Sahabat

Halaman

01 Februari 2020

Chapter 2 : February 2020 ~ Page 32 Of 366

By Dalia Hassan at Sabtu, Februari 01, 2020 0 comments
Assalamualaikum wbt

Sabtu : 01/02/2020

Hari ini bermulalah chapter baru dalam diari aku tahun ni. Selamat datang Febuari.. Januari dah selamat jadi bulan percubaan aku untuk kurus.. adakah bulan Febuari ini aku akan mula untuk berdiet.


Hari ni seawal pagi aku buat sandwich tuna-mayo. Konon2 dari pagi sampai ke malam nak makan sandwich je.. diet katanya...

Alamak! Petang aku terasa nak makan Mi Goreng Aceh ni... Layan je la... Sedap 

Hari ni aku dok mengemas stor dan dapur rumah aku. Tapi ruang tamu rumah aku yang bersepah...

Ok. Setel berguni barang2 yang aku tak pakai aku buang. Kebanyakannya barang2 yang dah lama dan tak sesuai untuk diberi kepada orang lain

Paling letih adalah apabila aku terpaksa mengangkut membawa turun guni sampah tu untuk di buang ke tempat pembuangan sampah.

Putus nyawa aku dibuatnya.
Huju

31 Januari 2020

Chapter 1 : January 2020 ~ Page 31 Of 366

By Dalia Hassan at Jumaat, Januari 31, 2020 0 comments
Assalamualaikum wbt

Jumaat : 31/01/2020

Aku rasa dekat tiga bulan aku tak join larian dan senamrobik setiap pagi Jumaat di IPD... Stamina aku pun memang dah lama ke laut sebab lama tak exercise.. So pagi ni aku redah jer la lebih-lebih lagi tang larian tu... Sebab dah terjanji dengan Sue Senget nak lari sama-sama dengan dia pagi ni...

Seawal pagi lagi Sue dah wasap aku, nak pastikan yang aku datang pagi ni.. takut sangat dia aku lipak...hahaha! Sebenarnya niat untuk lipak tu memang dah ada... malas betul nak keluar seawal pagi ni.. guling-guling lagi best...

Grup A : Team yang lari laju ( budak-budak muda yang stamina kuat dan yang baru abis rekrut tu bolehlah join grup ni... lari tanpa henti )

Grup B : Team yang jogging atau dalam erti kata lain, separuh - separuh... Separuh jogging, separuh jalan....

Grup C : Team yang slow - Yang ni boleh dikategorikan sebagai team yang jalan melenggang kangkong atau team yang jalan sepak daun, bersiar-siar sambil menghirup udara pagi yang segar. Selain itu juga, team ni juga yang kebanyakan ahlinya akan mengelat... slow-slow jalan keluar dari ipd dan senyap-senyap seludup masuk ikut pagar belakang... sedar-sedar diorang yang sampai ipd dulu daripada grup A. haha (eh! sorang dua jer yang macam ni, bukan semua)

Aku? Aku sentiasa berada di grup B... Separuh jogging, separuh jalan... tapi biasanya lebih banyak berjalan dari jogging.

Sabar jer la aku dengan diorang ni... tak sampai 500meter pun dari pintu masuk IPD, diorang dah melenggang kangkong... muda-muda belaka pulak tu.. hahaha

My boss (trafik)

Sue Senget


Sambung senamrobik pulak...

Tengahari pergi Warung Nasi Ayam Klasik USJ 1, lapar Nasi Ayam Penyet, ternampak pulak Sagu Gula Melaka ni... beli la sebekas... memang sedap..

Ayam Penyet Klasik

Sebelah petang training badminton pulak...

Pakcik Mizan MPV... tangan dia kuat oooooo.. sekali dia smash, menjunam laju shuttlecock tu... seram.

Balik singgah pasar malam Subang Perdana semata-mata nak beli tauhu bergedil ni... alang-alang, beli tengkuk ayam sekali...


Berakhir sudah Chapter 1 dalam The Chapter ni... Alhamdulillah...
Harap Chapter 2 akan ada kelainan dan lebih baik dari ni, dan membawa lebih banyak kebaikan.



30 Januari 2020

Chapter 1 : January 2020 ~ Page 30 Of 366

By Dalia Hassan at Khamis, Januari 30, 2020 0 comments
Assalamualaikum wbt

Bangun pagi, terus siapkan sandwich ni sebab nak bawak pergi Hospital Serdang. Bolehlah kami makan sementara tunggu abah perti jumpa doktor.

Singgah kedai motor kejap ketatkan rantai motor

Mak dan abah aku. Tepi tu Kak Ani a.k.a Mak Jemah.. 



Syurga aku. Buah hati aku. Kekasih hati dunia akhirat.

Petang training badminton lagi

Ayam Penyet @ Restoren Nasi Ayam Kukus Subang 2.. Aku suka sambal dia, pedas. Puas hati.

29 Januari 2020

Chapter 1 : January 2020 ~ Page 29 Of 366

By Dalia Hassan at Rabu, Januari 29, 2020 0 comments
Assalamualaikum wbt

Asalnya hari ni aku nak pergi servis motor dan tukar bateri motor aku kat Modenas Subang... Tapi malangnya, diorang takder stok bateri motor aku tu. Takperlah. Nanti aku buat kat bengkel motor biasa jer...

Dari pagi hujan... Perut lapar.. lepas call Modenas tadi, memang rasa nak guna food panda jer untuk beli makan. Tapi tiba2 teringat dekat Nasi Kandar Melayu Utara kat seberang jalan sana. Diorang takder guna khidmat food panda.. nak guna rider bungkusit, macam mahal sikit. So aku keluar la juga, lagipun aku boleh singgah Super Seven untuk beli barang sikit.

Dalam jam 3.30pm aku gerak pergi dewan badminton Ener-Z untuk training bagi game Piala KPD SJ nanti

Lepas abis training, hujan masih tak reda.. so aku ambik kereta dan balik dengan kereta. Macam biasa la.. jem tak hengat...

Malam aku keluar dengan Sue pergi layan bubur kat Restoren Night Circle Seksyen 11 Shah Alam. Ingatkan ada busking .. rupanya takder.

Balik dari makan bubur, terus aku siapkan barang2 untuk buat sandwich pagi esok





28 Januari 2020

Chapter 1 : January 2020 ~ Page 28 Of 366

By Dalia Hassan at Selasa, Januari 28, 2020 0 comments
Assalamualaikum wbt

Hari ni anak2 dah start sekolah, aku pun hari ni akan balik ke Subang.. Setiap kali nak balik Subang mesti berat hati... tapi nak buat camana, terpaksa jugalah. Sebenarnya esok kalau ikutkan aku masih cuti, tapi aku nak pergi hantar motor aku kat Modenas untuk di servis dan tukar bateri.

Pagi aku masak Aglio Olio untuk sarapan. Tapi gambar ni nampak macam hambar la, tak cantik. Tapi rasa boleh tahan sedap.

Kekonon nak kilatkan lampu kereta ni. Tapi harapn musnah sebab tersalah beli bahan.

Giler ke?

Bye Kota Tinggi. Semoga berjumpa lagi.

Hiway

Balik singgah jap tapau makan. Ayam Penyet la apalagi...

27 Januari 2020

Chapter 1 : January 2020 ~ Page 27 Of 366

By Dalia Hassan at Isnin, Januari 27, 2020 0 comments
Assalamualaikum wbt

Aku lapar sandwich... so pagi ni aku buatlah  Mayo Tuna-Egg Sandwich...  aku hantar rumah mak mertua aku sepinggan.. untuk anak-aku, aku tak letak sayur sebab kalau aku letak sayur confirm diorang tak makan.

Ikan siakap yang aku beli kat Pasar Kipmall tu aku masak tiga2 ekor tu.. aku buat masak stim lemon.. asam boi tu yang menambahkan lagi kesedapan ikan tu.. sekor aku hantar rumah sebelah ( rumah mertua aku la )

Sotong tu aku buat masak sambal...

Dah makan banyak, aku minum air detox dengan harapan esok kurus.

Kurus? Mimpi la... nak pergi Pizza Hut jap.. Nak gunakan voucher yang dapat ni.

Sebelum pergi pizza, singgah D.I.Y dulu... ni pun satu ni... kedai yang bela saka... 

Dengan voucher tadi, dapatlah satu pizza besar dan dua pizza saiz medium... lepastu kitorang lepak kat tepi Sungai Kota Tinggi sambil menikmati pizza.

Sebenarnya hari ni besday asben aku yang ke 38. Semoga diberikan kesihatan yang baik dan dilimpahkan rezeki yang tak putus. Juga semoga ikatan jodoh kita kekal selamanya..

InshaaAllah.
Amin.

26 Januari 2020

Chapter 1 : January 2020 ~ Page 26 Of 366

By Dalia Hassan at Ahad, Januari 26, 2020 0 comments
Assalamualaikum wbt

Asalnya pagi ni nak terus ke rumah Adah, adik bongsu aku yang tinggal kat Kluang... tapi mak mertua aku ajak pergi Pontian, rumah saudara mara. Aku ok je.. balik dari pontian boleh jer terus ke Kluang.

Sampai rumah Mak Andak Pontian, macam hari raya aku rasa.. padahal Gong Xi Fatt Chai. Siap ada kuih muih atas meja, macam tau2 je kami nak datang walaupun takder bagitau dia pun.... licin kami kerjakan kuih2 tu, siap mintak topup lagi bekas yang dah kosong tu... (haha yang ni bukan aku)

Aku la yang drive ke Pontian tu. Sebelah tu mak mertua aku... dia lumpuh so memang kena bantu dia untuk naik kerusi roda masa turun dan naik kereta.

Lepas pergi rumah Mak Andak, kami pergi ke Sungai Buntu pulak. Ini la kampung suami aku... memang dalam Sungai Buntu ni ramai saudara mara yang menetap kat sana. Rumah pun ada tapi disewakan pada orang.

Pekan Pontian

Dari Pontian nak ke Kluang, mata aku dah mula mengantuk. Ini semua salah aircond. Terpaksa aku singgah cari makan untuk kudap2 hilangkan rasa ngantuk.

Sedap hoi.. Tapi bila dah kenyang, mata pun mengantuk lagi. Ini semua salah makanan... hahaha. Aku jer yang tak salah apa2.

Cik Pia... anak adah... 5 bulan umurnya.... geram jer rasa nak gomol2...

Ni adah la ni punya pasal. Tak pasal2 aku terjebak beli kek2 ni semua... dia yang nak makan, dia ajak aku sekali order. Aku pun tak boleh tahan tengok... terpaksa la order...

berhantu...

Kek coklat lava



Balik dari rumah Adah, singgah Bandar Tenggara jap cari makanan lagi. Maka tapaulah aku nasi goreng kampung untuk anak2 aku yang seharian masih tak jumpa nasi...

Dapat pau adah coklat ni dari peti ais dia...

PayPal

 

The Kakya Joyah Template by Ipietoon Blogger Template | Gadget Review