:)
Top 5
-
Rasa macam dah lama sangat tak pergi bercuti... badan ni dah rasa tak tentu arah.. kan best kalau dapat menikmati keindahan panorama alam ...
-
Assalamualaikum wbt.. Pada Jumaat, 1 april 2016 telah diadakan satu majlis untuk meraikan Pegawai Kanan dan Anggota2 Trafik IPD Subang J...
-
Bahagiamu Deritaku Ku dengar kau cinta sangat padanya Ku dengar hatimu kini miliknya Dia kan menjadi teman sehidup dan semati Aku menjad...
-
Assalamualaikum wbt... Saja nak share lirik lagu ni kat sini... senang nak cari nanti... semenjak terdengar kawan aku nyanyi lagu ni, aku...
-
Entah kenapa... tiba-tiba... semuanya menjadi.... TAWAR
-
Assalamualaikum wbt... Di Malaysia tudung adalah satu jenis aksesori fesyen Muslimah yang sangat popular. Ini kerana sudah menjadi ...
-
Assalamualaikum wbt.... Semalam aku udah selamat sampai dari bercuti ke Bandung bersama teman2ku... Asyik banget.. berada disana 4 hari 3...
-
Assalamualaikum wbt Lama tersimpan dalam draft. Aku pun tak ingat dah apa yang aku nak tulis. Setahun dah.. haha.. tapi ni lah pengalama...
Pot Pet Situ Sana Sini
Contact Me
14 November 2013
Overslept!
:)
13 November 2013
Pertandingan Bola Tampar Piala KPD 2013
Assalamualaikum wbt....
Alhamdulillah... usai sudah debaran pusingan pertama petang tadi dan Alhamdulillah team PERKEP yang aku wakili berjaya dalam game tadi mengalahkan team KTA...
Main suka suka je pun.. menang kalah itu kan adat... no biggie...
Cuma tadi masa game aku rasa nak gigit2 je bos sengal aku tu, Baim Wong celup.... geram aku... dia dok tepi tu bukan nak bagi kata2 semangat, condemn lagi ada... grrrrrrrrrrr! habis hilang fokus.. nasib baikla menang... tapi takpe... esok turn team dia pulak yang lawan... aku nak tengok pulak dia camana... hebat ke tak hebat... hahaha (gelak jahat)
![]() |
cam biasa... pas bersukan kita makan... ngeeee |
11 November 2013
Kami Buddies... Kami Takkan Terpisah...
Ermmmm....
Tak taulah kenapa semenjak dua menjak ni macam2 isu yang timbul... rasa tak puas hati, dengki mendengki, tuduh menuduh, hentam menghentam macam dah jadi kemestian... kenapa boleh jadi macam ni? Entahlah... aku pun tak pasti... aku pun naik takut dibuatnya... takut tersalah bahasa... takut tersilap kata... buruk jadinya...
Laman sosial jadi tempat berperang...
Nak jadi 'keyboard warrior"...
Aku pulak yang rasa tersepit... dihimpit...
Nak berborak dengan yang disini takut disana kata apa....
Nak bergurau dengan yang disana takut disini pulak kata apa... hadoiiiii...
Kawan2...
benda ni asalnya perkara kecik.. sangat kecik... tapi entah dari mana silapnya, ianya menjadi semakin rumit. Parah dan berdarah... Saling menyalahkan itu tidak bagus... berbincang itu yang perlu... agar tiada anasir lain yang menyerabut... sungguh..
Kita kan buddies... buddies takkan terpisah!
Chow!
10 November 2013
( Resepi ) Murtabak Cream Crackers
![]() |
sedar tak sedar aku yang tengah diet ni boleh makan sampai separuh... aptb! hahah |
500 gm biskut cream cracker yang tak bergula
500 gm daging kisar
500 gm bawang besar dipotong dadu kecil
5 biji cili merah dipotong bulat kecil2
5 biji cili hijau di potong bulat kecil2
$1 daun sup bawang di potong kecil2
6 biji telur grade A
300 gm susu segar akak gunakan magnolia dlm kotak
sedikit garam
Loyang 8x8 inci di sapu butter Alaskan dgn aluminium foil seluroh Loyang
Bahan kisar
3 biji bawang putih
1 inci halia
1 biji bawang besar
1 sudu makan cili giling
3 sudu makan rempah kari daging
Cara
1 Panaskan minyak tumiskan bahan2 kisar ditumis hingga naik bau
2 Masukkan 1/2 cawan air digaul rata kemudian tarukkkan daging kisar,bawang dadu ,cili,dan garam jika kurang air tambahkan agar daging dapat empok,masak lah hingga kering sedikit air nya
3 Perlahankan api lalu masukkan daun sup bawang gaul rata baru matikan api diamkan hingga sejuk sedikit
4 Pecahkan 6 biji telur pukul sedikit dan tuangkan dalam adunan daging tadi gaul ratakan
5 Bahagikan adunan pada 3 bahagian
6 Masak susu dalam bekas hingga mendideh dan perlahan kan api yang paling kecil
Cara menyusun biskut
1 ~ Ambil 9 keeping biskut masukkan dalam susu panas sekejap je jangan lama2 nanti kembang pulak sunsun dalam Loyang hingga penuh permukaan Loyang tuangkan adunan daging yang pertama ratakan
2 ~ Kembangkan 9 keping lagi biskut kedalam susu dan sunsun dalam Loyang hingga menutupi bahagian adunan daging tadi sudah selesai tekankan sedikit agar rata
3 ~ Buat perkara yang sama seperti lapisan pertama dan kedua setelah selesai tekan2 keseluruh bahagian agar campuran telur naik dipermukaan biskut
4 ~ Bakar dalam oven 180'C selama 45 minit pastikan betul2 masak baru keluarkan dengan mecucuk bahagian tengah nya jika lidi tak ada kesan bererti dah masak lah tu
5 ~ Keluarkan dari oven dan terbalikkan kat dawi redai keluarkan dari Loyang biarkan sejuk boleh lah di hidangkan
Rawatan Islam
Assalamualaikum wbt...
Kelmarin aku sempat membuat body massage di salah satu pusat rawatan urut di USJ... tapi selepas urut tu aku rasa badan aku makin terasa sakit, mungkin akibat dari kesan urutan yang kuat...
Malam tadi, suami aku membawa aku dan anak2 membuat rawatan Islam dari seorang ustaz dari pusat rawatan Islam Darussyifa... Macam2 yang ustaz bagitahu aku.. yang bestnya ustaz tu tahu apa yang aku tak bagitahu dia (termasuk yang aku pergi berurut tu sebab ustaz kata orang yang mengurut tu guna 'sesuatu')
jeng jeng jeng!
Dan pagi ni bangun tidur aku rasa sangat selesa.. badan aku terasa ringan walaupun berat badan tak pernah ringan... kekeke..
Syukur Alhamdulillah...
08 November 2013
07 November 2013
Jenazah Yang Masih Berkeadaan Elok
06 November 2013
Berangan Jap...
Bestnya la kan kalau badan kurus macam kartun ni... kekekeke...
dalam mimpilah jawabnya... isk isk isk...
Kakiku Sakit... Sakit Kakiku....
Saya injured. Sakitnya. Hari tu training punya lama masa volleyball piala KP Selangor takde apa masalah pun.. hari ni baru hari pertama turun untuk training piala KPD, injured sudah... ni gara2 tak cukup tempat nak training... yer la.. masing2 nak training, minggu depan nak game dah..
Oleh sebab court diorang dah conquered, so kami terpaksa training atas jalan yg berpasir... konon2 nak ambik bola, tak pasal2 aku terbuat gimrama tadi... sebab tergelincir (terkangkang mcm orang buat gimrama tu) atas pasir... malu tu xda la sangat sebab aku rasa jatuh dengan bergaya tadi (sedapkan hati.. haha!) Tapi sampai sekarang kakiku sakitttttt bangat... nasib baik tak terkoyak kat situ... ngeeeeeee!
Pas training, aku jumpa my good friend jap.. dia suruh aku tunggu jap dia nak datang... borak kat kerusi santai depan opis aku bertiga dengan si Khairi sekali... rasanya dia baru sampai opis, kena bertugas sampai malam.. tapi sekarang ni aku dah rasa macam tak ada mood jer nak berborak ngan dia... kenapa? Entahlah... makan hati kut... kwang kwang kwang...
05 November 2013
Duhai Anak...
Baru jap tadi aku terbaca pasal satu tulisan ni berkenaan kesalahan yang tak kita disedari terhadap anak sulung...
Oh kebetulan... sangat kebetulan... sebenarnya sejak sehari dua ni memang isu ni la yang berlegar legar kat dalam kepala aku ni... Dan tadi (semalam) masa aku drive balik keje, tetiba je aku berazam akan sentiasa berikan sepenuh kasih sayang pada si kakak dan aku berazam nak kurangkan perasaan amarah kat dia.. tiba2 rasa rindu dan tak sabar nak tunggu dia balik sekolah... nak peluk cium dia.. tapi malangnya dia balik je dari sekolah terus buat hal dan menaikkan kemarahan aku.. pening kepala aku dibuatnya...
Ainul Mardhiah... lahir pada 24 September 2006 dan setelah berumur 7 tahun baru merasai adanya seorang adik, Arissa Qaisara yang lahir pada 4 Mac 2013... Aku faham perasaan si kakak... bagaimana selama 7 tahun perhatian aku dan suami tertumpu pada dia seorang dan tiba2 kehadiran seorang adik telah 'mencuri' perhatian mama dan papa dia sehingga dia merasa diri mempunyai pesaing dalam merebut kasih dan perhatian mama dan papa..
Apa yang aku sedari... si kakak akan cuba mencari kesalahan adik dan sentiasa membuli si adik... yup. Aku memang nampak sikap kesenioritian dia terhadap si adik dan kadang2 aku cuba mengintai gelagat mereka berdua jika aku tinggalkan mereka bersama untuk bermain... Namun, kadang2 terselit sikap protective si kakak terhadap adik walaupun nampak macam sedikit janggal...
Apa yang pasti, si kakak akan cemburu jika aku belikan adik baju baru atau mainan atau makanan atau sebagainya tapi aku tidak membelikannya apa2... asyik asyik adik... asyik asyik adik.. yup tersentak aku dengan kealpaan aku sendiri padahal si kakak adalah permata hati sulung aku dan suami... tapi kini aku cuba belajar dari kesilapan... jika belikannya sesuatu, aku akan cuba memberitahu apa yang aku bagi pada si kakak adalah lebih baik atau lebih mahal atau lebih cantik dari kepunyaan adik agar si kakak tidak terasa seperti diabaikan... pasti senyuman lebar yang akan terbit di bibirnya... bangga kerana dia telah berjaya melebihi dari adiknya... ermmmmm... kakak... kakak...
Dan sekarang aku mula belajar untuk memberikan sepenuh perhatian kepada keduanya agar tidak timbul perasaan iri hati antara keduanya... InshaAllah mama akan cuba buat yang terbaik untuk anak2 mama... selamanya...
Salam Maal Hijrah 1435h...