Sahabat

Halaman

13 November 2020

Chapter 11 : November 2020 ~ Page 318 Of 366

By Dalia Hassan at Jumaat, November 13, 2020 0 comments

Assalamualaikum wbt


Jumaat : 13/11/2020

PKP / MCO : Hari Ke-241


Salam jumaat semua...  hari ni segar jer rasa.. pagi-pagi rasa happy jer, mungkin sebab dapat tidur yang berkualiti malam tadi. Alhamdulillah. Bila badan segar, nak buat kerja pun rasa bersemangat. Siap nyanyi-nyanyi lagi...


Lepas punch card terus beli sarapan kat kantin. Tengok kueytiaw ni nampak menarik jer, terus beli... Lagipun rasa macam dah lama sangat tak makan kueytiaw...

Masuk2 ofis, tengok atas meja ada parcel ni... Seingat aku macam tak ada barang Shopee yang sepatutnya sampai dalam sehari dua ni... Tengok-tengok rupanya dari kawan baik aku dari zaman sekolah rendah dulu, Norfathliana Daud. Alhamdulillah... dapat sejadah dari kawan lama...


Siap ada nota tu.. hahaha

Petang lepas kerja aku hantar kunci motor kat kawan aku.. sebab mintak tolong dia bawak motor aku balik rumah... Esok dia yang akan datang bantu kawan aku yang akan repair tangki rumah aku tu... so alang-alang aku mintak tolong la sorang bawak balik motor aku.. balik nanti diorang boleh balik sama-sama. Lama dah motor aku ni tinggal kat opis.. kena gak bawak balik supaya aku boleh selalu guna at least pergi kedai runcit...


Otw balik rumah aku singgah beli goreng pisang jap. Entah apa yang merasuki selera aku hari ni... lapar sajer.

Sampai rumah melantak ni pulak.

Adeh!

Bila nak kurus ni????


12 November 2020

Chapter 11 : November 2020 ~ Page 317 Of 366

By Dalia Hassan at Khamis, November 12, 2020 0 comments

 Assalamualaikum wbt


Khamis : 12/11/2020

PKP / MCO : Hari Ke-240


Bosan dan bosan lagi.

Tak sabar nak ambil anak-anak aku bawak balik sini nanti. Takderlah aku kesunyian namatey kat sini. Mati kutu. Haha

Macam ini lah kehidupan aku yang terasing di negeri Selangor ni. Suami dan anak-anak pula menetap kat Johor... dulu sebulan sekali dapat balik jumpa diorang.. semenjak covid-19 ni, aku jadi risau nak balik jumpa diorang dan ibu bapa dan ibu bapa mertua aku. Aku risau yang aku bawa balik sekali pakcik covid tu. 

Menyesal tak sudah nanti....

Nanti bila aku confident rasa nak balik, aku akan balik InshaaAllah. Yang penting masa tu aku yakin dan aku dah ikut SOP yang ditetapkan supaya covid tak melekat kat aku.

Masak?

Semenjak aku duduk sendiri ni, memang jarang dapur aku berasap. Foodpanda menjadi pilihan aku. Tapi sekali sekala tu ada jugalah aku masak. Cuma, kalau aku masak mesti lauk berlebih-lebih. Bila yang lebih tu aku simpan dalam peti ais, entah bila aku akan makan semula lauk pauk tu. Silap2 ke plastik sampah akhirnya.

Contoh hari ni... 

Lauk pauk aku ni semua recycle lauk yang tersimpan dalam peti ais. Ini pun untung sebab aku rajin nak panaskan. Rasanya lama juga tersimpan dalam tu. Time-time terdesak jer aku rajin masak / panaskan lauk sedia ada. Contohnya bila dah hujung2 bulan camni. 

Jimat.



Ikan pekasam ni lama dah aku masak. Pastu simpan dalam tempat beku. Dengan limau-limau tu aku bekukan..  

helokkkkkkkk!

Ni lebihan sambal gesek yang aku beli nasi gepuk yeoppp aritu. Minta sambal lebih, yang lebih ni la aku simpan. Suka sangat sambal ni sebab pedas dia memang kena dengan selera aku.

Makan bertamabha-tambah hoiiii!

Ni sambal sotong kering lebihan yang aku masak nasi lemak sambal sotong aritu. Seminggu lebih ada kut tersimpan dalam tempat beku tu...

Panaskan semula. Makan dengan ikan pekasam dengan sambal gesek tadi, memang masuk lah!
Ngam!

Kombinasi ideal hasil dari lebihan makanan yang disimpan di ruangan sejuk beku.
Haha!

Tidak dilupakan si hitam manis ni.. Encik Kicap Jalen. 

Petang pergi Pasaraya Super Seven kejap cari barang..

DIY Star Avenue. 
Ni pun satu lagi kedai saka ni...

Lewat petang aku start membaking..
Macam biasalah...

buat order customer, sendiri punya pun ada. haha

Nyum!


11 November 2020

Chapter 11 : November 2020 ~ Page 316 Of 366

By Dalia Hassan at Rabu, November 11, 2020 0 comments

Assalamualaikum wbt


Rabu : 11/11/2020

PKP / MCO : Hari Ke-239


Hari ni work from office. Tak tau kenapa pagi-pagi lagi dah lapar... sangat..

Lepas punch card aku terus ke kantin, cari apa-apa yang menarik walau biasanya hari2 menu yang hampir sama jer... Nak naik kedai Cik Awang, malas nak menapak ke tingkat dua tu.


Nampak gaya hari ni ada mee sup... Alhamdulillah... berselera sikit pagi2 dapat makan sup2 ni..

Bolehlah... Alhamdulillah.. kenyang... nak buat kerja pun jadi bersemangat bila perut kenyang...

Tetiba Kak Sariha datang bawak lontong.. mak aih.. ambik dulu semangkuk, pastu simpan dalam microwave. Tengahari bedal... Alhamdulillah... kenyang lagi. Selamat duit belanja untuk makan tengahari hari ni.

Balik kerja singgah lagi kedai saka jap... Aduhai... apahal la asyik terpanggil jer nak datang kedai eco ni.. Ni semua lepas aku join group FB Beli Apa Di Eco Hari Ni... parah! haha

Cari pasu bunga jer 'sebenarnya'... hahaha

Yang lain tu biarlah rahsia apa yang aku rembat. Yang pasti, banyak jugalah abisnya...

hihu!!!


10 November 2020

Chapter 11 : November 2020 ~ Page 315 Of 366

By Dalia Hassan at Selasa, November 10, 2020 2 comments

  Assalamualaikum wbt


Selasa : 10/11/2020

PKP / MCO : Hari Ke-238


Hari ni abah aku ada appointment dengan Hospital Serdang.. nak cek bateri yang di pasang kat jantung bulan lepas tu berfungsi dengan baik atau tidak. Sesuai dengan abah atau tidak. Alhamdulillah.. Setakat ni penerimaan badan abah sangat baik... tak ada masalah.

Lauk tengahari hari ni.. Nasi Ayam Gepuk Yeoppp.. Order guna Foodpanda. Nak masak memang tak sempat sebab nak berkejar ke IPD pulak.. Ada perjumpaan Trafik dengan Tuan OCPD yang baru.



Aku pilih untuk duduk kat belakang sekali. Senang nak pergi kat meja makan. hahaha



Balik dari dewan, aku singgah kedai saka lagi.. ni gara2 aku join group facebook Beli Apa Di Eco Hari Ni.. penyudahnya hampir hari2 aku ke eco.. 
jenuh.
haha

Dap hoi! 
haha


09 November 2020

Chapter 11 : November 2020 ~ Page 314 Of 366

By Dalia Hassan at Isnin, November 09, 2020 0 comments

  Assalamualaikum wbt


Isnin : 09/11/2020

PKP / MCO : Hari Ke-237


Sarjan adam bawak kek karot pagi ni. Sedap sangat

Aku bawak bekal lebihan nasi lemak sambal sotong yang masak semalam

Pasang dashcam depan belakang... 


Kedai Saka lagi...

Testing testing....

Semua barang yang aku beli baru sampai hari ni. Ajer gila.
hahahha


08 November 2020

Chapter 11 : November 2020 ~ Page 313 Of 366

By Dalia Hassan at Ahad, November 08, 2020 0 comments

 Assalamualaikum wbt


Ahad : 08/11/2020

PKP / MCO : Hari Ke-236


Hari ni baru rasa ada mood skit nak masak. Aku teringin sangat nak makan Nasi Lemak sambal sotong kering... So hari ni sis cuba laaa. Harap-harap sedaplaaaa...


Sotong Korea yang aku beli semalam dah bertukar jadi Stong Sambal. 
Padan muka. Dah le mahal!

Ni namanya Nasi Lemak Dalia makan sorang

Gila kalau tak gemuk

Lepas makan berlemak, kena terus buat kerja berat skit.
Kemas beranda rumah dengan bersihkan tanaman aku tu.

#kerjaberatlahsangat
Pastu keluar pergi cari aiskrim!


Mentong


07 November 2020

Chapter 11 : November 2020 ~ Page 312 Of 366

By Dalia Hassan at Sabtu, November 07, 2020 0 comments

 Assalamualaikum wbt


Sabtu : 07/11/2020

PKP / MCO : Hari Ke-235


Semangat nak berbasikal hari ni, sekali tengok basikal aku pancit. aduhlahhhh.. hilang semangat dibuatnya. Last2 pergi la berjoging kat Elmina jap.


Rasa macam nak kekal jer kat Zero KM ni. Nak angkat kaki pun malas. Lama sangat tak bersukan. haha

Jalan-jalan jer la.. menikmati pemandangan

Dari Elmina terus ke Segi Fresh, cari lauk. sebenarnya aku teringin nak makan sambal sotong kering. So niat nak beli sotong kering la ni.. padahal tak pandai pun masak. Apa-apa nanti aku tanya pakcik serba tahu jer la..

 Pakcik Google

Ramai gak orang pagi-pagi ni. eh ye la.. Sabtu kannn...

errrr... yang benarnya nak masuk kedai saka ni... sebelah je dengan Segi Fresh.

Jem pulak...



Sotong Kering Korea sekilo RM99.90.. aku ambil sekeping jer dah RM17.50 (0.175 gram)

Sotong kering badan ni murah la pulak... aku ambil 0.152gram cuma RM5.78 jer.

Mungkin sebab yang atas tu sotong K-Pop.. sebab tu harga dia mahal kut....

Saranghaeeeeee!
Daebak!!!

Sampai rumah, terus order makan.
Masak?
Malas laaaaa

AbangANDA kan ada.
FoodpANDA!

Ngeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeee!!!!!

PayPal

 

The Kakya Joyah Template by Ipietoon Blogger Template | Gadget Review