Sahabat

Halaman

19 Oktober 2019

Majlis Perkahwinan Anak Saudara : Nana & Ijoy

By Dalia Hassan at Sabtu, Oktober 19, 2019 1 comments

Assalamualaikum wbt..

Anak saudara sulung aku dah selamat mendirikan rumahtangga dengan pasangan pilihannya. Alhamdulillah. Yang paling excited mestilah kakak aku dan suami dia sebab terima menantu pertama. Harap2 dalam setahun lagi dapat cucu pulak. Mudah-mudahan hendaknya.. Nanti Aunty Ya naik pangkat ke NannyYa.

Haha macam janggal jer.

Ni gambar2 sekitar majlis pernikahan dan persandingan Ammynurdiana Rohazit dan suaminya.
























18 Oktober 2019

Kejohanan Badminton Piala Presiden PACSU

By Dalia Hassan at Jumaat, Oktober 18, 2019 0 comments

Assalamualaikum wbt...

Terjoin tanpa sengaja Kejohanan Badminton Piala Presiden Pacsu Malaysia yang dianjurkan oleh IPK Johor.

Sebenarnya bila diorang offer aku main, aku setuju sebab aku ingatkan macam perlawanan persahabatan badminton antara Selangor dengan Johor dua tahun lepas. Sekali bila dah dekat hari game baru tau satu Malaysia ambil bahagian. Pengsan.


Selangor memang tak bersedia dari segi training... Bayangkan kami training sehari je.. itupun tak sampai 2 jam. So.. faham-faham je la.. jangan berani2  tanya kami menang ke kalah. Sebab memang kami kalah. Hahaha



Kalah pun kalah la.. Yang tu kan adat permainan. Yang penting, kita ada masa untuk tenangkan fikiran.. lari dari tugas hakiki. Kah!

14 Oktober 2019

Check Up Abah @ IJN

By Dalia Hassan at Isnin, Oktober 14, 2019 0 comments
Assalamualaikum wbt

Sian abah aku. Semenjak dua menjak ni dia asyik tak sihat jer... Kak Long aku yg dok Segamat jugak tu dah berapa kali ajak abah aku pergi cek kat hospital, tapi abah taknak.

Ada sekali tu abah pitam sorang2 kat kebun. Mak aku punyalah risau. Tapi abah tetap taknak pergi hospital. Dia kata dia semput je, takder apa-apa.

Abg aku balik dari Miri, cuti terus buat appointment dengan IJN Private.. so abah aku tak boleh nak elak dah sebab abg aku dah buat appointment.

No giliran abah

Sebenarnya aku keje time ni. Tapi aku lari jugak la sekejap pergi jengah mak abah aku jap. Lagipun lama dah aku tak balik kampung jumpa diorang.

Mak : " Dalia, ambik kan gambar mak kat sini..."

Aku : "Okay mak!"

Cinta hati dunia akhirat


Bil hospital... Nak buat camana kan, org2 kampung jarang ada insurans. Tanggung sendiri la... Nasib baik abg aku ada. Dia lah yang banyak berkorban dari abah buat bypass surgery kat Hospital Ampang Puteri 10 tahun lepas.

Bila dapat keputusan checkup tu, dapat tau fungsi jantung abah cuma berfungsi 30 - 35% jer sebab ada darah beku kat saluran ke jantung tu. Doktor pun tak kasi abah minum air lebih dari 1 liter sebab jantung abah tak mampu untuk mengepam lebih dari tu. Sian abah. Makin susah hati dia dibuatnya.

Doktor bagi ubat cairkan darah dan ubat2 lain untuk 6 minggu. Nanti 25/11 datang lagi untuk checkup semula. Harap-harap nanti semuanya ok la.

Mohon semua doakan kesihatan abah dan mak saya ya! 😄



12 Oktober 2019

Bulan Sukan Malaysia : Fit Malaysia @ Kompleks Sukan Negara Bukit Jalil

By Dalia Hassan at Sabtu, Oktober 12, 2019 0 comments
Assalamualaikum wbt...

Sebenarnya pagi tadi aku berbelah bahagi sama ada aku nak pergi program Fit Malaysia ni atau tak. Sebabnya aku rasa badan aku macam dah takder tenaga... lemau selemau lemaunya... Apa taknya, pagi semalam (Jumaat) ada Program Gaya Hidup Sihat kat IPD ( memang setiap jumaat ada ) ... Larian dalam 2km lepas tu terus sambung senamrobik sejam. Memang barai la... instructor pulak memang bawak lagu yang laju2... pergerakan memang menangis la. Tapi seronok sebab berpeluh sangat. Sebelah petang pulak aku ada training badminton kat U One Sport Centre kat Klang. Balik dengan selebat2 hujan, sampai rumah memang lencun dibuatnya.

Mungkin sebab hujan tu la, kepala aku jadi tingtong. Malam tu memang aku tak dapat tidur... kepala pening. Hidung tersumbat. Tu yang aku 50-50 sama ada nak teruskan pergi program Bulan Sukan Negara ( BSN ) atau tak. Tapi sayang pulak kalau tak pergi..

So bangun pagi tu ( dapat tidur 2 jam je ), aku ambik keputusan untuk pergi je. Takpe. Abis je program nanti aku terus balik n sambung rehat sepuasnya.

Sampai kat Bukit Jalil, memang peserta dah ramai penuhi perkarangan stadium. Run kali ni memang aku tak banyak bergambar. Mata sibuk menahan ngantuk...






Ni lah antara punca kesesakan kat starting point tu... sempat jugakla aku sound diorang.. tak tau la dengar ke tak.. atau ovari dah pecah... emcee pun berapa kali pesan suruh teruskan larian jangan berhenti, tapi tak gerak gak.
(gambar ni kawan aku yang amik.. dia pun sangkut kat sini...)












Gambar masuk tak ikut turutan pulak. Takpeelah. Esok baru aku edit dan sambung cerita. La ni nak tido... 😂

PayPal

 

The Kakya Joyah Template by Ipietoon Blogger Template | Gadget Review