Sahabat

Halaman

07 Disember 2020

Chapter 12 : Disember 2020 ~ Page 342 Of 366

By Dalia Hassan at Isnin, Disember 07, 2020 0 comments

 Assalamualaikum wbt


Isnin : 07/12/2020

PKP / MCO : Hari Ke-265


Monday blues!

Hari ni untuk sarapan, aku goreng jer donut dua versi yang aku buat semalam.. Pastu aku buat nasi goreng simple untuk anak-anak.. 
Jimat dan cepat.

Kalau ada yang perasan yang semenjak anak2 aku ada kat sini, aku asyik buat nasi goreng simple jer, tu sebenarnya request dari diorang sendiri. Sampaikan anak aku yang Ainul tu kata, hari2 makan nasi goreng simple pun tak apa. Sebab memang favourite dia... Aku pun perasan dah, kalau aku masak beria pun, nasi tak abis.. Tapi kalau aku masak nasi goreng, memang licin.

Gerak pergi ofis. Hari ni awal sikit aku gerak sebab dah settle semua kerja awal.

Sampai opis, aku ke kantin jap cari sarapan. Gedik kan? Padahal kat rumah tadi dah masak... 

Err.. sebenarnya bekal aku tertinggal kat rumah.

Gambar tahun bila entah. Kurus asben aku time ni..

Kunci motor siapa entah aku terbawak balik ni... Siap masukkan dalam wallet lagi..

Pikir punya pikir baru ak teringat... sebenarnya aku nak ambik pendrive aku tadi atas meja, pastu letak dalam wallet. Rupanya pendrive aku tak ambik, tapi aku terambik kunci orang lain. Rasanya ni kunci motor Sarjan Adam.. nasib baiklah memang motor dia tu dia tak bawak balik rumah... dia tinggalkan kat opis jer supaya senang dia nak keluar beli makanan..

So selamat la.. kalau tak memang dia tak balik rumah la... Kunci motor tak ada.

Malam order makan kat Foodpanda lagi. 
Aku ni memang sejenis yang malas nak masak.

So, tolong jangan tiru perangai aku.

Daaaaaaaaaaaaaaaaaaaa!


06 Disember 2020

Chapter 12 : Disember 2020 ~ Page 341 Of 366

By Dalia Hassan at Ahad, Disember 06, 2020 0 comments

 Assalamualaikum wbt


Ahad : 06/12/2020

PKP / MCO : Hari Ke-264



Si Ainul kata hari ni nak makan sosej dengan crab stick jer.
Mama pun suruh dia goreng, sekali dengan telur. Hari ni mama nak rehat.

Dah petang sikit baru buat donut... versi pandan dan original.. First time aku buat donut guna acuan.. biasa aku guna tangan jer..

Donut pandan dengan gula perang.

Frozenkan.. Nanti senang kalau nak makan, tinggal goreng jer...


05 Disember 2020

Chapter 12 : Disember 2020 ~ Page 340 Of 366

By Dalia Hassan at Sabtu, Disember 05, 2020 0 comments

 Assalamualaikum wbt


Sabtu : 05/12/2020

PKP / MCO : Hari Ke-263


Ingat pagi ni nak jogging. Tapi tak tau kenapa tak pergi. hahaha

Pergi econsave, ingat nak cari aiskrim murah macam yang beli kat Econsave Taman Daiman Kota Tinggi aritu, tapi tak ada pulak kat Econsave sini. Takperlah.. beli aiskrim lain jer...

Hari ni buat mee sup guna lebihan aksesori oden yang ada lagi semalam.
Daging tu memang ada dalam peti ais rumah aku... stok daging qurban aritu.. aku jarang masak, kalau masak pun sikit jer untuk aku makan sorang.. tu yang masih berbaki lagi dalam peti ais.


Sambil-sambil tu aku buat kek pandan ni untuk anak-anak aku makan

Tenggelam sudah cokelat yang aku letak kat atas kek tu. haha

Sedap.




04 Disember 2020

Chapter 12 : Disember 2020 ~ Page 339 Of 366

By Dalia Hassan at Jumaat, Disember 04, 2020 0 comments

 Assalamualaikum wbt


Jumaat : 04/12/2020

PKP / MCO : Hari Ke-262


Pagi ni sebelum pergi kerja aku buat nasi goreng jer... anak2 dah cakap dah, masak nasi goreng hari-hari pun takper sebab diorang suka. 
So hari ni, nasi goreng daging la menu kita.

Balik kerja aku singgah Mydin jap cari barang dapur sikit... kejap jer aku singgah sebab tak beli banyak barang. Nak beli aksesori untuk steamboat jer...

Sampai rumah tengok mixer aku dah sampai. Alhamdulillah la.. lepas ni dah boleh open order kek swissroll tu kat kawan2 dan jiran2..

Malam kami beroden Cekyana pulak... Lama dah aku nak makan Oden ni.. berapa kali dah niat nak ke Family Mart beli oden, tapi tak tersinggah2 lagi. Bila Puan Hafiza tanya ada sesiapa nak beli Oden Cekyana tak, terus aku cakap nak.. Boleh buat banyak sikit dan makan puas. 

Aku kan sejenis yang kuat makan. 
No wonderlah. - Kata Sarjan Adam

Aku guna dua paket untuk saiz periuk nasi tu.. Bukan nak cakap apa la, cuma aku nak cakap, memang sedap sangat kuah Oden Cekyana ni.. Tak menyesal beli. Aku makan bertiga jer dengan anak-anak aku... memang habis.. licin selicin-licinnya... bayangkan la kat luar tu hujan lebat, kami kat dalam rumah ni makan Oden Cekyana panas-panas. Memang heaven lahhhh!

Aku puas hati sangat.
Tak rugi beli dua paket.

Dan malam kami tidur dengan lena sebab kekenyangan yang amat.
Alhamdulillah.

03 Disember 2020

Chapter 12 : Disember 2020 ~ Page 338 Of 366

By Dalia Hassan at Khamis, Disember 03, 2020 0 comments

Assalamualaikum wbt


Khamis : 03/12/2020

PKP / MCO : Hari Ke-261


Hari ni aku off. Ada satu dua perkara yang nak disettlekan hari ni...

Maing-masing lapar megi hari ni.. so mama buatlah megi simple.. tak perlu nak letak sayur meriah2, bukan anak-anak makan pun..

Sebab semalam dah buat marble biasa dan kejap je abis, so hari ni try buat marble jelita yang tak berapa nak jelita.

kejadiannya...

Pergi Segi Fresh Subang Permai jap cari barang dapur...

Kalau dah pergi Segi Fresh, wajib singgah kedai sebelah yang bersaka tu... Eco Shop..

Sebelum balik, makan aiskrim dulu... aiskrim potong kaki kacang merah...


02 Disember 2020

Chapter 12 : Disember 2020 ~ Page 337 Of 366

By Dalia Hassan at Rabu, Disember 02, 2020 0 comments

 Assalamualaikum wbt


Rabu : 02/12/2020

PKP / MCO : Hari Ke-260


Hari ni aku dah start keje selepas cuti untuk balik kampung hari tu. Malas betul rasa nak kerja. Rasa macam nak guling-guling je atas tilam aku tu...                                                                                                                                                        

Pagi ni goreng kuetiaw jer... tengok pun dah tau tak sedap kan?? 
Tapi memang tak sedap pun...
Ini pengakuan ikhlas dari aku.
haha

Sampai IPD dengar ada orang panggil2 nama aku.. ingatkan siapa, rupanya adik beradik KIK aku ni..
Peh! dia dah start diet laaaa..
I is jeles!
Tak boleh jadi ni, aku pun nak kena diet ni.
Errrr... awal tahun depan la baru start..
Can arrrrr?

tobat la taknak makan Daebak Mamee Ghost Pepper ni lagi. Pedas nak maut. Air coke tu lagi tak boleh telan dek tekak. Macam minum air cili api jer..
Podehhhh!

Buatkan kek marble untuk anak-anak...

Gebu macam si pembuatnya.
Serius!

Dan... kek ni habis dalam sekelip mata jer...
Tak sempat nak buat sarapan esok.
Anak2 aku dah macam ikan pirana dah.

Mama is redha.
Yerla.. bukan selalu anak-anak aku duduk dengan aku. Kalau kat kampung tu memang takder siapa la nak buatkan kek panas-panas untuk diorang... tu yang bila dapat, memang sekejap jer licin.

Jangan gemuk macam mama dah le anak-anak oiiiii!


SOLAT

By Dalia Hassan at Rabu, Disember 02, 2020 1 comments

 Assalamualaikum wbt...


#sharingiscaring


Benda bermanfaat kita mesti share. Untuk peringatan untuk diri aku sendiri juga...


*Kepada sesiapa yg menerima viral ini bacalah .. kalau tak baca rugi sgt2...jika tak boleh baca skrg, cari la masa yg sesuai utk baca moga ada manfaatnya* 


Utk Shbt2... Jiran2... adik beradik... dan anak2 yg dikasehi....


PERINGATAN KEPADA DIRI YANG LUPA TERMASUKLAH SAYA


*Bacalah pesanan in dengan mata dan hati*


*Jahat atau baik kita..*

*solat jangan ditinggalkan.*

*Solat bukan sebab kita baik.*

*Solat sebab perintah Allah.*

*Solat kita adalah lambang kehidupan kita...*


*Solat lah ...Kerana Allah menjanjikan Rahmat, kebahagiaan, keberkatan hidup & rezeki...*


*NABI saw tidak kagum dgn pangkat & kekayaan manusia.*

*Jika tidak, sudah pasti gunung yg hendak ditukarkan kpd emas tidak ditolak oleh BAGINDA...*


*Orang bekerja seronok kalau dapat bonus. Itu masa hidup....*


*Kalau dah mati...*

*Dapat anak tak tinggal solat itu bonus..*

*Dapat anak yg pandai Al Quran itu bonus...*

*Sedekah masa hidup itu bonus...*

*Ilmu yg di kongsi itu bonus...*


*Sehebat mana pun kita...kita tetap akan mati....*

*Sehina mana pun kita...kita tetap akan mati...*

*Takut mcm mana pun dengan mati...tetap  akan mati...*

*Berani mcm mana pun ...tetap akan mati*

*Sayang Macam mana pun kita dengan Kehidupan Ini...tetap akan mati...*

*Hakikat hidup di dunia Ini adalah kematian di akhirnya....*

*Mati itu pasti...*

*Sakaratul maut itu pasti...*

*Alam barzakh itu pasti...*

*Ingat mati ...*

*Renungkan Saat sendirian setelah mati. Lenyaplah sangkaan buruk kepada sesiapa pun....*

*Kita tak bawa segunung harta setelah mati.* 

*Kita tak bawa sijil tertinggi yg kita Ada.  Kita hanya mengharap Rahmat Allah Tuhan sekelian alam.....*


*Teruslah melangkah,*

   *selama engkau*

*di jalan yang baikk*


*Meski terkadang kebaikan*

   *tidak sentiasa dihargai*


*Jangan menjelaskan tentang*

  *dirimu kepada siapa pun*

*kerana yang menyukaimu tidak*

  *perlu tahu tentang semua*

*kebaikan yang kamu lakukan*


*Dan yang membencimu tidak*

  *percaya tentang kebaikan*

     *yang masih ada pada dirimu*


*Hidup bukan tentang siapa yang terbaikk*

  *tapi tentang siapa yang mahu berbuat baikk dan sentiasa memperbaiki diri*


*Hari ini dan semalam*

    *adalah hari yang berbeza*


*Pintu taubat sentiasa terbuka*

   *untuk hamba-hambaNya*


*KITA BUKAN SIAPA-SIAPA*

  *UNTUK MENILAI SIAPA-SIAPA*


*PADA AKHIRNYA SEMUA BERAKHIR  "SAMA..."*


*SAAT USIA 50- an.... "CANTIK DAN HODOH, SAMA SAJA..". (tak peduli seberapa cantiknya kamu,  di usia itu kedutan, darkspot, kulit kendur, tak boleh lagi terus kamu sembunyikan dengan gincu dan bedakmu...*


*SAAT USIA 60-an...  "PENDIDIKAN TINGGI DAN PENDIDIKAN RENDAH, KEDUDUKAN TINGGI DAN KEDUDUKAN RENDAH, SAMA SAJA..". (Setelah semua bersara, tak ada lagi boss atau bawahan..)*


*SAAT USIA 70- an... "RUMAH BESAR DAN RUMAH KECIL, SAMA SAJA..".(Tulang sendi, lutut dan kakimu sudah mulai longgar, semakin sulit untuk bergerak.. sekarang kamu cuma perlu ruang kecil untuk di-diami..  ).*


*SAAT USIA 80- an...(itupun kalau masih hidup)*

*(PUNYA DUIT DAN TIDAK PUNYA DUIT, SAMA SAJA.."*  *saat itu duitmu tak lagi boleh membeli steak yang enak lazat, gulai, rendang dan lain2 kerana tubuhmu tak lagi boleh dimasuki banyak makanan, lidahmu sudah tak punya rasa,*

*dan kamu tak berdaya lagi ke-tempat di mana kamu boleh menghabiskan duitmu).*


*SAAT USIA 90- an... "TIDUR DAN BANGUN, SAMA SAJA", (kerana setelah bangun, kamu tetap tidak tahu apa yang akan kamu lakukan )*


*SAAT AJALMU TIBA.... "KAYA DAN MISKIN,  SAMA SAJA".  Kamu hanya akan di-baluti kain kafan dan dimasukkan ke dalam tanah yang ukurannya sama, orang2 akan menangisi kamu kemudian melupakanmu, kerana mereka akan meneruskan kehidupan yang dipenuhi oleh persoalan hidup masing2.*


*Oleh kerana itu,  semasa hidup, _jangan terlalu tinggi hati_ atas apa yang kita MILIKI, kerana kita akan berakhir SAMA..   _JANGAN Terlalu Keras mencari duit sampai lupa amal ibadah bekal akhirat nanti_, kerana PADA AKHIRNYA  kamu tak memiliki APA2...*


*" ...kecuali Amal Kebaikan Dan Ibadah.. *

*Yang akan di bawa Di Akhir Cerita... "*


Sharing is jariah #jompahala

01 Disember 2020

Chapter 12 : Disember 2020 ~ Page 336 Of 366

By Dalia Hassan at Selasa, Disember 01, 2020 0 comments

 Assalamualaikum wbt


Selasa : 01/12/2020

PKP / MCO : Hari Ke-259


Chapter terakhir dalam The Chapter. Sekejap jer masa berlalu... Pejam celik pejam pejam celik pejam pejam pejam lagi dan celik (banyak pejam sebab masa PKP banyak tido sebab tak kerja) tahun 2020 iaitu tahun yang bertahun-tahun aku tunggu sejak zaman sekolah lagi, dah nak melabuhkan tirai dalam sebulan lagi. Sejarah untuk tahun ni... sebab semua yang aku fikirkan dulu tentang Wawasan 2020, jauh dari realiti sebenar. Ditambah pula dengan pandemik... memang tak terfikir dek akal sebelum ni.

Aku walaupun bekerja dengan sektor kerajaan, tetap merasa tempiasnya. Kekadang terfikir, apalah nasib kawan-kawan yang aku kenal dulu yang meniaga di pasar malam... pendapatan tak menentu ditambah pula dengan pandemik ni.. Syukur sangat dengan adanya kerajaan sekarang ni. Banyak membantu rakyat.

Aku pun cuba untuk mencari sumber pendapatan tambahan.. ye la.. gaji takder la besar sangat.. tapi impian aku besar. Nak tak nak kena la aku pun besarkan usaha aku dan cari peluang lain untuk tambah pendapatan.

Kek Tapak Kuda... yang ni memang ramai yang cari cuma buat masa ni aku cuma berjual di Shopee jer.. tak berani nak open order sebab mixer aku masih gunakan mixer kecil, yang tak boleh nak digunakan kerap.. takut rosak.. aku tunggu mixer kutu aku dapat, baru aku berani nak open order pada kawan-kawan atau jual pada jiran-jiran.

Sambal ikan bilis...

Ni untuk anak-anak makan...

Siap dibungkus untuk diposkan kepada customer Shopee aku..

Dalam beg biru pun ada lagi...

Beli jer untuk anak-anak.. ada kakak tu jual nasi bajet area rumah.. RM3.50 jer sebungkus. Dan disebabkan kesibukan aku buat kek, memang tak sempat nak masak untuk anak-anak.

Nasi Ambeng aku beli kat Petronas untuk aku, Anak2 aku tak makan nasi ni..

Tadi masa berhenti kat trafik light depan Star Avenue, ada budak-budak remaja jual Mangga Asam Boi ni... aku beli la satu... tapi bukan aku yang makan, anak-anak aku yang dok perabihkan.
Menyesal pulak beli satu jer...

Malam order roti canai guna foodpanda. Anak-anak request nak makan roti canai, mama layan jer sebab mama pun dah lama tak makan... tapi mama punya mama order roti bom.

Lain kali jer la mama diet.


PayPal

 

The Kakya Joyah Template by Ipietoon Blogger Template | Gadget Review