Sahabat

Halaman

14 September 2011

Beli Ipad Or Epad?

By Dalia Hassan at Rabu, September 14, 2011 1 comments
Minggu lepas aku dalam dilema sama ada nak beli ipad atau epad... ipad mesti semua orang dah tau, tapi apa tu epad? alaaaa... epad tu ipad buatan china la.. jauh lebih murah dari ipad.. kualiti pon jauh lebih rendah la dari ipad...

arini epad yang aku order dari Shezhen khamis lepas dah sampai.. epad 7inch untuk anak aku yang menangis2 minta aku belikan dia ipad.. budak2 zaman sekarang... baru nak masuk 5 tahun dah mintak macam2, zaman aku dulu, cuma tahu main jer... geram aku... nasib baik ada epad, murah la skit... aritu masa dok umah nenek dia setengah tahun sekolah kat sana, minta aku belikan laptop.. boring katanya dok rumah nenek, kalau ada laptop best skit.. demand betul anak aku ni... nasib baik baru sorang, kalau empat orang? bengkok oooooo....... huhuh!



harap2 epad yang aku beli ni boleh lah bertahan lama... sekurang2nya berbaloi la untuk anak aku guna... heheh...

10 September 2011

Open House Situ Sana Sini

By Dalia Hassan at Sabtu, September 10, 2011 0 comments
Assalamualaikum...

Hari ni pagi2 lagi aku memang tak makan apa2, cuma minum air masak je.. Saje je mengosongkan perut aku ni...Sebabnya? Aku ada dua buah rumah yang perlu aku pergi untuk jemputan rumah terbuka.. Yer la, kena kosongkan perut, baru la boleh isi banyak skit nanti.. Hehehe!

Rumah pertama di Taman Koperasi Cuepacs, kat Kajang.. Ni rumah Sarjan Mejar Rasni.. Dia ni satu cawangan ngan aku... Cawangan trafik.. Dalam kul 1 aku tunggu kat rumah kak wani di Kg Medan untuk berkonvoi sama2 ngan dia untuk ke Kajang.. Nak harapkan asben aku, memang confirm sesat la jawabnya nanti.. Hehe.. Kitorang bukannya biasa sangat jalan2 kat sana.. Then, sampai kat depan petronas depan Maktab polis kat cheras, kami tunggu linie dan family dia kat sana untuk konvoi bersama.. Sampai rumah SM Rasni lebih kurang 2.30pm.. Sampai je tengok ramai orang dah kat sana.. Macam2 makanan ada. Apalagi, bedallah! Perut kan tengah kosong.. Hehe.. Asben aku pun makan tak hengat! Anak aku je yg asyik ingat nak main je..


 linie dan anak2 dia... kat rumah SM Rasni


Dalam kul 3.10, aku, kak wani ngn linie bersama family masing2 bergerak memenuhi jemputan rumah terbuka yang kedua pula kat Dengkil... Yang ni special skit, coz yang aku nak pergi ni rumah pegawai dari cawangan logistik bahagian pengangkutan, Inspektor Naser.. Sampai rumah dia dalam kul 3.50pm.. Aku memang takder masalah nak cari rumah dia coz aku memang dah study awal2 kat google maps mana nak cari rumah tuan.. Hehehe.. So, kami berkonvoi tiga kereta, dan aku terpaksa mengepalai rombongan  disebabkan hanya aku yang study kat encik google maps nak cari rumah dia.. Dan tanpa sesat, kitorang selamat sampai kat rumah tuan. Best sangat sebab sempat jumpa DSP Mok... dia ni dulu Ketua Bahagian Logistik Daerah (KBLD) Subang Jaya, tapi baru bertukar ke Bukit Aman...Bagi aku, dialah pegawai yang paling sporting... sebab tu bila dapat tau yang dia kena bertukar ke Bukt Aman, sedih sangat.. Dalam kul 4.40pm kitorang gerak balik.. Yang kelakarnya, Ainul tak nak balik... nak duduk rumah uncle Naser katanya... adoiiii anak aku ni, mentang2 lah anak2 tuan ni semua lelaki... haishhhhh! kecik2 lagi dah menggatai, ikut perangai sapa la ni....

my lovely encik asben


DSP Mok, sempat bergurau senda lagi dengan kitorang

Tuan Naser (sempat tu curi2 amik gambar dia)

mengintai dari luar... hahaha!

seronok tengok kanak2 bermain...


Balik, kitorang singgah Carefour Kota Damansara. Konon2 nak beli barang dapur, tapi banyak barang yang takder.. So aku plan esok jer nak g beli barang dapur kat econsave... On the way balik rumah, Ainul kata dia lapar.. Geram plak aku.. Yer la, tadi sibuk nak main, tak nak makan.. Ni dah rasa lapar plak.. So kitorang singgah restoren sup ani utara kat kota damansara..

Ainul sampai tertidur dalam kereta, kepenatan....

Ermmmm.. Tu jer la aku nak cerita.. Masa untuk ZZzzzzzz... Daaaaaaaaaaaaa.... Good Nite!

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

07 September 2011

Hari Ini : 7 September 2011

By Dalia Hassan at Rabu, September 07, 2011 0 comments
Assalamualaikum wbt...

Pagi tadi bangun tidur je aku merasa tahap kemalasanku berada di tahap kritikal. Sesudah menyempurnakan solat subuh, aku 'landing' semula atas tilam yang sememangnya menjadi idaman setiap saat dan waktu.. Dan, seawal jam 6.20am aku sms pihak2 yang berkenaan bagitau yang aku akan masuk opis selepas pukul 10am.. Wahhhhhh! Syok betul bila dapat sambung semula tidur.. Badan yang letih terasa segar. Barulah bertenaga dan bersemangat nak buat kerja.. Hehehe!

Lebih kurang jam 10.30am, aku masuk pejabat.. Nasib baik hari ni tak macam semalam yang banyak masalah yang timbul sampai migrain dan darah tinggi dibuatnya. Huhu.. Sampai je tengok encik amran ada belikan kueytiaw sup kg medan kegemaran aku.. Memang sedap kueytiaw sup tu.. Apa lagi, habis sebungkus aku bedal tanpa tinggal sikit sisa pon. Hehe..





Petang, dalam kul 3.30pm aku terlibat dengan taklimat Distress Call kat bilik mesyuarat gerakan... ASP Syed dari IPK Selangor yang beri taklimat.. Ermmm.. Oklah jugak sistem Distress Call ni, banyak kelebihan kepada orang awam. Tapi, biasalah.. Walaupun banyak kelebihan, kekurangan terhadap sistem ni tetap ada.. Normal la tu.. Mana ada sesuatu yang sempurna kat dunia ni. Dalam kul 4.45pm, taklimat selesai. Nasib baik, sebab aku memang nak cepat coz balik kerja nak terus pergi rumah abang aku kat wangsa maju, beraya sebelum dia 'balik kampung' dia kat Mauritania beberapa hari lagi.. Parent aku pon ada kat rumah dia, tu yang aku bekejar ke sana jugak tu petang ni..

Ermmmm.. Semasa aku menulis entry ni, aku masih lagi berada di rumah abang aku di Villa Wangsamas, Wangsa Maju.. Dok memerap dalam bilik coz kawan mak ngan abah aku datang sini nak jumpa diorang.. Pas bersalaman, aku lari semula masuk bilik, malas nak dengar cerita diorang. Biarlah. Lama sangat dah diorang tak jumpa..

Sementara nak tunggu ni, boleh lah aku lelapkan mata sekejap...

ZZzzzzzzzz...

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

06 September 2011

Hari Ini : 6 September 2011

By Dalia Hassan at Selasa, September 06, 2011 0 comments
Assalamualaikum semua....

ermmmm.... hari ni dah raya ke 8 kan... pantas betul masa berlalu.... bermakna, tak lama lagi jer umur aku nak masuk 31 tahun 23 september, dan anak aku Ainul Mardhiah dah nak masuk 5 tahun 24 september ni... haissshhhh! aku 31 tahun? tak rasa pon.. aku rasa macam baru nak masuk 23 tahun. boleh? hehehe... tapi, apalah yang ada pada umur kan? sekadar angka.... (saja nak sedapkan hati)

hari ni macam biasa, dah jadi rutinku untuk bertugas di pejabat. masih ramai lagi kawan2ku yang bercuti raya, hanya aku jer yang dah mulakan tugas sejak raya keempat (sob sob sob).. dan kat opis, hanya aku berdua dengan linie jer yang jadi penunggu setia sejak semalam. kak wani masih bercuti raya... dan, seawal pagi perutku dah berbunyi minta diisi (kalau tak puasa macam ni lah rupanya- asyik nak makan jer)... oleh sebab tak berkesempatan nak pergi beli sarapan, aku dengan ayat bodek terus sms encik musa minta dia belikan capati sambal sardin.. dia ok jer, tapi saat akhir encik adam masuk opis, apa lagi aku ngan lini minta dia yang jaga opis... aku terus call en musa cancel yang aku pesan kat dia tu sebab kami nak pergi makan capati sendiri kat mamak- barulah puas.. hehehe!

setelah sebulan bercuti dari makan capati, akhirnya hari ni aku dapat menikmati capati + sambal sardin dengan seadanya.. dua keping aku baham, sama dengan linie... heheh.. lepaskan rindu dendam kat capati setelah sebulan aku menahan.. hahaha! sampai jer kat restoren tu aku nampak encik musa, tuan baim wong dengan kak muna ngah makan kat restoren tu... musa ada jugak tegur aku, tapi tuan baim wong buat2 tak nampak jer... dan aku tau dia tengah bad mood masa tu... aku, macam biasalah... kalau dia tengah bad mood memang malas lah aku nak menegurnya.... dalam kul 10lebih, aku rasa cam nak terkucil plak sebab aircond tu rasa sejukkkkk sangat... kuar pergi tandas jap, masuk opis semula tengok tuan baim wong ada kat dalam opis... pon nampaknya masih mood tak berapa bagus, aku malas nak tegur dia, terus masuk dalam bilik dan terus tutup pintu... sekali sekala aku intai jugak la kat ruang sebelah, tengok dia ada lagi ke dah balik opis dia... tengok dia ada lagi.. ermmmm.. lama jugak dia lepak kat opis kitorang, dan aku rasa dia layan game kat komputer belakang... hehehe... macam lah aku tak tau apa maksudnya kalau orang tu dok khusuk menatap monitor dan tangan dok gerak2an mouse.... game ar apalagi.. hehe... dah setengah jam dia dok melepak kat luar tu, aku pon buat baik la kat dia, hantarkan kek yang kakak balai bagi aku pagi tadi.. pas dia makan sampai abes kek aku, dia pon masuk dalm bilik, nak berborak lah tu... mesti mood dia dah kembali normal... aku, linie, tuan baim wong ngan fadzly dok berborak macam2 cerita yang keluar... kitorang gelak terbahak2 dengan lawak diorang ni sampai tuan letak tangan dia kat dahi aku (tak kena pon), dia tanya "ko demam ekkk"... bengong jek... dia yang buat lawak tak hengat, aku pulak yang kena semula... aku sempat tanya dia "tuan saya tengok pagi tadi bad mood jer, datang bulan ker?" pastu dia jawab, mana ada bad mood, ok jer... (ermmm... yer la tu)

petang pas keje, aku terus pergi dewan besar main badminton.. lepas gian setelah sebulan bercuti...

03 September 2011

Kenduri

By Dalia Hassan at Sabtu, September 03, 2011 0 comments
Hari ni penat sangat kenduri di rumah parent.. Kenduri pertunangan adik perempuan aku... Esok lusa la baru aku update blog.. Nak tidooooo.. Huhu!Apa2 pun aku masukkan la dulu gambar masa kenduri...




























Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

02 September 2011

Aku di sini

By Dalia Hassan at Jumaat, September 02, 2011 0 comments
Assalamualaikum...

Sajak separuh merapu untuk aku.. (Yang terpaksa bekerja hari ni.. Huhu) Layannnnn!

Entah kenapa,
Hari ini,
Saat ini,
Ketika ini,
Aku terdampar
Di daerah sunyi ini...

Argghhhh geramnya...
Fuhhhhh sakitnya...
Issshhhh tensionnya..
Huhuhu sedihnya..

Ada ke patut?
Memang tak patut...
Kerana yang sepatutnya..
Aku seperti kamu
Masih menikmati raya
Di kampung bersama ibunda...

Hari ini aku
Bukan seperti aku
Kerana aku
Tiada keikhlasan
Utk berada di daerah ini..
Maafkan aku.
:'(


Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

30 Ogos 2011

Selamat Hari Raya

By Dalia Hassan at Selasa, Ogos 30, 2011 0 comments
Salam Lebaran buat semua...

Ya! Hari ni adalah hari yang kita tunggu2.. Hari kemenangan setelah sebulan kita berpuasa... Namun, kesedihan tetap terasa kerana Ramadhan berlalu pergi.. Sempatkah kita bertemu Ramadhan akan datang? Wallahua'lam.. Harap2 kita masih berkesempatan bertemu Ramadhan yang akan datang. Amin.

Pagi raya aku di rumah mertua di Kg Sungai Telor, Kota Tinggi.. Sedih woooo.. Kalau boleh aku nak beraya kat umah mak abah aku kat Segamat, tapi apakan daya, dah memang giliran beraya tahun ni di rumah mertua. Suasana? Memang tak sama dengan kemeriahan raya rumah mak abah aku, maklumlah asben aku cuma dua beradik je berbanding ngan adik beradik aku seramai enam orang... Kemeriahan tu memang tak payah cerita la, memang da boom! Teringat kenangan zaman kanak2 dulu setiap kali menyambut hari raya.. Kalau nak cerita kat sini memang takkan habis la... Hehe!

Petang tadi, dalam pukul 3.30pm kami balik ke Pontian, rumah atok.. Kejap je kat sana. Dapatlah singgah beraya kejap kat rumah ibu/bapa saudara sebelah asben kat sana.. Pas maghrib, kami pun bertolak balik ke Kota Tinggi.. Lebih kurang kul 10pm sampai rumah mertuaku...

La ni dah pukul 11.08pm.. Penat + mengantuk sangat mata ni.. Dah tiba masanya aku amik tempat untuk beradu... Jumpa lagi esok ya.. Esok ada program meminang di Felda Air Tawar 3 untuk sepupu asbenku...


Daaaaaaaaaaaa!
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

27 Ogos 2011

Kuih Raya

By Dalia Hassan at Sabtu, Ogos 27, 2011 0 comments
Assalamualaikum...

Mesti ramai yang dah start cuti kan? Hari ni Sabtu, aku masih di sini, menyiapkan kuih raya untuk diagih2kan pada family aku dan mertua.. Saja je nak membanyakkan kuih raya bagi kat diorang.. Maklumlah, menantu mithali.. Hihihi!

Sempat la aku buat dua adun tart nenas.. Cukuplah, asalkan ada. Petang ingat nak kuar jap beli barang, tapi malas pulak.. Pas maghrib jer la aku kuar.. Tengah malam karang dah nak balik kota tinggi dah.. Takut tak sempat jer..



Oklah.. Cukup entry aku untuk hari ni.. Terkejar2 pulak rasanya. Baju pun tak packing lagi... Huhu!

Daaaaaaaaaa!
 
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

PayPal

 

The Kakya Joyah Template by Ipietoon Blogger Template | Gadget Review