Sahabat

Halaman

18 Mei 2014

Jom Pergi Bercuti

By Dalia Hassan at Ahad, Mei 18, 2014

Dah lama dah sebenarnya aku teringin nak bercuti ke Kelantan.. kali terakhir aku ke Kelantan bulan oktober 2012... itupun pergi sana sebab lawatan kebajikan, melawat ex boss yang dimasukkan ke HUSM Kubang Kerian.. memang tak sempat la nak shopping sakan...

Selepas berbincang dengan encik asben, cuti sekolah adalah masa yang sesuai untuk kami ke sana memandangkan kami tak perlulah memontengkan sekolah si Ainul.. hehehhee...

Tarikh sebenar tak diputuskan lagi tapi mungkin pada awal Jun.. InsyaAllah kalau tak ada aral yang melintang, kami akan sampai ke Kelantan... Negeri Cik Siti Wan Kembang...

Sekarang ni aku selalu minta bantuan pakcik google untuk mencari tempat yang wajib aku lawati bila dah sampai sana... semoga pakcik google tak bosan dengan aku.. hahaha!

0 comments:

PayPal

 

The Kakya Joyah Template by Ipietoon Blogger Template | Gadget Review