Sahabat

Halaman

09 Mei 2014

Sahabat Maya

By Dalia Hassan at Jumaat, Mei 09, 2014
Dulu masa zaman study, aku baik ngan sorang mamat ni.. sama2 satu uitm ngan aku.. kiranya dia ni kawan aku la. Cuma yang peliknya persahabatan kami ni macam pelik sikit... aku tak kenal dia, dan dia tak kenal aku walaupun berada di satu Uitm yang sama.
Bukan taknak jumpa, tapi biasalah kan masa tu muda lagi.. malas nak kuar dating ni.. pelajaran tu kan penting so aku fikir biarlah seeloknya kami kenal melalui telefon jer.. sama2 bagi semangat untuk belajar. Kalau dah jumpa sekali mesti nak jumpa dua tiga empat lima kali.. memang aku tak suka lagipun aku memang tak minat.. lagipun dia ni pun jenis yang suka merendah diri (mungkin sikap rendah diri dia ni la yang buat aku selesa berkawan dengan dia walaupun tak pernah jumpa)
Masa berlalu setelah 14 tahun, kami masih berhubung melalui telefon dan facebook. Tapi aku masih tak pernah tengok muka dia apatah lagi jumpa dia.. ya ampun. Susahnya... facebook dia sekeping pun takder gambar dia.. yang ada gambar family dia.. aku tak tau dia kerja apa cuma yang aku tahu kali terakhir dia bagitau aku yang dia keje di PD. Lepastu aku memang tak pernah tanya dia kerja kat mana cuma ada sekali tu aku pernah tanya dia ni polis ker, sebab aku macam pernah nampak nama serupa nama dia kat esiar. Tapi masa tu dia nafikan. Dia kata dia keje swasta je. Keje biasa. Dan lepas tu aku memang tak pernah tanyaa...
Baru2 ni dia ada update status fb yang mengatakan dia akan bekerja di tempat baru. Aku pun tak tanya lebih la, tapi dia sibuk nyanyi lagu cek mek molek.. sampai masa dia lapor diri tempat baru, bleh pulak dia amik gambo yang jelas menampakkan kuaters polis dan transport polis. Sah ni. Nama yang sama macam nama dia tu memang sebenarnya dia... kantoi..
Hari ni kat opis, ada masa je aku try cari nama dia semula kat esiar. Masih tak puas hati sebab selama berkawan dengan dia aku tak pernah tau yang dia ni dibawah satu payung yang sama dengan aku.. sangat tak adil sebab dia tau aku keje mana tapi dia x bagitau dia pun sama.. satu kontijen pulak tu.. dan akhirnya aku jumpa semboyan arahan pertukaran yang tertera nama dia. Posting ke Kelantan. Sah memang dia..
Setelah di paksa mengaku barulah dia mengaku yang dia tu inspektor.. nama yang aku nampak sama ngan nama dia tu, memang dia pun.. cuma satu yang aku masih tak puas hati, masih tak pernah tengok muka dia walaupun melalui gambar.
Tapi takpela.. tak kisah.. walaupun hanya berkawan melalui telefon dan internet, dia tetap sahabat aku walaupun tak pernah jumpa. 14 tahun kenal tanpa pernah berjumpa. Terror gak kan? Hahahaha...
Bila cerita kat encik asben, macam biasa dia cuma senyum je. Sebab dia tau bini dia ni macamana.. hahaha!

0 comments:

PayPal

 

The Kakya Joyah Template by Ipietoon Blogger Template | Gadget Review