Sahabat

Halaman

19 Ogos 2016

Hiking @ Gunung Senyum, Temerloh

By Dalia Hassan at Jumaat, Ogos 19, 2016 3 comments



Assalamualaikum wbt...

Ni cerita Ahad lepas (14/8/2016)

Rasa macam dah lama je tak hiking. Kebetulan aku terbaca kat facebook tentang aktiviti Tebing Tinggi Backpackers (TTB) untuk hiking di beberapa gunung.. so, setelah membuat perbincangan dengan Geng Outdoor Subang Jaya (GOSJ), kami bersetuju untuk pilih ke Gunung Senyum, Temerloh, join sekali dengan geng TTB..

Pada asalnya, dari geng GOSJ aku, yatz, ila, kenz dan seha yang akan pergi. Tapi malangnya pada saat akhir Yatz dan Seha tarik diri, tak confident katanya. Takperla, walaupun agak sedikit kecewa, tapi aku faham. Kami ni baru tahap nubis. Memang tak banyak pengalaman. Cuma mengharapkan pada jiwa yang kental untuk redah bukit / gunung.

Bila diorang dah tarik diri, aku cuba pujuk asben aku untuk ikut sama. Pada mulanya memang dia taknak, sebab dia kerja pada Ahad. Tapi dengan berbekalkan dengan pengalaman dan pengetahuan dimana kelemahan encik suami, akhirnya dia bersetuju untuk join kami. Yessssss!!! sekurang2nya ada la driver nak ke sana... aku ni malas nak drive sebenarnya. haha!

Kami gerak dari Subang dalam pukul 3 pagi. Aku, suami, Ila dan Kenz. Sampai di Temerloh hampir jam 6. Kami berehat dan solat Subuh di Masjid.

Dalam lebih kurang 7 lebih kami berkumpul di kaki Gunung Senyum. Dan inilah kali pertama kami berjumpa dengan ahli2 yang lain. Masing2 peramah, dan aku selesa dengan mereka.

Abang Leing Toya, guider yang membawa kami meneroka Gunung Senyum pun seorang yang happy go lucky.. kelakar.. dan poyo! eh# hahaha... dia memang best!

Kami memulakan pendakian pada jam 9.00 pagi...





ada masa lain kali in shaa Allah kami akan membuat aktiviti menerokai gua pulak..


kakak sado


perjalanan dimulai dengan melalui ladang kelapa sawit (jalan kaki lebih kurang 30 minit sebelum sampai ke kaki gunung)
permulaan perjalanan - muka ada ceria.. haha!


cabaran pertama - tali (bagi yang dah biasa hiking, in shaaAllah tak ada masalah untuk melalui cabaran ni)

kulalui dengan debaran... (ceh!)


cabaran kedua - platform (kat sini memang satu cabaran bagi mereka2 yang gayat kerana kita perlu melalui platform dimana bawah adalah jurang. tersilap langkah boleh jatuh ke bawah... tapi in shaa Allah kalau kita fokus dan berhati2, takda apa yang perlu dirisaukan)


cabaran ketiga - tali lagi..
cabaran keempat - paling banyak kita akan tempuhi... memanjat batu batan yang curam...




jangan pandang bawah..
Base 2 : Curam Gurun... memang curam pun...haha!



ok. ni belum sampai puncak lagi ya... ada separuh perjalanan lagi yang harus ditempuhi...
Disini kami berehat sebelum menuju ke puncak... beg2 dan barang2 lain semua kami tinggalkan disini. Hanya bawa barang berharga je naik ke puncak.
Base 3 : Puncak Hangus... jalan yang kami lalui memang hampir membuatkan kami hampir hangus pun... hahah! panas wehhh! rentung!!
cabaran kelima : melalui kawasan yang sangat panas...




Alhamdulillah... akhirnya berjaya sampai ke puncak...



cabaran keenam : bila dah sampai puncak, ko dah tak fikir apa dah. semua sudut ko nak bergambar. macam taknak turun bawah dah... haha!
geng Tebing Tinggi Backpackers (TTB)





masa untuk kembali ke alam nyata...












tak pasti yang berbaju merah tu adakah Bear ataupun serigala... haha! (Bear ni ketua kami- dia yang uruskan semua yang berkenaan hiking kami ni)








 Setelah melalui segala pengalaman, akhirnya kami tersenyum apabila berjaya sampai di kaki "Gunung Senyum"

 


Inilah ringkasan perjalanan kami ke puncak. Credit pada Azuha. Korang bayangkanlah, ketinggian gunung ni tak sampai 500 meter pun, tapi masa yang kami ambil untuk sampai ke puncak hampir 5 jam padahal kami tak banyak berhenti rehat. Keadaan pendakian yang agak 'kejam', membuatkan kami memerlukan masa yang lebih untuk melaluinya. Namun syukur Alhamdulillah, kami berjaya laluinya dengan 'gembira'.. haha!
Peristiwa di belakang tabir :

1) Kesemua peserta pendakian ini pada asalnya aku hanya kenal suhaimi, ila dan kenz jer. Yang lain2 semua kami baru kenal pada hari tersebut. Namun pada akhirnya kami menjadi sangat rapat diantara satu sama lain. Best kan? Aktiviti ni menyatukan dan membolehkan kami kenal ramai orang.


2) Suami aku terpaksa ikut aku hiking ni walau sebenarnya dia memang taknak ikut. Dia memang seorang yang gayat sejak azali lagi. Bila kami melalui cabaran tali dan platform, dia yang sepatutnya berada di belakang aku akhirnya menjadi orang kedua terakhir yang melalui cabaran ni, sebab dia sedaya upaya cuba hilangkan rasa gayat dia terlebih dahulu. 

3) Bila asben aku melepasi cabaran tali dan platform tersebut, aku dengar dia cakap "menyesal abang ikut... menyesal abang ikut!!!!" hahahah!

4) Kami kehabisan stok air. Dengan cuaca yang agak panas, selera makan kami berkurangan tapi kami lebih kepada meminum air. Sampai satu masa, stok air kami abis dan kami hanya dapat membayangkan yang kami sedang minum air sejuk. Sirap bandung, sirap limau, teh ais, 100 plus... memang bermain2 dibibir kami. sampaikan ia jadi dorongan kepada kami untuk turun bawah dengan cepat untuk dapatkan segala jenis minuman tu. Dan, pada malam tu 2 bungkus air sirap bandung aku bedal. nikmatnyaaaaa...

5) Daripada pendakian ni, salah seorang sahabat aku "trauma sepanjang tahun" katanya... dan dia tarik diri dari aktiviti Gunung Irau kami walaupun pada awalnya dia agak berkobar2 juga nak join. Penangan Gunung Senyum. hehe! Nasib baiklah tahun ni tinggal berapa bulan jer nak abis. Harap2 tahun depan dia mula semula join kami ber hiking. haha!

6) Masa turun dari puncak, salah satu batu besar hampir jatuh menghempap kami. Sementara Bear dan Faizal menahan batu tersebut dari terjatuh, kami mencari tempat berlindung di bawah batu besar agar serpihan pecahan tak terkena kami. Tapi Alhamdulillah batu tersebut tak terkena kami.


04 Ogos 2016

Sepagi Di Dusun Durian Abah

By Dalia Hassan at Khamis, Ogos 04, 2016 0 comments


Assalamualaikum wbt...


Jumaat Program Gaya Hidup Sihat, Sabtu hiking kat Bukit Tabur.. sampai rumah mandi siap2 pastu terus drive balik Segamat, berdua dengan Arissa. Perancangan asal ingat malam tu nak tidur pondok durian abah, tapi disebabkan aku sampai rumah mak pun dah lewat malam, badan terasa penat pulak. So cakap kat mak, pagi esok jer akak masuk kebun. Mak dan abah memang hari2 musim durian ni tidur kat kebun.. kalau tak dijaga mau cik khinzir berpesta durian kat kebun tu.. macam ada satu malam tu, abah kata kalau diikutkan hampir 3 bakul jugak la cik bab 1 tu berpesta sesama mereka. Sakan.


Esoknya (Ahad), seawal pagi sesudah subuh dalam 6.20 pagi aku dah gerak ke kebun. Dengan konfidennya aku mengikut arah kebun abah aku tu. Rupanya... aku sesat!!! hahaha.. berpusing aku mencari. Yang aku tau, ada kilang batu dan juga kuari. pastu aku tak tau. dah ler jalan gelap lagi masa tu. haha!


Aku pusing, cari satu warung tu untuk beli sarapan. Warung tu memang dah lama wujud. Seingat aku dari aku zaman kanak2 lagi memang dah ada warung tu. So sementara aku bertenang (line telefon tak kuat kat sini.. so nak call mak memang susah la nak dapat), aku singgah warung jap beli apa2 yang patut. Semua orang kat warung tu, tak kira melayu ke cina ke pandang aku dengan muka kepelikan. Makcik kedai tu tanya aku nak pegi mana. Aku jawab aku nak pergi kebun abah, tapi sesat. Dia tanya anak sapa.. aku jawab la anak Hassan. Serentak satu warung tu kata... "ooooooo anak Hassan... kebun kat depan ni jer... jalan sikit kat depan sampai kuari, depan sikit masuk jalan kanan tu.."


Hahaha. aku malu. ok. Biasa aku pergi dengan abah, naik kereta kebun dia. Memang dari kecik pun selalu ke sana kalau tiba musim durian. tapi aku tak pernah ambil peduli pasal lokasi kebun abah tu. Yang aku tau, sampai je abah bawak. Bila kena pergi sendiri, tu yang sesat. Malu hoi.


Kul 7.10 pagi baru aku sampai kebun abah. Kena gelak dengan kakak aku. Fine.





Salah satu longgokan durian yang runtuh akibat ribut kelmarin...
ni pun sama... takder rezeki kan... takperla nak buat camana..


Tak paham aku sejenis posing apakah ini..




runtuh gak masa ribut aritu...
Pokok pisang yang pishang!!!


manggis tak masak lagi...




Begitulah cerita sepagi kat dusun durian abah. Lepas ni inshaaAllah kalau aku pergi sendiri dah tak sesat dah...

(Dusun ni dah wujud sebelum aku lahir lagi... means aku memang membesar kat dusun ni setiap kali musim doyan. Sebab tu aku malu yang amat bila sesat)

Haha!

PayPal

 

The Kakya Joyah Template by Ipietoon Blogger Template | Gadget Review