Sahabat

Halaman

08 Oktober 2011

Hari Sedih

By Dalia Hassan at Sabtu, Oktober 08, 2011 0 comments
Assalamualaikum...

Hari ni membawa dua keinsafan dalam diri aku. Yang pertama, mengingatkan aku tentang hari tua, dan yang kedua, mengingatkan aku tentang kematian.



InsyaAllah aku akan ceritakan kemudian apa yang berlaku hari ini kerana sekarang aku dalam perjalanan pulang ke kampung halamanku di Johor.


Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

05 Oktober 2011

Hari Ini : 5 Oktober 2011

By Dalia Hassan at Rabu, Oktober 05, 2011 0 comments
Hilangkan mood sedih jap... masukkan mood ceria.............................. ok. done!

Ok tu jer la yang aku nak cakap.. sebab hari ni takder cerita apa pun.. semuanya cerita yang sama jer dengan hari2 sebelumnya... pagi datang keje.. punch card. buat keje. gelak2 dengan geng BadCopsGirls(BCG's)- errrr tapi hari ni BCG's tak cukup sorang ahli... Linie cuti... tinggal aku dengan kak wani jer... tapi macam biasa la.. walaupun tinggal berdua jer, tapi gelak sampai tak hengat dunia... kalau ada linie lagilah gamat...

Pukul 2.30pm sepatutnya ada roll call kat tingkat 9, aku tak pergi. Malas. Kak Wani pun sama tak pergi... takper... kitorang dah wakilkan Kopral Adam Kadir untuk jadi mata dan telinga kami kat sana.. apa2 hal, dia akan inform kitorang... ngeh3....

Petang dalam kul 4, aku pergi logistik ngan kak wani... cam biasa la rombongan cik kiah ke blok B... mula2 naik logistik tingkat 12, pastu menyinggah tingkat 8 coz nak jumpa Tuan Khai a.k.a Baim Wong... Baru jam 4.35pm, ada masa lagi 25 minit untuk punch card... apalagi, ngan kak wani dok melepak bilik Tuan Khai la sampai kul 4.55pm... saja mengacau dia sambil usik2 dia, suruh dia siap2 standby kan pen marker dalam poket baju dia... Al-maklumlah dia dengan Tuan Naser baru pas abis shooting filem (TaiKun) petang semalam (alaaaa... pelakon tambahan jer).... nanti kalau dah glamer, senang nak mintak autograf kat dia... hahaha! Tapi yang best, macam2 lah dia cerita... siap cerita lagi kenapa dia pilih isteri dia ni... so sweet.... ;) (isteri dia pun Inspektor jugak, tapi bertugas di Bukit Aman)

ni la boss aku, Tuan Khai a.k.a Baim Wong yang sengal...

alaaaa... wayang jer tu buat2 bz n muka serius bila aku nak amik gambar dia.. hahaha!

Petang, pas punch card balik cops, tukar baju sukan terus pergi dewan serbaguna kat belakang tu... apalagi.. main badminton la.. perempuan yang main cuma aku dengan kak wani jer... yang lain semua anggota polis yang lelaki... dah sememangnya macam tu... yang biasa turun cuma aku, kak wani ngan yana jer...yang lain2 semua malas nak turun... tapi hari ni yana tak dapat main sebab banyak kerja kat balai... maklumlah, dia bertugas di Balai Putra Height, ambik masa skit kalau nak datang IPD... Kak Wani pulak, kalau main sampai pukul 6:05pm jer sebab dia kena balik awal ambik anak2 dia kat taska... so hari ni, bila kak wani balik, aku dah tak ada geng la.. nak tak nak aku terpaksa main badminton dengan Tuan Khai a.k.a Baim Wong yang sengal tu.... dah le asyik nak gelak jer... tapi ok la... sebab dia takda la terror mana pun main badminton ni... hahahaha! kira balance la...

Balik jer, mandi, solat.. siap2 ajak my asben kuar pergi makan kat restoren depan kawasan rumah aku... Senang, Cepat dan Pantas... tak perlu mengotorkan dapur aku... hahahaah! Chow!

Al-Fatihah : Adam Nufail

By Dalia Hassan at Rabu, Oktober 05, 2011 0 comments
Assalamualaikum wbt...

إِنَّا لِلّهِ وَإِنَّـا إِلَيْهِ رَاجِعون... Kepada-Nya kita datang, kepada-Nya juga kita kembali... Baru 2-3 hari lepas aku buat entry pasal adik Adam Nufail, hari ini lebih kurang jam 4:39pm aku terima sms dari Maznah yang memberitahu tentang pemergian adik Adam Nufail ke rahmatullah lebih kurang jam 4ptg tadi...

Tiada lagi penderitaan yang perlu ditanggung oleh arwah. Semuanya perancangan dari Allah, kerana Allah lebih mengetahui apa yang terbaik untuk setiap hambaNya. Buat sahabatku, Maznah Amir dan seluruh ahli keluarga, salam takziah. Semoga tabah dalam menerima setiap dugaan dari-Nya.

Al-Fatihah...


Alia : Tak tau berapa banyak air mata aku mengalir bila tengok penderitaan arwah semasa hayatnya... walaupun tidak bertentang mata dan hanya melalui gambar2, hati aku cepat tersentuh... kuat sungguh Maznah, ibu Adam untuk menanggung semua ni. Kalaulah aku yang diberi ujian macam ni, entahlah. Memang aku tak kuat sebagaimana Maznah kuat untuk bersama2 arwah berjuang untuk hidup.

04 Oktober 2011

Hari Ini : 4 Oktober 2011

By Dalia Hassan at Selasa, Oktober 04, 2011 0 comments
Assalamualaikum semua...

Takder cerita sangat hari ni.. Ditambah plak dengan kemalasan aku yang semakin menjadi2 untuk menulis.. Baca jer la apa yang ada k.. Ngeh3!


petang, pas abis keje, sempat gak la aku main badminton kat dewan IPD... tak terror mana pun, saje jer nak melepaskan gian dan mengeluarkan peluh... baru sejam main, dah pancit.. pastu gossiping ngan yana kat tepi tu sambil tengok geng2 yang lain main badminton... ;)

pagi pas punch card, masuk tandas jap... sempat la amik gambar nak menayangkan pipi aku yang gebu ni ngan jerawat aku yang semakin penuh kat pipi tu... camana ek nak bagi kurangkan skit gebu tu ngan hilangkan jerawat tu terus? huhu!
Aku tak bleh tahan nak gelak ngan mamat pizza ni... tak salah pakai kain pelikat, tapi tengok tempat dan keadaan.. hahaha... tapi mamat ni memang best, selamba...

Alia : Wah3! hari ni bos2 ku (Tuan Khai a.k.a Baim Wong dan Tuan Naser) terlibat dengan shooting filem lagi.. patutlah nampak macam busy jer tengahari tadi... yer la.. patutla masa lunch tadi, aku rasa cam pelik.. BW dan Tuan Naser naik satu kereta, termasuk samsun sekali.. masa Tuan Naser join kat meja kitorang tadi, aku ada dengar dia berborak dengan Samsun pasal watak dalam filem tu... tapi aku tak terfikir plak yang dia pun ada berlakon dalam filem tu... sampailah dalam lebih kurang pukul 3 lebih, Tuan Naser komen kat facebook aku... dia kata Angah kim salam. pastu dia tny bleh x bg angah nama facebook aku... masa tu mati2 la aku ingatkan Tuan Naser cakap dengan Yana... rupanya dengan aku.. yer arrr.. ingatkan Angah bebudak anggota trafik... rupanya Angah rajalawak..


Makin tak sabar aku nak tunggu filem TaiKun ni keluar kat pawagam... tapi sebelum tu 23 febuari tahun depan tayangan perdana Adnan Sempit 2,yang tu pun wajib tengok.. Geng2 trafik ada juga berlakon termasuk Tuan Khai a.k.a Baim Wong... tu yang tak sabar tu... hahahahahaha! (walaupun dialog cuma sepatah dua)

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

02 Oktober 2011

Adam Nufail : Kuatkanlah semangatnya

By Dalia Hassan at Ahad, Oktober 02, 2011 0 comments
Sedih, sayu, hiba bercampur baur bila melihat gambar2 Adam yang semakin kritikal. Air mata mengalir tak tertahan2.. Adam Nufail, si kecil yang menghidap barah dalam abdomen. . Ya Allah, berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul. Hari ini, ulangtahun kelahiran Adam diraikan dalam suasana sederhana walaupun tarikh sebenar jatuh pada 18 Oktober.

Jumaat lepas, aku sempat sms Maznah bertanyakan tentang keadaan Adam. Menurutnya, Adam semakin kritikal dan ketumbuhannya semakin membesar.. dan Adam telah dibawa pulang kerumah, bersedia untuk sebarang kemungkinan... :'(

semoga Maznah, ibu Adam tabah menghadapi dugaan dariNya

gambar yang telah membuatkan air mata aku tak henti mengalir... :'(

walaupun doktor menjangkakan hayat Adam tak mampu bertahan lama, namun Adam masih kuat untuk duduk..

wajah si kecil yang bersih..

Adam ketika di Hospital Alor Gajah, Melaka.. Patung simpson, kopiah biru dan koleksi cerita Upin & Ipin, adalah 3 benda yang sentiasa menemani si kecil ini...

Kasih seorang ibu...





Sumber : Gambar Facebook Maznah Amir (Ibu Adam Nufail)

Aktiviti Ahad

By Dalia Hassan at Ahad, Oktober 02, 2011 2 comments
Aktiviti Ahad? Sebenarnya hari ni aku takder apa aktiviti pon... makan tido jer la kat rumah.. my asben keje, kat rumah aku pandang muka Ainul, Ainul pandang muka aku... asalnya ingat nak pergi KLCC, tapi bila pikir2 balik, malas lah pulak..... Dari pagi tengok tv sampai malam, sambil2 tu sempat juga la memasak Nasi Beriyani Pak Ngah... Nyum3... banyak gila, tak abis pon lagi dalam periuk tu.. hehehe...

Yang ni kek layer pandan, aku order dari kawan sekolah aku, Hairiyah.. aku punya dua bekas jer, yang lain2 tu semua kawan opis aku punya, esok baru aku bawakkan pergi kerja... kek ni memang sedap.. anak aku, Ainul, memang melekat jer kat peti ais sebab nak makan kek ni... nyum3..

Oleh sebab raya dah abes, apalagi... misi mengira angpau duit raya yang masih berbaki lagi... ermmm.. banyak juga lagi.. aku rasa aku dah bagi cukup banyak dah kat kanak2, tapi masih ada lagi.. rugi ar sapa yang tak salam aku time raya hari tu... hahaha!

Ni la rupanya baki duit raya yang masih berbaki lagi tu... RM1=58keping, RM5=11keping, RM10=9keping... okay! esok kita shopping!

29 September 2011

Tangan Harapan

By Dalia Hassan at Khamis, September 29, 2011 0 comments
Sharing Is Caring

Gambar dibawah ini mula diedarkan pada bulan November tahun lepas. Rasanya gambar ni adalah "The Picture of the Year," atau mungkin, "Picture of Decade." 


 
Gambar tersebut adalah bayi 21 minggu yang masih didalam kandungan bernama Samuel Alexander Armas, yang dikendalikan oleh pakar bedah bernama Joseph Bruner. Bayi itu disahkan dengan spina bifida dan tidak akan hidup jika dikeluarkan dari rahim ibunya. Ibu Samuel , Julie Armas, adalah jururawat obstetrik di Atlanta. Dia tahu prosedur pembedahan yang luar biasa dilakukan Dr Bruner. Amalan di Vanderbilt University Medical Center di Nashville, dia melakukan pembedahan khas semasa bayi masih di dalam rahim. 


Semasa prosedur, doktor membuang rahim melalui seksyen C-dan membuat insisi kecil untuk beroperasi pada bayi. Ketika Dr Bruner selesai pembedahan pada Samuel, jari jemari comel bayi itu menggenggam jari pakar bedah, seakan menaruh harapan yang tinggi terhadap pembedahan itu. Dr Bruner telah dilaporkan sebagai berkata bahawa apabila jarinya digenggam si bayi, ia merupakan masa yang paling emosi dalam kehidupannya, dan ianya kaku kerana terpaku dengan keadaan itu.


 "Tangan kecil bayi 21 minggu Samuel Alexander Armas muncul dari rahim ibu seolah-olah mengucapkan terima kasih kepada doktor kerana menghadiahkan kehidupan.


Dan pembedahan itu 100% berjaya....



Alia : Hadoi... susah jugak nak menterjemahkan ayat2 tu... kalau korang tak faham, buat2 faham dah la yer.. hihihihi!

My Incoming Holiday

By Dalia Hassan at Khamis, September 29, 2011 0 comments
Yeayyyyy! Confirm! My incoming holiday......

Pulau Krabi, Thailand : 15, 16 & 17 Januari 2012... Aku cuma pergi bertiga jer ngan Kak Wani dan Kak Maz... Asben dan anak masing2 tinggal.. bujang sekejap... tak sabar rasanya nak tunggu waktu tu... merehatkan minda, lupakan kerja... best2...

Limastiga Homestay, Melaka : 25&26 Oktober 2011... yang ni pakej termasuk asben dan anak2.. kami akan pergi dua family, aku dan kak wani... cantik dan best! hehehe...



PayPal

 

The Kakya Joyah Template by Ipietoon Blogger Template | Gadget Review