Sahabat

Halaman

21 Julai 2016

Hiking @ Bukit Tabur Far East

By Dalia Hassan at Khamis, Julai 21, 2016 0 comments


Assalamualaikum wbt..






Macam biasa, lepas raya ni, lemak berkilo2 melekat kat badan. Aiseyman.. stress aku dibuatnya. Apa tak, 6kg berat naik. adeiii.. stress.. stress...




Bila cakap dengan asben, dia gelakkan jer. Eleh. Dia pun sama sebenarnya. Sama2 bina badan. Lagi ada hati nak gelakkan aku. haha!




Setelah berbincang, pada awalnya aku dan asben ingat nak pergi hiking kat Gunung Pulai, Pontian sebelum gerak balik ke Subang. Tapi memandang beberapa hari sebelum tu berlaku kejadian rakyat Singapore yang meninggal akibat tergelincir kat Gunung Pulai, terus kami ubah rancangan. So pada Raya ketujuh, kami terjah Bukit Tabur Far East...




Sebenarnya.. aku naik tak sampai puncak pun... sikit je lagi nak sampai. Tapi aku batalkan niat sebab cuma aku sorang jer yang ada kat atas tu.. buatnya berlaku apa2, tak ke naya.. orang lain memang takder. Asben dan anak aku tunggu kat bawah batu. Memang tak berani nak bawak dia naik ikut tali tu... bahaya... tu yang asben aku tunggu kat bawah tu.. tapi takper.. in Shaa Allah ada rezeki dalam masa terdekat ni aku nak pergi lagi bersama Geng Outdoor Subang Jaya.

























Status Blog #98

By Dalia Hassan at Khamis, Julai 21, 2016 0 comments

Selamat Hari Raya

By Dalia Hassan at Khamis, Julai 21, 2016 0 comments


Assalamualaikum wbt...






Hari ni dah raya keenam belas rupanya.. fhewwww... lamanya aku tak update blog ni. rasa macam takder mood pun ya juga. Tak tau la kenapa... mungkin sebab sibuk. Mungkin.






Dikesempatan ini aku nak ucapkan Selamat Hari Raya Maaf Zahir Batin kepada semua kawan kawan aku, teman teman blogger dan juga kepada sesiapa yang mengenali aku secara langsung mahupun secara tidak langsung. Ampun maaf diminta andai kata ada terkasar bahasa atau terguris hati. Yerla.. memang aku sedar yang kadang kadang mulut aku ni memang agak sedikit lancang... ngeeeeee!!!




Oklah. Lagi sekali, Selamat Hari Raya Maaf Zahir Dan Batin buat semua.


















Daaaaaaaaaaaaaa!









Selamat Hari Raya

By Dalia Hassan at Khamis, Julai 21, 2016 0 comments


Assalamualaikum wbt...






Hari ni dah raya keenam belas rupanya.. fhewwww... lamanya aku tak update blog ni. rasa macam takder mood pun ya juga. Tak tau la kenapa... mungkin sebab sibuk. Mungkin.






Dikesempatan ini aku nak ucapkan Selamat Hari Raya Maaf Zahir Batin kepada semua kawan kawan aku, teman teman blogger dan juga kepada sesiapa yang mengenali aku secara langsung mahupun secara tidak langsung. Ampun maaf diminta andai kata ada terkasar bahasa atau terguris hati. Yerla.. memang aku sedar yang kadang kadang mulut aku ni memang agak sedikit lancang... ngeeeeee!!!




Oklah. Lagi sekali, Selamat Hari Raya Maaf Zahir Dan Batin buat semua.


















Daaaaaaaaaaaaaa!









30 Jun 2016

Status Blog #97

By Dalia Hassan at Khamis, Jun 30, 2016 0 comments

Assalamualaikum wbt...

Diam tak diam tinggal berapa hari je lagi nak raya. Kejap je rasa. Tapi sepanjang hidup aku, Ramadhan tahun ni la yang banyak sangat peristiwa terjadi kat aku, keluarga aku dan juga orang sekeliling aku.. Banyak cabaran yang aku tempuhi... dengan kejar masa untuk siapkan projek paper KIK, dalam masa  yang sama aku kena curi masa untuk study, dan juga menghadap final exam... tapi yang ni, aku masih ok lagi...

Banyak juga dugaan yang sangat memerlukan kesabaran yang tinggi.. antaranya adalah gosip yang melanda aku (macam artis kan???) dan juga salah faham yang berlaku dalam hidup aku... kiri kanan kawan, dan aku hampir mati tersepit di tengah2. Mujurlah semuanya dah selesai, walaupun aku tau aku juga dipersalahkan. Tak apalah... asalkan semuanya dah selesai dan tak menyerabutkan kepala hotak aku lagi serta membuatkan aku kembali tidur lena.

Apabila aku tak dapat menangis bersama anak aku, Ainul yang kehilangan sahabat baik dia dalam satu kemalangan di simpang Tai Hong, Kota Tinggi. Aku rasa down sangat sebab tak dapat nak peluk dia saat dia bersedih. Apa punya mak la aku ni, kan??? 

Tapi Alhamdulillah... dalam banyak2 perkara yang terjadi, terselit satu berita yang mampu memadamkan segala rasa kesedihan aku... berita yang aku tunggu2. Syukur Alhamdulillah... rezeki Ramadhan buat aku dan kawan aku merangkap teammate KIK aku, Tuan Zulaikha.. *wink wink*... syukur.... dan juga result exam aku yang takderlah awesome sangat, tapi berbaloi la dengan apa yang dah aku lakukan.

Bukan senang nak senang, kan??

Daaaaaaaaaaaaaaa....




21 Jun 2016

Status Blog #96

By Dalia Hassan at Selasa, Jun 21, 2016 0 comments

Semenjak dua menjak ni, dah jadi kelaziman aku setiap hari, setiap detik, setiap masa pandangan mata aku akan aku lontarkan ke luar, kerana mengharapkan seseorang muncul, walau sekejap... Terus terang, hari ni aku menyesal... kerana sebab kelaziman itu la, aku nampak sesuatu yang buatkan emosi aku tak menentu. Tak stabil. Sesuatu yang aku tak ingin lihat.. sesuatu yang buatkan aku semakin sedih..

Lirik Lagu : Suatu Pernah ~ Fynn Jamal

By Dalia Hassan at Selasa, Jun 21, 2016 0 comments

Suatu Pernah

habis sudah madah;
tak ada satu pun yang tertinggal,
setiapnya telah—
kau ambil dan terus kau jual.

seolah tak pernah memakna apa,
seolah tak pernah kau inginkannya,
seolah—
tak pernah...

dikutipku bila sudi,
di bila tidak, dibiar mati,
dan lebih menyakitkan—
ku tetap tunggu di tepi jalan.

seperti tak pernah ku ada harga,
seperti tak pernah kita bersama,
seperti tak pernah kau mahu aku,
--tak pernah rindu
--tak pernah rayu
--dulu.

terleburhancur kebal rusukku;
berkecaisepai, terpecahbelah,
terima kasih atas ajarmu—
--cinta tak wujud
--ah, tak pernah.

dan dengarkan jeritku;
jujur tak terfitnah,
kau hanya bagiku—
suatu yang pernah.

takkan ada apa—
yang mampu untuk buat kau pulang,
bila sudah tiada rasa—
bikinlah apa, tetap kau terbang.

takkanku pujuk kau jangan pergi,
takkan ku minta kau fikir lagi,
takkan ku paksa renung semula,
takkan ku suruh apa2.

takkan ku izin tubuh dibuka,
takkan ku pamer reput di dada,
takkan ku rebah,
takkan ku goyah,
takkan ku biar tubuh didarah.

pernah—
suatu yang pernah
suatu yang pernah

suatu—
pernah.




Lirik Lagu : Suatu Pernah ~ Fynn Jamal

By Dalia Hassan at Selasa, Jun 21, 2016 0 comments

Suatu Pernah

habis sudah madah;
tak ada satu pun yang tertinggal,
setiapnya telah—
kau ambil dan terus kau jual.

seolah tak pernah memakna apa,
seolah tak pernah kau inginkannya,
seolah—
tak pernah...

dikutipku bila sudi,
di bila tidak, dibiar mati,
dan lebih menyakitkan—
ku tetap tunggu di tepi jalan.

seperti tak pernah ku ada harga,
seperti tak pernah kita bersama,
seperti tak pernah kau mahu aku,
--tak pernah rindu
--tak pernah rayu
--dulu.

terleburhancur kebal rusukku;
berkecaisepai, terpecahbelah,
terima kasih atas ajarmu—
--cinta tak wujud
--ah, tak pernah.

dan dengarkan jeritku;
jujur tak terfitnah,
kau hanya bagiku—
suatu yang pernah.

takkan ada apa—
yang mampu untuk buat kau pulang,
bila sudah tiada rasa—
bikinlah apa, tetap kau terbang.

takkanku pujuk kau jangan pergi,
takkan ku minta kau fikir lagi,
takkan ku paksa renung semula,
takkan ku suruh apa2.

takkan ku izin tubuh dibuka,
takkan ku pamer reput di dada,
takkan ku rebah,
takkan ku goyah,
takkan ku biar tubuh didarah.

pernah—
suatu yang pernah
suatu yang pernah

suatu—
pernah.




PayPal

 

The Kakya Joyah Template by Ipietoon Blogger Template | Gadget Review