Sahabat

Halaman

11 Januari 2020

Status Blog #124

By Dalia Hassan at Sabtu, Januari 11, 2020 0 comments
Assalamualaikum wbt

Kadang-kadang aku rasa down giler bila mengenangkan kehidupan aku kat sini sorang-sorang. Suami dan anak-anak semua kat Johor. Lebih dua tahun aku mintak tukar masih tak ada khabar gembira.

Aku akan jadi lebih down bila aku tak sihat. Kadang-kadang aku terbayang, agaknya nanti apa-apa berlaku kat dalam rumah ni, tak siapa yang tau. Entahlah. Macam-macam bermain kat fikiran aku. Cuma aku harap, semuanya baik2 kat sini. Minta dijauhkan segala apa yang buruk tu.

InshaaAllah. Aminnnn

10 Januari 2020

Kek Viral Azlina Ina

By Dalia Hassan at Jumaat, Januari 10, 2020 0 comments
Assalamualaikum wbt

Mesti ramai dah tau dan rasa kek cheese leleh viral Azlina Ina ni kan? Sempena game bowling kat Setia Alam hari ni, balik tu aku melencong jap la merempit ke Meru untuk pergi sendiri ke kedai cikgu ina ini, walaupun pinggang aku dah mula sakit2.

Dari luar kedai

erm ermm ermmmmm... rambang mata nak pilih. Oh ya.. kalau kita beli kat agen RM17, tapi kalau kita beli kat kedai ni RM15 je...







Pelbagai jenis kek lain pun ada...

Time nak balik... nasib baik muat bakul motor.

Hasil tangkapan...


So korang kalau teringin nak merasa Kek Cheese Leleh Azlina Ina ni, bolehla dapatkan kat Ejen Ali  ejen-ejen yang berhampiran dengan anda... Nak buat sendiri pun boleh gais! Dapatkan resepi kek kat fb Azlina Ina. 

Dah buat boleh bagi aku rasa sikit.

#eh!



Chapter 1 : January 2020 ~ Page 10 Of 366

By Dalia Hassan at Jumaat, Januari 10, 2020 0 comments
Assalamualaikum wbt

Jumaat. Aku rasa dah berbulan aku tak join senamrobik IPD SJ yang diadakan setiap pagi Jumaat. Hari ni aku ponteng lagi. Tunggulah bila semuanya dah lega, aku akan join juga macam dulu2, tiap2 minggu tak tinggal.

Bespren aku nama naik untuk senamrobik ni. Pagi2 lagi dah wasap aku pegi ke tak. Masa dia wasap tu, aku masih guling2 lagi, dia dah ada kat IPD standby untuk larian pagi.. Almaklumla tengah peot. Sengaja aku lambat2 bangun mandi.

Aku sampai opis pun ngam2 pukul lapan. Memang tak sempat nak pergi tapau makan. Takpe. Aku ada backup makanan kat opis. Tapi apa-apa aku buat air panas dulu. Buat alas perut.

Dalam pukul 9 lebih, bespren aku tanya dah sarapan ke belum. Aku jawab la jujur, tak makan lagi. Dan2 dia datang hantar makanan yang dia tapau kat opis. Alhamdulillah... Rezeki aku pagi2 ni.

Nasi goreng, ayam sambal, kuih muih, teh o ais. Memang saja nak bagi aku bertambah gemuk bespren aku ni.
Tengahari aku gerak ke Setia City Mall, Klang untuk game bowling PACSU .... Walau belakang aku masih sakit, aku pasrah je la..



Alang-alang dah sampai Klang, balik tu aku melencong ke Meru la.. singgah kedai kek viral Azlina Ina. Tengok2 je?? Mimpi... Rambang mata aku dibuatnya.
 Hoiiii!

Untuk game bowling dan kedai kek viral Azlina Ina tu, nantilah aku buat entry berasingan. Ni aku cerita sikit2 je.

Daaaaaaaaaaaaa!







09 Januari 2020

Chapter 1 : January 2020 ~ Page 9 Of 366

By Dalia Hassan at Khamis, Januari 09, 2020 0 comments


Assalamualaikum wbt

Sebenarnya rasa sakit kat belakang aku masih tak hilang lagi ni.. lenguh sangat2.. tapi aku bertahan je la... Sekali sekala aku sapu la mintak panas.. legalah sikit walau sekejap je..


Tengahari aku ikut seha pegi tapau makan..  saja aku nak try Ayam Geprek kat USJ 1 ni.. ayam dia memang sedap cuma aku tak puas makan sebab sambal dia tak pedas. Tapi secara keseluruhan, oklah. Sesuai dengan harga. Oh. Cuma air sirap dia manis skit.. so aku tambah air masak sikit..
Dalam 2.30 aku pegi training bowling kat Summit. Sebenarnya beberapa cubaan untuk menarik diri dari game esok telah aku lakukan. Tapi tak berjaya, sebab kekurangan peserta. Takperlah.. aku pasrah dan redha.. redah je la masa game nanti walau belakang aku masih sakit...



Lepas training, jalan2 summit jap untuk habiskan masa. Sempat gak aku masuk Romantika. Memang rambang mata dibuatnya...

Lepas pergi summit, aku lari jap pergi Decathlon kat dalam Giant USJ 1.. beli tshirt Kalenji sehelai.. asalnya aku ingat nak tukar baju, tapi malas pulak. 

Nak gerak dari Giant, hujan pulak. Makan la ayam dengan karipap Uncle Jack jap sementara tunggu hujan reda...


Hujan reda je, aku terus ke Taipan. Aku book untuk massage kat Thai Best Taipan dalam pukul 7.30pm. Tu je masa yang paling cepat. Takpela.. aku pun takder la kejar maghrib sebab tengah peot.

Alhamdulillah, kurang sikit rasa sakit kat belakang aku ni. Harap2 aku dapat bertahan dalam game bowling esok.

Aminnnn.


08 Januari 2020

Chapter 1 : January 2020 ~ Page 8 Of 366

By Dalia Hassan at Rabu, Januari 08, 2020 0 comments
Assalamualaikum wbt...

Alhamdulillah sebab ada trial month untuk sebulan bagi tahun ni untuk aku mulakan diet. So selagi belum cukup tempoh sebulan, aku makan je la selagi apa yang ada. #eh.. tapi aku makan sikit2 je tau, bukan abiskan semua... Bak kata orang tua2, sekadar merasa...

Pulut kuning dengan rendang ayam terhebat ni, kopral adam yang bawak. Wife dia masakkan...

Kek ni pun dia yg bawak... Utk sepotong ni untuk aku sorang. Saja aku potong nipis, tak nak makan banyak... (Nipis keeeeeeee?)

Apam balik ni kak sariha yang bagi...
Petang tadi ada roll call tapi aku tak pergi sebab settlekan kerja. Ada bacaan ikrar dadah sekali.. pastu pakcik2 tu balik opis dok cerita ada makan sedap. Ada mee bandung la bla bla bla.. last2 aku terliur dan teringat2 keenakan mee bandung muo. (Pakcik tu poyo je.. padahal takder makan2 pun)

Balik dari opis agak lewat skit. Balik tu aku terus singgah tapau mee bandung muo kat Subest.

Alhamdulillah...
Hilang kempunan..
Haha

07 Januari 2020

Chapter 1 : January 2020 ~ Page 7 Of 366

By Dalia Hassan at Selasa, Januari 07, 2020 2 comments
Assalamualaikum wbt

Aku sehari kalau tak cerita pasal makan memang tak sah.  Takder apa nak cerita aktiviti hari ni sebab sibuk dengan kerja.. hal kerja pula banyak yang tak boleh aku ceritakan kat sini.. so cerita makan je la yang aku ada.

Sarapan pagi aku.. beli kat kantin IPD... Spagethi bolognese..
Sebab pagi aku dah makan bolognese, so tengahari aku tak makan dah sebab kenyang dengan sarapan. Tapi balik kerja tu aku singgah beli nasi ayam kicap yang kebetulan aku terperasan dia jual depan Speedmart.  Ermmm. Aku rasa yang orang ni jual masih tak setanding dengan Nasi Tiga Budak Gemuk. Ayam kicap dia macam terlebih bawang putih, ada bau bawang putih yang kuat. Sambal dia tak pedas, tapi harga sama macam tiga budak gemuk. Takperlah. Aku mungkin tak kena dengan selera aku, tapi mungkin kena dengan selera orang lain. Ye la.. citarasa kita semua berbeza.. kannnn. Hehe


Ni roti aku order dengan Kak Mona. Asalnya aku nak buat sarapan, tapi atas sebab dia hantar lewat ada kes kematian kat tempat dia, so dah petang baru dia hantar. Aku simpan untuk esok je la...

Ok. Tu je cerita yang aku ada untuk simpan kat sini.

DĂ aaaaaaaaaaaaa!

06 Januari 2020

Chapter 1 : January 2020 ~ Page 6 Of 366

By Dalia Hassan at Isnin, Januari 06, 2020 0 comments
Assalamualaikum wbt

Hari ni tak banyak yang aku nak ceritakan sebab hari ni hari pertama aku keje setelah bercuti seminggu.. memang sibuk sangat sampai tak sempat nak keluar beli makan. Tengahari pun aku buat maggie goreng je, tu paling senang buat dan paling senang lapar semula. Huhu

Sian anak kucing ni. Pagi tadi masa aku sampai, dengar dia mengiau2... Rupanya tersekat bawah vending machine depan opis aku. Bila aku keluarkan, sebelah kaki dia macam tempang. Tak tau la patah atau darah beku sebab tersekat lama sangat.

Petang sebelum balik aku beli cendawan enoki crispy salted egg kat nisa. Pastu dia bagi tester perisa hot n spicy cheese. Tapi aku tak sempat makan lagi, mamat ni dah belasah dulu. Tagune punya member. Nasib baik la satu geng... Boleh dimaafkan. Haha!

Inilah cendawan enoki crisy yang Nisa Balai USJ8 jual tu.. memang sedap la... First time aku makan, terus jatuh cinta. Sedappppp sangat...

Tu je yang aku nak cerita untuk hari ni.

Daaaaaaaaaaaaa

05 Januari 2020

Chapter 1 : January 2020 ~ Page 5 Of 366

By Dalia Hassan at Ahad, Januari 05, 2020 0 comments
Assalamualaikum wbt...

Mukasurat 5 ni cerita pendek sikit. Almaklumlah, tak keluar rumah pun. Makan pun order je. Tengahari order ngan Restoran Amani Tomyam.. dia hantar ke rumah. Malam pulak order satey kat foodpanda.

Memang kemalasan tahap paling tinggi hari ni. Cuma sempat jugalah kemas rumah hasil tinggalan anak-anak aku aritu. Sebelum diorang balik kota tinggi memang diorang tak mengemas walaupun mama diorang ni dah macam tarzan dah suruh diorang mengemas. Hasilnya memang bombastik mr.loba loba da bomb la. Naik hangin aku dibuatnya.

Sampah dalam bilik... Paling banyak bawah katil la.. agaknya apa yang diorang buat bila mama suruh kemas rumah. Apa yg dikemasnya?? Pening aku degan anak dara ni...

Ni hasil di ruang tamu pulak. Fengsan terus...


Lapar dan penat punya pasal, malam2 aku order Satay Adam kat Food Panda. Macam biasa la bila Dalia lapar, dia lupa yang dia dok rumah tu sorang2. Abis, siapa yang nak kena abiskan satay banyak2 ni? Nampak gayanya, Dalia juga la yang kena tolong abiskan satay yang dibeli oleh Dalia ni.

Eh. 


PayPal

 

The Kakya Joyah Template by Ipietoon Blogger Template | Gadget Review