Sahabat

Halaman

05 Februari 2020

Chapter 2 : February 2020 ~ Page 36 Of 366

By Dalia Hassan at Rabu, Februari 05, 2020 0 comments
Assalamualaikum wbt

Rabu : 05/02/2020

Hari ni entah camana boleh pulak aku terlewat bangun... Asalnya nak pergi dewan seawal pagi untuk support Yusha dan As... Tapi kesiangan pulak. Sampai2 dewan jer, diorang dah abis lawan...

Terjumpa pulak cik sham kat dalam dewan tu... Tu dia panggil ajak berborak.. dia ni kiranya geng pingpong aku, sebab tu aku rapat dengan dia. Kami ni dalam satu team dah macam adik beradik. Tak kira la team pingpong atau team KIK...

Tengah berborak dengan Cik Sham ni la ada je mamarazzi yang ambik gambar.. adeh. Terasa macam artis pulak. Artis sendu yang cuba menaikkan nama dengan gossip murahan. 😂

Oleh sebab nak tunggu game berpasukan lama lagi (start jam 1130), maka aku pun join dengan geng2 bahagian pengurusan pergi makan kat sup meletup dalam KSL Sport Centre tu.. Alang2 aku belum sarapan, aku order Nasi Ayam siap2...


Dah kenyang, boleh sambung jadi penyokong... Ni masa team KDNKA lawan team Balai Bukit Puchong. Steadylah Pakcik Mizan!

Ni team pengurusan vs team jenayah



Majlis penutup



Tempat ketiga... Yusha dan Asniza










Otw balik, hujan turun pulak.. lebat.. so carilah tempat berlindung.
Ni antara video yang sempat aku rakamkan sepanjang pertandingan...



                     




                   


                    


                   


                    


                    








04 Februari 2020

Chapter 2 : February 2020 ~ Page 35 Of 366

By Dalia Hassan at Selasa, Februari 04, 2020 0 comments
Assalamualaikum

Selasa : 04/02/2020

Inilah harinya... Hari yang bakal melunyaikan aku sebagai salah seorang wakil dari trafik dalam perlawanan badminton. Hari ni juga aku bakal menjadi sayur kepada pemain dari bahagian lain yang sememangnya mereka semua handal2 belaka.

Tengok banner je pun dah berdebar n berderau

Team trafik



Dalam pada berderau nak lawan, makan tetap licin. Thanks pada Tuan Kwek yang belanja kami makan tadi...


Acara Terbuka Wanita. Naib Johan kumpulan. Bolehla... Kalah tipis je ngan bahagian pengurusan... Namatey rasa main rubber set... Serik ar.. hahaha


Yatz dengan kak Sal ( cawangan khas) masa lawan bahagian pengurusan. Lepas abis diorang main, aku bisik kat Yatz...

 "Baru ko tau... Haha"

Tadi lepas aku lawan bahagian pengurusan, Yatz jumpa aku dan cakap, "Dal, camana ko boleh kalah dengan Yusha??"

(Masa aku lawan bahagian pengurusan, Yatz tak tengok sebab dia ada game lain kat gelanggang lain)

Dan di suku akhir, dia pulak kalah dengan si Yusha dan As ni..

Tapi.. aku rasa bangga juga dengan Yusha ni.. badan kecik tapi tak mudah mengalah. Paling penting, dia gunakan kelebihan tenaga muda dia untuk kalahkan orang2 yang berusia ni yang semakin kurang stamina... masuk rubber set, hancur.

Hahaha..
Good job, Yusha.


Kepenatan

Yusha dan Asniza




Beregu campuran 

Abis game, pergi cari nasi lagi.
Camana nak kurus ni???
.
.
.
.
.
.

.
DALAM MIMPI

03 Februari 2020

Chapter 2 : February 2020 ~ Page 34 Of 366

By Dalia Hassan at Isnin, Februari 03, 2020 0 comments
Assalamualaikum

Isnin : 03/02/2020

Semalam sehari makan nasi goreng cili kering, hari ni pun sis masih ketagih lagi nak makan menu yang sama.. Cuma hari ni sis adjust sikit letak belacan walau sebenarnya sis dah lama tak letak belacan dalam masakan...

Pagi2 lagi sis gigih masuk dapur sebab nak bawak bekal pergi kerja.. jimat la sikit... Sis buat dua bekas terus. Sebekas sis bagi la siapa2 yang ada kat opis nanti.

Terlupa lupa sis ada order kek pisang merelit by ida homemade... Memang terbaik kek pisang dia ni...

Petang masa training badminton, diorang ajak friendly dengan logistik. Sis ok je.


Balik training terus pegi restoren Klasik USJ 1... Makan mee ladna.. memang terbaik

02 Februari 2020

Chapter 2 : February 2020 ~ Page 33 Of 366

By Dalia Hassan at Ahad, Februari 02, 2020 0 comments
Assalamualaikum wbt

Ahad : 02/02/2020

Pagi ni aku guling-guling je kat rumah.. kemalasan yang tering terjadi semenjak aku tinggal sorang-sorang kat rumah ni. Diam tak diam dah dua tahun lebih... Kalau dulu setiap hujung minggu aku akan menghadiri kelas, tapi semenjak dah habis belajar ni, masa hujung minggu aku banyak di habiskan di atas katil.


Masa bersihkan dapur semalam, baru perasan yang bawang aku dah mula mengeluarkan pokok... Agak2 kan... Kalau setinggi tu dah daunnya, berapa umur pokok bawang ni? Saja aku nak bajet berapa lama dah aku tak masak.. sebab aku pun dah tak ingat bila kali terakhir aku masuk dapur. Ehek...

Untuk menghilangkan rasa bersalah aku pada encik bawang, maka hari ni aku masaklah juga... Nasi Goreng Cili Kering Tumbuk Tak Lumat Boleh Buat Tampal Seluar Koyak, nama menu ni. Bak kata Sjn Adam pulak, cili kering tu boleh dibuat selimut.

Amboi Adam. Kemain lagi...

Petang dalam jam 1530 aku gerak untuk pergi training badminton. Macam biasa la... Merempit. Singgah petronas isi minyak motor, ter tapau sekali Bang Bang Fresh Milk Tealive. Pastu singgah IPD dulu ambik kereta... Sebab raket n kasut sukan aku semua dalam kereta.

Hari ni kami training bertiga je.. saja teman puan ratna sebab esok dia ada kes kat mahkamah... So tak dapat join kami.. tapi anak2 azie pun ada join sekali kami main badminton.

Aku, pn ratna n azie

Ni rate gelanggang kat USJ 23 Badminton Centre

Balik singgah DIY jap.. 

Sampai rumah sambung makan nasi goreng pagi tadi. Dah membakar lemak tadi, ni kita tambah semula.

Ahaka!


01 Februari 2020

Chapter 2 : February 2020 ~ Page 32 Of 366

By Dalia Hassan at Sabtu, Februari 01, 2020 0 comments
Assalamualaikum wbt

Sabtu : 01/02/2020

Hari ini bermulalah chapter baru dalam diari aku tahun ni. Selamat datang Febuari.. Januari dah selamat jadi bulan percubaan aku untuk kurus.. adakah bulan Febuari ini aku akan mula untuk berdiet.


Hari ni seawal pagi aku buat sandwich tuna-mayo. Konon2 dari pagi sampai ke malam nak makan sandwich je.. diet katanya...

Alamak! Petang aku terasa nak makan Mi Goreng Aceh ni... Layan je la... Sedap 

Hari ni aku dok mengemas stor dan dapur rumah aku. Tapi ruang tamu rumah aku yang bersepah...

Ok. Setel berguni barang2 yang aku tak pakai aku buang. Kebanyakannya barang2 yang dah lama dan tak sesuai untuk diberi kepada orang lain

Paling letih adalah apabila aku terpaksa mengangkut membawa turun guni sampah tu untuk di buang ke tempat pembuangan sampah.

Putus nyawa aku dibuatnya.
Huju

PayPal

 

The Kakya Joyah Template by Ipietoon Blogger Template | Gadget Review