Sahabat

Halaman

10 Oktober 2011

Al Fatihah : ACP Zainal Rashid Bin Hj. Abu Bakar

By Dalia Hassan at Isnin, Oktober 10, 2011
Bagaikan mimpi! Itulah yang aku rasa ketika dapat khabar sedih tentang kehilangan boss aku, Ketua Polis Daerah Subang Jaya ACP Zainal Rashid Bin Hj. Abu Bakar. Pada waktu tu, aku , Anne Tuah, Ieyla A.Rani dan Ustaz Zul Waqar masih lagi berada di Rumah Orang Tua Al-Ikhlas Puchong kerana mengikuti lawatan amal yang dianjurkan oleh The Red Warriors Lembah Kelang. Lebih kurang sepuluh minit sebelum tu, kami telah diberitahu bahawa Allahyarham jatuh pengsan selepas bermain golf dalam satu pertandingan piala KP di Kota Kemuning dan telah dihantar ke Columbia Asia Hospital untuk rawatan. Tapi berita yang menyusul selang beberapa minit itu benar2 membuatkan kami tergamam. Pinggan berisi bihun goreng aku campakkan ke plastik sampah. Begitu juga dengan Anne dan juga Ieyla. Selera kami termati dengan tiba2. Sedih sangat. Allahyarham seorang ketua yang sangat baik dan sukar dicari ganti. Masih terbayang2 senyuman dari arwah jika kami berselisih jalan. Baru beberapa hari lepas aku terserempak dengan arwah, dan arwah sambil tersenyum menegur bertanya hendak kemana walaupun dia nampak yang aku baru keluar dari tandas.

Allahyarham ACP Zainal Rashid Bin Hj Abu Bakar semasa hayatnya.. gambar diambil oleh aku ketika pertandingan menembak piala KPD Subang Jaya di Briged Tengah PGA Cheras pada bulan March yang lepas.

Van jenazah. Gambar ni diambil di unit forensik Hospital Serdang ketika menunggu jenazah untuk dibedah siasat dan dimandi serta dikafankan sebelum dibawa balik ke surau IPD Subang Jaya untuk disembahyangkan.
Jiran sepagarku dari shahazrin.com sedang membantu menyediakan kain kafan sambil diperhatikan oleh Anne Tuah.
Jenazah tiba di surau IPD Subang Jaya untuk penghormatan terakhir. Saat ni menitis lagi airmata aku, sayu sangat.




Selepas mendapat berita pemergian arwah, kami bergegas untuk ke Columbia Asia Hospital di Kota Kemuning. Tapi aku perlu menghantar ustaz Zul Waqar ke Balai Polis Puchong Jaya kerana kalau mengikut jadual, dia perlu menghadiri satu majlis Rakan Cops yang sepatutnya juga dirasmikan oleh Allahyarham pada jam 3pm. Di Balai Puchong Jaya, Ustaz diberitahu bahawa majlis dibatalkan dan dia diarahkan untuk bersiap sedia di surau IPD untuk menanti jenazah. Dari sana, kami bergegas pulang ke IPD untuk menghantar ustaz zul dan terus menuju ke Columbia Asia Hospital. Sampai pertengahan jalan, kami diberitahu bahawa jenazah akan dibawa ke Unit Forensik Hospital Serdang untuk dibedah siasat.

Sampai di Unit Forensik Hospital Serdang, ramai anggota dan pegawai yang sudah memenuhi ruang hospital. Semakin lama semakin ramai yang datang untuk menantikan jenazah. Selang beberapa minit selepas kami tiba di sana, anak2 Allahyarham pula tiba. Sebak dan pilu bila melihat Anja, salah seorang anak Allahyarham jatuh terduduk tidak sedarkan diri. Aku dan Anne menangis berpelukan bila tengok suasana ketika itu.. sangat sedih... aku tau dia sangat rapat dengan arwah. Rata2 yang menyaksikan kejadian tersebut tidak mampu menahan air mata yang mengalir, termasuklah Tuan Khai a.k.a Baim Wong... Setelah jenazah dimandi dan dikafankan, kami dibenarkan untuk melihat wajah Allahyarham. Subhanallah, wajahnya sangat bersih. Tak lepas aku memandang wajah arwah. Bersih sebersih2nya.

Kami berkampung di surau IPD Subang Jaya sehingga jenazah dibawa ke tanah perkuburan. Semoga Allahyarham Hj. Zainal Rashid Bin Hj Abu Bakar ditempatkan di kalangan orang2 yang beriman. Amin.

0 comments:

PayPal

 

The Kakya Joyah Template by Ipietoon Blogger Template | Gadget Review