Top 5
-
Assalamualaikum wbt... Dalam sibuk kempen Buy Muslim First, aku terjumpa tentang satu artikel berkenaan Villa Zaitun yang pernah dimi...
-
Assalamualaikum wbt... Ni cerita Ahad lepas (14/8/2016) Rasa macam dah lama je tak hiking. Kebetulan aku terbaca kat facebook tent...
-
Assalamualaikum wbt Ku terpaksa dan dipaksa. Oh aduhlaaaa.. camana aku boleh terjebak dengan tarian untuk majlis makan malam perkep ni. ...
-
Assalamualaikum wbt... Petang tadi aku and the gang ikut aktiviti mendaki Bukit Cermin di Putra Height. Kalau ikutkan, ini adalah kal...
-
Assalamualaikum wbt Hari ni kat opis rasa macam takder mood nak keje.. yerla.. masih terasa lagi mood raya (alasan).. hahaha! tapi dalam...
-
Assalamualaikum wbt... Ini adalah misi menawan Puncak Gunung Yong Belar pada 14-15/10/2017, gunung ketiga tertinggi di Semenanjung Malay...
-
Assalamualaikum wbt... Balik Segamat minggu lepas, aku tak lepaskan peluang pergi bersarapan di Warung Soto Wageh, Kg Jawa yang sememang...
-
Assalamualaikum wbt.. Lagu-lagu kumpulan legend Spring ni memang semua aku suka. Suara abang Ameng Spring memang tersangatlah best...
-
Assalamualaikum wbt... Sekarang ni jadual.. sentiasa penuh... Nak pergi hiking pun, tak dapat lagi sekerap dulu.. tapi bila ada masa ter...
-
Assalamualaikum wbt Khamis : 05/03/2020 Hari ni aku sampai opis awal sikit... Bukan apa, hari ni aku ditugaskan sebagai penyambut tetamu...
Pot Pet Situ Sana Sini
Contact Me
16 Mei 2014
15 Mei 2014
Tukar Jom!
Assalamualaikum wbt...
Takder mood la nak pergi kerja sekarang ni... bosannya la hai... tapi gagahkan diri jugak untuk datang kerja.. (kerja tu kan ke ibadah... ingat ye puan Dalia... )
tapi ni la padahnya cuti lama.. (takder la lama sangat kut.. 3 hari jer) naik keje je semalam takder mood... bosan buat kerja yang sama je setiap hari.. dan semalam aku buat satu keputusan drastik. Isi borang pertukaran. Hehehehe... takder la drastik sangat pun, sebab memang dah lama plan mintak tukar.. saja nak ubah angin. Tak kisahla ditukarkan ke bahagian / cawangan mana pun... aku pasrah asalkan aku keluar dari sini... kekekkeke...
Oklah... harap2 tahun depan aku dah bertugas kat tempat baru. Nafas baru. Semangat baru. Kawan2 baru (ceh! Berangan lebih.. silap2 permohonan aku tak diluluskan) memang hampa..
Dàaaaaaaaaaa!
14 Mei 2014
Sambung Belajar?
Aduh.. aku ni memang poyo kan? Dah berapa tahun dah asyik sebut2 nak sambung belajar, tapi tak sambung jugak.. ni frust jugakla sebab permohonan aku nak sambung buat pjj kat USM tak diterima...
Frust ni... tapi padan dengan muka aku la kan? 2012 dah dapat offer buat PJJ kat USM, aku tolak.. konon2 takut nanti tak boleh fokus sebab aku baru dapat tau yang aku mengandung waktu tu... padahal boleh je kut kalau sambung... haissshhhhh... menyesal... menyesal... apakan daya.. menyesal kemudian tidak berguna... entah2 USM dah blacklist nama aku.. kekekekek!
Bila fikir2 semula... malas pulak nak mohon U lain.. tengoklah nanti atas kerajinan aku... rasa malas plak nak sambung belajar.
Ko jangan hangat2 tahi ayam yer puan Dalia sayang...
Kekekekkeke!
13 Mei 2014
Agensi Cari Jodoh... Lagi...
Eh eh.. sebelum sambung menjahit, nak cerita skit pasal sahabat maya aku tu..
Memandangkan dia masih solo, belum berkahwin aku pun macam biasa la, bukak balik agensi cari jodoh aku tu untuk carikan dia calon isteri.. dan aku dah pun kenenkan dia pada adik bilik aku masa kat uitm dulu.. kekekekeke pantas!
Harap2 oklah diorang tu lagipun masing2 masih mencari... sesuai sangatlah.. sorang umur dah 33, sorang lagi 32, nak tunggu apa lagi kan? Lagipun adik bilik aku ni memang dah pernah jumpa sahabat maya aku ni (masa tu dia pinjam buku adik bilik aku, tp buku tu dia hilangkan), cuma aku jer yang tak pernah dan tak nak jumpa dia... hahaha!
Harap2 diorang ni menjadi la sebagaimana aku rekemenkan Mizie dan Eja dulu.. baby diorang pun dah masuk 6 bulan. Kejap je masa berlalu...
Tapi kalau dah jodoh tak kemana kan?Bak kata Ajie pulak, mungkin Niza la pembuka kunci hati dia... cewahhhhh!
Babai!
Syoknya Cuti
Assalamualaikum wbt...
Syoknya la kan cuti... Sabtu keje separuh hari, Ahad Isnin ngan Selasa aku cuti.. syok woooo.. lepak2 guling2 makan2 kat rumah, tak payah pikir pasal kerja.. pehhhhh! Memang terbaik...
Semalam aku pergi Singer kat Subang Perdana, beli mesin jahit.. diorang suggest beli mesin yang mahal skit, baru puas hati tapi disebabkan aku ni baru nak berjinak2 dengan mesin jahit, baik aku beli yang murah je.. sekurang2nya kalau aku terjahanamkan mesin jahit tu, takder la ralat sangat...
Pilih punya pilih, aku pilih model 8215HB.. harga asal RM795, tawar punya tawar dapat RM700 ngam2... ok la kut untuk beginner macam aku.. harap2 aku tak stress bila menjahit sebabnya kalau aku stress simpan dalam muzium la mesin jahit tu jawabnya nanti...
Dan hari ni aku memulakan menjahit baju kurung moden yang tak sempat siap haritu.. berkobar2 ni.. harapan semoga semangat aku tak luntur.. hahahahha!
Oklah.. tu jer nak cerita. Sekian..
Daaaaaaaaa....