Sahabat

Halaman

27 Februari 2016

Hiking @ Bukit Broga, Semenyih Selangor

By Dalia Hassan at Sabtu, Februari 27, 2016 0 comments

Assalamualaikum..



Hari ni aktiviti hiking kami bukan bawah program gaya hidup sihat anjuran IPD tapi ni aktiviti antara geng geng kami...


Alhamdulillah... berjaya sampai ke puncak Broga.. walaupun tidak sesemput ketika kami mendaki ke Bukit Gasing, tapi kami tetap berpuas hati dan rasa macam nak panjat lagi. hehe.. yerlah.. kami ni baru dalam aktiviti mendaki ni, so kita buat sikit2 dulu. Ada rezeki, teringin nak naik bukit / gunung yang lebih mencabar... (Teringin nak panjat Gunung Penyesalan / Rinjani kat Lombok, Indonesia) tapi sebagai pendatang baru dalam dunia ni, kita buat perlahan lahan.. dah cukup kekuatan baru kita terbang ke sana... chewahhhh!


Eh Eh! Sorry la kalau kita letak banyak sangat gambar dalam entry kita ni. Kita memang macam ni... suka simpan gambar dalam blog. Kalau simpan dalam henpon nanti bila memory card damage, menangis tak berlagu la...


Dan macam biasa, banyak gambar syok sendiri. selfie. harap korang tak termuntah yer...































































































26 Februari 2016

Day 13 : Re-Induction Diet Atkins

By Dalia Hassan at Jumaat, Februari 26, 2016 0 comments

Assalamualaikum wbt...

Hari ni aku bangun lambat! Adoila... baru ingat nak masak ikan salmon sebelum pergi kerja... biasa 5.05am aku dah terjaga.. paling lewat pun kul 5.15am... hari ni 5.55am baru aku terjaga... memang tak sempat nak masak apa la... penyudahnya aku bawak telur mentah jer pergi ofis.

Sampai ofis, macam biasa buat telur separuh masak... menu harian aku... ngeee! cuma lauk tengahari aku beli ikan goreng kat kantin. Ikan bilis goreng pun aku beli singgit kat kantin. Malam pulak aku belasah pecal tg.karang, beli kat pasar malam... tak tau la berapa carbs yang aku ambil hari ni... macam terlebih pulak... ngeeeee!

(menu telur separuh masak aku tak payah masukkan la... hari2 masukkan, sama je rupa.. haha!)

ikan goreng seketul

kudap kudapan

aku makan yang yg separuh ada sambal kacang tu... entah berapa la carbs yang aku telan ni...

tengahari tadi waktu rehat sempat la main ping pong dengan Sue.. bukan pandai main pon... saja je suka2..

On the way balik rumah tadi, jalan jem giler... dekat 2 jam perjalanan... lenguh! (eh! dah terkeluar dari topik)


PayPal

 

The Kakya Joyah Template by Ipietoon Blogger Template | Gadget Review