Sahabat

Halaman

06 November 2011

Cuti-cuti Singapore : Universal Studios

By Dalia Hassan at Ahad, November 06, 2011 3 comments
Pada Jumaat lepas (4Nov) aku dan suami sempat bawa Ainul ke Universal Studios, Singapore. Best sangat. Sayangnya kami kesuntukan masa dan banyak tempat yang kami tak sempat nak masuk. InsyaAllah ada rezeki aku pasti kembali semula ke sana. 

Dengan berbekalkan S$400 dan beberapa keping RM, kami memulakan perjalanan ke Pulau Sentosa, Singapore. Harap2 duit yang dibawa tu cukuplah untuk bekalan.. kalau tak cukup jenuh juga nak mencari bank...


Encik GPS yang banyak membantu untuk ke lokasi sasaran. Ngam2 sampai ke Sentosa, low batt pulok... Pencucuh rokok kereta aku hampesss tak boleh guna walhal aku baru jer tukar, kena RM145 pulak tu. Oleh sebab GPS tak boleh nak charge, ketika balik kami terpaksa cari alternatif lain untuk "Cari Jalan Pulang"...

Pulau Sentosa.. Kenangan yang takkan aku lupakan.... (",)

Encik Asben yang excited gler... aku tak ler se excited dia.. betullll! hahahah...

Beratur panjang untuk beli tiket.. ni kalau hari minggu lagi la panjang beraturnya...





New York City....

Aikkkk? Sejak bila Ainul dapat mama baru ni???? (Marilyn Monroe)














Far Far Away... antara yang paling best...



Panjangnya beratur... tapi berbaloi sangat... rasa macam nak masuk lagi tengok tayangan 3D yang tersangat best...

sabar dalam barisan adalah perlu....

ni lah dewan ketika tayangan 3D Shrek... macam real jer.. terasa kerusi bergegar ketika naik kuda, air terpercik kat muka ketika donkey tu terbersin, tiupan angin, kaki dikuis oleh spider... semuanya meninggalkan kenangan yang tak akan dilupakan.

entah camana plak aku bleh 'ter'ambik gambar mamat ni... tak pasal2 kena cubit dengan encik asben... awwwwwww! hahahaah!

ketika naik perahu melalui terowong / gua dia Madagascar... kelakar sangat bila diorang yang satu perahu dengan aku ni bukak payung bila nampak air terjunkat depan kami.. padahal tu gimik jer.. lebih kelakar rupanya kat situ ada satu camera yang ambil gambar kami, dan kami boleh beli gambar tu dengan harga S$15. Bila dah keluar, kami gelak sakan, termasuk la dengan budak yang jual gambar tu bila tengok perahu kami ditutupi dengan payung... hahaha! kenangan... kenangan..






encik asben sebelum jatuh terlentang kat depan tu... hehehe sorry yer terbocor rahsia pulak.. tu la.. excited sangat sampai jalan tak pandang bawah... dah le jalan licin pas hujan... nasib baik masa tu ada kat 'New York', orang tak kenal... kalau tak mesti malu giler... heheheh..

drakula ke hapa ni?












Charlie Chaplin




incredible hulk kot..


Myvi depan ni la pengganti GPS aku ketika balik. Nasib baik terserempak dengan kereta Malaysia, kalau tak rasanya mau sesat juga dibuatnya..

Ainul yang tertidur kepenatan.

On the way balik rumah mertuaku dari Singapore, tayar kereta pecah kat jalan Kulai - Kota Tinggi. Nasib baik ada encik asben boleh tukar tayar... kalau aku sensorang, tak tau la camana agaknya... tapi yang penting, nasib baik tayar tak pecah kat negara orang... kalau tak susah jugak... esoknya, RM230 melayang coz ganti tayar baru.. alahai...

masih ada baki lagi S$76.60

Antara souvenir untuk kengkawan yang aku beli. Yang hitam tu khas untuk my good friend, T~Ni...

Fridge Magnet...

Fridge Magnet....

Fridge Magnet....

tak banyak yang aku beli, untuk beberapa orang kawan aku jer.. harap tak ada yang kecik hati sebab tak dapat... untuk jiran sepagarku Shahazrin, ko nak yang mana? ko pilihlah mana2 yang berkenan(kecuali yang hitam tu), then bagitau aku... nanti ko boleh tuntut kat cawangan trafik cops yer... (",)

Salam Aidil Adha

By Dalia Hassan at Ahad, November 06, 2011 0 comments
Salam Aidiladha dan selamat menjalani ibadah qurban buat semua geng2 blogger dan seluruh umat Islam. Semoga ibadah kita diterima oleh Allah s.w.t... InsyaAllah.

03 November 2011

Hari Ini : 3 November 2011

By Dalia Hassan at Khamis, November 03, 2011 0 comments
Peh! Hari ni pagi2 la dah hujan selebat2nya kat Subang Jaya.. Best! Aman dan tenang je opis aku.. Kalau setiap pagi hujan pon best juga.. Lebih2 lagi tadi aku pasang driver (asben aku la) untuk hantar aku pergi kerja.. Syok wo.. Kalaulah hari2 dia dapat hantar dan jemput aku, alangkah indahnya dunia.. Hahaha! Aku cukup malas nak drive.. Kalau x jem takper, ni depan Summit tu confirm jem.. Tension beb..

Tengahari pulak, aku ngan Linie dok kat opis jer.. Walaupun perut lapar yang amat, tapi apakan daya tak ada kenderaan yang boleh aku bawa untuk keluar beli makanan.. Kantin IPD pulak hari ni tutup, tauke dah balik kampung beraya.. Order McDelivery, overload pulak katanya untuk area aku, so diorang tak ambil order buat sementara waktu. Dalam pada lapar tu, sempat juga mengajar Encik Adam mengaji. Dalam pukul 2 lebih, Encik Din mengofferkan diri untuk belikan kami makanan kat mamak. Alhamdulillah.. Terisi juga perut yang sejak pagi menjerit kelaparan.

Gaya seorang ustazah yang sedang mengajar anak muridnya mengaji.
Alhamdulillah. Mee goreng mamak yang dibeli oleh Kopral Din.. terima kasih daun keladi..
Petang macam biasa, lepak kat bilik bos, Tuan Khai a.k.a Baim Wong.. Mana entah satu lagi kerusi kat depan meja dia tu.. Biasanya ada dua, ni tinggal satu jer.. Ada yang sabotaj la ni.. Linie dah dok dulu kat kerusi tu, aku berdiri je sambil2 menyakat bos.. Penat berdiri, aku duduk kat lantai sambil berborak ngan diorang.. Lantai pun lantailah... Janji rock! hehehe... tapi hari ni antara aku, linie dan bos, ada buat satu perjanjian atau lebih tepat lagi, taruhan (yang tak melibatkan wang)... Cabaran bermula hari Selasa ni, di mana jika salah seorang dari kami tak buat muka serius, atau tergelak atau terbuat lawak, pihak yang lain berhak untuk mendenda kami... Pendek kata, kami mesti bermuka serius antara satu sama lain... hahaha! kelakar la bos aku ni... aku cuma cakap yang aku tak nak lawak2 lagi kalau jumpa dia, aku nak serius jer... dia plak bleh tambah, kalau salah sorang termasuk dia tak buat muka serius, kena denda... best la ada bos sekepala cam dia ni... hahaha!

Cakkkk! ni la bos aku yang sengal tu, tuan Khai a.k.a Baim Wong yang sengal tu...

Hehe.. Petang, sementara tunggu encik asben datang jemput, aku dok lepak kat luar cops.. Biar senang kalau dia sampai, aku x payah terhegeh2 baru nak kunci pintu opis. Tengah dok lepak kat luar sensorang, tetiba my good friend, T~Ni muncul entah dari mana.. Sekejap je dia datang kat aku, rasanya tak sampai dua minit pon pastu dia blah.. Dia datang kat aku semata2 cakap kat aku "hari ni dah jumpa buah hati ke belum?" Ermm.. Aku malas nak cakap apa2.. Tu jer la modal dia sekarang.. Aptb! :(

Asben aku ambik aku dalam kul 6.15pm.. Terus pergi Carefour Puchong Utama untuk ambik kek cokelat dan kek layer pandan yang aku tempah dari kawan aku Hairiyah untuk aku bawak balik kampung.. Dan ketika aku menulis entry ni, aku masih dalam perjalanan pulang ke kampung di Johor..

Daaaaaaaaaa!

02 November 2011

Suami Isteri Saling Memerlukan....

By Dalia Hassan at Rabu, November 02, 2011 1 comments
 Sharing Is Caring...


PASANGAN adalah 'sahabat' kita yang paling rapat dan setia. Tak kira waktu suka atau duka, pasangan kita pasti akan sentiasa berada di sisi.

Begitulah diibaratkan pasangan suami atau isteri pasti saling memerlukan antara satu sama lain ketika ditimpa masalah.

Bagi seorang suami, ia memerlukan isteri di sisi bukan sahaja untuk menyokongnya, malah sebagai kawan dan juga penasihat kepada diri suami.

Dalam kehidupan suami isteri, pastinya suami akan mencari isteri untuk berkongsi cerita, tidak kisah yang pahit mahupun yang manis, sebab itu dalam berumah tangga isteri dianggap sebagai kaunselor peribadi suami.

Dalam situasi sedemikian, suami sangat mengharapkan isteri boleh membantu menyelesaikan keadaan.

Sanjungan isteri setulus hati adalah kunci untuk memikat hati suami dalam membina keyakinannya untuk berkongsi masalah.

Namun dalam situasi begitu ada juga suami yang kecewa apabila isteri hanya akan menentang kelemahan tindakan suami itu.

Menurut penceramah bebas, Dr. Fatma El Zahra, isteri yang solehah akan bertindak sebagai kawan rapat kepada suami tidak kira ketika dalam apa jua masalah.

Wanita berketurunan Arab ini menjelaskan, sebab itu wanita sebenarnya memang dikurniakan dengan kelebihan dan satu anugerah dapat membaca dan merasai sesuatu yang unik mengenai pasangannya.

"Isteri juga sebenarnya mempunyai perspektif terhadap kehidupan suaminya yang tidak dimiliki orang lain. Isteri itu sangat dekat dengan kehidupan suaminya, sebab itu apabila suami kelihatan gelisah dia suka mengetahui sekiranya suaminya itu sedang menghadapi masalah,'' ujarnya semasa Diskusi Keluarga, Bagaikan Cinta Khadijah di hati Rasulullah SAW, di Putrajaya, baru-baru ini.

Katanya, sebagai isteri yang prihatin kepada suami, jangan tambah permasalahan dengan rungutan dan sindiran kepada suami sebaliknya cubalah menjadi kawan dan pendengar terbaik.

"Dekatilah diri si dia, tanya dengan lembut, pasti suami akan rasa selamat dan bersedia untuk berkongsi masalahnya,'' ujarnya yang memberikan tip untuk berkongsi masalah.

Bagaimanapun, dalam situasi ini jangan pula si isteri melebih-lebih memberi idea kepada suami sebaliknya jadilah pendengar yang boleh meredakan masalah kepadanya.

"Hanya sesekali berilah pendapat supaya komunikasi yang berlaku menjadi dua hala tetapi dalam masa yang sama jangan sesekali bertindak ibu kepada suami dengan memberikan perintah kepadanya untuk mengikut cadangan kita,'' ujarnya serius.

Bagaimanapun tambahnya lagi, berikanlah kebebasan kepadanya untuk menyelesaikan masalah itu dengan caranya sendiri.

Jelasnya, dalam menyelesaikan masalah, isteri boleh membantu suami memperbetulkan dirinya dengan memberikan kebebasan kepadanya.

"Dengan itu, fikirannya boleh berfungsi tanpa diganggu dan semangatnya akan berkobar-kobar,'' katanya.

Jelasnya lagi, isteri sebenarnya mempunyai tanggungjawab yang lebih besar terhadap kelakuan suami, sebab itu sebagai isteri kita jangan sesekali melukakan ego dirinya, sebaliknya jadilah penyelamat kepada suami pada saat-saat dia menghadapi masalah dan kekalahan.

"Jika suami gagal dalam keadaan ini dan terus meruntuhkan imej suami, kesan terhadap personalitinya adalah serius dan menjejaskan keseluruhan kejayaan dalam hidupnya,'' katanya.

Bagaimanapun jelasnya, apa yang lebih bahaya ialah perasaan dendam suami terhadap isteri yang sering menjatuhkan harga dirinya.

"Sesungguhnya, isteri itu sangat penting dalam hidup seorang suami, isteri sebenarnya berperanan membina atau meruntuhkan imej seseorang lelaki.

"Bagi seorang lelaki, apabila harga dirinya telah dilukai berulang kali dia akan membina tembok atau dinding pemisah di sekelilingnya yang menjadi masalah besar dalam perkahwinannya.Bersyukurlah jika memiliki seorang suami yang penyayang,bertanggungjawab,pandai2lah mengambil hati mereka..

"Dalam perkahwinan yang bahagia tidak sepatutnya ada tembok antara suami dan isteri. Seharusnya, suami dapat meluahkan perasaannya dengan bebas tanpa khuatir disakiti hatinya," katanya.

Kaum Aad Diserang Taufan

By Dalia Hassan at Rabu, November 02, 2011 0 comments
Sharing Is Caring..

Keadaan menjadi semakin meruncing membuatkan Nabi Hud terpaksa menyerahkan kaumnya kepada takdir Allah, dengan berkata kepada kaumnya: “Baiklah jika kamu sekalian sungguh meragukan kebenaran kata-kataku dan tetap berkeras tidak menghiraukan dakwahku juga enggan meninggalkan penyembahan terhadap berhala-berhala itu, maka tunggulah saat tibanya pembalasan Tuhan di mana kamu tidak akan dapat melepaskan diri dari bencana-Nya dan penyelasan pada waktu itu tidak akan menolongmu. Allah telah menjadi saksiku bahawa aku sudah menyampaikan risalahNya dengan sepenuh tenagaku kepadamu dan akan tetap berusaha sepanjang hayatku memberi penerangan dan tuntutan kepada jalan yang baik yang digariskan oleh Allah bagi hamba-hambaNya.”

Pembalasan Allah terhadap kaum Aad yang engkar itu diturunkan dalam dua peringkat. Peringkat yang pertama berupa kekeringan iaitu kemarau yang melanda ladang-ladang serta kebun-kebun mereka sehingga menimbulkan kecemasan dan kebimbangan kalau-kalau mereka tidak dapat memperolehi hasil dari ladang dan kebun sebagaimana biasanya.

Namun dalam keadaan demkian, Nabi Hud masih berusaha meyakinkan mereka, bahawa kemarau itu adalah permulaan seksaan Allah yang dijanjikan dan bahawa Allah masih memberikan kesempatan kepada mereka untuk sedar akan kesesatan dan kekafiran mereka dar kembali bertaubat, beriman kepada Allah dengan meningga kan pekerjaan menyembah berhala-berhala mereka yang bath itu, juga memohon pengampunan dari Allah agar segera hujan turun kembali dengan derasnya dan terhindarlah mereka dari bahaya kelaparan yang mengancam.

Akan tetapi mereka tetap berdegil belum mahu mempercayai dan menganggap janji yang dibuat oleh Nabi Hud itu adalah kosong belaka. Mereka bahkan pergi menghadap batu-batu berhala memohon perlindungan dan malapetaka yang mereka alami.

Tentangan mereka terhadap janji Allah yang telah diwahyukan kepada Nabi Hud itu segera mendapat jwapan dengan datangnya pembalasan Allah pada peringkat kedua yang dimulai dengan terlihatnya gumpalan awan dan mega hitam yang tebal. Pada pandangan mereka gumpalan awan dan mega hitam itu adalah hujan yang akan segera turun membasahi segenap ladang dan kebun sayuran sedang mengalami kekeringan. Mereka menyambutnya dengan sorak-sorai gembira.

Melihatkan sikap kaum Aad yang sedang bersuka-ria itu, berkatalah Nabi Hud dengan nada yang mengejek,”Mega hitam itu bukanlah mega dan awan rahmat bagi kamu tetapi mega yang akan membawa kehancuran kepada kamu sebagai pembalasan Allah yang telah kujanjikan dan kamu nantikan untuk membuktikan akan kebenaran kata-kataku yan selalu kamu sekalian sangkal dan kamu dustakan.”
Sejurus kemudian menjadi menjadi kenyataanlah tentang apa yang telah diramalkan oleh Nabi Hud itu bahawa bukan hujan yang turun dari awan yang tebal itu tetapi angin taufan yang amat dahsyat dan kencang disertai dengan suara gemuruh yang mencemaskan telah memusnahkan bangunan rumah dari dasarnya, membawa berterbangan semua perabot dan milik harta-benda dan melempar jauh binatang-binatang ternak. Keadaan kaum Aad menjadi panik, mereka berlari tidak ketentuan arah mencari tempat perlindungan. Suami tidak tahu di mana isterinya berada dan ibu juga kehilangan anak-anaknya.

Bencana angin taufan itu berlarutan selama lapan hari tujuh malam, sehingga sempat menyapu bersih kaum Aad yang sombong itu dan menamatkan riwayatnya di dalam keadaan yang menyedihkan untuk menjadi pelajaran dan ibrah bagi umat-umat yang akan datang. Ada pun Nabi Hud serta para-para sahabat yang beriman, telah mendapat perlindungan Allah dari malapetaka yang menimpa kaumnya itu dan tetap berada dalam keadaan selamat, aman dan tenang seraya melihat keadaan kaumnya yang kacau-bilau, mendengar gemuruhnya angin dan suara pohon-pohon dan bangunan-bangunan yang berjatuhan disertai dengan teriakan, tangisan orang meminta pertolongan dan perlindungan.

Setelah suasana kembali tenang dan tanah ‘Al-Alqaf sudah menjadi sunyi-sepi dari segala makhluk, pergilah Nabi Hud meninggalkan tempatnya berhijrah ke Hadramaut, di mana di situ beliau tinggal menghabiskan sisa hayatnya sambil meneruskan dakwahnya sehingga beliau wafat dan dikuburkan di situ, di mana hingga sekarang makamnya yang terletak di atas sebuah bukit di suatu tempatan berhampiran Kota Siwun.

Dari kisah Nabi Hud di atas dapatlah kita ambil beberapa pengajaran untuk dijadikan peringatan kita bersama dalam meneruskan penghidupan di masa akan datang.

Nabi Hud telah memberikan contoh dan sistem yang baik yang sepatutnya ditiru serta diikuti oleh setiap para pendakwah dan ahli penerangan agama. Di mana beliau menghadapi kaumnya yang sombong lagi degil itu dengan penuh kesabaran, keunggulan dan berlapang dada. Beliau tidak sekali-kali membalas ejekan-ejekan juga kata-kata kasar mereka, tetapi menolaknya dengan kata-kata yang halus yang menunjukkan bahawa beliau dapat menguasai perasaannya dan tidak sampai hilang akal atau kesabaran. Juga Nabi Hud tidak mudah marah dan tidak gusar ketika kaumnya mengejek dengan me nuduhnya telah menjadi gila dan sesat. Beliau dengan lemah-lembut menolak tuduhan dan ejekan itu dengan penuh hikmah.
Dalam berdialog dengan kaumnya, Nab Hud sentiasa berusaha mengetuk hati nurani mereka dan mengajak mereka berfikir secara matang, menggunakan akal fikiran yang sihat, dengan memberikan nasihat yang bernas terhadap kebenaran dakwahnya dan kesesatan jalan mereka. Namun hidayah itu adalah dari Allah, Dia akan memberi-Nya kepada sesiapa sahaja yang dikehendaki Nya.

Perompak Yang Memuliakan Bulan Rejab

By Dalia Hassan at Rabu, November 02, 2011 0 comments
 Sharing Is Caring

Satu ketika di zaman Nabi Muhammad S.A.W, terdapat seorang perompak jalanan yang terkenal. Setiap selepas tengah malam, dia akan menangkap dan merompak sesiapa sahaja yang ditemuinya berjalan berseorangan. Kadangkala, dia akan memukul dan membunuh orang yang dirompaknya. Selepas merompak, dia terus pulang ke rumah. Tidak ada seorang pun yang mampu menangkap lelaki tersebut. Disebabkan kekejamannya, Nabi S.A.W telah berkata dengan perasaan marah tentang lelaki tersebut: “Orang tu jahat, jika dia meninggal, aku tidak akan menyembahyangkan dan mengkebumikannya di tanah perkuburan orang Muslim”.

Selepas beberapa tahun, lelaki tersebut meningggal dunia. Dia mempunyai seorang anak perempuan. Malangnya, anak perempuannya tidak menemui seorang pun yang boleh membantunya menguruskan jenazah ayahnya. Disebabkan Nabi S.A.W pernah mencela perbuatan ayahnya tidak akan menyembahyangkan dan mengkebumikannya di tanah perkuburan orang Muslim, budak-budak nakal telah membawa jenazah tersebut melalui jalan Madina dan membuangnya ke dalam sebuah perigi kosong serta kering. Sebaik sahaja jenazah itu dibuang, Allah telah berfirman kepada Nabi Muhammad S.A.W dan berkata, “Ya Habibi ya Muhammad! Wahai kekasih Ku Nabi S.A.W, hari ini seorang daripada wali Ku telah meninggal dunia. Kamu mesti pergi dan memandikannya, mengkafankannya, menyembahyangkkannya serta mengkebumikannya.”

Nabi S.A.W terkejut, sepanjang hidupnya dia telah mencela lelaki tersebut. Sekarang apabila lelaki tersebut meninggal dunia, Allah memberitahu baginda bahawa lelaki tersebut sebenarnya adalah wali-Nya. Bagaimana dia boleh menjadi wali? Sesungguhnya tidak ada seorang pun yang dapat mencampuri urusan pengetahuan Allah, walaupun Nabi S.A.W.

Allah berkata kepada Nabi S.A.W, “Ya Rasulullah, pergi dapatkan dia dan bersihkan dia.” Dengan serta merta, Nabi S.A.W memanggil Saidina Abu Bakar as-Siddiq dan berkata, “Wahai Abu Bakar, kita perlu pergi dan dapatkan ‘lelaki’ tersebut. Abu Bakar berkata, “Ya Rasulullah, kamu pernah berkata yang kamu tidak akan mengkebumikan lelaki tersebut di tanah perkuburan orang Islam, dia bukan seorang muslim!” Nabi S.A.W berkata, “Tidak, tinggalkan persoalan Muslim. Allah memberitahuku hari ini yang lelaki tersebut adalah seorang wali!”

Apa yang telah dilakukan oleh perompak tersebut sepanjang hidupnya sehingga dia boleh menjadi seorang wali? Sepanjang hidupnya, dia telah membunuh, merompak dan mencuri. Nabi S.A.W pergi ke perigi tersebut, mengambil mayat lelaki tersebut dengan tangan baginda sendiri, dan membawanya pulang ke rumahnya dengan sahabat-sahabatnya. Kemudian, baginda membersihkannya, memandikannya, mengkafankannya, menyembahyangkannya dan seterusnya membawa jenazah lelaki tersebut daripada masjid Nabi S.A.W. ke Jannat ul-Baqi. Jarak perjalanan dari masjid ke Jannat ul-Baqi ialah 15 minit jika berjalan kaki. Namun begitu, Nabi S.A.W mengambil masa lebih daripada dua jam untuk sampai dari tempat yang pertama ke tempat yang kedua. Semua sahabat-sahabat baginda berasa hairan apabila melihat cara Rasulullah S.A.W. berjalan. Dengan tangan baginda sendiri baginda telah membersihkan lelaki tersebut, memandikannya dan menyembahyangkannya. Semasa baginda membawa jenazah tersebut ke tanah perkuburan, baginda berjalan menggunakan jari kakinya (secara mengjinjat). Lantas sahabat-sahabat baginda bertanya, “Wahai Rasulullah, kenapakah engkau berjalan sedemikian?” Baginda menjawab, “Allah telah memerintahkan semua wali daripada timur dan barat, dan semua malaikat daripada tujuh syurga dan semua kerohanian hadir dan mengiringi jenazah ini. Mereka semua terlalu ramai dan memenuhi jalan, dan aku tidak mempunyai tempat untuk meletakkan kakiku. Sepanjang hidup aku, tidak pernah aku terkejut seperti hari ini.”

Selepas mengkebumikan lelaki tersebut, Nabi S.A.W tidak bercakap dengan sesiapapun sebaliknya baginda terus pulang ke rumah dengan badan yang terketar-ketar. Baginda duduk dengan Saidina Abu Bakar dan bertanya kepada diri baginda tentang apa yang telah dilakukan oleh wali tersebut; menjadi perompak sepanjang hidupnya tetapi mendapat pengiktirafan yang cukup tinggi dari Allah. Saidina Abu Bakar berkata, “Wahai Rasulullah, aku berasa malu untuk bertanyakan tentang apa yang telah aku saksikan hari ini, ia sesuatu yang menghairankan.” Kemudian, Nabi S.A.W. menjawab,” Wahai Abu Bakar, aku lebih terkejut dari kamu, dan aku sedang menunggu kehadiran Jibril dan memberitahuku apa yang telah berlaku”
Apabila Jibril datang, Nabi S.A.W berkata,” Wahai Jibril, apakah yang sebenarnya berlaku?” Jibril menjawab,” Wahai Nabi S.A.W., janganlah engkau bertanya aku. Aku juga hairan sepertimu. Oleh sebab itu, jangan berasa hairan kerana Allah boleh lakukan apa sahaja yang orang lain tidak dapat lakukan dan Dia memberitahu kamu untuk bertanyakan anak lelaki tersebut tentang apa yang telah dilakukannya semasa hanyatnya.”

Dengan serta-merta dan ditemani oleh Saidina Abu Bakar, Nabi S.A.W. dengan sendirinya pergi ke rumah perompak tersebut. Nabi S.A.W. dengan rendah diri meletakkan kuasa dan statusnya sebagai manusia paling sempurna yang dicintai Allah pergi ke rumah perompak tersebut untuk bertanyakan apa yang telah dilakukan oleh ayahnya semasa hanyatnya: “Wahai anakku, sila ceritakan kepadaku bagaimanakah kehidupan ayahmu.” Anak perempuan lelaki tersebut berkata, “Wahai Rasulullah, aku begitu malu dengan apa yang akan aku ceritakan kepada kamu. Ayahku seorang pembunuh, seorang pembunuh. Aku tidak pernah melihat dia melakukan sebarang kebaikan. Dia akan merompak dan mencuri siang dan malam kecuali satu bulan. Apabila bulan tersebut tiba, dia akan berkata: “Bulan ini adalah bulan Tuhanku, kerana ayahku pernah mendengar engkau berkata, Rejab adalah bulan Allah, Sya’ban adalah bulan Nabi S.A.W. dan Ramadhan adalah bulan umat Muhammad.” Kemudian ayahku berkata lagi, “Aku tidak kisah dengan bulan Nabi S.A.W. atau bulan umat Muhammad, kecuali bulan Tuhanku. Oleh sebab itu aku akan duduk di dalam bilikku bersendiriaan, dan bersuluk sepanjang bulan ini.
Nabi S.A.W bertanya kepada anak perempuan itu lagi, “Apakah jenis suluk yang dia telah lakukan?” Dia menjawab,” Wahai Rasulullah, satu hari ketika ayahku sedang berjalan untuk mencari seseorang yang boleh dirompaknya, dia bertemu dengan seorang lelaki tua yang berumur 70 ke 80 tahun. Lantas ayahku memukulnya sehingga pengsan, dan kemudiannya merompaknya. Dia menemui sehelai kertas kecil yang tergulung pada orang tua tersebut. Kemudian, dia membukanya dan mendapati di dalamnya ada satu doa. Ayahku amat gembira dengan doa tersebut. Setiap tahun, apabila datang bulan Rejab bulan Allah , ayahku akan duduk bersendirian dan membaca doa tersebut siang dan malam, menangis dan membaca, kecuali keluar untuk makan dan membersihkan diri. Apabila bulan Rejab berakhir, dia akan bangun dan berkata, bulan Allah telah tamat, sekarang untuk menggembirakan ku aku akan kembali merompak dan mencuri untuk 11 bulan yang akan datang.



Doa yang digunakan oleh lelaki tersebut adalah sangat penting dan kita dinasihatkan untuk membacanya 3 kali sehari ketika bulan Rejab. Apabila Nabi S.A.W meminta anak perempuan lelaki tersebut memberikan doa tersebut kepadanya, baginda terus mencium kertas doa tersebut dan menyapunya pada badan baginda. Jangan tinggalkan doa dan amalkannya ketika bulan ini datang, teruskan membacanya, dan Allah akan memberi kepada kita, Insyallah. Bergantung kepada niat masing-masing.

Allah telah berkata kepada Nabi S.A.W., “Wahai Nabi yang Kucintai, orang itu telah datang dan memohon keampunan dari Ku di dalam bulan yang sangat berharga. Oleh sebab itu, kerana dia berkorban sekurang-kurangnya satu bulan dalam setahun untuk Ku, Aku ampunkan semua kesalahannya, dan aku tukarkan semua dosanya kepada ganjaran. Kerana dia mempunyai terlalu banyak dosa, sekarang dia mempunyai banyak ganjaran, dan dia kini menjadi wali besar.” Kerana satu doa, Allah jadikan seseorang yang tidak pernah beribadat sepanjang hidupnya menjadi wali.

PayPal

 

The Kakya Joyah Template by Ipietoon Blogger Template | Gadget Review