Top 5
-
Assalamualaikum wbt.... Semalam aku udah selamat sampai dari bercuti ke Bandung bersama teman2ku... Asyik banget.. berada disana 4 hari 3...
-
Korang pernah dengar tak pasal benda ni.. aduh.. tension aku dibuatnya.. sebab? Pengasuh anak aku sibuk ajak aku invest dalam dana ni.. ma...
-
Assalamualaikum wbt... Sebenarnya dah lama juga simpan hasrat nak ke Bukit Berekeh ni semenjak viral dengan awan karpetnya yang ohsem...
-
Assalamualaikum wbt Jumaat : 27/03/2020 PKP/RMO : Hari Ke-10 Bosan jugak ni takder benda nak buat. Hari2 tengok perkembangan Covid-19...
-
Assalamualaikum wbt Isnin: 30/03/2020 PKP/RMO : Hari ke-13 Hari ni aku kerja... Semalam dah plan dah nak masak itu ini untuk bawak bek...
-
Assalamualaikum wbt... Pada 1-4 Jun yang lepas, aku berkesempatan bercuti ke Jakarta menaiki pesawat Mandala, partner Tiger Airways... Cu...
-
Assalamualaikum wbt.... Hari ni masa tengah drive nak pegi keje, entah kenapa tiba2 rasa rindu kat arwah Tok Kin... Arwah pergi masa...
-
Assalamualaikum wbt... Kali keempat aku hiking kat sini.. makin lama makin pewai aku nak sampai puncak. Faktor utama, kenaikan berat ...
-
Assalamualaikum wbt... Simpan sini sebagai kenangan... Kami berkumpul di Serdang untuk hantar abah checkup di Hospital Serdang dan bawa mak...
-
Assalamualaikum wbt.. Al kisah.. begini ceritanya... My bespren, Manek wechat aku mintak tolong aku pergi IKEA belikan dia botol air ka...
Pot Pet Situ Sana Sini
Contact Me
31 Januari 2014
Skandal???
Assalamualaikum wbt..
Dah berapa hari aku x sempat nak meng 'update' blog kesayangan aku nih... maklumle tinggal berapa hari je lagi nak raya.. banyak benda nak kena buat.. kuih raya, kemas rumah, sediakan kelengkapan raya untuk anak2 dan suami... sendiri punya pun tak settle lagi... huhu!
Cuma hari ni aku terpanggil untuk bercerita skit pasal gosip yang sedang melanda kat tempat kerja aku... tetiba jer aku rasa macam artis popular yang dah banyak kali menang anugerah ataupun artis baru yang sengaja mencipta kontroversi untuk menaikkan nama... ohhhh please la... itu bukan aku.. aku hanya seorang isteri dan juga ibu kepada anak2 aku...
Semalam aku sempat ber whatsapp dengan salah seorang pegawai atasan aku... yup.. aku memang rapat dengan dia sebab umur kami lebih kurang jer... bukan aku jer, kawan2 seopis aku yang lain pun rapat dengan dia.. kiranya memang dah macam kawan2 jer, bukan macam boss... apa yang aku perasan, semenjak dua menjak ni dia suka menyakat dan menggiat aku dengan sorang abang polis ni.. siapa abang polis tu? Sapa lagi kalau bukan my good friend yang memang rapat dengan aku dari dulu lagi.
Eh helloooo! Memang aku mengaku aku rapat dengan dia, tapi aku dah anggap dia macam kawan baik aku, bukan skandal aku macam yang diorang fikirkan..otak aku sama gila dengan otak dia, tu yang boleh ngam tu.. lagipun.. dah kenapa aku perlu nak skandal2 ni? Asben aku tu nak campak mana? Asben aku lagi hensem tauuuuuuuuu!
Apa yang aku rasa macam nak demam, boss aku tu kata semua orang2 kat sini dah bercerita tentang tu.. Ya Allah! Sapa lah yang dah buat fitnah kat aku ni, menjaja cerita yang tak betul pasal aku.. aku tak taulah samada dia saja nak takutkan aku atau ianya benar2 berlaku.. kalau apa yang boss cakap tu betul, perlukah aku buat2 pengsan kalau terserempak dengan pegawai lain? Adoiiiii pening kepala aku dibuatnya...
Rabu lepas, ada majlis berbuka puasa peringkat IPD kat tempat aku.. aku incharge bahagian goodies... my good friend boleh pulak dok menyelit kat sebelah aku masa aku sibuk ambikkan makanan untuk anak2 yatim yang dijemput ke majlis tu.. yang lebih mengharukan, my boss yang tolong cedukkan lauk untuk letak kat dalam pinggan yang aku pegang.. dia siap ambik gambar kami lagi sambil menyakat... aduhhhhhh...
dan satu peristiwa lagi pada malam tu, my good friend panggil nama aku.. sebenarnya dia nak minta tolong aku letak buah kat atas meja vip.. pastu boleh pulak kak sariha cakap, "tuan ni asyik panggil nama dalia jer".. terus berubah muka dia... aku pun masa tu rasa cam nak pengsan jer, dah le orang ramai kat situ... huhu!
Tapi sekarang aku dah paham, kenapa orang kata lelaki dan perempuan tu tak boleh jadi kawan baik... sebab walaupun pada kita dia cuma sebagai seorang sahabat, tapi persepsi dan pandangan orang mungkin berbeza. Dan inilah yang terjadi...
Okaylah... untuk puaskan hati semua orang, aku cuba la elakkan diri dari dia.. tak mau lagi dah bertegur sapa dengan dia.. kalau selisih pun aku nak buat2 tak kenal jer.. mungkin aku terpaksa melepaskan seorang kawan baik demi untuk menjaga nama baik yang dah hampir busuk ni..
Daaaaaaaaaaaaaaaaa......
Alia : waaaaaaaaaaaaaa aku nak mintak transferrrrrr!
#pengsan#
Terkini :
(boss aku dah baca entry aku yang ni dan reaksi dia lepas baca apa yang aku tulis ni : gelak terbahak bahak... menyampahhhhh! aku rasa dia saja buat cerita ni nak menyakat aku padahal takder apa pun orang kata..)
Categories
Diariku
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
0 comments:
Catat Ulasan