Sahabat

Halaman

12 November 2019

Desa Dairy Farm, Kundasang

By Dalia Hassan at Selasa, November 12, 2019 1 comments

Assalamualaikum wbt...

Kali pertama aku sampai Kundasang beberapa tahun lepas, aku tak berkesempatan untuk datang ke Desa Dairy Farm ni. Tapi aku memang dah nekad satu hari nanti mesti aku akan sampai ke sini.. sebabnya.. Pemandangan yang seakan-akan berada di New Zealand  inilah yang membuatkan aku teringin sangat nak ke sini untuk mengabadikan gambar untuk kenang-kenangan. Almaklumlah, nak ke luar negara memang tak berapa nak mampu....

Dan untuk kali ni, aku memang dah pesan kat abang aku awal2 supaya Desa Dairy Farm ni dimasukkan ke dalam jadual lawatan kami. Cuma malangnya masa kami sampai, cuaca agak berkabus dan Gunung Kinabalu menghilang dari pandangan. Tapi takperlah... sis redha... yang penting aku dah sampai jugalah kat sana dan dah bau tahi lembu New Zealand tu.

Kat DDF ni aku sempat lagi menikmati ais krim segar dan susu segar. Sedap hoi. Anak aku siap minta untuk aku beli lebih, dia nak bawa balik ke rumah penginapan kami. Takperla nak... minumlah susu banyak2 biar cepat tinggi walaupun sekarang ni pun dah dekat nak sama tinggi dengan mama dia yang sememangnya kurang kalsium ni...

Oh ya! Waktu operasi Desa Dairy Farm ni adalah dari jam 8pagi - 5petang manakala waktu memerah susu setiap hari jam 3 - 5 petang, dan memproses susu pula pada setiap Selasa, Khamis, dan Ahad jam 10 pg - 2 petang. Tiket pula RM3 bagi dewasa warganegara dan RM5 untuk pelancong asing dewasa. Kanak-kanak pula masing-masing pada kadar RM1 (warganegara) dan RM3 (pelancong asing).















Aduh. Anak aku ni memang tak pandai amik gambar. Nampak gemuk! haha! 








Sabah Tea, Ranau

By Dalia Hassan at Selasa, November 12, 2019 0 comments

Assalamualaikum wbt

Selepas ke Desa Dairy Farm dan Tagal Luanti Fish Massage, sepatutnya kami terus Air Panas Poring. Tapi saat akhir kami bincang dan bertukar lokasi dari Air Panas Poring ke Sabah Tea.. Trip sebelum ni aku dah ke Poring, so kali ni aku nak tengok pula Sabah Tea...

Sabah Tea ni menghadap ke Gunung Kinabalu.. memang dari sini boleh nampak Gunung Kinabalu dengan jelas.. cuma malangnya masa kami pergi, Gunung Kinabalu dilitupi oleh kabus...

Ok. Apa gambar yang ada kita simpan kat sini je... sebagai kenang-kenangan katanya.























Cuma masa nak nak masuk ke Sabah Tea ni, jalan agak membukit dan jalannya agak sedikit teruk. Abis kereta baru abang aku.. mana yang naik van steady je.. nasib la kannnn.

haha!

Mile 36 Lodge : Willie's Cottage

By Dalia Hassan at Selasa, November 12, 2019 0 comments

Assalamualaikum wbt

Di Kundasang kami menetap di Mile 36 Lodge.. kami ambil rumah cottage, so memang sesuai la dengan keluarga besar kami.

Pemandangan dari tingkat bawah penginapan kami.. waktu ni Akinabalu segan dan tidak menampakkan wajahnya. Masa kami sampai tu pula, hujan lebat. Memang berkabus je sepanjang petang tu.


Barbeque kami buat petang.. malam memang plan nak rehat je... Cottage yang kami duduk memang ada sediakan tempat untuk ber barbeque. 

Makan2 sambil menikmati pemandangan 

Petang tu view terbuka sekejap je dalam 2 3 minit sebelum tertutup semula dengan kabus. Terpegun tengok keindahan alam yang Allah ciptakan. Cantik sangat! 

Keesokan harinya... mentari mula menampakkan wajahnya.  


View dari bilik aku... 

Pagi ni dah nampak Akinabalu sepenuhnya... Kabus dah berlalu pergi...

Indah

Sebelum tinggalkan penginapan, gambar kenang-kenangan dulu.
Dengan mak...

Mak, abah ngan adik aku, Azhar.

Anak dara aku, Ainul Mardhiah Suhaimi. 

Amboi mak.
Bagaikan burung terbang bebas di angkasa...
Sambil menikmati keindahan alam.

Krik krikk 

Dia lagi...
Aku lagi... 😂



Kak Ani a.k.a Mak Jemah (kakak aku daaaa)









Wajah kesayangan hamba






Adik ipar aku (isteri Azhar) .. ni la cottage yang aku duduk.. ni kiraya kat tingkas atas...

Ok. Next.

Gambar Willie's Cottage sumber dari Pakcik Google ~ Rumah ni la yang kami duduk masa kat sana...

Dari luar tingkat bawah... 




Tingkat atas... (pintu masuk)

Tandas tingkat atas.

Dapur

Tingkat atas.. tu ruang untuk turun tangga (mula2 sampai aku tak perasan pun ada tangga kat situ sebab dia letak penutup, jadi nampak macam lantai biasa)

Bilik atas.. Ni bilik yang mak abah n abang aku duduk...

Bilik bawah ... bilik ni Long aku, laki dia n adik lelaki aku ngan bini dia yang dok sini

pemandangan dari luar... depan tu tempat bakar membakar... untuk barbeque

Ni bilik yang aku ngan kak ani duduk... katil dua tingkat tu anak aku n anak2 kak ani..

Dapur masak






Ok. Tu jer nak cerita tentang penginapan kami masa di Kundasang...


PayPal

 

The Kakya Joyah Template by Ipietoon Blogger Template | Gadget Review