Sahabat

Halaman

17 Januari 2020

Wang Tak Dituntut ( WTD ) - e-Gumis

By Dalia Hassan at Jumaat, Januari 17, 2020 0 comments
Assalamualaikum wbt

Bagi korang semua yang masih belum mencuba nasib untuk menyemak kalau2 ada rezeki anda dalam WTD, bolehlah semak di website eGumis...

Tapi sebelum tu, korang kena daftar dulu kat sini.. sila klik


APA ITU WANG TAK DITUNTUT?

Kredit : Sini
WTD adalah wang yang sepatutnya dibayar kepada pemilik akaun dalam satu tempoh masa tidak kurang setahun. Ianya boleh datang hasil daripada gaji, komisen, upah atau bonus daripada majikan kepada kakitangannya.
Selain itu, WTD boleh juga boleh jadi wang dalam kredit sesuatu akaun yang tidak lagi dikendalikan oleh pemilik dengan apa cara sekalipun dalam satu tempoh masa tidak kurang dari tujuh (7) tahun. Ianya sama ada akaun simpanan, akaun semasa atau akaun simpanan tetap.
WTD juga boleh datang hasil daripada wang dalam kredit sesuatu akaun dagangan yang telah tidak dikendalikan melalui apa-apa urusniaga dalam satu tempoh masa tidak kurang dari dua (2) tahun. Contohnya akaun pemiutang dagangan atau akaun penghutang dagangan berbaki kredit.
 WTD tertakluk di bawah Seksyen 13 (1), Akta WTD 1965 iaitu:
  • Apabila Pendaftar WTD berpuas hati bahawa pemohon adalah pemilik yang sah, Pendaftar akan membayar kepada pemohon WTD dari Akaun Amanah Disatukan atau Akaun Hasil Disatukan.
  • Pemohon perlu menyakinkan Pendaftar WTD bahawa beliau adalah pemilik sah atau mempunyai hak di sisi undang-undang ke atas WTD tersebut.
  • Tiada tempoh masa yang dihadkan bagi permohonan tuntutan WTD.
  • Pendaftar WTD telah menetapkan garis panduan permohonan tuntutan WTD dengan menyenaraikan dokumen yang perlu dikemukakan semasa membuat tuntutan.

Bila di semak, tak sangka aku pun ada WTD.. Alhamdulillah.. lepas la buat tambahan untuk aku renew roadtax kereta bulan depan...

Memandangkan aku pun ada patratus lebih dalam WTD, so macamana aku nak tuntut duit ni?

Bersambung.....

Chapter 1 : January 2020 ~ Page 17 Of 366

By Dalia Hassan at Jumaat, Januari 17, 2020 0 comments
Assalamualaikum wbt...

Jumaat.

Kejap je aku rasa dah Jumaat. Bila fikir2 semula... Oh! Aku MC tiga hari, dua hari je aku kerja minggu ni.. patut laaaa.. haha!

Belakang aku masih sakit walaupun dah banyak kurangnya... Aku pun masih takut2 nak angkat atau buat kerja2 yang berat. Takut nanti makin sakit...

Pagi sebelum masuk opis, aku singgah jap beli Nasi Lemak Warisan Opah kat Taipan. Sedap nasi lemak opah ni.. RM1 je sebungkus. Wangi je sebab dia bungkus dengan daun pisang.

Sampai opis, aku makan nasi lemak dengan cendawan enoki crispy.. peh.. krup krap krup krap masuk mulut. Memang best.

Tengahari waktu rehat agak lama.. so aku ambik kesempatan untuk berurut. Aku beli voucher kat Fave, so dapatlah murah sikit.


Lepas urut, aku rasa lega sangat. Esok ada sekali lagi aku urut kat sini. Harap2 segala angin yang melekat dalam badan aku ni keluarlah. Jangan menetap kat dalam tu. Sakit πŸ˜…

Malam aku gigih tengok yutiup cara nak pasang tali ukulele. Last2 tak siap jugak.
Haha
Takper la. Ada masa nanti aku buat. Kalau pasang tali gitar aku tau la.. (padahal lebih kurang jerπŸ€­πŸ˜‚)


Ok
Daaaaaaaaaaaaa


16 Januari 2020

Chapter 1 : January 2020 ~ Page 16 Of 366

By Dalia Hassan at Khamis, Januari 16, 2020 0 comments
Assalamualaikum wbt

Hari ni aku kerja setelah 3 hari aku MC + Sabtu dan Ahad. Alhamdulillah.. kurang jugalah sakit tu.. sikit. Takperlah asalkan aku boleh berjalan dan lakukan pergerakan tanpa menyusahkan orang lain, itupun dah cukup baik.

So pagi2 lagi, on the way ke office, aku dapat notification dari TNG ewallet yang diorang dah tambahkan RM30 ke akaun ewallet aku. Alhamdulillah... Walaupun BRIM/BSAH dengan bantuan persekolahan anak RM100 aku tak dapat, sekurang2 nya merasa jugalah aku RM30 ni... Bolehlah asalkan ada. Lagipun aku memang selalu guna TNG ewallet ni.. so dapatla tambah2 lagi baki dalam akaun tu.


Pagi aku pawww bekalan Kpl Adam... asalnya masa aku tuang minyak pagi tadi, sempat la aku beli roti jagung kat stesen minyak tu.. sampai ops, aku masak air n bancuh Min Kaffe... Oh. Bihun tu bukan aku makan sorang ya.. aku share dengan kak sariha. Kpl Adam pergi keluar beli sarapan lain. haha!
Dalam tengahari... aku keluar settlekan dua benda... Tinted kereta dengan urut. Tapi hari ni aku nak cerita pasal tinted kereta je.. Esok baru aku akan cerita pasal mengurut sebab esok dan lusa aku akan mengurut kat tempat yang sama.

Tinted kereta ni aku buat kat Cool Master USJ dengan menggunakan voucher pembelian yang aku beli dekat aplikasi FAVE. 

Cuma RM 178 je gais. 

Dengan RM178 tu, ni yang dapat gais.. sekali dengan warranty 7 tahun.. aku rasa ni la pembelian awal tahun aku yang paling aku puas hati. Berbaloi-baloi.



Surat warranty 7 tahun

Lepas ni nak kilatkan lampu depan tu pulak.... buruk pulak tengok bila dah kelabu  macam tu...

Balik opis aku makan Nasi Arab Syawin Jiddan pulak. Lama dah tak makan nasi arab dia.. ni kebetulan dia ada balik subang, aku order terus kat dia. Kalau dia dah bali Penang nanti, terindu-rindu pulak. Oh ya. Dia meniaga kat Bukit Jambul.. nanti aku update kemudian kut2 ada sesiapa yang teringin nak merasa Nasi Arab Syawin Jiddan ni...
Sampai dah barang yang aku beli kat Shopee.. Tali Ukulele dan lain2.. Asalnya nak beli tali ukulele je sebab ukulele aku tu dah bertahun terputus talinya... last2 belia jugak sampingan yang lain untuk gitar aku...


Ok. Tu je kisah untuk hari ini...
Daaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa!

15 Januari 2020

Chapter 1 : January 2020 ~ Page 15 Of 366

By Dalia Hassan at Rabu, Januari 15, 2020 0 comments
Assalamualaikum wbt

Hari ni dok rumah jer sambil catch up drama Kampung People. Terbahak aku gelak sorang-sorang sampai lupa yang aku ni tengah sakit. Tapi tu la... syukur sebab hari ni aku dah rasa kurang sikit sakitnya walaupun kadang-kadang terasa juga bisa tu menyucuk-nyucuk belakang.

Nak masak, macam takder barang sangat kat rumah. So aku pun keluar la kejap pergi Super Seven cari susu kurma Farm Fresh... Alang-alang dah ada kat seberang jalan sana, aku singgah la beli Nasi Kandar Melayu Utara. Nasi kandar ni memang kena la dengan tekak dan selera aku... sebelum ni aku pernah makan nasi kandar yang viral kat Penang, tapi mungkin tak kena dengan tekak aku, memang aku tak boleh nak abiskan walaupun aku tengok kawan2 aku yang lain makan sampai licin pinggan. Tapi tu la... tekak lain-lain. Citarasa pun tak sama.

Ni kedai nasi kandarnya... kat sebelah masjid area depan Star Avenue.

Ayam rempah, telur sotong, peria crispy, bendi cuma RM11.50 jer. Memang puas hati.. sedap sangat.
Masa pergi Super Seven tadi aku ada beli pisang masak. Ingatkan malam2 sikit nak buat cekodok pisang... sampai masa nak buat, tengok rupanya tepung takder. Aduhai. Punah harapan...

Last2 aku order Satay Adam je guna Food Panda.  Alhamdulillah... Kenyang walau dia tak masukkan nasi himpit yang aku tambah dalam order.

10 batang orang sakit tu makan sorang2 πŸ˜‚πŸ€­

Takper2...
Minggu depan aku start diet.

14 Januari 2020

Chapter 1 : January 2020 ~ Page 14 Of 366

By Dalia Hassan at Selasa, Januari 14, 2020 0 comments
Assalamualaikum wbt

Hari ni pagi-pagi lagi aku dah bersiap untuk ke Hospital Sungai Buloh. Dengan pergerakan yang agak perlahan, 8.30 pagi jugalah baru aku dapat gerak dari rumah.. Sampai kat Kecemasan dan Trauma, aku turun dulu untuk tanya kat staff sana, betul ker tempat yang aku nak tuju, sambil tunjukkan surat rujukan doktor yang aku dapat dari Poliklinik Dinar tu. Bila dah confirm, baru aku pergi cari parking.  Tapi tu la.. hospital kan... memang sentiasa penuh dengan parking... berapa kali juga la aku berpusing2.. last2 aku park je kat tepi jalan... redha jer la kalau kena saman pun...

Kat sini la aku park. Nasib baik tak kena saman... kalau tak melayang duit.. ngeeee!

Bilik Trauma... aku jumpa doktor kat bilik ni la...

Dapat MC lagi 2 hari. Bolehla aku rehat kat rumah.. kalau tak jalan kejap je aku dah sakit belakang.. hehe

Lepas jumpa doktor, doktor bagi aku tambahan MC lagi dua hari... oklah. cukuplah tu.. cuma kalau lepas seminggu masih sakit lagi, doktor suruh aku datang lagi untuk scan. Erm. Malas betul aku. Harap2 dalam tempoh seminggu ni, belakang aku tak sakit dah.

InshaaAllah...
Aminnnnnnnn...


13 Januari 2020

Chapter 1 : January 2020 ~ Page 13 Of 366

By Dalia Hassan at Isnin, Januari 13, 2020 0 comments

Assalamualaikum wbt

Hari ni aku tak larat sangat sampai susah nak bangun. Belakang aku makin sakit. Asalnya aku ingat aku nak drive sendiri pergi ke klinik, tapi aku rasa macam tak confident. Kebetulan hari ni abah aku datang KL, check up kat IJN. Adik aku yang Azhar tu yang bawa abah dari Segamat ke KL, dan kakak aku yang Kak Ani tu pun ada sekali. Abg Ijat pulak baru sampai dari Miri malam tadi. So lepas diorang hantar abah aku kat IJN, aku mintak Azhar ambik aku kat rumah untuk bawa pergi hospital.

Mula2 dia hantar aku ke Ara Damansara Medical Centre... Hospital paling dekat dengan rumah. Tapi aku diberitahu yang katil takder kosong, sebab ramai pesakit yang terkena virus influenza. Aku diminta untuk tunggu sampai ada katil kosong. Bila ditanya agak2 berapa lama, dia kata mungkin malam. Bila dah macam tu, hati aku berbelah bahagi. Adik aku nak balik Pasir Gudang lepas settlekan aku, sebab esok dia kerja. Takkan la dia nak tunggu sampai malam. Lagipun yang paling penting, aku risaukan si bulus dua ekor kat rumah tu, camana pulak kalau aku warded. Camana dia nak makan nanti.

Akhirnya aku minta adik aku hantar aku pergi Poliklinik Dinar kat Subang Perdana jer. Kalau tak ok baru aku akan pergi ke hospital untuk rawatan susulan.

Sementara tunggu giliran...

standby untuk X-Ray
Selesai urusan kat Poliklinik Dinar, Azhar hantar aku balik rumah. Memang aku taknak menyusahkan dia sangat sebab aku tau dia penat.. Malam semalam sampai KL dari Johor, hari ni dah nak kena balik Johor semula. Memang dapat surat untuk rujuk pada pakar orthopedik, tapi aku rasa macam malas nak pergi hari ni. Kalau rajin aku akan pergi esok.

Dapat MC sehari.. cukuplah sementara aku pergi cek kat hospital. Klu aku tak larat, aku ambik emergency leave je nanti

Lepas makan tengahari dan telan ubat tahan sakit, aku rasa macam ada kurang sikit sakit tu. So, perlahan-lahan aku drive untuk ke opis, hantar si bulus dua ekor tu.

Sampai opis, aku berfikir-fikir macamana nak turun sebab agak seksa jugalah untuk aku turun kereta. Last2 aku mintak tolong Din, Mail dengan Jai untuk bawak kucing tu turun. Aku janji dengan si bulus tu, kalau aku dah sihat aku akan bawak dia balik semula ke rumah. Sekarang ni kalau aku biarkan dia kat rumah, confirm tak terurus. Sian diorang...

Aku terlupa yang aku ada order kek cheese leleh kat Sarjan Rohaida. Alang2 aku dah datang, aku minta dia hantar kek tu kat kereta. Bolehla aku pass terus MC aku kat dia...

12 Januari 2020

Chapter 1 : January 2020 ~ Page 12 Of 366

By Dalia Hassan at Ahad, Januari 12, 2020 0 comments
Assalamualaikum wbt

Hari ni aku tak buat apa pun. Nak kemas rumah pun tak larat. Nak bangun pun seksa. Makan aku order lagi guna food panda. Syukur la sekarang ni dah macam2 perkhidmatan ada. Kalau tak, susah jugak bagi aku yang tinggal sorang2 kat rumah ni. Kalau sihat, gagah lagi takpe. Kalau tak sihat tu yang rasa down sangat2.



Menu hari ni Ayam Penyet Tristar. Alhamdulillah la sedap. Cuma kurang pedas je sambal tu.. tapi okla takder masalah pun...

Ni je cerita yang ada untuk mukasurat 12/366... tunggu mukasurat seterusnya k.

Daaaaaaaaaaaaa!

11 Januari 2020

Chapter 1 : January 2020 ~ Page 11 Of 366

By Dalia Hassan at Sabtu, Januari 11, 2020 0 comments

Assalamualaikum wbt

Belakang aku masih sakit. So pagi ni aku lebih banyak rehat dari buat kerja. Alang2 hari cuti, so gunakanlah hari cuti dengan sebaiknya.

Petang sikit, aku teringat yang aku dah janji dengan anak2 kucing tu nak ambik diorang bawak balik rumah. Kesian yang sekor tu, kaki macam patah. So lepas asar aku keluar rumah untuk ke IPD...

Oleh sebab seharian tak makan apa, aku singgah jap tapau nasi kak wok belakang petronas usj tu. Lapar giler. Then aku singgah berek jap jumpa Nisa, ambik cendawan enoki crispy kat dia.. lama jugak kami berborak kat depan pintu lif bawah tu.

Nila si bulus yang aku nak ambik tu. Walaupun sekadar kucing kampung, tapi aku tetap nak jaga dia. Tak sampai hati biarkan lebih2 lagi sekor tu kaki patah

Balik tu sebelum sampai rumah singgah kedai kucing jap beli apa2 yang patut untuk kegunaan diorang.

Ni la kedai haiwan tu. Cats Wonderland kat Subang Bestari

Malam sebelum tidur perut aku berbunyi lagi. Dan inilah hasil tangkapan atas bantuan brother food panda.

Terima kasih bro. 😘😘😘





PayPal

 

The Kakya Joyah Template by Ipietoon Blogger Template | Gadget Review