Sahabat

Halaman

28 November 2020

Chapter 11 : November 2020 ~ Page 333 Of 366

By Dalia Hassan at Sabtu, November 28, 2020 1 comments

 Assalamualaikum wbt


Sabtu : 28/11/2020

PKP / MCO : Hari Ke-256


Masak nasi goreng anakku untuk sarapan pagi hari ni...

ewah ewah... sedap duduk atas laptop mama...

Apo??????

Dua ekor ni memang adik beradik yang rapat... Shitam dengan oyen.. dua2 ni asalnya dari ipd tempat aku kerja.. lahir pun kat ipd... disebabkan ada orang nak buang dia, aku pun tak sampai hati... tu yang aku bela tu... pastu hantar balik kampung...

Lauk tengahari aku.. tomyam kampung jer tapi selera betul aku dan laki aku makan. Anak aku Arissa siap tambah 3 kali nasi.. memang kena sangat dengan tekak sebab ada masam2 gituw...

Yummyyyy.. dalam gambar nampak biasa2 jer.. realitinya sangat luar biasa
(siapa lagi nak puji kalau bukan diri sendiri kan???) 
haha

Lepas makan, tetiba adik ipar aku panggil makan. Rupanya dia buat makan2 sikit sempena asben dia dapat kerja dengan kerajaan negeri. 

Balik dari makan2 rumah mertua, tengok sedap si kembang ni tidur atas beg laptop aku.
Tapi atas laptop, ni beg pulak jadi mangsa.

Kacaque... Kacaque...
Nasib baiklah mama ni sayang kat kacak.
Tu mama biarkan jer...

~~~~~~~~


27 November 2020

Chapter 11 : November 2020 ~ Page 332 Of 366

By Dalia Hassan at Jumaat, November 27, 2020 0 comments

Assalamualaikum wbt


Jumaat : 27/11/2020

PKP / MCO : Hari Ke-255


Sarapan beli kat warung dalam kampung

Aku nak menanam pokok bayam brazil kat tepi rumah aku... aku ambil anak pokok kat rumah mak aku semalam untuk tanam sebelah rumah aku ni.. So aku minta asben aku buatkan batas, untuk aku pacakkan pokok bayam tu kat situ.. Pak mentua aku tengok asben aku macam tak pernah buat keje kampung (memang tak pernah pun), terus pak mentua aku ambik alih tugas asben aku....

Acah-acah je ni... untuk bergambar.. hahaha

Siap! cuma nak buat penghadang je kat tepi2 tu...

Betik yang beli kat econsave semalam..
manisssss sama macam akuuuu..

Penat berkebun tadi... pastu tumpang makan rumah mentua aku sebab aku tak masak... 
ngeeeeeee!

Drop-off barang jap kat City-Link Taman Daiman Kota Tinggi

Pergi keluar duit kat Maybank, pastu ternampak kedai saka yang baru je buat opening hari ni... apalagi.. dah nama pun saka.. berhantu... singgah la apalagi... bagai ditarik-tarik...

beratur agak panjang juga laaaa...


Kemas dan tersusun..

Balik singgah beli pelam asam kat tepi sungai

Malam masak megi... request dari asben aku..
Alhamdulillah... senang keje aku hari ni...

hahaha!




26 November 2020

Chapter 11 : November 2020 ~ Page 331 Of 366

By Dalia Hassan at Khamis, November 26, 2020 0 comments

 Assalamualaikum wbt


Khamis : 26/11/2020

PKP / MCO : Hari Ke-254


Pagi ni dalam pukul 8 aku gerak dari Felda Pemanis, Segamat untuk balik ke Kota Tinggi untuk berjumpa suami dan anak-anak aku yang menetap kat sana. Sebelum tinggalkan Segamat, aku singgah kedai area Pasar Segamat untuk cari ikan bilis tamban untuk dibuat sambal nanti.


Nasib baik ada...

babai Segamat

lengang

Singgah Arena Warna, Ayer hitam, Johor tapi mungkin masih awal lagi, banyak kedai masih belum buka.

Rupanya mak simpankan sebungkus nasi ambeng semalam untuk aku bawa bekal balik kota tinggi hari ni... untuk aku makan dalam perjalanan. Sayang betul mak kat aku... so aku berhenti kat Petronas Kulai - Kota Tinggi untuk makan... sayang mak kat aku.. aku pun sayang mak....

Dari Jalan Kulai - Kota Tinggi, aku ambil jalan dalam untuk ke Ulu Tiram, tempat kerja asben aku.. Sementara tunggu asben siapkan kerja sikit, aku masuk kedai Eco ni. Besar juga kedai saka kat Ulu Tiram ni..

 Lepas ambil asben aku, aku nak ke Pasir Gudang kedai komputer adik aku, Azhar.. Nak ambil laptop second hand yang aku beli dari dia...

Siapa yang tinggal area Pasir Gudang dan kawasan sekitarnya tu, kalau nak cari laptop second hand atau ada masalah laptop nak repair, boleh je datang sini.

Google je : ORB Tech Enterprise


Sebelah kedai Azhar ada jual air ala Bubblebee Shuib ni... Nampak sama tapi tak serupa...

Dari Pasir Gudang terus ke Econsave Taman Daiman Kota Tinggi, cari lauk sikit.
 
Misi mencari stevia... GAGAL sebab EcoShop Kota Tinggi tutup, diorang dalam proses pindah ke tempat lain yang lebih besar.

Kat Speedmart pun tak ada jual stevia

Akhirnya jumpa gak daun stevia, beli kat kedai herba cina.
Daun ni aku guna untuk buat order customer Shopee

Sampai rumah Kota Tinggi, terus order mee bandung kat warung dalam kampung ni. Ni la mee bandung terbaik aku pernah makan. 

Sedap. Murah. Banyak.
Berbaloi-baloi




25 November 2020

Chapter 11 : November 2020 ~ Page 330 Of 366

By Dalia Hassan at Rabu, November 25, 2020 0 comments

 Assalamualaikum wbt


Rabu : 25/11/2020

PKP / MCO : Hari Ke-253


Hari ni agak sedikit bersemangat sebab lepas kerja aku akan gerak balik ke Segamat, rumah mak abah aku kat Felda Pemanis. Dan seawal pagi esok aku akan bertolak balik ke Kg Sungai Telor, Kota Tinggi untuk berjumpa dengan suami dan anak-anak aku yang menetap kat sana.


Pagi ni lepas solat subuh aku sempat buat roti telur, lebihan roti yang aku bagi kat anjing yang halang kereta aku semalam. Lebihan anjing tu bukanlah bermaksud aku ambik yang aku dah bagi kat anjing, tapi baki daripada roti yang aku gunakan untuk bagi makan kat anjing yang berperangai pelik semalam.

Sayang betul, rakaman dari dashcam aku depan belakang dah ter overwrite. Silap aku juga tak terus ambil save untuk simpanan dan kenangan aku.

Sampai balai terus isi borang rentas negeri - sebelum orang awam beratur panjang jap lagi.

Sebelum gerak balik Segamat, aku singgah untuk drop-off barang customer shopee aku dulu. Mula-mula pergi Citylink dulu.. Pening juga sebab naik kereta, susah nak parking. Last2 aku berhenti je kejap halang kereta orang lain. Nasib baik setakat drop-off jer, tak lama.

Then pergi J&T pula... settle drop-off barang kat J&T, aku terus gerak menuju ke Selatan.

Lapar pulak perut... singgah R&R Seremban untuk beli makanan. Nampak pau ni terus beli.. Makan panas2 memang syok!

Sampai rumah mak aku dalam pukul 4 lebih juga...
 
Sebenarnya hari ni hari lahir mak aku yang ke-72. Itu yang aku singgah juga sebelum aku balik Kota Tinggi jumpa suami dan anak-anak aku.

Nasi Ambeng kakak aku tempah dengan orang dalam felda. RM6 jer sebungkus. Puas hati sangat. Untuk hari ni kami order dalam 40 bungkus jer... untuk kami sambut hari lahir mak kat rumah dan untuk mak bawa pergi masjid nanti untuk diberikan pada kawan-kawan masjid mak. Mak kata hari ni tak ramai orang kat masjid, tu yang order sikit jer tapi untuk esok, dah tempah 100 bungkus nasi ambeng ni untuk diberikan pada orang masjid. Esok malam Jumaat, so akan ramai orang kat masjid, kata abah.

Mak goreng tempe ni untuk dicicah dengan sambal kicap. Favourite aku ni...

Kek Swissroll coklat ni aku bawak...

Jamuan kecil untuk keluarga

Mak dan abah


Happy birthday Mak!!!

Kek ni sedap hoiiiii!



Tunjuk sekali lagi... 
Sedapnyaaaaaa....
Nasib baiklah makan sebungkus dah kenyang, kalau tak memang aku makan lagi dan lagi.
Gemuk pun gemuklah!


Malam tu aku tertidur dalam kekenyangan.

Teruk betul!

PayPal

 

The Kakya Joyah Template by Ipietoon Blogger Template | Gadget Review