oleh PERKEP.. Dihadiri oleh 5-7 orang wakil PERKEP dari setiap IPD di seluruh Selangor dan IPK Selangor...

Jom layan gambar yang sempat aku ambil ketika majlis....





Rendang Ayam Cik Nisha

By Dalia Hassan at Selasa, Mei 01, 2012 0 comments
Jumaat dua minggu lepas, kami buat makan2 di ofis, dan jumaat baru lepas ni pulak, kawan aku, Nisha Matrus hantar rendang ayam dan nasi himpit pulak untuk kami... Syukur Alhamdulillah... murah rezeki....

Untuk pengetahuan korang, aku kenal dan jadi rapat dengan nisha ni masa filem Taikun shooting kat Ipd aku keje ni... sejak tu la kami jadi geng... dia peramah, aku pulak gila2 jenis dok mengusik orang... tu yang kami jadi ngam tu... dalam masa yang sama, Tuan Naser pun rapat jugak ngan nisha (sebab tuan pun ada berlakon dalam Taikun tu)... Tu yang dia masakan rendang ayam untuk aku dan tuan, tapi yang bagusnya, satu trafik pun leh makan sebab dia bawak banyak... thanks nisha... lain kali boleh bawak lagi....

Nisha dan pembantunya....

Tuan Naser... Pandang apa ntah, kan gambar jadi tak cantik.. huhu!

Rendam Ayam terbaikkkk... yummieeyy!


Owh! Lupa nak cakap... Cik Nisha ni make up artis... Banyak juga filem dan drama yang melibatkan dia sebagai jurusolek... Esok, dia akan mula untuk shoot filem Adnan Sempit 3.... terbaik lah Nisha... Semoga Nisha berjaya dalam kerjaya!

Office Potluck

By Dalia Hassan at Selasa, Mei 01, 2012 0 comments
Assalamualaikum wbt....

Jumaat 2 minggu lepas ofis aku ada buat potluck... so, oleh sebab aku pun tak tau nak masak apa, aku ambil langkah mudah dengan hanya buat puding kastard berkuah + buah2an segar... memang sedap dan paling laris... kejap je abis walaupun banyak juga yang aku bawak... selain puding, aku masak ikan bawal... masak ikut suka hati aku... meh tengok gambar kat bawah ni....

PayPal

 

The Kakya Joyah Template by Ipietoon Blogger Template | Gadget Review