Sahabat

Halaman

14 Februari 2014

Mesyuarat Agung Tahunan Perkep

By Dalia Hassan at Jumaat, Februari 14, 2014 0 comments
Assalamualaikum wbt...
Petang tadi berakhir sudah mesyuarat agung tahunan perkep daerah.. tahniah buat barisan ajk baru.. dan tahniah buat aku jugak sebab akhirnya berjaya memenuhi hasrat melepaskan jawatan yang tak kesampaian tahun lepas.. lepas ni tak payah nak pening2 lagi dah... yahoooooo...

Buat kak wani (bendahari), ain (juruaudit) dan kak sariha (rumah perkep).. sorry banyak2 yer terpaksa naikkan nama korang.. (walaupun teruk aku kena marah dengan diorang) hahahahhaha... tapi tak kisahlah yang penting aku tak pening lagi lepas ni dah..

beg goodies... dapat sponsor dari Mamee


cabutan bertuah dan hadiah ajk....


abaikan kedutan bawah mata yer....

Yang syoknya, sepanjang jalan balik rumah aku tersenyum sorang2 dalam kereta... hahahaha! (apa taknya, dapat cabutan no bertuah pulak tu.. memang hari yang sangat bertuah buat aku)
daaaaaaaaaaaaaaaaaaaa!

02 Februari 2014

Gaduh Ker?

By Dalia Hassan at Ahad, Februari 02, 2014 0 comments

Sedangkan lidah lagi tergigit... inikan pula sebuah persahabatan..

Assalamualaikum wbt....

Ya. Aku tahu semenjak dua menjak ni aku menjadi seorang yang cakap lepas.. kalau aku tak suka sesuatu, aku akan cakap je ikut sedap rasa mulut aku...sesedap rasa... kalau dulu aku boleh jer pendam perasaan dalam hati tak kira marah ke menyampah ke sedih ke apa2 ke.. tapi sekarang, takder nak cakap cover lagi dah.. lepaskan apa yang terbuku didada... biarlah orang nak kata apa pun.. lantak...

Dan pagi tadi, aku sempat sound kawan aku ni. Aku tak tau la dalam seminggu tu berapa jam je masa dia kat opis. Memang dah perasan lama dah, tapi semenjak dua menjak ni makin menjadi2 pulak. Mungkin takder sapa yang tegur dia depan2.. budak2 kat opis atas tu memang dah berbulu tengok dia tapi sorang pun tak berani nak tegur sebab dia tu bespren bos kecik.. tapi.. ada aku kesah?? bos pun makan gaji jugak...


Pagi tadi dia bagitahu kat grup whatsapp yang dia kena pergi training 1-11 febuari ni.. selamba aku tanya dia boleh ke dia tinggalkan anak2 selama masa training tu? tu belum kira lagi hari perlawanan buat kat Perak nanti.. yerla.. bila hari kerja macam2 alasannya... kerap sangat beralasan... muak dah dengar alasan, diorang budak2 opis sampai dah boleh baca dan teka pasal kehadiran dia setiap minggu... tapi bila aku tegur, tak pasal2 aku yang kena balik.. hahahahha.. yerla.. bak kata dia, masalah kita tak sama so sila jaga masalah masing2... aku bukan nak pertikaikan anak sakit, sebab aku pun ada anak dan aku tau betapa susahnya hati kita kalau anak kita tak sihat tapi aku rasa dia ni macam gunakan nama anak kalau masuk lewat / EL.. sikit2 anak sakit... sikit2 mak sakit. kalau betul aku tak kisahla... tapi... entahlah... aku pun tak berani nak cakap lebih2. Cuma yang kami hairan, siang kata terpaksa EL sebab anak sakit tapi sebelah malam boleh pulak pergi event Elken (dia ni bisnes Elken) sampai tengah malam siap bawak asben dan anak lagi.. lepas tu pagi esok kata masuk lewat sebab anak tak sihat nak pergi ambil ubat dulu.. cuba kalau suruh pergi majlis anjuran opis, ada je alasan.. tak boleh nak kepong anak la...malam la... bla bla bla la... masalahnya orang lain pun ada anak jugak tapi kenapa lepas dia...dia... lepas dia... dia... lepas tu dia lagi... yang bermasalah... yang bestnya bisnes sentiasa jalan, tak tau plak bila waktu dia buat bisnes tu.. tapi waktu kerja selalu menghilang... jeng jeng jeng!

Yang bestnya, tanpa pengetahuan kami, salah seorang kawan kat opis tu sentiasa update kedatangan dia start awal bulan aritu... datang lambat, balik awal, senyap je, EL, cuti rehat semua dia rekod... aku pun baru dapat tau beberapa hari lepas... kawan aku siap cakap.. "tak guna kita cakap kat bos, sebab sah2 diorang geng sama2 buat bisnes... aku update je kedatangan dia agak2 kalau tak ada apa tindakan aku report terus kat JPA biar dengan bos sekali kena..." hahahahha sampai macam tu sekali... diam diam ubi berisi...

Sebenarnya aku pernah cadangkan kat kak sariha suruh kak sariha nasihatkan dia supaya ambil jer cuti tanpa gaji sebab aku rasa hati dia memang dah takder kat opis tu lagi... yerla... buat bisnes kan masyuk dapat duit banyak... tapi kak sariha taknak cakap... sensitif katanya... pada aku baik dia ambil cuti tanpa gaji sekurang2nya takder la budak2 lain cakap belakang... bila dah cuti tu, suka hati ko la nak buat apa pun, takder sapa nak ambil tahu..... sekurang2 diorang boleh dapat ETK sebab tolong buat keje ko yang bertangguh tu... ni keje ko diorang kena buat, keje sendiri pun tak sempat nak buat... aptb!

Cuma aku kelakar dalam whatsapp tadi dia mengaku yang dia tu anak tiri dalam trafik. Tapi hakikatnya kami sebenarnya anak tiri, dan dia anak emas... sebab... dia buat apa2 pun takder siapa berani nak tegur...  kalau kami????? teeeeeeettttttttttttttttttttttt!!!!! sendiri mau ingatla....

Harap2 esok aku kena panggil dengan bos pasal whatsapp tu... memang aku tunggu ni.. tak sabar rasanya... dia nak marah pun marahlah... lagi aku suka... penat dah jadi budak baik selama ni... ikut jer arahan... lepas ni jangan harap la... huh!






31 Januari 2014

Skandal???

By Dalia Hassan at Jumaat, Januari 31, 2014 0 comments
Assalamualaikum wbt..

Dah berapa hari aku x sempat nak meng 'update' blog kesayangan aku nih... maklumle tinggal berapa hari je lagi nak raya.. banyak benda nak kena buat.. kuih raya, kemas rumah, sediakan kelengkapan raya untuk anak2 dan suami... sendiri punya pun tak settle lagi... huhu!

Cuma hari ni aku terpanggil untuk bercerita skit pasal gosip yang sedang melanda kat tempat kerja aku... tetiba jer aku rasa macam artis popular yang dah banyak kali menang anugerah ataupun artis baru yang sengaja mencipta kontroversi untuk menaikkan nama... ohhhh please la... itu bukan aku.. aku hanya seorang isteri dan juga ibu kepada anak2 aku... 

Semalam aku sempat ber whatsapp dengan salah seorang pegawai atasan aku... yup.. aku memang rapat dengan dia sebab umur kami lebih kurang jer... bukan aku jer, kawan2 seopis aku yang lain pun rapat dengan dia.. kiranya memang dah macam kawan2 jer, bukan macam boss... apa yang aku perasan, semenjak dua menjak ni dia suka menyakat dan menggiat aku dengan sorang abang polis ni.. siapa abang polis tu? Sapa lagi kalau bukan my good friend yang memang rapat dengan aku dari dulu lagi.

Eh helloooo! Memang aku mengaku aku rapat dengan dia, tapi aku dah anggap dia macam kawan baik aku, bukan skandal aku macam yang diorang fikirkan..otak aku sama gila dengan otak dia, tu yang boleh ngam tu.. lagipun.. dah kenapa aku perlu nak skandal2 ni? Asben aku tu nak campak mana? Asben aku lagi hensem tauuuuuuuuu!

Apa yang aku rasa macam nak demam, boss aku tu kata semua orang2 kat sini dah bercerita tentang tu.. Ya Allah! Sapa lah yang dah buat fitnah kat aku ni, menjaja cerita yang tak betul pasal aku.. aku tak taulah samada dia saja nak takutkan aku atau ianya benar2 berlaku.. kalau apa yang boss cakap tu betul, perlukah aku buat2 pengsan kalau terserempak dengan pegawai lain? Adoiiiii pening kepala aku dibuatnya...

Rabu lepas, ada majlis berbuka puasa peringkat IPD kat tempat aku.. aku incharge bahagian goodies... my good friend boleh pulak dok menyelit kat sebelah aku masa aku sibuk ambikkan makanan untuk anak2 yatim yang dijemput ke majlis tu.. yang lebih mengharukan, my boss yang tolong cedukkan lauk untuk letak kat dalam pinggan yang aku pegang.. dia siap ambik gambar kami lagi sambil menyakat... aduhhhhhh... 

dan satu peristiwa lagi pada malam tu, my good friend panggil nama aku.. sebenarnya dia nak minta tolong aku letak buah kat atas meja vip.. pastu boleh pulak kak sariha cakap, "tuan ni asyik panggil nama dalia jer".. terus berubah muka dia... aku pun masa tu rasa cam nak pengsan jer, dah le orang ramai kat situ... huhu!

Tapi sekarang aku dah paham, kenapa orang kata lelaki dan perempuan tu tak boleh jadi kawan baik... sebab walaupun pada kita dia cuma sebagai seorang sahabat, tapi persepsi dan pandangan orang mungkin berbeza. Dan inilah yang terjadi...

Okaylah... untuk puaskan hati semua orang, aku cuba la elakkan diri dari dia.. tak mau lagi dah bertegur sapa dengan dia.. kalau selisih pun aku nak buat2 tak kenal jer.. mungkin aku terpaksa melepaskan seorang kawan baik demi untuk menjaga nama baik yang dah hampir busuk ni..

Daaaaaaaaaaaaaaaaa......

Alia : waaaaaaaaaaaaaa aku nak mintak transferrrrrr!

#pengsan#

Terkini :

(boss aku dah baca entry aku yang ni dan reaksi dia lepas baca apa yang aku tulis ni : gelak terbahak bahak... menyampahhhhh! aku rasa dia saja buat cerita ni nak menyakat aku padahal takder apa pun orang kata..)

Baked Meatball Carbonara

By Dalia Hassan at Jumaat, Januari 31, 2014 0 comments

Ajer giler. Pukul 11.05pm mula bertukang kat dapur sebab tetiba nafsu nak makan meatball carbonara datang menjengah. Dah nak masuk tengah malam tu, memang menambah lagi berat badan la jawabnya. Adoila... tapi dah teringin punya pasal ditambahkan lagi perut yang memang dah lapar (sebab pagi tadi cuma makan bihun je pastu xda makan apa lagi dah)

First time buat, memang menjadi dan sedap hasil dari bantuan pakcik google.. esok pagi nak buat lagi atas permintaan encik asben... korang bayangkanlah... jam 12.18am baru keluar dari oven.. kami berdua yang bedal sampai licin, anak awal dah tidur...memang berlumba lumba la kami laki bini menambah saiz badan... erkkkkk!

Meatball yang telah dimasak atas kuali (dengan sedikit olive oil) dan campuran capsicum, bawang holland serta cendawan yang telah disangai dalam kuali...

taburkan cheese sebelum dicurahkan dengan sos carbonara yang telah dimasak bersama sedikit susu segar dan oregano

lepas curahkan sos carbonara tu kena taburkan lagi cheese kat atas tu biar nanti bergetah2 bila kita gigit... yang dah tabur tu lupa plak aku nak snap gambarnya... hehehe.. jangan lupa masukkan kedalam oven yer...


tarrrrraaaaaaaaaaaaaaaaaa..... siap dimasak.....

tak sampai 10 minit... licinnnnnnnnn laki bini tu kerjakan... hahahah! (sapalah laki bini tu agaknya)

Dalia, lepas ni jangan bising yer kalau berat makin naik! aptb! ngeeeeeeeeeeeeeeeeee!

24 Januari 2014

Makan Makan @ Island BBQ Steamboat

By Dalia Hassan at Jumaat, Januari 24, 2014 0 comments
Seperti perancangan awal, hari ni lepas kerja aku, linie, kak wani, iema, as dan shikin plan nak makan kat Island BBQ Steamboat kat Kg Melayu Subang..  memandangkan aku EL hari, so aku tunggu diorang kat petronas kg baru subang... kak wani dah tolong booking kan awal2 lagi..

Aku walaupun Island BBQ Steamboat ni dekat je dengan rumah aku, tapi aku tak pernah pun makan situ.. ni la kali pertama.. hahaha!





 Masing2 bila dah kekenyangan.. macam ni la..







Si Kecik Yang Demam

By Dalia Hassan at Jumaat, Januari 24, 2014 0 comments
Si kecik yang demam. Dah macam tajuk sinetron pulak. hehehe...

Pagi tadi dari jam 1lebih, si kecik Arissa tak dapat tidur sebab batuk yang teruk dan nafas berbunyi...mula2 aku ingat lepas bawak dia pegi klinik, aku nak masuk opis tapi lepas doktor cek dan bagi nebu kat dia, doktor minta aku datang semula jam 3 petang untuk diberi lagi nebu.. so aku terpaksa jugalah ambil EL...

Harap2 si kecik ni cepatlah sembuh.. janganla melarat sampai kena asthma... sian dia kecik lagi... huhuhu!

sesi pagi... menangis beria2 dia... tiga orang yang kena pegang...

muka tak sihat...

sesi petang... sempat cari kawan sebelum doktor panggil...





18 Januari 2014

Nak Bercuti... Jom Bercuti!

By Dalia Hassan at Sabtu, Januari 18, 2014 0 comments

Macam dah lama jer tak pergi bercuti.. bercuti yang betul2 bercuti... bestnya... tapi nak pergi mana ek? Kalau ikutkan hati, teringin sangat nak pergi korea... kalau ada geng ramai2 pergi syok juga.. takderlah takut sangat... Nak pegi Jeju Island lokasi dalam drama My Girl tu dengan Nami Island, lokasi drama Winter Sonata tu... cantiknya tempat tu.... (kan best kalau ada orang sponsor) hahahaha berangan lebih!

Vietnam pun aku tak pernah pergi dan teringin nak pergi shopping kat sana... katanya kain kat sana murah2... ada rezeki lebih memang sampai le kesana nanti... In Shaa Allah...

Kalau boleh aku nak pergi Bandung sekali lagi... ada satu tempat yang aku rindu... rindu nak makan sirloin steak yang aku rasa paling sedap aku pernah makan. yummmmyyy! sedapnya....

Jakarta? Mungkin tidak... seriau aku mengenangkan keadaan jalanraya yang macet banget (jem)...lagipun kak zura dan abg syed pun dah balik M'sia.. tak duduk sana lagi so dah tak adalah tempat penginapan free untuk kami... agegegegege!

Lagi satu, teringin nak pergi China. Shopping barang2 murah kat sana pastu bisnes kat sini.. pehhhhh berangan... macamlah ada modal.. hehehe... eh tapi syok jugak.. tengok diorang beli fesyen eksesori kat sana pastu balik sini letak brand sendiri jual harga berkali ganda dari kos... masyukkkkk!

Paris? Sangat teringin nak bergambar kat puncak Eifel Tower tu.. peh! sambil menikmati pemandangan kota Paris bersama kekasih hati juga permata hati.. hahahhaah.. abang aku nan seorang tu walaupun dah banyak kali jejak kaki ke Paris (sebab dulu dia kerja sebulan Msia sebulan Mauritania selama berapa tahun. setiap kali perjalanan akan transit di Paris) tapi sekali pun dia tak pernah naik ke puncak Eifel Tower tu... rugi... rugi.. aku pulak yang ralat. Setakat bergambar kat bawah tu dan beli souvenir baik tak payah. hahahahha.. (gelak jahat)


Kalau kat Msia ni aku teringin nak pergi Pulau Pangkor. Sian aku kan tak pernah jejakkan kaki ke sana.. isk isk.. kalau yak dapat ke Pangkor dapat pergi mana2 pulau pun best jugak... tapi entah bilalah nak perginya.. haishhhhhh!


Dan...Alangkah bahagianya kalau dapat jejakkan kaki ke tanah suci Mekah... percutian paling menenangkan. Mudah mudahan Allah limpahkan rezeki buatku agar aku dapat menjejakkan kaki ke sana.. In shaa Allah... Amin....

Kenduri Kawin Anak Sepupu

By Dalia Hassan at Sabtu, Januari 18, 2014 0 comments
Assalamualaikum wbt...

Hari ni dapat jumpa mak ngan abah kat majlis kenduri kawin anak sepupu aku kat Putrajaya.. masa aku balik kampung hujung bulan 12 aritu, awal2 lagi abah dah pesan, nanti kenduri anak abang Nasir jangan lupa pergi...  hahaha... abah macam tau2 je yang aku ni kalau tak disuruh memang malas nak pergi kenduri kawin sedara... bukan apa.. nanti mesti sedara mara akan kata 'Dalia... apsal makin comel ni???'... tu yang buat aku malas nak jumpa diorang lebih2 lagi yang dah lama tak tengok aku... hahahhaah!

 Macam abang Nasir dengan isteri dia, kali terakhir aku jumpa tahun 2009 kat Hospital Tawakal masa dia datang melawat abah kat sana. Itupun dua hari sebelum dia berlepas ke Venuzuela, bertugas kat kedutaan Msia kat sana. Ni pun baru 3 bulan balik Msia... Anak dia yang kawin ni pun aku tak kenal sangat, masa kecik2 dulu pernah nampak keluar kat tv rancangan hari raya salam dari perantauan. Masa tu abg Nasir kat kedutaan Msia di Myanmar kalau tak salah aku. Sebelum tu kat US.. anak bongsu dia pun lahir kat US.. Balik Msia 3 tahun lepas tu kena hantar ke Jakarta pulak sebelum ke Venuzuela.. bak kata mak long aku  pulak tadi, lepas ni tak tahu la nak kena bertugas kat mana pulak sebab memang tu tugas dia sampai la pencen. Kerja kat negara orang. Sebab tu la aku tak rapat sangat dengan dia... jarang jumpa... tapi syok jugak jadi dia, dapat tengok banyak negara. Tak macam aku, otak tak berkembang... badan jer yang makin kembang.... isk isk..

Ada gambar sekeping je ni... itupun ambik dari jauh...


 Balik dari kenduri, terus pergi Jalan TAR, KL... bukan beli apa pun, tempah name tag PERKEP kat kedai depan SOGO... maklumlah.. minggu depan dah nak mesyuarat agung.. hehehe... (sempat gak menyinggah beli makan kat pasar malam tu)

PayPal

 

The Kakya Joyah Template by Ipietoon Blogger Template | Gadget Review