Sahabat

Halaman

01 Disember 2020

Chapter 12 : Disember 2020 ~ Page 336 Of 366

By Dalia Hassan at Selasa, Disember 01, 2020 0 comments

 Assalamualaikum wbt


Selasa : 01/12/2020

PKP / MCO : Hari Ke-259


Chapter terakhir dalam The Chapter. Sekejap jer masa berlalu... Pejam celik pejam pejam celik pejam pejam pejam lagi dan celik (banyak pejam sebab masa PKP banyak tido sebab tak kerja) tahun 2020 iaitu tahun yang bertahun-tahun aku tunggu sejak zaman sekolah lagi, dah nak melabuhkan tirai dalam sebulan lagi. Sejarah untuk tahun ni... sebab semua yang aku fikirkan dulu tentang Wawasan 2020, jauh dari realiti sebenar. Ditambah pula dengan pandemik... memang tak terfikir dek akal sebelum ni.

Aku walaupun bekerja dengan sektor kerajaan, tetap merasa tempiasnya. Kekadang terfikir, apalah nasib kawan-kawan yang aku kenal dulu yang meniaga di pasar malam... pendapatan tak menentu ditambah pula dengan pandemik ni.. Syukur sangat dengan adanya kerajaan sekarang ni. Banyak membantu rakyat.

Aku pun cuba untuk mencari sumber pendapatan tambahan.. ye la.. gaji takder la besar sangat.. tapi impian aku besar. Nak tak nak kena la aku pun besarkan usaha aku dan cari peluang lain untuk tambah pendapatan.

Kek Tapak Kuda... yang ni memang ramai yang cari cuma buat masa ni aku cuma berjual di Shopee jer.. tak berani nak open order sebab mixer aku masih gunakan mixer kecil, yang tak boleh nak digunakan kerap.. takut rosak.. aku tunggu mixer kutu aku dapat, baru aku berani nak open order pada kawan-kawan atau jual pada jiran-jiran.

Sambal ikan bilis...

Ni untuk anak-anak makan...

Siap dibungkus untuk diposkan kepada customer Shopee aku..

Dalam beg biru pun ada lagi...

Beli jer untuk anak-anak.. ada kakak tu jual nasi bajet area rumah.. RM3.50 jer sebungkus. Dan disebabkan kesibukan aku buat kek, memang tak sempat nak masak untuk anak-anak.

Nasi Ambeng aku beli kat Petronas untuk aku, Anak2 aku tak makan nasi ni..

Tadi masa berhenti kat trafik light depan Star Avenue, ada budak-budak remaja jual Mangga Asam Boi ni... aku beli la satu... tapi bukan aku yang makan, anak-anak aku yang dok perabihkan.
Menyesal pulak beli satu jer...

Malam order roti canai guna foodpanda. Anak-anak request nak makan roti canai, mama layan jer sebab mama pun dah lama tak makan... tapi mama punya mama order roti bom.

Lain kali jer la mama diet.


30 November 2020

Chapter 11 : November 2020 ~ Page 335 Of 366

By Dalia Hassan at Isnin, November 30, 2020 0 comments

 Assalamualaikum wbt


Isnin : 30/11/2020

PKP / MCO : Hari Ke-258


Pagi ni nak gerak balik Subang dah... Kali ni anak-anak ikut aku balik, alang-alang sekolah pun dah online jer sekarang ni...


Buat nasi goreng dengan telur mata untuk sarapan. Bagi anak2 makan kenyang dulu supaya dia tak minta makan masa dalam perjalanan nanti. Jimat duit mama. haha

Sebelum balik, kemas-kemaskan dulu kebun bayam brazil aku ni dulu... 

on the way balik, Ainul ada kelas online, buat dalam kereta jer la.. kalau aku yang ngadap kelas tu dalam kereta, confirm rasa bergegar kepala ni. Biasa la... faktor usia kannnnn...

Dari Kota Tinggi, singgah Ayer Hitam jap... kebetulan Putu Bambu Juriah dah buka, so singgahlah sekali.. tapau dua bekas untuk makan dalam kereta.

Kat Putu Bambu Juriah tu ada jual macam2 makanan.. Pelbagai jenis kek pun ada, tapi aku lebih tertarik dengan tapai ubi. favourite aku ni!

Putu Bambu Juriah yang memang terkenal kerana keenakannya di daerah ini... Anak-anak aku pun banyak makan...

Lepas pergi beli putu bambu, singgah Arena Warna Ayer Hitam pulak untuk carikan bantal kartun untuk Arissa. Dari hari tu dia minta... tapi mata aku lebih tertumpu pada kedai yang jual buah-buahan dan kerepek... memang menarik.. terliur dibuatnya.

Kat situ la kedai yang jual pelbagai jenis bantal tu... memang banyak pilihan.. murah-murah pulak tu...

Dari Ayer Hitam, aku terus masuk tol dan menghala ke Subang. Sampai kawasan Dengkil, tetiba jem tak bergerak. Aku ingatkan polis buat sekatan jalanraya.. rupanya ada eksiden kat depan sana.

Sampai area rumah aku, singgah Pasaraya Super Seven jap untuk beli barang dapur... 

Kuih ni aku beli kat Ayer Hitam tadi. Sampai rumah tengok-tengok tinggal dua ketul jer.. rasanya aku makan sikit jer tadi.. ni anak2 aku la ni yang makan.  

Malam aku tanya diorang, nak makan nasi ke? mama nak order guna foodpanda jer... dorang kata dah kenyang, tak nak makan nasi. So mama goreng keropok lekor jer la yang mama beli kat kedai runcit area rumah tadi.

Alhamdulillah sedap dan licin.


29 November 2020

Chapter 11 : November 2020 ~ Page 334 Of 366

By Dalia Hassan at Ahad, November 29, 2020 0 comments

Assalamualaikum wbt


Ahad : 29/11/2020

PKP / MCO : Hari Ke-257


Nikmat betul duduk kat kampung ni... Aman dan permai... tak sabar nak dapat tukar walaupun penantian tu dah lebih tiga tahun... Sabar dan terus bersabar walaupun kadang-kadang aku ni dah macam orang mental dah bila tinggal berjauhan dengan suami dan anak-anak.

Pagi ni aku masak sambal tumis untuk dicicah dengan jemput-jemput kosong. Lama dah aku teringin nak makan tapi baru hari ni aku buat. Mood ada dengan keluarga ni memang lain sikit... Kalau aku kat Subang, nak masak apa2 memang berfikir panjang la sebab aku makan sorang... nanti mesti tak habis dan akan simpan dalam peti ais berbulan-bulan sebelum pengakhiran ke tong sampah.

Jemput-jemput kosong...

Tengahari aku tak masak. Aku tumpang makan kat rumah jiran jer sebab jiran masak banyak. Gambar pun aku tak ambik sebab pergi rumah jiran tak bawak phone.

rumah jiran = rumah mentua 

Petang teringin nak makan steamboat tepi sungai. Lama betul aku tak makan.. kuah steamboat dia memang sedap, dia guna kuah sambal kacang yang dah di adjust kesesuaian untuk dimakan dengan steamboat.

Malangnya, pakcik tu tak meniaga pulak hari ni. So asben bawak pergi steamboat lain pulak tak jauh dari Kipmart Kota Tinggi..

Sebelah lori orang jual steamboat tu ada lori jual keropok lekor... tapau juga laaaa...

Steamboat yang beli tadi.. bolehlah... walaupun tak sesedap pakcik tepi sungai tu, tapi licin jugalah kami makan.

keropok lekor yang beli kat lori tadi

keropok lekor cheese

patutlah sedap keropok lekor ni.. memang dah viral rupanyaaaa....


28 November 2020

Chapter 11 : November 2020 ~ Page 333 Of 366

By Dalia Hassan at Sabtu, November 28, 2020 1 comments

 Assalamualaikum wbt


Sabtu : 28/11/2020

PKP / MCO : Hari Ke-256


Masak nasi goreng anakku untuk sarapan pagi hari ni...

ewah ewah... sedap duduk atas laptop mama...

Apo??????

Dua ekor ni memang adik beradik yang rapat... Shitam dengan oyen.. dua2 ni asalnya dari ipd tempat aku kerja.. lahir pun kat ipd... disebabkan ada orang nak buang dia, aku pun tak sampai hati... tu yang aku bela tu... pastu hantar balik kampung...

Lauk tengahari aku.. tomyam kampung jer tapi selera betul aku dan laki aku makan. Anak aku Arissa siap tambah 3 kali nasi.. memang kena sangat dengan tekak sebab ada masam2 gituw...

Yummyyyy.. dalam gambar nampak biasa2 jer.. realitinya sangat luar biasa
(siapa lagi nak puji kalau bukan diri sendiri kan???) 
haha

Lepas makan, tetiba adik ipar aku panggil makan. Rupanya dia buat makan2 sikit sempena asben dia dapat kerja dengan kerajaan negeri. 

Balik dari makan2 rumah mertua, tengok sedap si kembang ni tidur atas beg laptop aku.
Tapi atas laptop, ni beg pulak jadi mangsa.

Kacaque... Kacaque...
Nasib baiklah mama ni sayang kat kacak.
Tu mama biarkan jer...

~~~~~~~~


27 November 2020

Chapter 11 : November 2020 ~ Page 332 Of 366

By Dalia Hassan at Jumaat, November 27, 2020 0 comments

Assalamualaikum wbt


Jumaat : 27/11/2020

PKP / MCO : Hari Ke-255


Sarapan beli kat warung dalam kampung

Aku nak menanam pokok bayam brazil kat tepi rumah aku... aku ambil anak pokok kat rumah mak aku semalam untuk tanam sebelah rumah aku ni.. So aku minta asben aku buatkan batas, untuk aku pacakkan pokok bayam tu kat situ.. Pak mentua aku tengok asben aku macam tak pernah buat keje kampung (memang tak pernah pun), terus pak mentua aku ambik alih tugas asben aku....

Acah-acah je ni... untuk bergambar.. hahaha

Siap! cuma nak buat penghadang je kat tepi2 tu...

Betik yang beli kat econsave semalam..
manisssss sama macam akuuuu..

Penat berkebun tadi... pastu tumpang makan rumah mentua aku sebab aku tak masak... 
ngeeeeeee!

Drop-off barang jap kat City-Link Taman Daiman Kota Tinggi

Pergi keluar duit kat Maybank, pastu ternampak kedai saka yang baru je buat opening hari ni... apalagi.. dah nama pun saka.. berhantu... singgah la apalagi... bagai ditarik-tarik...

beratur agak panjang juga laaaa...


Kemas dan tersusun..

Balik singgah beli pelam asam kat tepi sungai

Malam masak megi... request dari asben aku..
Alhamdulillah... senang keje aku hari ni...

hahaha!




PayPal

 

The Kakya Joyah Template by Ipietoon Blogger Template | Gadget Review