Sahabat

Halaman

27 Jun 2011

Office Potluck Part 2

By Dalia Hassan at Isnin, Jun 27, 2011 0 comments
Assalamualaikum semua...

Hari ini jam 5.30am aku dah mula menulis entry ni.. bukan apa, saja nak mengisi masa yang terluang sementara nak bersiap untuk pergi ke opis. Siap memasak, tak tau nak buat apa. Kalau aku sambung tidur, jawabnya memang kesiangan lah aku hari ni.

Seperti yang dirancang, hari ni kami plan untuk membuat office potluck part 2... korang bolehlah baca entry office potluck yang sebelum ni kat sini. Tak tau nak masak apa, aku cuma buat ayam pandan goreng berempah dan sedikit pencuci mulut, puding berkuah.

 Puding sebelum dicampur dengan kuah..
 Puding setelah dicampur dengan kuah dan cocktail
 Ayam pandan goreng berempah

26 Jun 2011

Hari Minggu Yang Membosankan...

By Dalia Hassan at Ahad, Jun 26, 2011 0 comments
Assalamualaikum semua....

Ahad. Minggu ni aku tak kemana2 pun... bosan juga la dok rumah... nasib baik ada Ainul Mardhiah, boleh jugak diajak berborak.. en asben tengah hari tadi dah keluar... maklumlah... kerja sendiri. Kalau cuti, bermaksud tak ada duit la yang masuk... Lebih2 hari minggu macam ni, memang hari yang menguntungkan... Lainlah makan gaji macam aku ni.... ngulat je lebih... haha! Hari ni aku wat persediaan untuk potluck esok kat opis... tak tau nak masak apa.. aku ingat nak buat ayam goreng pandan dengan pencuci mulut puding berkuah.... harap2 menjadi la... maklumlah, aku ni bukan pandai sangat nak memasak...

Semalam (Sabtu) aku masuk opis juga... Dengan mata yang mengantuk, maklumlah Jumaat tu aku pergi tengok lives Final Maharaja Lawak, sampai rumah kul 2.15pagi... mata memang dah macam mata panda, memang tak boleh blah... kerja punya pasal, aku gagahkan juga kaki ke opis... belum kul 9am aku dah tercongok sorang2 kat opis tu... Pekena nescafe panas, mata aku segar semula... Dengan penuh semangat aku nak mulakan kerja, line cops problem pulak. Adei... nasib baik lah facebook boleh bukak... takder la aku membuta kat opis... Dalam setengah jam pastu, my good friend, T~Ni datang opis... sempat jugaklah bertukar2 cerita kejap sebelum dia kuar pergi sarapan ngan driver... Tak lama pastu, abang singh gerakan pulak datang kat opis aku... takper lah, sekurang2nya aku tak mengantuk bila ada orang yang nak diajak berborak... setengah jam jugaklah abg singh dok melepak kat situ... Dalam kul 10 lebih, my good friend, T~Ni singgah opis aku jap bawak fresh oren sebungkus.. okaylah.. mula2 dia nak belikan aku nasi ayam tapi aku tak nak... awal lagi nak makan berat2 macam tu... lagipun aku takder selera nak makan... aku cuma berselera nak tido jer....huhu!

Tengahari tu, konon2 nak nak balik cepat, nak tido... tapi lain jadinya... sampai jer rumah, aku terus ambil anak aku kat taska... tiba2 jer aku teringat yang duit sebanyak RM3,560 aku letak atas meja, lupa nak ambik... Ya Allah... mengantuk punya pasal, semua benda lupa... adoi la... cuai sangat... nak tak nak aku patah balik semula ke opis... huhu!

Sampai rumah semula kul 3lebih... online jap pastu aku terus Zzzzzzzzzz.........


Alia : Eh! aku baru perasan yang handphone aku yang lagi satu tu pun tak ada... confirm tinggal kat opis, lupa bawak balik... huhu!

25 Jun 2011

Final Maharaja Lawak

By Dalia Hassan at Sabtu, Jun 25, 2011 0 comments
Assalamualaikum...

Semalam aku, kak wani, linie, faizah dan ain, adik linie menghavockan Stadium Melawati Shah Alam menyaksikan final Maharaja Lawak.. Yang bestnya, tempat duduk kami dikelilingi oleh artis2 dan media. Thanks to encik saiful apek sebab bagi kami 5 keping tiket free atas nama dia.. Dapat duduk kat arena lagi.. Lain kali kalau ada tiket free boleh la bagi kat kitorang.. Hehe


 kak wani dan linie...



































 i folooooooo....

 kak wani




P.A dan anak2 saiful apek... duduk sebelah aku jer...

Tahniah pada kumpulan Sepah kerana berjaya menjadi juara ML.. Sememangnya korang memang best dan terbaik.. Jozan dan Nabil pun mantap.. Sayang korang..

Lagi gambar aku akan update kemudian okay...

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

19 Jun 2011

Kisah Aku dan Abah

By Dalia Hassan at Ahad, Jun 19, 2011 0 comments
Banyak kenangan aku dengan abah. Masa zaman muda, abah memang seorang yang tegas dan garang. Pantang silap sikit, rotan pucuk senapang naik ke badan. Tapi aku tahu tu semua sebenarnya adalah untuk mendidik kami adik beradik untuk menjadi manusia yang berguna. Tanpa itu semua, mungkin kami semua tidak akan berjaya seperti sekarang.

Abah sebelum menjalani bypass surgery

Ketika aku berada didalam darjah 6, aku akan mengadapi peperiksaan UPSR. Aku masih ingat lagi, aku dipaksa untuk mengulangkaji pelajaran dan dilarang sama sekali untuk menonton televisyen. Hati aku memberontak. Aku nak sangat tengok cerita P.Ramlee yang abah dan emakku serta adik beradik yang lain sedang tonton. Tapi abah bertegas kerana tinggal beberapa hari aku akan menghadapi UPSR.. Oleh kerana dilarang, aku dengan keras hati dan ingin memberontak, terus tutup suis lampu dan tidur, tanpa mengulangkaji pelajaran. Abah yang naik angin dengan perangaiku, telah membaling bateri lampu picit yang besar kearahku. Nasib baik aku sempat mengelak, kalau tak mau benjol dahi ni ataupun paling kurang pun mesti disahkan biol.. Dan keputusan UPSR aku memang sangat 'mengharukan', dan itulah hadiah 'kerajinan' aku untuk mengulangkaji pelajaran. Padanlah dengan muka aku.

Ketika aku tingkatan 3, nakalku dan keras kepalaku makin menjadi2. Aku menggunakan kesempatan pulang lewat dari sekolah untuk berpeleseran bersama kawan2 di shopping complex sementara menunggu bas terakhir untuk pulang kerumah. Pada satu hari ketika pulang, aku dibantai oleh abah dengan seteruk2nya dengan rotan pucuk senapang kerana satu kesalahan yang aku rasa takda la besar sangat sampai aku patut dibantai seteruk begitu. Sehinggakan aku rasa sangat berkecil hati dengan abah sebab sepatutnya abah menasihati aku secara baik, bukannya dengan dengan cara bantai aku sehingga seluruh badanku mempunyai kesan2 luka akibat rotan... Aku yakin, kalau abah menegurku dengan cara baik, aku pasti boleh berubah...

Sedih dan terkilan dengan apa yang abah dah buat kat aku, selama enam bulan lebih aku tak bertegur sapa dengan abah. Macam2 cara mak cuba buat untuk aku berbaik semula dengan abah, tapi hati aku yang keras ni memang susah nak dicairkan. Pernah satu hari tu, mak aku suruh minta duit belanja sekolah pada abah, sebab mak tak ada duit kecil... Hari tu aku sanggup pergi sekolah tanpa duit belanja... aku sanggup tak makan daripada minta duit daripada abah.... sampai macam tu sekali aku makan hati dengan abah. Abah pula, mungkin rasa bersalah, cuba berbaik-baik dengan aku. Di pagi raya tahun 1995, aku bersalam dengan mak dan minta ampun jika ada salah silap yang aku buat kat dia.. dan mak, suruh aku salam and minta maaf kat abah juga... aku pun dengan berat hati salam tangan abah tanpa bercakap sepatah kata pun... Abah menghulurkan aku duit raya dan aku hanya mampu ucapkan terima kasih kat abah...

Masuk bulan ketujuh aku tak bertegur sapa dengan abah, aku mulai sedar yang aku tak sepatutnya buat begitu kat abah. Aku tau, abah marah sebab kenakalan aku... abah bantai aku sebab kesalahan aku juga. Dia buat begitu pun dengan niat untuk mengajar aku. Abang kandung aku ketika itu berada di Scotland, menyambung pelajaran dalam bidang helicopter engeneering. Aku tau abah nak aku berjaya macam abang. Begitu juga dengan mak. Akhirnya setelah berbulan aku tak bertegur sapa dengan abah, hari itu aku menebalkan muka untuk meminta maaf dari abah. Mak hanya tersenyum memandang aku dan abah...

Tahun 1997, ketika aku berhempas pulas untuk menghadapi SPM, tiba2 abah diserang sakit jantung ketika sedang memburu kancil di hutan (abah mempunyai lesen persenjataan untuk memburu binatang).. lama abah terlantar di ICU... syukurlah abah selamat dan dibawa cepat ke hospital. Sejak itu, abah bergantung pada ubat hospital dan setiap bulan abah terpaksa buat pemeriksaan untuk memastikan kesihatannya sentiasa dalam keadaan terkawal. Dan aku, berkat dibantai dengan rotan pucuk senapang abah, aku berjaya meraih keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan SPM dan menjadi salah seorang pelajar terbaik di sekolahku pada ketika itu. Syukur Alhamdulillah dan aku berjaya di terima masuk ke UITM.... Kalau tak kerana rotan pucuk senapang abah, mungkin aku sama seperti kawan2 peleseranku yang lain, lingkup dalam SPM... huhu!

Hujung bulan Jun tahun 2009 setelah sibuk dengan majlis perkahwinan adik lelakiku, selepas 12 tahun, sekali lagi abah terkena serangan jantung... kali ni abah di bawa ke Hospital Tawakal, KL untuk menjalani pemeriksaan disana. Hasil dari pemeriksaan, Doktor mendapati bahawa saluran jantung abah hampir putus... tinggal tunggu masa jer... Awal Julai 2009, abah dipindahkan ke Hospital Ampang Puteri untuk menjalani bypass surgery yang dilakukan oleh doktor pakar cardiothoracic dari Hospital Ampang Puteri iaitu Dr. Samani Abd. Ghani. Setelah pembedahan dilakukan, luluh hati kami tengok keadaan abah yang dipenuhi dengan wayar2.. berminggu sejak abah dimasukkan ke hospital, kami sekeluarga berkampung di sana.. Hospital dah jadi rumah ke dua kami.. tapi kerana sayangkan abah, kami tak kisah....

Dan setelah beberapa bulan menjalani bypass, keadaan abah kembali pulih... Gembira hati melihat perkembangan abah.. tiada lagi kerisauan tentang kesihatannya.. dan kini setelah dua tahun, abah sudah pulih sepenuhnya dan yang penting sekali, kalau dulu akulah anaknya yang paling degil, yang paling kuat melawan, yang paling selalu kena rotan dengan abah, tapi kini akulah anak yang paling kamcing dengan abah! kami geng! TERIMA KASIH, ABAH! tanpa rotan pucuk senapangmu dulu aku takkan menjadi orang yang berjaya...

SELAMAT HARI BAPA, ABAH! JASAMU TIADA TANDINGANNYA...

 
 
 Gambar ini dirakamkan pada raya pertama, setahun selepas abah membuat pembedahan. (Mak pula pada ketika gambar ini diambil, tiga hari lagi sebelum pembedahan membuang breast cancer)

PayPal

 

The Kakya Joyah Template by Ipietoon Blogger Template | Gadget Review