Sahabat

Halaman

21 September 2019

Lepak Dengan Geng UTM

By Dalia Hassan at Sabtu, September 21, 2019 0 comments
Assalamualaikum wbt..

Lama betul aku tak jumpa geng UTM aku.. semenjak dah takder kelas ni, rindu pulak kat diorang.. kalau tak dulu seminggu sekali ada la juga jumpa... time tu la nak bergossip, membawang, bergaduh dan yang sewaktu dengannya.

So, hari ni kami plan nak jumpa kat Secret Recipe Intermark... dan macam biasa la, Erik la yang jadi mangsa untuk belanja kami. Dalam masa yang sama juga aku, Ain ngan Dhilla berpakat untuk sambut besday Erik...








Harap2 lepas ni nanti kami akan ada masa untuk jumpa lagi...

Layan Buskers Depan Sogo

By Dalia Hassan at Sabtu, September 21, 2019 0 comments
Assalamulaikum wbt..

Lepas aku jumpa kawan2 UTM aku kat Intermark, aku pergi Jalan TAR jap nak cari tudung kat Muaz. Tapi memang aku ada niat nak singgah jap tengok busking depan Sogo. Kebetulan masa tu ada program dengan IPK KL kat sana. So aku melekat la kat depan Sogo tu agak lama jugak... dalam sejam lebih walau penonton agak ramai kat sana.

Sempat la aku rekod beberapa lagu yang diorang nyanyi termasuklah lagu ynag dinyanyikan oleh abang polis dan Dato Polis kat sana..












19 September 2019

Mask 3M N95 Model 8210

By Dalia Hassan at Khamis, September 19, 2019 0 comments
Assalamualaikum wbt

Pagi semalam aku rasa macam teruk sangat jerebu ni.. sesak dada dibuatnya. Tapi dalam kul 3 lebih hujan sekejap... so jerebu macam dah okla sikit. Petang tu aku pegi training badminton, balik tu aku tak pakai mask sebab macam dah kurang sikit jerebu.

Pagi tadi pulak dengan confidentnya aku kuar rumah tak pakai mask. Kekonon jerebu tak kuat la... sekali bila dah atas jalan tu baru sedar yang jerebu masih tebal. Menyesal tak pakai mask. Sesak rasa nafas aku..

Sampai opis, belek2 wasap aku nampak sorang brother ni jual mask N95 kat depan McDonald. Aku pun wasap dia untuk tanya harga.. aku fikir nanti balik kerja bolehlah singgah kejap beli kat dia. Dia tanya aku nak berapa keping, aku cakap la untuk aku sorang je.. tu aku nak tau harga supaya senang aku nak bajet berapa aku nak beli.

Tak sampai 10 minit, dia call aku suruh aku tunggu kat depan pos pengawal sebab kebetulan dia memang lalu depan IPD. 6 keping dia bagi aku... aku nak bagi duit dia taknak. Dia kata sekali sekala belanja kawan.

Alamak! Segannya aku... tapi Alhamdulillah la.. kalau nak beli aku rasa mask ni agak mahal la jugak... so yang 6 keping tadi tu aku bagi 3 keping kat kawan2 aku yang naik motor sama macam aku pegi keje. Yang naik kete aku tak layan. Haha



Ok bila pakai mask 3M N95 Model 8210 aku rasa lebih yakin untuk menghadapi cuaca yang berjerebu macam sekarang ni. Haha

17 September 2019

Pemberian Dari Mekah

By Dalia Hassan at Selasa, September 17, 2019 0 comments
Assalamualaikum wbt...

Hari ni kak Sariha start keje setelah cuti lama untuk menunaikan haji. Excited bila tengok dia, Alhamdulillah dia sihat masa kat sana walaupun dia pergi sendirian tanpa ditemani ahli keluarga. Macam2 dengar dia bercerita pengalaman dia kat sana, seronok sangat. Aku berharap satu masa nanti kalau ada rezeki lebih aku nak pergi sana jugak.. teringin sangat. Mesti tenang..

Pagi tadi dia bagi kurma dan kismis, air zamzam, coklat yg dia bawak dari sana. Selain tu ada jugalah dia bawak kuih2 dan makanan lain, nasib baiklah aku ni tengah berdiet. Kalau tak memang aku la yang paling banyak makan. Pastu dia suruh pilih sejadah, mana yang berkenan tu. Aku pun pilih warna pink purple... sesuai dengan tirai ngan alas katil aku yg warna pink purple jugak.

Petang sebelum aku balik, tetiba dia panggil aku then bagi jubah kat aku. Dia kata jubah ni tanda terima kasih sebab banyak bantu dia buat kerja selama ni. Alamak! Aku tolong dia bukan minta balasan pun. Ikhlas. Tapi, bak kata orang tua-tua, tak baik menolak pemberian orang. So aku terima la jubah tu dengan hati terbuka.

Malam ni masa tengah guling2 kat rumah, tetiba teringat jubah yang dia bagi tu. Aku pun ambik and... wowwwww!!! Cantiknya jubah niii! Excited giler. Tak sangka pulak jubah ala2 mak datin yang dia beri kat aku. Mesti mahal ni. Syukur Alhamdulillah. Boleh la aku pakai jubah ni bila ada majlis2 tertentu. Nak pakai pegi kerja, sayang...

Nampak tak? Saja buat love tu sebab nak tunjuk batu2 kat tangan tu. Selendang tu pun dapat sekali pakej dengan jubah.

Ni sejadah yang dia bagi. Agak tebal dan berat juga walau saiznya kecil dari biasa..

Dalia : Tetiba sis rasa terharu. Ada jugak orang yang sayang sis. Iskkkkk!

12 September 2019

Kempen Buy Muslim First ( BMF )

By Dalia Hassan at Khamis, September 12, 2019 0 comments

Assalamualaikum wbt...

Aku yakin korang semua mesti tau dan terlibat sama dengan kempen Buy Muslim First ( BMF ) melalui facebook Persatuan Ekonomi Muslim Malaysia. Kempen ini adalah untuk menggalakkan kita mengutamakan produk keluaran muslim dalam berbelanja dalam kehidupan seharian.


Entah kenapa, seakan baru tersedar dari tidur tentang betapa pentingnya kita sebagai seorang muslim untuk mengutamakan produk keluaran muslim sekaligus dapat membantu ekonomi orang Islam yang terlibat dalam perniagaan. Dan aku baru sedar dan tahu rupa-rupanya banyak produk keluaran muslim yang berada di pasaran dan juga banyak produk bukan muslim yang menggunakan nama2 berkaitan Islam untuk mengelirukan pengguna.


Aku ada bercerita tentang BMF ni kat sorang kawan aku, tapi entah kenapa beria dia bantah kempen BMF ni. Dia kata tak relevan. Masa tu memang aku berdebat jugalah dengan dia pasal ni. Dan akhirnya aku tersedar bahawa sebenarnya kita tak boleh paksa siapa2 untuk BMF ni. Itu memang hak dia untuk menolak, sama juga seperti hak kita untuk menyokong BMF ni. Tiada yang paksa. Yang perli memerli tu kita biarkan jer la kan. Kita cuma nak bantu orang kita berniaga dan sebenarnya kita ada kuasa untuk membuat pilihan. Yang tak suka tu, pandai2 lah jawab depan Allah nanti bila ditanya apa yang telah kita buat dalam membantu saudara-saudara kita.


Bukan itu saja, golongan bukan islam sendiri mengakui tentang perkembangan positif tentang turunnya harga barang-barang secara mendadak. Ye lah. Bila kempen ni dilakukan, tiba2 kebanyakan barang kat pasaran turun harga termasuklah minyak masak dan juga beras yang dahulunya sangat susah nak turun harga.


Dan dalam pada masa yang sama, seluruh Malaysia mendapat manfaat dari penurunan harga barangan ini.


Selama ini orang melayu kita telah dipisahkan oleh politik. pastikan kita tidak akan berpisah dengan kempen ini.

Dalia : psssttttt! Tahukah anda... Masjid adalah 'produk muslim' yang masih belum mendapat tempat dihati pengguna muslim. Sama-sama kita fikirkan.

Jom maghrib!

Tindakan Semasa Jerebu

By Dalia Hassan at Khamis, September 12, 2019 4 comments
Assalamualaikum wbt

Jerebu ni makin menjadi-jadi nampak gayanya. Dah le aku ni sejenis yang kulit sensitif, dengan resdung lagi. Habis gatal-gatal muka aku dibuatnya. Di tambah lagi dengan aku pergi balik kerja dengan naik motor, memang lagi terdedah la aku dengan jerebu ni. Nampak gayanya nak tak nak esok aku terpaksa jugalah bawak kereta untuk pergi kerja.

Tapi tu la kan. Nak marah pada si pelaku pun tak guna. Benda ni berulang hampir setiap tahun. Tak boleh nak cakap apa dah kalau menteri pun tak boleh nak buat apa. Kita sama-sama je la berdoa agar hujan turun dengan lebat sekaligus dapat menghapuskan partikel-partikel dalam udara yang tak berapa nak bersih tu.

Apa yang perlu kita buat adalah dengan cuba mengurangkan aktiviti fizikal luar rumah supaya kita tak terdedah dengan udara yang kotor. macam aku ni, kalau ikutkan setiap Jumaat memang akan ada program gaya hidup sihat kat tempat kerja aku. Tapi untuk minggu ni, program tersebut terpaksa dibatalkan dan perhimpunan bulanan yang biasanya dibuat di dataran depan IPD pun di tukarkan ke dewan serbaguna.

Kalau boleh korang cubalah untuk sentiasa berada di dalam bangunan (indoor). Kalau korang kat opis tu, duduk je diam-diam dalam opis. Jangan kemana- mana... kalau yang memang bekerja kat luar tu, macam adik-adik yang buat servis Food Panda, Grab Food dan lain-lain tu, nak tak nak terpaksa la korang pakai penutup hidung dan mulut. Pastikan penutup hidup dan mulut yang korang guna tu adalah dari jenis 3  ply. Contoh penutup hidung dan mulut yang sesuai digunakan ialah P100 dan N95.

Udara kat dalam rumah dan opis korang pun korang kena pastikan sentiasa bersih. Kalau siapa-siapa yang ada penapis udara tu, kira kelebihan la kat korang untuk mendapatkan udara yang bersih. Kalau siapa-siapa yang takde penapis udara tu takper, jangan pulak korang stress. Pastikan je udara kat rumah tu bersih. Kalau ada suami, adik beradik ataupun rakan sekerja korang yang merokok kat dalam rumah / pejabat, korang sesah je dengan kayu besbol. Tak pun korang ambik rokok kat tangan diorang tu, korang cucuh je kat peha dia. Kita bagi penderaan sikit kat dia biar dia sentiasa beringat.

Mana-mana yang menaiki kereta tu, korang bukak la penghawa dingin tu. Aku tengok ada je kekawan aku yang tak nak bukak penghawa dingin, nak jimat minyak katanya. Ada tu yang bagi alasan nak hirup udara luar, sebab tu bukak tingkap dan off aircond. Deyyyyyyy! Korang tak nampak ke kat luar tu udara berjerebu???? Kalau on aircond pun, pastikan operasi mode aircond tu dalam mode kitaran udara dalaman.

Selain tu, korang kena banyak minum air kosong. Aku tau yang part kena minum air kosong banyak ni memang korang susah sikit nak buat, sebab aku pun sama. Tapi untuk kesihatan yang baik, kita cuba juga lah gagahkan diri untuk minum sekurang-kurangnya 8 gelas air kosong sehari. Amacam? Boleh ke tidak?

Ok. Last sekali, basuh tangan dan muka dengan sabun dan air bersih selepas melakukan ataupun menghadiri aktiviti luar. Ye lah kan, takut jugak zarah2 tu ikut melekat kat kita. Jadi seeloknya kita cuci la bersih-bersih.



Untuk tengok Indeks Pencemaran Udara (IPU) yang terkini, korang boleh klik link ini.

Selain tindakan semasa jerebu kat atas ni yang korang kena buat, korang juga kena tahu apakah kesan kesihatan akibat jerebu ni.


Jerebu akan memburukkan keadaan penyakit kronik yang dihadapi seperti:
  • Penyakit obstruktif saluran pernafasan kronik
  • Asma
  • Radang paru-paru
  • Sakit jantung
  • Sakit tekak
  • Sakit mata
  • Batuk
  • Selesema
Terlupa pulak aku nak bawak mask aku. Kebetulan kat opis diorg ada edarkan mask ni, bolehlah dari takder. 

Oklah. itu je yang dapat aku share tentang jerebu ni. Sama-samalah kita mengambil langkah selamat semasa berlakunya jerebu ni.

Villa Zaitun / Fairwinds Hotel, Port Dickson

By Dalia Hassan at Khamis, September 12, 2019 4 comments
Assalamualaikum wbt...

Dalam sibuk kempen Buy Muslim First, aku terjumpa tentang satu artikel berkenaan Villa Zaitun yang pernah dimiliki oleh pemilik produk Zaitun - produk Muslim yang pernah terkenal suatu masa dahulu. Ceritanya menarik minat aku, lebih-lebih lagi dulu produk Zaitun ni memang pernah aku gunakan dalam kehidupan aku masa zaman kanak2 dulu. 



Penulis artikel ni memang pandai menarik minat pembaca untuk menghayati dan sekaligus menghabiskan pembacaan tentang Villa Zaitun ni. Gaya bahasa dan penulisan yang mudah difahami, dalam masa yang sama seakan membawa kita sekali dalam misi penyiasatan beliau dalam mengkaji asal usul villa tersebut.

Aku nak olah semula ayat atau ringkasan pun tak berapa pandai tapi korang semua boleh baca kat link yang aku beri kat bawah ni. Aku juga ada ambil kronologi villa Zaitun dari blog tersebut supaya korang dapat gambaran dan sekaligus berminat meneruskan pembacaan di blog tersebut.



Kredit : Pengetua TheHistorian SS



Kronologi ‘Villa Zaitun/Fairwinds Hotel’

– Sekitar pasca Perang Dunia Pertama (1914-1918), sebuah banglo mewah dibina oleh seorang hartawan Cina Port Dickson

– Selepas era penjajahan Jepun atau pasca Perang Dunia Kedua (anggaran selepas 1945), hartawan Cina itu menduduki semula banglonya.

– Sekitar 1950-an, Fairwinds Hotel mula beroperasi di banglo itu.



– Awal 1990-an, pemilik Zaitun Industri membeli banglo itu dan menjadi ‘Zaitun Villa/Vila Zaitun/Rumah Zaitun’.

– Sekitar pasca 2003, pihak Zaitun Industri melepaskan pemilikan ‘Zaitun Villa’.

*Tambahan, sekitar 2008-2009, ada laporan yang mengatakan terdapat kelibat rusa-rusa di dalam premis Zaitun Villa.

– Kini, pihak Avillion Port Dickson telah membeli hartanah itu dan dijadikan tempat meletak kereta (ketika artikel ini ditulis).


Sejarah Port Dickson dan tempat-tempat lain seperti Lukut yang merupakan syurga perlombongan bijih dan pengeluaran arang pada masa lalu memberikan keuntungan dan nasib yang baik kepada imigran Cina. Pembinaan pelabuhan merancakkan lagi kepesatan ekonomi di Port Dickson. Malah pada tahun 1891, jalan keretapi dibina untuk menghubungkan Tanjung dan Sungai Ujong yang sekarang dikenali sebagai Seremban. Dari asalnya pelombong biasa, mereka membina kekayaan dan akhirnya mampu memiliki banglo mewah yang memiliki standard senibina Neo-Renaissance yang menjadi trend bangunan mewah di Eropah ketika itu.

Namun kedatangan Jepun, mengubah segala-galanya.

Kekejaman melampau Jepun di banglo tersebut membuatkan ‘aura’ banglo mewah itu tidak seperti sebelumnya. Ia memberikan tekanan perasaan dicampur masalah-masalah lain. Tragedi maut yang melibatkan keluarga hartawan itu membuatkan banglo itu disewakan sahaja kepada orang lain untuk dijadikan hotel.

Hotel itu nampaknya menikmati zaman kegemilangan, namun akhirnya ia dijual, mungkin sekitar 90-an. Ini kerana ketika pengambaran klip video penyanyi Shima itu, ianya sekitar tahun 1990-an dan keadaan banglo itu sudah pun agak terbiar dan terdapat unsur lakumusnah (vandalism) pada bahagian-bahagian seperti tangga dan dinding. Ini bermakna Fairwinds Hotel telah berhenti beroperasi lama sebelum itu. Mungkin awal atau pertengahan 80-an ini kerana pada 1974-76 (tempoh George bekerja di sini), hotel itu masih wujud dan memberikan servisnya kepada George. Jadi pengusaha Zaitun Industri mungkin membelinya sekitar tahun 1990-an itu. Ya, seperti yang ada dalam komen ‘kontraktor’ sebelum ini di Youtube Faizal Rozi.

Zaitun Industri pernah melalui zaman kegemilangan, namun akhirnya tragedi demi tragedi menimpa apabila berlaku salah urus pentadbiran syarikat menyebabkan ianya mengalami zaman kejatuhan.

Saya tidaklah mengatakan bahawa semua ini ada kaitan dengan perkara-perkara ‘mistik’ berpunca dari banglo tua itu. Bagi saya pemilik terakhir jadi begitu adalah atas kesilapannya sendiri.

Sekian.

Untuk kisah yang lebih lanjut, bolehlah lawat ke blog http://historianlodge.historiansecret.com/?p=1853

06 September 2019

Lirik Lagu : Hutang ~ Floor 88

By Dalia Hassan at Jumaat, September 06, 2019 3 comments
Assalamualaikum wbt

Siapa kat sini yang suka berhutang? Ni ada lagu ditujukan khas buat korang...

Pssttt.. suka tengok video klip lagu ni...lebih2 lagi part last tu. Lawak.

Hahaha


Hutang ~ Floor 88


Kau nak cepat kaya

Macam jual unta
Tapi kau sendiri
Malas nak usaha
Cerita sana sini
Gebang kau merata-rata


Pantang depan mata
Ada saja cerita
Tipu belit kawan
Dah macam ular sawa
Bila dah tahu kau lari berbatu
Macam kau nampak hantu


Cerita zaman dulu
Pak kaduk gadai tanah
Dia laga ayam bukan kepunyaannya
Cerita zaman sekarang
Kau yang guna duit orang
Pabila pecah tembelang
Lari lintang pukang
Kau tak mampu bayar sekupang-pang
(Alakazam) 


Pok amai-amai belalang kupu-kupu
Bayar duit aku yang semua kau sapu
Kambing biri-biri ala sudah datang dari Jawa
Mana kau nak lari bawa duit tu ke mana


Buai laju-laju buai sampailah pokok sena
Duit tu beribu semua entah ke mana
Memanggil Fasola tikam di tapak kakinya
Dah memang kau salah ku taboh kau pon tak apa
Rampo ngiseng semar tilem 


Solo solo
Solo solo
Solo solo 


La la la la la la la la
La la la la la la la la


Cerita zaman dulu
Pak kaduk gadai tanah
Dia laga ayam bukan kepunyaannya
Cerita zaman sekarang
Kau yang guna duit orang
Pabila pecah tembelang
Lari lintang pukang
Kau tak mampu bayar sekupang-pang
(Ram-pang-pang)


Pok amai-amai belalang kupu-kupu
Bayar duit aku yang semua kau sapu
Kambing biri-biri ala sudah datang dari Jawa
Mana kau nak lari bawa duit tu ke mana 


Buai laju-laju buai sampai pokok sena
Bayar hutang itu takut nanti kau merana 
Memanggil Fasola tikam di tapak kakinya
Dah memang kau salah ku taboh kau pon tak apa
Rampo ngiseng semar tilem
Rampo ngiseng semar tilem




PayPal

 

The Kakya Joyah Template by Ipietoon Blogger Template | Gadget Review